Você está na página 1de 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DESA CEMPAKA

BANDAR BARU NILAI


71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN
Email : smkdesacempaka@yahoo.com Tel : 06-799 6099
Kod : NEA4104 Faks : 06-799 7324

Ruj. Tuan:
Ruj. Kami : SMKDC(KUR)600-6/1 JLD 2( )
Tarikh : 21/06/2016
Kepada,

Semua Ibu Bapa/Penjaga,


Murid-murid PPKI SMK Desa Cempaka, Nilai.

Tuan,

JEMPUTAN MENGHADIRI PERJUMPAAN 3 PENJURU PROGRAM PENDIDIKAN KHAS


INTEGRASI, SMK DESA CEMPAKA, BANDAR BARU NILAI, NILAI, NEGERI SEMBILAN.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Desa Cempaka akan mengadakan
perjumpaan 3 penjuru Program Pendidikan Khas Integrasi pada ketetapan berikut:

Tarikh : 27 Jun 2016


Hari : Isnin
Masa : 11.30 pagi – 1.05 petang
Tempat : Kelas PPKI

3. Sehubungan itu, tuan dijemput hadir bagi membincangkan tahap kemajuan anak tuan. Sokongan dan
keprihatinan daripada pihak tuan demi menjayakan program ini sangat kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

..........................................................
(HJH RIHANA BINTI HASHIM)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka,
71800 Bandar Baru Nilai.

Você também pode gostar