Você está na página 1de 42

KESAN FROG VLE SECARA PEMBELAJARAN

KOOPERATIF TERHADAP PENCAPAIAN, KBAT DAN


MINAT PELAJAR BAGI SUBJEK KIMIA

Noor Ashikin Binti Ibrahim, Kamisah Osman

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Bagi memastikan penggunaan ICT dapat dimanfaatkan (anjakan yang ke-7 PPPM 2013-2025), Frog VLE telah
diperkenalkan dengan harapan dapat merealisasikan aspirasi murid. Selain itu, aspirasi murid dalam PPPM
2013-2025 juga menghasratkan pelajar mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) terutamanya dalam
subjek Sains dan Matematik. Maka, kajian ini mengkaji kesan penggunaan Frog VLE secara pembelajaran
Kooperatif terhadap pencapaian, KBAT dan minat pelajar bagi subjek Kimia. Reka bentuk kajian ini ialah kuasi
eksperimen bagi kumpulan tidak setara dengan menggunakan dua kumpulan rawatan dan satu kumpulan
kawalan. Kumpulan rawatan pertama akan belajar mengunakan Frog VLE secara pembelajaran kooperatif,
kumpulan rawatan kedua hanya belajar secara kooperatif dan manakala kumpulan kawalan akan belajar secara
konvesional. Instrumen kajian ini ialah borang soal selidik dan juga kertas soalan bagi ujian Pra dan Pasca.
Kajian melibatkan pelajar tingkatan 4 di tiga buah sekolah harian biasa daerah Jasin, Melaka. Analisis dapatan
kuantitatif dilakukan secara deskriptif dan disusuli dengan analisis inferensi yang melibatkan analisis Wilcoxon
Signed Rank dan Kruskal-Wallis. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kesan
penggunaan Frog VLE secara pembelajaran kooperatif terhadap pencapaian, KBAT dan minat pelajar bagi
subjek Kimia. Kajian ini menyimpulkan penggunaan Frog VLE secara pembelajaran Kooperatif dapat memberi
kesan yang positif terhadap pencapaian, KBAT dan minat pelajar.

Kata kunci: Frog VLE, pembelajaran Kooperatif, pencapaian, minat, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

ABSTRACT
For leverage ICT (the 7th shifts of MEB 2013-2025), Frog VLE has been introduced to achieve objectives of
student aspirations. The student aspirations in the MEB 2013-2025 also desire students should have Higher
Order Thinking Skills (HOTS) especially in Science and Mathematics. Thus, this study examined effects of
Frog VLE with Cooperative learning toward student’s achievement, KBAT and interests in Chemistry subject.
The research design is quasi-experimental for nonequivalent group by using two treatment groups and one
control group. The first treatment group was learned by using Frog VLE with Cooperative learning method, the
second treatment groups used Cooperative learning method only and while the control group was taught
conventionally. The research instrument was questionnaires and exam papers for pre and posttest. This study
was conducted for form 4 students in three schools in Jasin, Melaka area. Quantitative analysis was analysed by
descriptive analysis, soon followed by inferential analysis Wilcoxon Signed Rank and Kruskal-Wallis. The
findings showed that there were significant differences between effects of Frog VLE with Cooperative learning
toward student’s achievement, KBAT and interests for Chemistry subject. The study concludes, Frog VLE with
Cooperative learning, will attribute a positive effect on the achievement, KBAT and student interest.

Keywords: Frog VLE, Cooperative learning, achievement, interest, High Order Thinking Skills (HOTS)

635
PENGENALAN

Penggunaan Frog VLE di kebanyakan sekolah di Malaysia sudah tidak asing lagi. Ini merupakan salah satu
langkah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memupuk minat Generasi Z yang merupakan generasi
digital untuk lebih berminat dalam pembelajaran. Kebiasaanya pelajar kurang berminat terhadap subjek yang
sukar mereka fahami dan subjek yang memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Oleh itu, salah satu langkah
untuk menarik minat generasi ini ke arah pembelajaran ialah dengan menggunakan Frog VLE dan pengajaran
menggunakan kaedah pembelajaran Kooperatif.

Mohd. Hamdan (2011) mengatakan bahawa seandainya Facebook adalah sebuah negara ia akan menjadi negara
terbesar nombor tiga di dunia. Manakala Twitter yang awalnya dirancang untuk digunakan sebagai aplikasi
pendukung dalam pekerjaan dan berkomunikasi dalam kumpulan kecil sekarang ini. Justeru, ia menjadi
microblogging perkongsian maklumat terbesar di dunia (Hughes dan Palen, 2009) dengan kebolehannya
menyampaikan 350 juta Tweets per hari yang didominasi oleh pengguna generasi muda. Maka, pihak KPM
dengan kerjasama YTL Communication mewujudkan satu platform berasaskan aplikasi media sosial yang boleh
digunakan oleh guru sebagai medium pengajaran terutamanya di sekolah iaitu Frog VLE.

Frog VLE adalah satu sistem berasaskan web yang menyerupai dunia pendidikan sebenar dengan
mengintegrasikan pendidikan konvensional dalam persekitaran maya. Dalam web Frog VLE, guru boleh
memuat naikkan lagu, video, gambar, latihan dalam Microsoft word, “power point” dalam site yang
dibangunkan malah dalam web ini juga terdapat laman forum dan chatroom untuk pelajar berinteraksi. Ini
merupakan aplikasi media sosial yang diselitkan dalam web ini untuk menjadi lebih interaktif sekaligus menarik
minat pelajar untuk menggunakannya. Justeru, kajian ini akan memfokuskan keberkesanan penggunaan Frog
VLE dengan menggunakan kaedah pembelajaran Kooperatif terhadap pencapaian, Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi dan minat pelajar dalam matapelajaran Kimia

Kajian Barker dan Gossman (2013), menyiasat pandangan pelajar terhadap kesan pembelajaran bagi
Persekitaran Pembelajaran Maya(VLE) terhadap 650 pelajar tahun kedua kolej SFC di UK . Kajian beliau
memfokuskan kepada sama ada penggunaan VLE dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai kesan positif
ke atas pembelajaran pelajar, sama ada penggunaan VLE dalam pengajaran dan pembelajaran membantu
membangunkan pembelajaran berdikari dan menentukan sama ada penggunaan VLE dalam pengajaran dan
pembelajaran meningkatkan motivasi untuk belajar. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan VLE
mempunyai: -

kesan positif ke atas pencapaian pelajar dari segi keberkesanan sebagai seorang pelajar, meningkatkan kualiti
pembelajaran dan sebagai alat bantuan dalam kursus,

membantu membangunkan pembelajaran berdikari dengan peluang untuk belajar secara tidak formal pada masa,
tempat dan kadar yang sesuai dengan pelajar dan
meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dari segi maklumbalas terus ke atas aktiviti pelajar dan mengalakkan
komunikasi dan pembelajaran kolaboratif melalui forum, chat dan e-mail untuk perbincangan

Serim dan Koch (1996); Ahmad Fuad (2003); Azwan Ahmad et al (2005) dalam kajian mereka, menyatakan
dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari,
mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan meluas
bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat memberikan rangsangan kepada murid.
Kenworthy dalam Noraini (2008) mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam
kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan
aktiviti pembelajaran yang menarik.

Menurut Mohammad Abdillah et al (2014), guru perlu memainkan peranan untuk menarik minat pelajar terhadap
sesuatu subjek. Hadiah Senin (1997), mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar dalam
subjek Sejarah berdasarkan terhadap 250 orang pelajar termasuk pelajar Melayu,

636
Cina dan India dari lima buah sekolah di Batu Pahat Johor. Dapatan beliau menyatakan bahawa pelajar-pelajar
yang baik pencapaiannya dalam mata pelajaran Sejarah adalah pelajar yang mempunyai minat terhadap mata
pelajaran tersebut. Menurut Noor Erma et al. (2014), minat merupakan suatu perkara penting sebagai pendorong
kepada murid untuk bergiat cergas dalam aktiviti pembelajaran.

Penggunaan Frog VLE dalam pendidikan merupakan medium untuk memberi kelainan dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Tambahan pula, penggunaan Frog VLE merupakan satu hasrat yang ingin dilaksanakan
dalam Negara kita seperti dalam anjakan yang ke-7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
(PPPM), iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Oleh itu, penggunaan Frog VLE
adalah salah satu cara untuk menyahut anjakan tersebut.

Kajian tehadap Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) terhadap pelajar sekolah masih lagi kurang
khususnya bagi subjek Kimia. Tambahan lagi, sejak dilancarkan penggunaanya diperingkat sekolah sejak tahun
2012, didapati guru-guru masih lagi menggunakannya pada tahap kemampuan yang miminum. Kebanyakan
kajian Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) yang telah dilakukan melibatkan Institusi pendidikan tinggi
di luar negara bagi kursus yang berbeza dan hanya 3 kajian sahaja yang melibatkan kursus yang berkaitan
Kimia. Platform VLE yang digunakan diluar negara juga berbeza namanya kerana kebanyakan negara mereka
menggunakan Persekitaran Pembelajaran Maya Moodle (VLE) tetapi konsepnya sama seperti Persekitaran
Pembelajaran Maya Frog (VLE).

Daripada pencarian artikel untuk tinjauan literatur mendapati kajian terhadap pencapaian, Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi dan minat pelajar dalam subjek Kimia mengunakan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE)
masih belum lagi dilakukan di negara ini malahan masih lagi kurang dilakukan di luar negara. Maka artikel ini
akan berfokuskan tentang kesan penggunaan Frog VLE terhadap subjek Kimia dari segi aspek pencapaian,
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta minat pelajar dengan mengunakan kaedah pembelajaran Kooperatif.

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA FROG VLE

Walaupun penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) telah lama digunakan dalam pendidikan tinggi di
negara ini terutamanya dalam pendidikan jarak jauh, tetapi penggunaan dan perlaksanaan di peringkat sekolah sama
ada sekolah menengah dan sekolah rendah masih lagi jauh ketinggalan. Leese (2009) menyatakan bahawa
Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) adalah Persekitaran berasaskan komputer dan ia melibatkan perkongsian
maklumat antara pelajar dan tutor. Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) adalah sistem perisian yang berasaskan
laman web yang direkabentuk untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan alat-alat dan
aktiviti-aktiviti (JISC, 2009). Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) boleh dilihat sebagai platform pembelajaran
mengintegrasikan berasaskan laman web. VLE membolehkan akses secara maya kepada kandungan pembelajaran,
kelas dan lain-lain sumber. Berdasarkan Wilson (1996), beberapa persekitaran pembelajaran berasaskan komputer
adalah sistem terbuka secara relatif yang membenarkan interaksi dan pertemuan dengan lain-lain peserta, sumber-
sumber dan perwakilan. Tambahan lagi VLE boleh dikenalpasti dengan ciri-ciri berikut (Dillenbourg et al.

2002):

Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) ialah satu ruang rekaan maklumat


Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) ialah ruang sosial: interaksi pendidikan berlaku

Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) mengalihkan ruang ke tempat-tempat: Ruang maya diwakili dengan
ruang maklumat/sosial yang membolehkan dari tulisan ke dunia 3D

Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang merangsang pelajar menjadi aktif.

Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) bukan sahaja terhad kepada pendidikan jarak jauh tetapi ia dapat
memperkayakan aktiviti kelas.

Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) mengintergrasikan teknologi heterogeneous dan pendekatan pedagogi
yang pelbagai

637
Takrifan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) juga mengikut perspektif dimana pembelajaran maya itu
dilaksanakan. Istilah atau konsep lain persekitaran pembelajaran maya antaranya ialah e-pembelajaran(e-learning),
pembelajaran atas talian(online learning), pembelajaran jarak jauh(distance learning) , pembelajaran berasaskan laman
web(web-based learning) dan sebagainya.Beberapa contoh platform Persekitaran Pembelajaran Maya yang telah
digunakan adalah seperti Frog VLE yang digunakan khusus untuk pendidikan sekolah Menengah seperti di Malaysia
dan United Kigdom yang berasaskan laman web serta menggunakan sistem pengurusan pembelajaran (LMS), Moodle
yang merupakan VLE terbuka yang menggunakan sistem pengurusan pembelajaran (LMS) yang meluas digunakan
dan mempunyai satu set alat pengajaran dan pembelajaran yang mantap serta banyak digunakan di institusi
pendidikan tinggi dalam kebanyakan kursus , Fronter yang berasaskan teknologi terbuka yang bukan sahaja digunakan
dalam sektor pendidikan malahan juga boleh digunakan dalam sektor kepimpinan serta lain-lain lagi nama bagi VLE.

Menurut Noraniah et. al 2000; Rheingold 2004, pembelajaran maya adalah berasaskan pengunaan internet dan
kerana istilah penggunaanya seiring dengan perkembangan internet. Pembelajaran maya adalah satu corak
memperolehi ilmu atau pendidikan menggunakan sistem pendekatan penyampaian pengajaran bagi
membolehkan perubahan kekal dalam diri seseorang individu dari segi mental, pemikiran, konsep, sikap dan
perlakuan melalui pengalaman yang tertentu yang diuruskan melalui suatu sistem atas talian (online) yang
menguruskan pembelajaran, membekalkan mekanisme penghantaran pengetahuan/maklumat, pemantauan
prestasi pelajar, penilaian dan capaian kepada sumber pengajaran dan pembelajaran yang segera
(Jamaludin,2000). Kesimpulanya, berdasarkan takrifan yang diberikan dari semua penyelidik yang dibincangkan
di atas menunjukkan bahawa Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) merupakan persekitaran pembelajaran
menggunakan internet sebagai bahan penghantaraanya yang dapat menyediakan pembelajaran aktif kepada
pelajar untuk meneroka ilmu pengetahuan serta memberikan pengalaman pembelajaran bermakna kepada
pelajar.

Kebaikan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE)

Cavanaugh et.al. (2004) menyatakan bahawa kebaikan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) ialah seperti fleksibel,
masa pembelajaran dapat dipanjangkan, banyak peluang-peluang pendidikan dan peningkatan akses kepada sumber-
sumber. Ini disokong oleh Leese (2009), yang menyatakan bahawa Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) berpotensi
untuk memperbaiki komunikasi dan menawarkan sokongan kepada pelajar. Ia muncul sebagai medium yang paling
sesuai bagi memudahkan projek. Tambahan lagi, menurut Scardamalia dan Bereiter (1996), Persekitaran Pembelajaran
Maya (VLE) dapat memaksimakan refleksi pelajar dan mengalakkan pemikiran yang progressif dan bebas. Pelajar
yang mengunakan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) boleh menetapkan satu tugasan untuk dilengkapkan dalam
bilik darjah atau pada kadar keupayaan, masa dan lokasi. Mereka boleh menyumbang kepada perbincangan serentak
dan bukan serentak bagi membantu pelajar membina pembelajaran mereka (JISC, 2009). Sebilangan penyelidik telah
menulis tentang keberkesanan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) di peringkat pendidikan tinggi. Kebaikan yang
ditulis ialah: Selesa, mudah di akses dan lebih fleksibiliti (Colorado dan Eberle, 2010). Walau bagaimanapun,
keberkesanan VLE mungkin bergantung banyak kepada kemudahan internet di sekolah, tahap semangat antara
kalangan pelajar ke atas pengunaan tapak jaringan sosial dalam pendidikan dan pengetahuan serta kemahiran guru
dalam pembelajaran atas talian.

Seperti yang dilaporkan oleh Heap et al. 2004; O’Connor dan Ross 2004, Persekitaran Pembelajaran Maya
(VLE) seperti WebCT, Blackboard and Moodle menyokong pembelajaran bercampur dan membenarkan guru-
guru untuk:
Menyampaikan bahan-bahan kursus yang mengandungi audio, video, animasi dan simulasi.

Menyampaikan markah tugasan atas talian yang disokong oleh maklum balas dan semakan tugasan pelajar

Interaksi melalui kaloborasi dengan pelajar mereka

638
Memberikan maklumat pada bahan yang terpilih bagi bahan-bahan kursus

Mengesan bilangan pelajar yang melihat kursus

Dapat analisis yang berguna secara statistik dari penglibatan pelajar

Kaedah Pembelajaran Kooperatif Dalam Frog VLE

Kooperatif di ditakrifkan sebagai satu struktur interaksi yang direka untuk memudahkan bagi melengkapkan
penghasilan produk akhir yang khusus atau bagi mencapai matlamat melalui sekumpulan manusia bekerja dalam
satu kumpulan. Pembelajaran Kooperatif adalah pembelajaran dalam salah satu cabang konstruktivisme sosial
yang diperkenalkan oleh Vygotsky.Beliau menyatakan bahawa peranan budaya dan masyarakat, bahasa dan
interaksi adalah penting dalam memahami bagaimana manusia belajar. Bagi beliau pengetahuan adalah budaya
dan pendekatan ini boleh digambarkan dengan secara ringkas sebagai kooperatif dan budaya. Perkembangan
individu seperti perkembangan pemikiran, bahasa dan proses-proses bersebab dapat dibangunkan melalui
interaksi sosial dengan yang lain. Vygotsky telah memperkenalkan zon perkembangan peroksimal yang
berkaitan dengan sosio-budaya di mana pembinaan pengetahuan dipengaruhi oleh lingkungan sosial
disekitarnya.

Pengetahuan, sikap, pemikiran dan sistem nilai yang dimiliki akan akan berkembang melalui proses interaksi.
Zon Perkembangan Peroksimal adalah jarak antara perkembangan sebenar dengan peringkat perkembangan
yang berpotensi dimana pelajar mampu membina pengetahuan dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa
atau pun dalam konteks dalam bilik darjah ialah bimbingan guru. Perancah atau “scaffolding” merupakan
bantuan yang diberikan kepada pelajar untuk belajar dan memecahkan masalah. Bantuan tersebut boleh dalam
berbentuk petunjuk, dorongan, peringatan, memberikan contoh-contoh dan memungkin pelajar itu berdikari.
Dalam konteks kajian ini “scaffolding” boleh berupa bantuan dalam bentuk Persekitaran Pembelajaran Maya
Frog (VLE).

Pembelajaran Kooperatif adalah model pembelajaran yang boleh memaksimumkan keberkesanan konstruktivis.
Ia melibatkan tugasan yang diberikan dalam kumpulan kecil dengan matlamat yang dikongsi bersama sebagai
salah satu strategi pengajaran. Pembelajaran Koperatif ini adalah kaedah yang efektif yang dapat menggalakan
interaksi sosial dan mempertingkatkan kesangupan pelajar untuk bekerjasama dengan yang lain dengan
keperluan pembelajaran dan latarbelakang sosiobudaya yang berbeza (Gillies, 2007). Dengan kaedah dan teknik.
Koperatif, tujuan pembelajaran ialah untuk mengalakan keterbergantungan secara positif, berdikari, interaksi
bersemuka, akauntabiliti individu dan kemahiran sosial (Vargas et al.2011). Tidak diragukan lagi bahawa
pembelajaran koperatif menawarkan banyak kebaikan kepada pelajar dari segi (1) meningkatkan pencapaian
akademik, (2) meningkatkan pencapaian pelajar dan penentuan untuk mencapai kejayaan, (3) memperbaiki
kemahiran perhubungan interpersonal dan kemahiran menyelesaikan masalah dan (4) menyuburkan sifat emosi
dan penhargaan kendiri (Orlich 2004; Wlodkowski 2008) .
Dalam perkembangan pendidikan sekarang adalah penting dalam mengintegrasikan pembelajaran Kooperatif
dengan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) bagi mempelbagaikan strategi pembelajaran bagi
meningkatkan pencapaian hasil pelajar. Ini dikenali sebagai strategi pembelajaran bercampur “blended
learning”. Hasil kajian Garrison dan Kanuka (2004), mendapati pembelajaran bercampur konsisten dengan nilai-
nilai di institusi pendidikan tinggi dan telah terbukti berpotensi untuk meningkatkan keberkesanan dan
kecekapan pengalaman pembalajaran bermakna. Kajian Mohd Fazdli et. al (2007) terhadap pelajar tahun
pertama yang mengambil subjek telekomunikasi, UTM, Johor mendapati terdapat perhubungan yang signifikan
antara pembelajaran Koperatif dengan kemahiran Generik(kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja dalam
kumpulan, dan kebolehan penyelesaian masalah) dan kemahiran menggunakan e-pembelajaran dalam kalangan
pelajar.

Pembelajaran Kooperatif juga menjadikan pelajar lebih bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri,
penglibatan yang lebih aktif, mengembangkan kemahiran berfikir dan meningkatkan kepuasan dalam
pembelajaran (Cooper, 2000). Tambahan pula, dengan menggunakan kaedah pembelajaran Kooperatif, subjek
yang sukar seperti Kimia akan lebih difahami kerana berlakunya proses perbincangan dan

639
perkongsian idea yang aktif (Webb et. al, 1995). Maka, dalam menggunakan Frog VLE sebagai medium
pengajaran, strategi pembelajaran Kooperatif adalah bersesuaian untuk digunakan, kerana pelajar dapat
menjalankan sesuatu tugasan bersama rakan sekelasnya.

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang akan digunakan bagi kajian ini ialah kuasi eksperimen iaitu Reka bentuk Kumpulan
Tidak Setara (RKTS) atau (NEGD). Dalam RKTS, penyelidik menggunakan kumpulan intact, iaitu kelas yang
sedia ada seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah sebagai kumpulan eksperimen dan kawalan (Campbell &
Stanley, 1963). Pemilihan kumpulan yang hampir sama dilakukan supaya perbandingan yang adil dapat
dilaksanakan ke atas ketiga-tiga kumpulan rawatan dan kawalan.

Jadual 1: Reka bentuk kumpulan rawatan dan kawalan

Kumpulan
Ujian Pra
Strategi Pengajaran
Ujian Pasca

Kumpulan Rawatan 1
O1
X1
O2

( Menggunakan Frog VLE Dan Kaedah


Pembelajaran Kooperatif)

Kumpulan Rawatan 2
O3
X2
O4

( Kaedah Pembelajaran Kooperatif)

Kumpulan Kawalan
O5
X3
O6

(Kaedah Konvensional)

Petunjuk:

O1, O3, O5 = Ujian Pra

O2, O4, O6 = Ujian Pasca

X1 = Menggunakan Frog VLE dan kaedah pembelajaran kooperatif

X2 = Mengunakan Kaedah Pembelajaran Kooperatif

X3 = Kaedah Konvensional
Populasi Dan Sampel Kajian

Populasi bagi kajian ini adalah pelajar tingkatan 4 aliran sains tulen bagi tiga buah Sekolah Menengah
Kebangsaan daerah Jasin, Melaka. Sampel kajian diambil daripada populasi secara pemilihan pensampelan
tujuan (purposive sampling) bagi menentukan kelas dan sekolah yang dipilih sebagai kajian. Pemilihan sampel
daripada pelajar tingkatan 4 bertujuan untuk menjamin kualiti dan kredibiliti kajian, kerana sampel kajian
mempunyai kematangan yang hampir sama antara kumpulan dan sampel juga memiliki kesetaraan tahap
pengetahuan. Bagi menentukan kumpulan rawatan dan kawalan, penyelidik menggunakan kaedah pensampelan
rawak mudah supaya setiap sampel tidak dipilih secara “bias” dan mempunyai kesamarataan dalam pemilihan.

Kajian ini melibatkan seramai 67 orang responden. Kumpulan rawatan pertama terdiri daripada 20 orang
responden iaitu 9 orang lelaki dan 11 orang perempuan. Bagi kumpulan rawatan kedua, melibatkan 23 orang
responden iaitu 5 orang lelaki dan 18 orang perempuan manakala bagi kumpulan kawalan seramai 24 orang
responden yang terlibat iaitu 8 lelaki dan 16 orang perempuan. Kumpulan sampel ditentukan berdasarkan
pencapaian dalam subjek Sains dan Matematik ketika peperiksaan Penilaian Tingkatan 3 (PT3).

640
Instrumen Kajian

Instrumen kajian penting untuk mencapai objektif sesebuah kajian dan kita bergantung kepada instrumen kajian
untuk mengukur sesuatu (Shaughnessy & Zachmeister, 1997). Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan
beberapa instrumen kajian sebagai alat pengukuran iaitu set soalan untuk ujian Pra dan Pasca dan juga set soal
selidik. Bagi soalan yang diberikan ketika ujian pra dan pasca, penyelidik menggunakan soalan kertas 1 Kimia
yang mempunyai beberapa soalan aras tinggi yang digunakan untuk analisis pencapaian dan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi pelajar. Soalan ujian yang akan ditanya merangkumi semua silibus Kimia tingkatan 4 dan soalan
yang berbentuk KBAT. Satu jadual spesifikasi ujian dibina bertujuan untuk menghasilkan himpunan item yang
mengikuti aras Bloom taksonomi. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) adalah jadual atau carta dua hala yang
mengandungi senarai topik-topik dan objektif-objektif pengajaran dalam bentuk aras kemahiran yang akan diuji.

Seterusnya, bagi pengujian minat, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta pembelajaran Kooperatif terhadap
subjek Kimia pelajar di uji dengan menggunakan instrumen soal selidik. Instrumen ini dibina berdasarkan
rujukan instrumen penyelidik yang lepas iaitu Tuan Mastura (2011). Instrumen ini juga diberi kepada tiga orang
guru Bahasa melayu yang berpengalaman hampir 10 tahun dalam bidang Bahasa untuk meneliti kesesuaian
penggunaan Bahasa untuk diberikan kepada pelajar. Soal selidik ini dipecahkan kepada empat bahagian iaitu
demografi pelajar, minat pelajar terhadap mata pelajaran Kimia, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi pelajar dalam
mata pelajaran Kimia dan juga pembelajaran Kooperatif berbantukan komputer dan ICT.

Jadual 2: Konstruk dan bilangan item soal selidik yang dibina dalam kajian sebenar

Bahagian
Gagasan/Konstruk yang diukur
Item
Bil Item
Sumber

A
Maklumat Demografi
A1-A8
8

B
Minat pelajar terhadap mata pelajaran
B1-B12
12
Bina
sendiri

Kimia

berdasarkan
C
Kemahiran berfikir aras tinggi pelajar
C1-C13
13
rujukan
kajian

dalam mata pelajaran Kimia

Tuan
Mastura

(2011) dan sumber

internet

D
Pembelajaran kooperatif berbantukan
D1-D9
9

komputer dan ICT

Jumlah Item

42
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini mengkaji tiga variabel bersandar iaitu pencapaian, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan minat
pelajar berdasarkan kumpulan rawatan serta kawalan yang ditetapkan. Data yang dikumpul bagi ujian
pencapaian iaitu pra dan pasca adalah dalam bentuk gred (skala ordinal). Oleh kerana data yang diambil bagi
kesemua variabel tersebut merupakan skala ordinal, maka analisis inferesi yang akan dijalankan untuk mengkaji
perbezaan antara variabel ialah ujian bukan parametrik.

641
Perbezaan Bagi Median Gred Ujian Pra Dan Pasca Bagi Tahap Pencapaian

Ujian ini bertujuan untuk melihat samaada terdapat perbezaan yang signifikan bagi median bagi gred ujian Pra
dan Pasca yang dijalankan. Dalam ujian Pra dan Pasca juga, dapat dilihat tentang tahap Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) pelajar berdasarkan gred yang diperolehi mereka memandangkan item pembinaan soalan
berdasarkan aras tinggi Bloom taksonomi.

Jadual 4 : Ujian statistik Wilcoxon Signed Rank

UP2 - UP1

-2.975

Asymp. Sig. (2-tailed).003


Jadual 5 : Statistik deskriptif

Percentiles

N
25th
50th (Median)
75th

UP1
67
3.00
4.00
5.00

UP2
67
3.00
5.00
7.00

Berdasarkan Jadual 4, ujian Wilcoxon Signed Ranks Test menunjukkan terdapat perbezaan signifikan tahap
pencapaian pelajar bagi ujian pra dan pasca, z = -2.98, p < 0.05, dengan saiz kesan sederhana (r = 0.26). Manakala
pada Jadual 5, nilai median bagi pencapaian ujian Pra (Md=4.00) menaik untuk Pasca (Md = 5.00). Ini menunjukkan
bahawa berlakunya peningkatan gred bagi ujian Pasca berbanding ujian Pra.

Kesan Frog VLE secara pembelajaran Kooperatif terhadap Pencapaian

Ujian ini bertujuan membandingkan kesan kumpulan rawatan dan kawalan terhadap pencapaian pelajar iaitu
gred pencapaian yang di ambil semasa ujian Pasca sekaligus menjawab persoalan pengkaji tentang adakah
terdapat perbezaan pembelajaran Frog VLE secara pembelajaran Kooperatif terhadap pencapaian pelajar.
Jadual 6 : Ujian Statistik Kruskal-Wallis

UP2

Chi-Square

20.313

df

2
Asymp. Sig.

.000

Jadual 7 : Kedudukan
Kumpulan
N
Kedudukan Min

UP2
1 Rawatan 1
20
49.43

2 Rawatan 2
23
31.67

3 Kawalan
24
23.38

Jumlah
67

642
Jadual 8: Perbandingan Median

Kumpulan
N
Median

1
Rawatan 1
20
7.00

2
Rawatan 2
23
4.00

3
Kawalan
24
3.00

Jumlah
67
5.00

Keputusan ujian Kruskal –Wallis dalam Jadual 6, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
kumpulan dan tahap pencapaian pelajar (Rawatan 1, n=20, Rawatan 2, n=23, Kawalan,n=24), ÷2 (2,n=67) =
20.31, p =0.000. Dalam Jadual 7 pula, kumpulan rawatan 1 mempunyai kedudukan min yang paling tinggi (M=
49.43) berbanding rawatan 2 (M= 31.67) dan kawalan (M=23.38). Kumpulan rawatan 1 juga mempunyai
median skor yang paling tinggi (Md=7) daripada kumpulan rawatan 2 (Md=4) dan kawalan (Md=3) seperti
dalam Jadual 8. Berdasarkan analisis ujian di atas, dapat disimpulkan kaedah rawatan 1 iaitu pembelajaran
menggunakan Frog VLE secara Kooperatif memberi impak yang lebih baik berbanding pembelajaran secara
Kooperatif sahaja dan Konvesional.

Kesan Frog VLE secara pembelajaran Kooperatif terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Selain ujian Pra dan Pasca dijalankan untuk menguji tahap KBAT pelajar, soal selidik juga turut diedarkan bagi
mengetahui secara lebih mendalam adakah kaedah rawatan yang diberikan memberi kesan kepada kemahiran
berfikir pelajar.

Jadual 9: Ujian Statistik Kruskal-Wallis

TKBAT
Chi-Square

26.110
df

2
Asymp. Sig.

.000
Jadual 10 : Perbandingan Median

Kumpulan
N
Median
1
Rawatan 1
20
4.19
2
Rawatan 2
23
3.54
3
Kawalan
24
3.62
Total
67
3.77

Berdasarkan Jadual 9, keputusan ujian Kruskal –Wallis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap kumpulan dan tahap pencapaian pelajar (Rawatan 1, n=20, Rawatan 2, n=23, Kawalan,n=24), ÷2
(2,n=67) = 26.11, p =0.000. Dalam Jadual 10 pula, dapat dilihat bahawa kumpulan rawatan mempunyai median
skor yang paling tinggi (Md=4.19) berbeza daripada kumpulan rawatan 2 (Md=3.54) dan kawalan (Md=3.62).
Berdasarkan analisis item soal selidik terhadap tahap Berfikir Aras Tinggi pelajar, kumpulan rawatan 1, rawatan
2 dan kawalan bersetuju (label 4 = ‘setuju’) bahawa penggunaan Frog VLE memberi kesan terhadap Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi pelajar.
643
Kesan Frog VLE secara pembelajaran Kooperatif terhadap Minat

Seterusnya, dengan menggunakan analisis inferensi yang sama, kesan Frog VLE secara pembelajaran
Kooperatif terhadap minat juga akan di analisiskan. Hasil analisis dilaporkan seperti Jadual 10 dan 11 di bawah.

Jadual 11 : Ujian Statistik Kruskal-Wallis

TMinat
Chi-Square

33.396
df

2
Asymp. Sig.

.000

Jadual 12: Perbandingan Median


Kumpulan
N
Median
1
Rawatan 1
20
4.11
2
Rawatan 2
23
3.29
3
Kawalan
24
3.36
Total
67
3.57

Melihat kepada keputusan ujian Kruskal –Wallis dalam Jadual 11, ia menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan terhadap kumpulan dan tahap pencapaian pelajar (Rawatan 1, n=20, Rawatan 2, n=23,
Kawalan,n=24), ÷2 (2,n=67) = 33.40, p =0.000. Berdasarkan Jadual 12, kumpulan rawatan 1 mempunyai
median skor yang paling tinggi (Md=4.11) diikuti kumpulan kawalan (Md=3.36) dan rawatan 2 (Md=3.29).
Ujian median ini dapat menyatakan bahawa kumpulan rawatan 1, bersetuju (label 4 = ‘setuju’) bahawa
penggunaan Frog VLE secara kooperatif menarik minat mereka untuk belajar, manakala kumpulan rawatan 2
dan kawalan kurang bersetuju (label 3 = ‘kurang bersetuju’).

PERBINCANGAN

Keseluruhan dapatan kajian menjawab hipotesis penyelidik iaitu terdapat perbezaan bagi setiap variabel
bersandar berdasarkan kumpulan variabel bebas. Ini menunjukkan bahawa pengajaran yang menggunakan Frog
VLE secara pembelajaran Kooperatif memberi kesan yang positif terhadap pencapaian, Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi dan minat pelajar terhadap subjek Kimia. Dalam bahagian ini, akan dihuraikan secara terperinci dapatan
kajian berdasarkan kepada persoalan kajian penyelidik.
Keberkesanan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) ke atas pencapaian pelajar dalam subjek Kimia

Penggunaaan Frog VLE dalam bidang pendidikan jelas bukan satu kerugian, malah ia dapat membantu
mempertingkatkan prestasi pembelajaran para pelajar. Jelas dapat dilihat dalam analisis dapatan bahawa
penggunaan Frog VLE menyebabkan berlakunya peningkatan prestasi pencapaian pelajar dalam subjek Kimia.
Hal ini selari dengan kajian Alseweed (2013) yang berkaitan pencapaian dan sikap pelajar keatas penggunaan
pembelajaran tradisional, pembelajaran bercampur (blended learning) dan pembelajaran menggunakan
Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) pada peringkat Universiti. Dapatan kajian beliau menunjukkan
pembelajaran bercampur dan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) memberikan ruang kepada pelajar untuk
terlibat aktif. Berdasarkan kajian-tersebut ia menunjukkan bahawa Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE)
dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar dapat dicapai dengan menggunakan VLE melalui
pengukuran keberkesanan seorang pelajar, meningkatkan kualiti pembelajaran seseorang pelajar dan dapat
dijadikan sebagai alat bantuan pembelajaran.

644
Frog (VLE) secara Pembelajaran Kooperatif terhadap pencapaian pelajar dalam subjek Kimia

Berdasarkan dapatan kajian, tenyata penggunaan Frog VLE secara pembelajaran Kooperatif adalah kaedah yang
terbaik dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek Kimia. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) akan dapat dipertingkatkan dengan penggunaan Frog VLE. Menurut Nor Azlah dan Fariza
(2014), Frog VLE bukan sahaja memudahkan kerja guru dan pelajar malah membantu mempertingkatkan teknik
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Impak penggunaan Frog VLE menjadi lebih berkesan dengan
menggunakan kaedah teknik pembelajaran yang tepat iaitu pembelajaran secara Kooperatif. Kerjasama antara
pelajar dengan meraikan kejayaan bersama, memotivasikan sesama mereka serta belajar bersama-sama tanpa
memikirkan etnik dan jantina adalah satu usaha yang luar biasa (Johnson and Johnson, 1991). Maka tidak
mustahil mereka akan saling membantu dalam memastikan masing-masing memperoleh keputusan yang
cemerlang.

Dengan menggunakan Frog VLE dalam pembelajaran Kooperatif, pelajar dapat banyak kemahiran dan idea-idea
yang kreatif yang boleh menyumbang kepada pencapaian pelajar. Menurut teori pembelajaran konstruktivism
sosial, Vygotsky menyatakan bahawa kolaborasi antara pelajar-pelajar dan pelajar-guru adalah penting bagi
perkembangan kebolehan asas dan strategi-strategi dalam penyelesaian masalah. Beliau mencadangan zon
perkembangan peroksimal yang menyatakan bahawa pelajar boleh menyelesaikan masalah hanya dengan
penghantaraan atau bantuan serta sokongan orang lain. Selain itu juga, Pembelajaran koperatif menggunakan
Frog VLE, dapat meningkatkan persaingan antara kumpulan bagi menyiapkan tugasan serta dapat meningkatkan
persembahan tugasan pelajar. Ini secara tidak langsung Frog VLE dapat meningkatkan pencapaian pelajar
seperti dapatan kajian yang menunjukkan rata-rata pelajar kumpulan rawatan mendapat gred B+ bagi subjek
Kimia dalam ujian Pasca. Ini sudah dianggap satu gred yang baik kerana soalan yang mereka duduki juga
merupakan soalan yang berbentuk KBAT yang sememangya menjadi satu fobia kepada pelajar.

Frog VLE dan pembelajaran Kooperatif dapat meningkat Kemahiran Berfikir Aras Tinggi pelajar (KBAT)

Kemahiran berfikir aras tinggi mengarah kepada berlakunya berlakunya pertukaran idea oleh pelajar atau transformasi
maklumat daripada pelajar itu sendiri. Ini berlaku apabila pelajar-pelajar menggabungkan fakta-fakta dan idea-idea
untuk mensintesis, membuat generalisasi, penjelasan, hipotesis yang membawa kepada kesimpulan dan interpretasi
(Dani dan Kamisah 2011). Melalui proses ini pelajar dapat memanipulasi idea mereka dalam menyelesaikan sesuatu
masalah dan sekaligus mendorong pelajar menemui makna baru pembelajaran mereka. Menurut Dani dan Kamisah
(2011) juga, tidak dinafikan sama sekali, penggunaan strategi pembelajaran kolaboratif dan koperatif, strategi
melibatkan pembentangan pelajar dan pembelajaran berbentuk projek tentunya akan merangsang pemikiran aras
tinggi pelajar.

Selain daripada itu, matlamat pembangunan program Frog VLE adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
berkuasa ke atas pemilikan pendidikan individual dan dapat bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan
pengetahuan, kemahiran dan aspirasi. Seperti yang kita ketahui dalam anjakan ke – 7 (PPPM 2013-2025)
menyenaraikan enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat
global dan ini termasuklah kemahiran berfikir. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa Frog VLE memberi
kesan yang baik terhadap elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi pelajar. Ini dapat dilihat melalui peningkatan
pencapaian pelajar semasa ujian pencapaian Pra dan Pasca kerana purata gred yang diperolehi semasa ujian
Pasca menunjukkan pelajar memperolehi gred yang baik.

Dapatan kajian juga mendapati, kaedah pengajaran ini dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran
berfikir mereka dengan memberi peluang kepada mereka mengekploitasikan dunia pendidikan melalui Frog
VLE memandangkan laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan
inspirasi untuk di kongsikan. Ini bertepatan dengan item soal selidik iaitu “Saya di beri peluang untuk meneroka
ilmu baru Kimia di dalam kelas” dan “Saya dapat mengenalpasti informasi yang diperlukan dalam penyelesaian
sesuatu masalah Kimia semasa pembelajaran Kimia”. Membantu pelajar menguasai kemahiran mencari ilmu
dengan sendiri dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi kini sudah menjadi salah satu daripada objektif
pemantapan program pendidikan (Musliha 2010).

645
Frog VLE dengan kaedah pembelajaran Kooperatif dapat meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Kimia

Kaedah pengajaran dan strategi yang baik seperti laman pengajaran yang direkabentuk oleh guru melalui Frog
VLE akan menarik minat murid untuk faham dan belajar malah dapat meningkatkan pengetahuan pelajar
(Shahfiezul dan Fariza, 2015). Bushro dan Halimah (2008) mendapati kajian menunjukkan penggabungan antara
multimedia dan teori kecerdasan pelbagai dapat meningkatkan penyertaan aktif pelajar secara berkesan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan dapatan hasil kajian ini telah membuktikan bahawa pelajar akan
mudah tertarik terhadap pengajaran dan pembelajaran yang diselitkan dengan pelbagai elemen multimedia.
Platform Frog VLE sememangnya direkabentuk berasaskan elemen multimedia yang mengintergrasikan
beberapa aplikasi media sosial yang menjadi kesukaan generasi Z.

Seperti kita ketahui penggunaan Frog VLE menggunakan internet dan Frog VLE disepadukan dengan aplikasi
Google Apps dan Youtube yang menjadi enjin pencarian bahan pendidikan yang cukup popular. Dengan adanya
elemen tersebut, ia dapat menambat minat pelajar untuk menggunakan Frog VLE sebagai medium pembelajaran
mereka. Ini selaras dengan dapatan kajian yang menunjukkan para pelajar bersetuju bahawa Frog VLE
membantu meningkatkan minat mereka terhadap subjek Kimia. Tambahan pula, mereka dapat berhubung
dengan rakan mereka melalui Frog VLE sekaligus pelajar dapat belajar secara Kooperatif dengan hanya
mengggunakan medium pembelajaran ini. Apabila program perisian dipertingkatkan, ia sebenarnya
meningkatkan interaktiviti, komunikasi, kebolehan adaptasian, menambah perkongsian dan meningkatkan
pengalaman pembelajaran (Zoraini, 2008).

KESIMPULAN

Melalui kajian dan dapatan yang telah dinyatakan, dapat disimpulkan bahawa penggunaan Frog VLE secara
pembelajaran Kooperatif merupakan kaedah yang sesuai untuk dilaksanakan di sekolah. Memandangkan hampir
seluruh sekolah di Malaysia telah di bina pencawang internet Yes bagi tujuan mengakses sistem Frog
terutamanya maka tiada kekangan yang besar untuk perlaksanaan ini dijalankan. Bagi pengkaji yang ingin
menjalankan kajian berkenaan Frog VLE di masa hadapan, dicadangkan mengkaji kaedah pembelajaran lain
yang bersesuaian untuk Frog VLE atau mengkaji kesan penggunaan Frog VLE terhadap subjek-subjek lain dan
penerimaan pelajar dan guru terhadap Frog VLE ini. Pengkaji Bagi pihak yang berkenaan, diharap dapat
mempertingkatkan lagi penggunaan Frog VLE di sekolah serta sentiasa memastikan jurang digital ini dapat
diatasi secara positif.

RUJUKAN
Alias Baba. (1997). Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Alseweed, M. A. (2013). Students’ achievement and attitudes toward using traditional learning, blended
learning, and virtual classes learning in teaching and learning at the university level. Studies in Literature and
Language, 6(1), 65-73.

Anastasia, A & Urbina, S. (1997). Psychological testing 7th ed. Upper saddle river, New Jersey: prentice-hall,
inc

Ahmad Fuad Othman. (2003). Pendidikan dan pendidikan di era digital : Pendekatan dan cabarannya.

Wawasan : Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah . Bil .17Jun 2003 Bil.1.

Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Mohammad Zohir Ahmad, Abd Rahman Hj. Abd Aziz. (2005). Kesan
Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran BerbantukanTeknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT). Jurnal Penyelidikan Pendidikan.

646
Barker, J., & Gossman, P. (2013). The Learning Impact of a Virtual Learning Environment: Students’ views.
Teacher Advancement Network Journal, 5(2).

Best, J.W. & Khan,J.V. (1986). Research in education. London : Prentice Hall.

Bushro Ali dan Halimah Badioze Zaman. (2008). Kejuruteraan Perisian Kursus Multimedia Matematik
Berasaskan Model Kecerdasan Pelbagai (MI-mathS). Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 5, 41-63.

Campbell, D.T. (1990). Experimental and quasi-experimental design for research on teaching. Chicago:

Rand Mc Nally

Cavanaugh,C, Gillan, K.J., Kromrey.J, Hess,H., Blomeyer,R. (2004).The effects of distance education on K-12
students outcomes: A meta- analysis. Naperville, IL: Learning Point associates. Retrieved from
http://www.ncrel.org/tech/distance/K12distance.pdf

Colorado, J. T., & Eberle, J. (2010). Student demographic and success in online learning environments.

Emporia State Research Studies, 40 (1), 4-10.

Cooper, L. (2000). Teaching and learning in human services fieldwork. Fieldwork in the human services: Theory
and practice for field educators, practice teachers and supervisors. St Leonards, Australia: Allen & Unwin. Page:
10-25.

Dani Asmadi Ibrahim dan Kamisah Osman. (2011). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, pengajaran tajuk model
atom dan pencapaian objektif kursus kimia. Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2011, Universiti Putra
Malaysia, Serdang

Dillenbourg, P., Schneider, D., Synteta, P. (2002). Virtual Learning Environments. Proceedings of the 3rd
Hellenic Conference “Information & Communication Technologies in Education”, pp. 3–18.

Garrison, D. R., & Kanuka, H. (2004). Blended learning: Uncovering its transformative potential in higher
education. The internet and higher education, 7(2), 95-105.
Gillies, R. (2007). Cooperative learning: Integrating theory and practice. Thousand Oaks, CA: Sage

Hadiah Senin. (1997). Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Sejarah. Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Heap, N.W., Kear, K.L. and Bissell, C.C. (2004). An overview of ICT-based assessment for engineering
education. European Journal of Engineering Education, 29 (2), 241–250.

Hughes, A. and Palen (2009). Higher education in a Web 2.0 world. JISC Report. http://www.jisc.ac.uk/media/
documents/publications/heweb20rptv1.pdf [7 September 2012]

Jamaludin Mohaidin. (2000). Kesedaran dan Pembelajaran Maya, Konvensyen Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia,Skudai, Johor.

JISC. (2009). Effective Practice in a Digital Age (Bristol, HEFCE).

Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (1991). Learning mathematics and cooperative learning lesson plans for
teachers, Edina, MN: Interaction Book Company.

Leese, M. (2009). Out of class—out of mind? The use of a virtual learning environment to encourage student
engagement in out of class activities. British Journal of Educational Technology, 40(1), 70-77.

Mohammad Abdillah Samsuiman, Miss Asma Benjaman,Zamri Arifin. (2014). Hubungan Antara
Kecenderungan Minat Pelajar Dalam Bahasa Arab Dengan Kualiti Diri Guru Bahasa Arab Mrsm Ulul Albab,
Kota Putra

Mohd Hamdan Adnan. (2011). Youth usage of social media and its impact on social integration. Paper presented
at the “Workshop for Youth: Freedom of Expression and Information – A Pragmatic & Creative Approach for
Youth. Information Department of Malaysia & UNESCO, Kuala Lumpur.

647
Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Md. Nor Bakar dan Rashita A. Hadi. (2011). Pengintergrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik dikalangan guru matematik di daerah Kota Tinggi

Murphy, K.R & Davidshofer,C.O. (1998). Psychology Testing: Principles and Application. 4th Ed. Upper

Saddle River, New Jersey: Prentice Hall International.

Musliha Salma Mohd Radzi. (2010). Aplikasi kemahiran berfikir aras tinggi melalui pembelajaran berasaskan
masalah. Universiti Teknologi Malaysia

Noraini Omar. (2008). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan
Islam Tingkatan Lima. Jurnal Pendidikan, Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Sarawak

Noraniah, Nor Haizan & Razana, (2000), Memodelkan Modul Pengajaran Dalam Pendidikan Jarak Jauh,
Konvensyen Pendidikan UTM 2000, Sekudai Johor.

Nor Azlah Mohd Jaafar dan Fariza Khalid. (2014). Keberkesanan Kemahiran Komunikasi di Kalangan Guru
Dalam Penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE). Tesis Sarjana Pendidikan Sumber dan
Teknologi Maklumat. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noor Erma Binti Abu & Leong Kwan Eu. (2014). Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru Dan
Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Tambahan Tingkatan 4. JuKu: Jurnal Kurikulum &
Pengajaran Asia Pasifik. Bil. 2 Isu 1).

Norusis, M.J. (1997). SPSS Professional Statistik 7.5. SPSS Inc, Chicago

Nunnally, J.C. (1978). The study change in evaluation research: Principal concerning measurement,
experimental design and analysis.
Publication.

Dalam Handbook of Evaluation Research. Beverly Hills: Sage

O’Connor, S. and Ross, A. (2004). WebCT role-playing: Immediacy versus e-mediacy in learning environments.
Learning Environments Research, 7 (2), 183–201.
Orlich, D., Harder, R., Callahan, R., Trevisan, M., & Brown, A. (2004). Teaching strategies: A guide to

effective instruction (7th ed.). Boston, MA: Houghton Mifflin.

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. http://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/pelan-pembangunan-


pendidikan-malaysia-2013-2025

Rheingold, H. (2004). Virtual Learning Enviroment (VLE),

http://www.thefeature.com/articleid=100499&ref=2337881

Mohd Fadzli Bin Ali,Normah Binti Salleh dan Juhazren Junaidi. (2007). Mengkaji Hubungan Di Antara
Pembelajaran Koperatif (Kemahiran Generik) Dengan Kemahiran Menggunakan E-Pembelajaran Di Kalangan
Pelajar Yang Mengambil Subjek Telekomunikasi Dan Rangkaian Di Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor.
Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Scardamalia, M. & Bereiter, C. (1996) Scardamalia & Bereiter’s Computer Supported Intentional Learning
Environment (CSILE) Studies (USA, CSILE Learning Gains).

Sekaran, Uma. (1992). Research method for business: A skill building approach. (2nd Ed.). New York :

John Wiley & Son.

Serim Ferdi dan Koch Mellisa. (1996).Netlearning,Why Teacher use the internet.US:Songline Studios Inc and
O’Reilly & Assosiations,Inc.

648
Shahfiezul Shahaimi dan Fariza Khalid. (2015). Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE-FROG) Di
Sekolah-Sekolah Di Malaysia: Pelaksanaan Dan Cabaran. Universiti Kebangsaan Malaysia. Prosiding Seminar
Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5.

Shaugnessy, J.J & Zeichmeister,E.B. (1997). Research method in psychology. New York: McGraw Hill

Tuan Mastura Tuan Soh. (2011). Persepsi pelajar tingkatan empat terhadap mata pelajaran Fizik serta
hubungannya dengan Kemahiran Abad ke-21. Tesis Ijazah Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia

Vargas-Vargas, M. (2011). Cooperative Learning In Virtual Environments: The Jigsaw Method In Statistical
Courses. Journal of International Education Research (JIER), 7(5), 1-8.

Webb,N.M., Troper,J.D., & Fall,R. (1995). Constructive activity and learning in collaborative small groups.
Journal of educational Psychology, 87. Page: 406-423.

Wilson, B.G. (1996). Constructivist Learning Environments: Case Studies in Instructional Design.

Educational Technology.

Wlodkowski, R. (2008). Enhancing adult motivation to learn: A comprehensive guide for teaching all

adults (3rd ed.). San Francisco, CA: John Wiley & Sons.

Zoraini Wati Abas. (2008). Globalisation of education through open distance learning. Globalisation and
Internationalisation of Higher Education in Malaysia, edited by Sarjit Kaur, Morshidi Sirat & Norzaini Azman
Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

https://maklumatku.files.wordpress.com/.../borang-soal-selidik-15
649

Você também pode gostar