Você está na página 1de 5

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru, serta
hadirin hadirat sekalian.

Dari jauh ku lihat silaunya,


Cahaya wajah penuh bahagia
7 pemuda yang kuat imannya,
Ashabul kahfi ingin ku cerita. [Nasyid]

Hadirin sekalian,

Pernah tak mendengar kisah Ashabul Kahfi? Pagi ini saya ingin bercerita tentang kisah ini…….

Ashabul Kahfi merupakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah. Mereka hidup di
tengah-tengah masyarakat yang syirik dan menyekutukan Allah.

Firman Allah Taala di dalam surah Al-Kahfi ayat yang ke- 13 :

‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬


    
  
Maksudnya : “Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada
Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.”

Setiap kali perayaan, semua penduduk di negeri Upsus akan menghias patung berhala, dan juga
menyembahnya. Begitulah jahilnya masyarakat tersebut.

Dengan izin Allah, 7 orang pemuda ini dipertemukan di suatu tempat, setelah mereka
mengelakkan diri dari meraikan pemujaan berhala.Mereka saling berbincang tentang keesaan
Allah dan perkara syirik yang dilakukan oleh penduduk Upsus. Mereka berjanji, walau apa
yang terjadi, mereka tidak akan berpaling dari beriman kepada Allah.

Dengan rasa penuh keimanan


Pada Pencipta seluruh alam
Mengabdikan diri penuh ketakwaan
Seiring masa siang dan malam [Pantun]

1
Rakan-rakan dan hadirin yang saya muliakan,
Marilah kita bersama mencontohi sifat tujuh pemuda yang bertaqwa ini. Mereka
menjauhi amalan mungkar dan memelihara maruah diri walaupun diancam dengan
hukuman yang berat sekali. Bersamalah kita menjauhi sikap buruk seperti ponteng
sekolah, merokok serta membuli yang hanya akan merugikan diri sendiri dan
menyusahkan orang lain.

Para Hadirin sekalian,

Akhirnya keimanan 7 orang pemuda tersebut dapat dihidu oleh raja yang syirik itu. 7 orang
pemuda tersebut dipanggil untuk mengadap raja tersebut.

“Wahai orang muda, beta dengar kamu sudah menduakan agama raja dan rakyat” ! Bentak
raja tersebut.

“Baiklah, beta beri kamu masa untuk berbalik kepada agama yang asal, jika tdak, kamu
semua akan beta hukum !”tegas raja yang sombong itu.

Ha, kawan-kawan,
Apabila Ashabul Kahfi mendengar ugutan dari raja tersebut, maka mereka mula merancang
untuk melarikan diri dan meninggalkan negeri Upsus tersebut.

Telah jauh mereka berjalan,

mencari arah serta tujuan,

sebuah bukit, di dalam hutan,

Di dalam gua tempat disediakan. (syair Siti Zubaidah)

Setelah penat berjalan merentas hutan dan padang pasir, akhirnya sampailah mereka ke
tempat yang dituju. Mereka bersyukur kerana selamat dan memohon dengan Allah agar
diberikan perlindungan dan petunjuk kearah kebaikkan.

Di dalam gua kahfi, mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah SWT. Oleh kerana
terlalu letih, mereka pun tertidur.

2
Pelbagai bunyi dentuman guruh, hujan, angin ribut dan taufan tidak mereka dengari. Firman
Allah dalam surah Al Kahfi ayat 11 yang berbunyi :

‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬


   
   

Maksudnya : “Maka kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu “

Tahukah hadirin sekalian, mereka telah tertidur bukan 1 hari atau 1 minggu, tetapi Allah telah
menidurkan mereka selama 309 tahun.Bukankah itu satu jangkamasa yang lama ?

Hadirin Sekalian,

Mari kita ambil peringatan terhadap kisah ini. Sesungguhnya, terlalu banyak kekuasaan Allah
yang telah kita saksikan, tetapi mengapa ramai yang masih berpaling daripada-NYA?

Kita perlu mengambil iktibar ,kisah banjir yang berlaku baru-baru ini di negeri Pulau Pinang,
menunjukkan Allah Maha Berkuasa. Masjid di sekitar tempat banjir tersebut tidak ditenggelami
air, bahkan menjadi tempat perlindungan bagi mereka yang bukan beragama Islam.

Hadirin yang dimuliakan,

Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah SWT, maka terbangunlah tujuh pemuda beriman
ini daripada lena yang teramat panjang. Sebaik sahaja bangun dari tidur, mereka berasa lapar.

Seorang wakil pemuda yang bernama Tamlikha bersetuju untuk pergi membeli makanan.
Rakan-rakan yang lain berpesan kepada pemuda tersebut agar mencari makanan yang halal dan
bersih.

Lihatlah wahai rakan-rakan dan hadirin yang dikasihi sekalian,

Betapa bersih dan terpujinya akhlak para pemuda ini. Walaupun dalam keadaan susah serta
kelaparan, mereka tetap tidak mengabaikan soal halal haram dalam kehidupan mereka. Ini
menandakan bahawa mereka ialah pemuda yang bertaqwa kepada Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

3
Menjadi tanggungjawab kita sebagai orang Islam untuk sentiasa memastikan makanan
dan minuman yang diambil adalah daripada sumber yang halal dan tidak syubhah serta
bersih. Janganlah kita mengamalkan perbuatan “makan suap”. Oleh itu, kita perlu
menyokong tindakan kerajaan dalam memerangi Rasuah di bawah Program
Transformasi Kerajaan (GTP), seperti yang terdapat dalam Bidang Keberhasilan
Negara (NKRA) khusus untuk rasuah.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,

Alangkah terkejutnya pemuda itu, apabila kota yang dituju seperti tidak pernah dilihat.
Semuanya telah berubah,tiada seorangpun yang dikenalinya. Dengan keadaan bingung, ibarat
“rusa masuk kampung”, datang seseorang menyapa beliau,

“Tuan nampaknya orang baru disini ? Apa yang tuan cari ? bolehlah saya bantu”

“Oh, saya bukan orang baru, saya mencari kedai untuk membeli makanan.”Jawab pemuda itu
yang masih kebingungan.

Orang tersebut menunjukkan bazar untuk membeli makanan. Alangkah terkejutnya si penjual
apabila pemuda itu menghulurkan wang yang telah lama tidak digunakan. Dengan cepat cerita
ini tersebar ke seluruh kota.

Berkata seorang penduduk di Upsus, “Hai pemuda janganlah kamu takut,kepada raja yang
zalim itu,Raja itu telah mati pada tiga abad yang lalu, Raja yang memerintah sekarang adalah
raja yang beriman kepada Allah sama seperti kamu”.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,

Marilah kita mencontohi sifat Raja Upsus yang beriman kepada Allah. Walaupun
memiliki pangkat dan harta, namun raja tersebut tidak sombong dan menyantuni
rakyat jelatanya dengan akhlak mahmudah.

Pada zaman ini, banyak yang kita lihat, mereka yang merasakan diri mereka lebih
hebat, berpangkat dan berharta, tidak mahu bercampur dengan mereka yang serba
kekurangan. Sedangkan kelebihan yang kita miliki hanyalah bersifat sementara.

4
Bersamalah kita sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi hari kebangkitan.
Memperbaiki amalan, mempertingkatkan keimanan dan menjauhkan diri daripada
perkara mungkar dan maksiat.

Sejurus selepas itu, Allah SWT mematikan mereka selepas memberikan ucapan selamat tinggal
kepada raja dan orang-orangnya. Maka tiadalah lagi keraguan dalam hati mereka tentang soal
hari kematian dan hari kebangkitan.

Sekian,wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Terima kasih.

Você também pode gostar