Você está na página 1de 3

Analisis SWOT

 STRENGH
Kekuatan dalam projek ini ialah terdapat banyak populasi burung walit di kawasan
projek. Selain itu, nilai harga sarang burung walit yang dihasilkan di rumah lebih mahal
berbanding yang berasal dari gua. Hal ini, disebabkan produk sarang burung walit yang
dihasilkan di rumah mempunyai kualiti lebih baik iaitu sarang yang dihasilkan lebih
putih, bersih, bentuk sarang sempurna dan keadaan bersih berbanding sarang walit
yang berasal dari gua. Sarang burung walit juga mempunyai khasiat yang tinggi. Selain
itu, menerusi bahagian khidmat sokongan dan pembangunan industri(KSI) dan bahagian
industri tanaman dan ternakan(ITTP), agro bank dan jabatan perkhidmatan
verteriner(JPV), telah mengadakan seminar pembiayaan industri burung walit. Melalui
sokongan tersebut projek ini dijamin dapat dilaksanakan oleh penduduk kampung
kerana mendapat sokongan daripada organisasi-organisasi tersebut. Oleh hal yang
demikian, program ini dijangka akan mendapat sambutan baik daripada penduduk
kampung yang disasarkan dalam projek ini.

 WEAKNESS

Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah kos pengeluaran yang tinggi. Kos
pengeluaran sarang burung walit terdiri dari kos tetap dan kos yang berubah-ubah. Kos
tetap terdiri daripada upah tenaga kerja untuk penjagaan dan pemuliharaan sehingga
proses penuaian, kemudahan untuk tenaga kerja, kos elektrik, telefon dan air. Manakala
kos yang berubah-ubah pula ialah pembelian makanan tambahan dan ubat-ubatan serta
kos pembersihan sarang. Selain itu, kelemahan yang lain ialah kekurangan maklumat
berkaitan pasaran. Maklumat pasaran burung walit masih terhad. Permodalan juga
menjadi faktor kelemahan dalam projek ini. Hal ini, disebabkan modal untuk membina
rumah untuk burung walit adalah mahal iaitu RM 50000 hingga 200000. Faktor
kelemahan yang lain ialah jumlah pengeluaran sarang burung walit yang sedikit setiap
kali masa penuaian.
 OPPORTUNITY

Antara peluang yang dikenal pasti dalam projek ini ialah adanya penggolongan harga.
Adanya penggolongan harga berdasarkan warna dan bentuk sarang walit bertujuan
untuk menentukan nilai harga sarang burung walit yang dihasilkan. Sarang burung walit
mempunyai tiga penggolongan harga iaitu kelas A, kelas B dan kelas C. Selain itu,
peluang yang lain ialah kemajuan dalam bidang teknologi, maklumat, komunikasi dan
pengangkutan. Kemajuan dalam bidang teknologi contohnya alat pemanggil burung
walit supaya burung walit tertarik untuk tinggal didalam rumah yang disediakan.
Kemajuan dalam bidang pengangkutan pula terutamanya jalan yang baik memberikan
kemudahan untuk memasarkan produk yang dihasilkan. Kemajuan dalam bidang
komunikasi seperti pengunaan telefon dan internet dapat membantu serta melancarkan
kegiatan pemasaran terutamanya dalam memberikan maklumat pasaran. Selain itu,
antara peluang yang lain ialah permintaan eksport sarang burung walit yang meningkat.

 THREAT

Terdapat juga halangan dalam melaksanakan projek ini iaitu kos bahan bangunan untuk
pembinaan rumah burung walit meningkat. Hal ini, disebabkan ekonomi negara yang
sentiasa berubah-berubah. Selain itu, adanya halangan perdagangan mahupun didalam
negara ataupun antarabangsa. Halangan yang lain lagi ialah berkembangnya isu
penyakit burung walit. Hal ini, disebabkan ada yang berpendapat bahawa burung walit
juga penyebar virus selesma burung.

Você também pode gostar