Você está na página 1de 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN BESAR

84900 TANGKAK JOHOR

KERTAS KERJA
PROGRAM 5 MINIT MEMBACA
BUKU DAN BAHAN BAHASA ARAB
2018

Tarikh :
FEBRUARI – NOVEMBER 2018

Masa
7.00 pagi

Tempat :
SEK KEB PENGKALAN BESAR

Anjuran :
PANITIA BAHASA ARAB
1. PENDAHULUAN

Membaca adalah asas kecemerlangan seseorang. Tabiat membaca perlu


disemai dalam diri setiap insan sejak di bangku sekolah lagi. Program 5 minit
Membaca bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan
pembelajaran sepanjang hayat di samping dapat melahirkan insan yang cintakan
buku sekaligus suka membaca dan seterusnya dapat melahirkan modal insan yang
berpengetahuan tinggi dan luas.

1. MATLAMAT
Memupuk budaya membaca di kalangan murid.

2. OBJEKTIF
2.1 Menanam minat untuk mempelajari Bahasa Arab.
2.2 Meningkatkan keupayaan menguasai Bahasa Arab.
2.3 Melahirkan pelajar yang cintakan Bahasa Arab.

SASARAN PESERTA
Semua murid Tahun satu hingga enam.

TARIKH
Februari hingga November 2018

TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Besar.

MASA
7.00 pagi

AKTIVITI PROGRAM
Membaca bersama rakan-rakan selama 5 minit pada setiap Hari Isnin dan Selasa.

JAWATANKUASA PELAKSANA
Sila lihat Lampiran A
BELANJAWAN
Sila lihat Lampiran B

PENUTUP
Diharapkan agar Program 5 minit membaca Bahasa Arab ini akan mencapai
objektif yang telah digariskan, berjalan lancar bersama iringan doa, kerjasama dan
komitmen daripada semua yang terlibat. Diharap usaha baik ini dapat memberikan
natijah yang baik kepada semua murid sebagai langkah memperkasakan Bahasa Arab
untuk membina jati diri insan mukmin di samping merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Sekian , terima kasih .

Disediakan oleh,

……………………………
(NOR ATIKAH BINTI ZAKARIA)
Ketua Panitia Bahasa Arab,
SK Pengkalan Besar

Diluluskan Oleh:

.....................................
(PN. SHARIFAH KALSOM BINTI SYED SALLEH)
Guru Besar
SK Pengkalan Besar
LAMPIRAN A

JAWATANKUASA PROGRAM 5 MINIT MEMBACA BAHASA ARAB

Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Pn. Sharifah Kalsom Binti Syed Salleh (Guru Besar)


Timb. Pengerusi : En. Abdullah Ihsan Bin Zainuddin (PGB Kurikulum)
Naib Pengerusi : Pn. Maswati Bt Abd Mutalib (PGB HEM)
: En. Mohd Khairul Hisyam Bin Abdullah (PGB Kokurikulum)
Penyelaras : Pn. Nor Atikah Bt Zakaria
Setiausaha : Pn. Nurul Ain Bt Ramlan
Bendahari : Pn. Suziaton bt Soriani

Jawatankuasa Pelaksana

Penyediaan Bahan : Pn. Nurul Ain Binti Ramlan

Laporan dan Dokumentasi : Pn Nor Atikah Binti Zakaria

Persiapan tempat, Keselamatan,Pengurusan & Disiplin murid


: Pn. Suziaton Binti Soriani
: Pn. Shariah Binti Jantan
LAMPIRAN B

BELANJAWAN PROGRAM 5 MINIT MEMBACA BAHASA ARAB 2018


PERBELANJAAN PROGRAM

PERKARA KUANTITI JUMLAH

- Buku Nota RM 1.00 X 58 orang RM 58.00


- Alat Tulis RM 1.00 X 58 orang RM 58.00

JUMLAH RM 116.00

Você também pode gostar