Você está na página 1de 1

AMANAH SATU TANGGUNGJAWAB

Amanah ialah penjagaan hak-hak dengan sempurna dan disampaikan kepada tuannya. Bidang amanah
terlalu luas meliputi agama dan kewajipan syara’, kepimpinan, bidang pekerjaan seperti pentadbiran,
perniagaan, perkilangan, rumahtangga dan sebagainya. Setiap insan mestilah menunaikan amanah-
amanah ini dengan sempurna.

Dalam erti lain, amanah artinya dipercaya.Kalau secara khusus,amanat berarti mengembalikan
sesuatu yang dititipkan oleh seseorang kepadanya.Adapun makna Umumnya adalah menyampaikan
atau melaksanakan sesuatu yang di tugaskan kepadanya, sifat yang bertentangan dengan amanah
adalah khianat.

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta
gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat
menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada
ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah)
sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat
perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan”[Surah al-Ahzab 72]

Orang yang amanah akan mendapat kepercayaan orang ramai sebaliknya orang khianat menjadi
tumpuan kemarahan dan kehinaan. Ia merupakan asas kepada ketahanan umat, kestabilan negara,
dan roh kepada keadilan.

Nilai Utama Dalam Etika Kerja Sebagai Ibadah AMANAH; Sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan
tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Antara amalan amanah ialah; Sentiasa
menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab tanpa menyeleweng dan cuai, Bersikap jujur dan
setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa, Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya
dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa pejabat untuk
urusan peribadi, Berdisiplin dan mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu yang boleh
menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya dan Bertanggungjawab melaporkan
penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Keunggulan jati diri dengan sikap amanah merupakan cita-cita semua. Seorang pemimpin sudah tentu
inginkan orang kanannya bersikap amanah. Seorang majikan sudah tentu inginkan pekerja yang
beramanah. Seorang ayah pun inginkan anak-anak amanah dalam pelajaran mereka. Ini adalah satu
perkara yang logik dalam percaturan hidup. Walaupun begitu sikap amanah tidak akan tercerna tanpa
teladan yang baik daripada seorang pemimpin, majikan dan juga seorang ayah. Golongan ini perlu
memberi teladan secara praktikal kepada orang bawahan mereka. Maka dengan itu sifat jati diri akan
menular dalam kelompok mereka sesama sendiri.

kadang-kadang, amanah juga menyebabkan mata terpaksa bersengkang, amanah menyebabkan jasad
kepenatan.,amanah menyebabkan siangnya seperti malam dan malamnya seperti siang. Beratnya
amanah. Namun, biar diri ini sibuk memikul amanah agar nafsu tiada masa untuk berhibur. Terhibur
hati kerana amanah kerana ia membuatkan kita terbuai dalam kesibukan sehingga terlupa membuat
dosa kelalaian.

Menjadi pemimpin merupakan tugas yang mudah, tetapi melaksanakan tugas sebagai pemimpin yang
telah diamanahkan Allah dengan pelbagai tanggungjawab, itu amat berat untuk dilaksanakan dengan
betul. Menerima, menjaga dan melaksanakan amanah ini perlu dilaksanakan dengan sungguh-
sungguh kerana tugas ini amat berat dan akan dipersoal oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Oleh itu, pemupukan nilai amanah dalam diri seseorang seharusnya bermula dengan diri sendiri. Jika
ini berlaku barulah amanah terhadap orang lain terutama dalam organisasi akan dapat dilaksanakan
dengan sempurna. Ini bertepatan dengan apa yang diungkap oleh cendekiawan, "Seseorang yang
tidak memiliki sesuatu (amanah), tidak akan dapat memberikan apa pun (amanah)."

Você também pode gostar