Você está na página 1de 15

ISI KANDUNGAN

MUKA
SURAT

ISI KANDUNGAN …………………………………………… ………… 1

PENGENALAN ………………………………………………………….. 2

SOALAN I…………………………………………………………………. 3

SOALAN II………………………………………………………………… 6

SOALAN III……………………………………………………………….. 9

SOALAN IV……………………………………………………………….. 11

KESIMPULAN……………………………………………. ……………… 14 BIBLIOGRAFI

……………………………………………………………. 15

1
PENGENALAN

Pembangunan dan pembentukan insan yang sempurna adalah bermulanya dari pendidikan awal yang
diterima sejak dari kecil.Untuk melahirkan rakyat yang rela berbakti serta berkorban ke arah mewujudkan
perpaduan kaum dengan mengamalkan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat menghormati adalah
menjadi matlamat penting bagi pembangunan sesebuah negara.Sikap ini membantu ke arah pembentukan
satu bangsa yang maju dan makmur. Dengan kata lain, pendidikan yang disampaikan hendaklah mampu
membina serta menghidupkan kesedaran insan tentang hakikat ketuhanan dan kesediaan untuk mematuhinya.

Usaha-usaha ke arah membentuk penerapan kepercayaan dan keyakinan kepada tuhan amat penting untuk
melahirkan insan yang mempunyai keyakinan diri bahawa manusia dan alam tidak terjadi dengan sendiri
tetapi ada penciptanya.Sikap keyakinan kepada Tuhan akan menjadikan jiwa manusia sebagai hamba yang
taat serta patuh perintah. Keyakinan ini akan menguatkan kepercayaan bahawa hukum-hukum alam adalah
hukum-hukum Tuhan dan manusia digalakkan untuk mengkaji fenomena alam.

Ini menjadikan insan itu lebih berfikiran terbuka dan dapat menghargai semua perbezaan sebagai asas
membangunkan idea-idea dan fikiran. Manusia juga dituntut memikul amanah dan bertanggungjawab dalam
mentadbir dan memakmurkan alam ini dengan baik. Rukun Negara mampu melahirkan masyarakat yang
berpegang teguh kepada agama, demokratik, menghormati undang-undang, taat setia kepada negara dan
bersikap terbuka.

Prinsip-prinsip yang mengandungi Rukun Negara adalah seperti berikut:-


a) Kepercayaan kepada Tuhan
b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
c) Keluhuran Perlembagaan

2
d) Kedaulatan Undang-Undang
e) Kesopanan dan Kesusilaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerangkan bahawa seseorang yang ingin harmoni dan seimbang
dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek mestilah berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan .Ini menunjukkan bahawa seseorang itu mestilah mempunyai agama yang wajib dianuti
sebagai pegangan hidup.

3
SOALAN I

Prinsip yang pertama dalam Rukun Negara ialah “Kepercayaan kepada Tuhan”. Bangsa dan Negara ini
telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama yang
betul akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi
agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana
bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas
alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada
Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga
sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat
terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun
Negara.

Agama mempunyai peranan yang penting dalam membina masyarakat yang bertamadun. Agama
bermaksud kepercayaan kepada Tuhan ataupun sesuatu kuasa yang sakti dan ghaib. Agama dan
kepercayaan mempunyai hubungan yang amat berkaitan. Walaupun agama dan kepercayaan mempunyai
hubungan, namun agama mempunyai makna yang luas. Agama melibatkan sebuah komuniti manusia
manakala kepercayaan berasaskan aspek ketuhanan.

Agama boleh dikesan daripada faktor-faktor seperti perlakuan, sikap, pernyataan dan benda-benda
material. Perlakuan adalah seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara. Sikap adalah
seperti sikap hormat, kasih atau takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan sucidan bersih terhadap

4
agama. Pernyataan berkaiatn dengan jambi, mantera dan kalimat suci manakala benda-benda material
ialah yang zahir seperti bangunan, contohnya masjid, kuil dan gereja. Selain ini, agama juga berkaitan
dengan tatasusila masyarakat. Agama bukan sahaja merupakan perhubungan antara manusia dan Tuhan
malah hunbungan manusia dengan manusia.

Agama adalah motivasi yang menjadi tujuan hidup yang bersumber dari Tuhan. Agama dapat
meningkatkan perilaku umatna, sopan santun, harga diri, keamanan, serta menjaga kepentingan
masyarakat. Sebagai manusia yang berbudaya kita harus menamalkan pedoman-pedoman agama. Jika
seseorang membuat perbuatan kejahatan Tuhan akan menghukumnya manakala orang yang membuat
baik akan memperolehi yang baik.

Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau
masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat
diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Ciri-ciri masyarakat bertamadun
adalah seperti berikut:
a. Bentuk agama yang tinggi
b. Negara yang tersusun rapi
c. Sistem undang-undang
d. Kehidupan Bandar
e. Bahasa dan sistem tulisan yang maju
f. Bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa.

Perkara yang penting dalam dalam kehidupan bertamadun ialah kehidupan yang berbudi pekerti tinggi
dan bermoral tinggi. Orang yang mempunyai sifat sebegini merujuk kepada kehidupan sebagai manusia
beragama. Kemunculan tamadun-tamadun silam sebelum ini merupakan manifesti kepada kehidupan
beragama yang berperanan membentuk nilai kehidupan yang terpuji. Peninggalan bangunan dan barang
tamadun-tamadun silam menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama.

Ajaran agama dan amalan rohani mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang
tulus dan suci yang mendorong kepada kehidupan bertamadun. Sesebuah masyarakat yang menghayati
kehidupan beragama akan berusaha untuk membangunkan kehidupan mereka menuju kepada

5
kesempurnaan dan melahirkan ketinggian budaya. Tamadun Islam tertegak di atas prinsip ajaran agama.
Keseluruhan daripada kandungan tamadun tidak bercanggah dengan ajaran agama.

Agama memainkan peranan yang penting dalam mengasaskan pembentukan tamadun kerana agama
boleh mengubah corak kehidupan masyarakat. Beragama adalah fenomena sejagat. Hampir semua
masyarakat bertamadun dipengaruhi oleh pandangan dan melalui proses orientasi agama dalam
pembentukan dan pengembangan peradaban mereka.

Dalam Islam nilai kepercayaan kepada Tuhan bertunjangkan kepada tauhid dan bersendikan akidah.
Mereka berpegang kepada ajaran al-Quran dan sunnah. Sebahagian besar masyarakat Malaysia adalah
beragama Islam. Maka, di sini agama memainkan peranan penting dalam pembangunan tamadun
manusia yang unggul. Nilai agama Islam berperanan dalam sejarah dan membentuk masyarakat. Sebagai
contoh, Malaysia mempunyai rekod cemerlang sebagai Negara berbilang kaum, agama dan budaya.
Malaysia Berjaya dalam mengamalkan keharmonian Negara walaupun berbilang kaum dan bangsa
bermastautin di sini.

6
SOALAN II

Setiap manusia di dunia ini boleh dikatakan mempunyai kepercayaan kepada agama. Menurut kamus,
agama bermaksud “segenap kepercayaan kepada tuhan atau dewa-dewi serta dengan kewajipan-
kewajipan yang bertalian dengan kepercayaan itu”. Agama mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan
ajaran. Dengan kepercayaan kepada agama, manusia sanggup berkorban untuk mempertahankan agama
mereka. Kesemua agama pada amnya menyampaikan ajaran yang baik seperti disiplin diri, keamanan
serta kebaikan. Terdapat jenis kepercayaan iaitu agama yang berunsurkan kepercayaan ketuhanan dan
agama kebudayaan yang berkembang daripada falsafah bangsa-bangsa yang menganutinya.

Prinsip “Kepercayaan kepada Tuhan” menjadi nadi pembinaan jati diri masyarakat Malaysia. Ia adalah
panduan dan pedoman hidup bermasyarakat oleh seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan
agama. Rakyat Malaysia memang berpegang kuat kepada slogan “Kepercayaan kepada Tuhan”. Ia
bermaksud Malaysia adalah sebuah Negara yang menolak sebarang ideology yang tidak mempercayai
wujudnya Tuhan. Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama adalah prinsip penting
kehidupan rakyat di Malaysi.a. Agama sudah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani
masyarakat kita.

Dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan
dan kepercayaan atau agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan keada Tuhan
seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangunkan
pemikiran luhur dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu. Setiap
penganut agama harus menjadikan agama masing-masing sebagai asas membina keharmonian dan
perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua
kepercayaan agama di Negara ini harus menolak sebarang ekstreme agama, sebaliknya mengamalkan
fahaman kesedehanaan yang dapat menyubur sikap saling menghormati, berbudi pekerti, persefahaman,

7
bertolak-ansur dan saling bertoleransi.

Masyarakat Malaysia berpegang teguh kepada nilai-nilai murni yang diajarkan oleh agama. Ia
membentuk kehidupan masyarakat Malaysia yang harmoni dan sejahtera. Ia berkesan daripada prinsip
kepercayaan kepada Tuhan oleh rakyat Malaysia.

Ikatan keagamaan membantu manusia bertindak sebagai seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa
menjaga kesejahteraan dan keharmonian Negara. Rakyat Malaysia sentiasa bersyukur kerana dapat
hidup dalam suasana yang aman dan damai.

Walaupun agama dan kepercayaan terhadap Tuhan adalah masalah yang menyangkut hubungan peribadi
manusia dengan Tuhan yang dipercayainya, namun nilai-nilai mulia yang diajarkan agama itu
seharusnya dapat mengembangkan sikap saling menghormati serta kebebasan melaksanakan ibadah
sesuai dengan agama dan kepercayaan masing-masing.

Masyarakat Malaysia di Negara ini tidak merestui sebarang sikap keterlauan yang cenderong menghina
ibadat atau amalan orang lain. Mastarakat Malaysia adalah masyarakat yang berbudi pekerti dan saling
menghormati. Budi pekerti membawa maksud akhlak, perangai dan tingkah laku yang baik. Masyarakat
di Negara ini mempunyai akhlak ataupun tingkah laku yang baik.

Pernyataan ini boleh dibuktikan dengan perlakuan-perlakuan oleh masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India. Masyarakat Melayu berpegang kuat pada adat resam dan
agama. Orang Melayu memberi salam apabila bertemu dengan seseorang. Mereka berpendapat bahawa
anak dara duduk bersila adalah perlakuan yang tidak manis ataupun tidak sopan. Mereka makan dengan
menggunakan tangan serta tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.

Masyarakat Cina menunduk ketika memberi salam. Masyarakat Cina menunggu semua ahli keluarga
ketika makan dan orang tua makan dahulu diikuti oleh orang muda. Mereka tidak dibenarkan memakai
topi di dalam tokong dan mereka harus menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah. Mereka
juga harus menolong orang susah dan menjadi pemurah.

8
Masyarakat India juga mempunyai budi pekerti yang baik. Mereka duduk di atas lantai ketika makan
dan mereka menggunakan tangan semasa makan. Mereka tidak suka membazirkan makanan. Mereka
harus mengamalkan sikap senyap semasa bersembahyang dan harus menanggalkan kasut sebelum
masuk ke dalam kuil. Mereka tidak suka membalas dendam. Mereka memberi salam kepada orang yang
lebih tua. Orang India juga mematuhi adat dan resam mereka.

Melalui pegangan kuat adat resam dan perlakuan kaum-kaum di Malaysia menentukan bahawa
masyarakat Malaysia berpegang kuat pada Rukun Negara yang pertama iaitu “Kepercayaan kepada
Tuhan”. Mereka percaya bahawa Tuhan memang bermuncul dan kita harus malaukan perbuatan ataupun
perlakuan yang baik sahaja.

Masyarakat Malaysia memahami setiap perbezaan. Mereka mempunyai sikap saling tolong-menolong
antara satu sama lain yang tidak membezakan suku, agama, budaya dan ras. Masyarakat Malayisa saling
menghormati serta menghargai antara satu sama lain.

9
SOALAN III

Tuhan difahami sebagai Roh Mahakuasa dan asas dari suatu kepercayaan. Tidak ada kesepakatan
bersama mengenai konsep ketuhanan, sehingga ada berbagai konsep ketuhanan meliputi teisme, deisme,
panteisme, dan lain-lain. Dalam pandangan teisme, Tuhan merupakan pencipta sekaligus pengatur segala
kejadian di alam semesta.

Agama ialah pegangan hidup bagi setiap individu yang hidup di dunia ini. Tanpa agama manusia akan
hidup di dalam keadaan huru-hara. Agama dapat membentuk pembanguan rohani dan jasmani yang
seimbang dan sempurna. Agama ini berkait rapat dengan konsep ketuhanan dan kepercayaan dalam
kehidupan manusia.

Konsep ini akan mendidik diri kita supaya lebih yakin dan mempunyai pendirian diri yang kukuh. Ia
akan membantu mengubah seseorang manusia menjadi umat yang lebih baik. Jika seseorang itu
memiliki konsep ketuhanan dan kepercayaan, dia akan memiliki daya kekuatan untuk memahami
sesuatu isu dalam masyarakat dengan membuat penilaian secara kritis di antara kebenaran dan
kepalsuan. Maka, pemikiran mereka tidak mudah dipesongkan oleh sebarang unsur yang menyeleweng.

Orang yang percaya kepada Tuhan akan bertindak secara progresif dan dinamis dengan melakukan
penyelidikan secara terperinci terhadap sesuatu isu. Keputusan dibuat setelah menyelidik sumber
maklumat. Kepercayaan ketuhanan menekankan kepentingan menyelidiki sesuatu perkara terutama pada
perkara-perkara yang melibatkan masyarakat.

Kepercayaan kepada Tuhan akan membantu untuk membentuk pandangan semesta seseorang dan
sesebuah masyarakat serta perilaku dan gaya hidup seseorang manusia. Ia juga memainkan peranan yang
penting dalam ketenangan dan keamanan di kalangan masyarakat sehinggakan kepercayaan terhadap

10
Tuhan dijadikan sebagai sumber kekuatan dan mekanisme yang berpengaruh pembentukan keselamatan
manusia. Tanpa kepercayaan ketuhanan sesuatu masyarakat tidak membangun dengan segera.
Walaupun kepercayaan terhadap Tuhan membawa banyak kebaikan, namun kepercayaan ini juga
membawa sedikit keburukan kepada manusia. Antaranya adalah fanatik keagamaan. Fanatik bermaksud
teramat kuat kepercayaan terhadap ajaran politik, agama dan sebagainya. Fanatik boleh membawa
kepada permusuhan sesama agama ataupun agama yang berlainan. Fanatik berlebihan akan menjadi
sensitif, dan sensitif berkaitan dengan emosi marah. Marah menjadi perkelahian dan terakhir sekali
biasanya menjadi peperangan.

Selain itu, seseorang yang berpegang kuat terhadap sesuatu agama ataupun kepercayaan akan cuba
mengawal orang lain ataupun orang yang berhampiran atau berdekatan dengannya. Ia juga akan
menimbulkan masalah-masalah yang tidak diingini berlaku. Contohnya, pakaian perempuan orang
Melayu. Mengikut agama Islam, perempuan Melayu diwajibkan menutup aurat. Tetapi segelintir orang
tidak suka memakai sedemikian. Ia akan mencetuskan kepada berlakunya pertelingkahan ataupu
pergaduhan sesama suami isteri ataupun dalam keluarga sendiri.

Hidup beragama iaitu percaya pada Tuhan adalah sebuah kehidupan yang harmoni, tenangdan damai. Ia
juga mengajar manusia supaya menjalankan kehisupan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sahsiah. Setiap agama mengajar manusia supaya percaya dan yakin terhadap Tuhannya.
Dengan keyakinan inilah wujudnya manusia yang mempunyai kteguhan pendirian yang jati.

11
SOALAN IV

Kesedaran ataupun keinsafan secara umumnya bererti pemerolehan kebijaksanaan atau pemahaman baru
yang membolehkan kejelasan tanggapan. Maka, kesedaran kepercayaan kepada Tuhan harus dipupuk di
kalangan anak sejak kecil lagi. Lagi-lagi semasa bayi dalam kandungan ibu. Ibu harus membaca kitab-
kitab yang berkaitan dengan agama semasa seseorang bayi dalam rahim. Ia akan membantu bayi itu
mengenal Tuhan serta kepercayaan terhadapNya. Ia merupakan perancangan ataupun didikan awal untuk
melahirkan seorang insan yang baik dan intelektual. Oleh itu, didikan yang baik sejak kecil lagi sangat
penting dalam sesebuah keluarga.

Ibubapa yang memainkan peranan penting dalam memupuk kesedaran kepercayaan kepada Tuhan dalam
sesebuah keluarga. Ibubapa harus mengajar anak-anak mereka tentang kepentingan beragama dan juga
boleh menghantar anak-anak mereka ke kelas agama untuk mengetahui tentang pengajaran agama secara
terperinci. Perbuatan demikian boleh membantu mereka menyedari tentang keistimewaan Tuhan dari
sejak kecil lagi. Ia juga akan membantu generasi muda tidak menjejak kaki ke alam yang tidak senonoh
seperti gejala dadah, menghisap rokok, melakukan kerogolan, jenayah dan sebagainya.

Guru-guru juga memainkan peranan penting dalam memupuk kesedaran kepercayaan kepada Tuhan di
sekolah. Murid-murid menghabiskan kebanyakan masa di sekolah. Maka, guru-guru boleh memberi
pengajaran tentang keagamaan masing-masing kepada murid-murid. Dalam hal ini, murid-murid lebih
suka mendengar kata-kata guru-guru berbanding dengan ibubapa. Guru-guru juga boleh mengadakan
kelas agama di sekolah dan menerapakan kepercayaan terhadap Tuhan di kalangan murid. Hal ini
demikian kerana, didikan sejak kecil lagi akan terpahat dalam hati seseorang dan seterusnya akan
membentuk peribadi mereka.

12
Kepercayaan perlu diintegrasikan dalam kepimpinan sekolah kerana ia menggambarkan hubungan yang
terbuka, positif yang berupaya mempertingkatkan motivasi guru dalam melaksanakan tugas yang
diberikan. Kurangnya kepercayaan di dalam organisasi pendidikan akan menyebabkan morale dan
komitmen guru menurun dan dan menyekatkan perkembangan dan pembangunan sekolah. Justeru,
kepercayaan dianggap sebagai pemangkin yang mampu membentuk integrity serta bertindak sebagai
asas kepada keberkesanan sekolah.
Kerajaan juga harus memainkan peranan dalam memupuk konsep kepercayaan kepada Tuhan. Ia boleh
mengadakan ataupun memperbanyakkan program-program yang berkaitan dengan agama untuk
memberi keinsafan kepada masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Program-program
keagamaan boleh meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap aspek keagamaan. Penerapan
nilai-nilai murni harus dipupuk di kalangan masyarakat di semua agensi kerajaan dan swasta secara
meluas. Negara kita akan terdiri daripada masyarakat yang berbudi pekerti jika setiap rakyat di negara
ini bertekad untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi.

Kepercayaan merupakan pegangan hidup manusia. Prinsip, amalan dan nilai yang terkandung dalam
kepercayaan masing-masing dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan seterusnya dalam
menghadapi cabaran. Jiwa manusia tersebut diruntun dengan perasaan keluh kesah, putus asa, bertindak
secara bebas meskipun bertentangan dengan nilai dan etika dan pelbagai perkara kejahatan yang lain.

13
KESIMPULAN

Kepercayaan kepada Tuhan adalah pinsip yang pertama dalam Rukun Negara. Bangsa dan Negara ini
telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama yang
betul akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan.

Agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana
bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas
alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan
pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia.

Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-
masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

14
(2614 patah perkataan)
BIBLIOGRAFI

1. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/524-kolumnis-akhbar/16031-kepercayaan-
kepada-tuhan-bina-keharmonian-beragama.html
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_dunia
3. http://journalarticle.ukm.my/5286/1/5Nur%2520Farhana.pdf
4. http://www.jalansufi.com/konsep-ketuhanan/
5. https://www.youtube.com/playlist?list=PLdvAU66s6HC8wzctqaG_9xRC9KOVgtKDV

15

Você também pode gostar