Você está na página 1de 19
DI HADAPAN TEMPAT TARIKH RUJUKAN TARIKH SEBUTAN TARIKH BICARA PERWAKILAN RUJUKAN. [Case No. 5(6)(3)(6)/4-361/16] MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 5(6)(3)(6)/4-361/16 ANTARA CHUA LETT Wo! DAN HSBC BANK MALAYSIA BERHAD AWARD NO.: 1253 OF 2018 : YADATIN KALMIZAH BINTI SALLEH — PENGERUSI : Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur + 06.01.2016 17.03.2016; 18.04.2016; 19.05.2016; 20.06.2016; 26.07.2016; 15.03.2017; 19.05.2017; 13.11.2017; 20.11.2017 06.06.2017; 19.06.2017; 06.09.2017; 14.09.2017 : Encik Darmain Segaran Tetuan GK Ganesan Peguam mewakili Pihak Yang Menuntut Encik N.Sivabalah bersama Cik E. Reena Tetuan Shearn Delamore & Co Peguam mewakili Responden Ini adalah suatu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 berkenaan dengan pembuangan kerja Chua Lett Woi (dirujuk sebagai “Pihak Yang Menuntut”) oleh HSBC Bank Malaysia (dirujuk sebagai “Responden”) pada 23.06.2015. [Case No. 5(6)(3)(6)/4-361/16] AWARD [1] _ Kes ini adalah mengenai penamatan perkhidmatan Chua Lett Woi (dirujuk sebagai “Pihak Yang Menuntut’) oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (dirujuk sebagai hak Responden") pada 23.06.2015. YB Menteri Sumber Manusia telah merujuk kes ini ke Mahkamah Perusahaan pada 06.01.2016. DOKUMEN-DOKUMEN [2] Dokumen-dokumen yang dirujuk semasa perbicaraan adalah seperti berikut: a) b) °) d) °) 9) h) K) m) n) Penyata Tuntutan Pihak Yang Menuntut bertarikh 18.04.2016; Penyata Balasan Pihak Responden bertarikh 19.05.2016; Rejoinder Pihak Yang Menuntut bertarikh 21.06.2016; Ikatan Dokumen Pihak Responden - COB; Ikatan Dokumen Tambahan Pihak Responden — mukasurat 3, 4, 5, 6 & 9 ditandakan sebagai COta, b, c,d & e; Ikatan Dokumen Pihak Yang Menuntut Vol 1 - CLB; Ikatan Dokumen Pihak Yang Menuntut Vol 2- CLB 1; Penyataan Saksi Pihak Responden Encik Alan Sunil Netto a/l E.F. Netto — COWS1; Penyataan Saksi Pihak Responden Puan Prasanna V.K. Vasu — cows2; Penyataan Saksi Pihak Responden Encik Gerald Sim Poh Ann - cowss; Penyataan Saksi Pihak Responden Encik Lim Eng Seong - COWS4; Penyataan SaksiPihak Responden Cik Sally Low Poh Hua - COWSS; Penyataan Saksi Pihak Yang Menuntut Encik Sandeep Singh Grewal -CLWS1; Penyataan Saksi Pihak Yang Menuntut — CLWS 2. 2 [Page [Case No. 5(6)(3)(6)/4-961/16) FAKTA KES [3] Pihak Yang Menuntut (“PYM”), Chua Lett Woi mula bekerja sebagai “Senior Loan & Deposit Manager’ (Pengurus Kanan dan Pinjaman) pada 15.05.2012 dengan gaji pokok RM16,000.00. [4] PYM memegang jawatan sebagai Pengurus Liabilities Kanan mulai 01.01.2013. Kemudiannya jawatan PYM telah dinamakan semula kepada Pengurus Kanan Peminjam Tidak Bercagar (Senior Unsecured Lending Manager) pada 22.05.2013. [5] Pada 15.05.2015, PYM telah terima surat penggantungan daripada Bank (“Plhak Responden”). Pada 01.06.2015, PYM telah diserahkan dengan Surat Tunjuk Sebab berkaitan dengan lima (5) dakwaan ke atas PYM [6] PYM telah menjawab Surat Tunjuk Sebab tersebut pada 05.06.2015. Pada 23.06.2015, PYM telah menerima sepucuk surat penamatan kerja daripada pihak Responden. KES PIHAK RESPONDEN [7] Pihak Responden telah mengemukakan lima (6) orang saksi untuk membuktikan kes mereka. [8] Di dalam bulan Mac 2015, pihak Responden telah dimaklumkan oleh Ketua Pematuhan Peraturan bahawa PYM telah mengambil bahagian sebagai penceramah di dalam siri ceramah pelaburan hartanah. Akibatnya, pihak Responden telah menjalankan satu siasatan ke atas perkara itu dan melalui surat bertarikh 15.05.2015, PYM telah diletakkan di bawah penggantungan dengan bayaran gaji penuh mulai 15.05.2015 sehingga notis yang selanjutnya. 3|Page [Case No. 5(6)(3)(6)/4-361/16] [8] Di dalam proses penyiasatan, Pihak Responden mendapati PYM telah dijemput oleh Freemen Education Sdn, Bhd, (“Freemen”) untuk mengambil bahagian sebagai penceramah di sesi ceramah pelaburan hartanah dengan tajuk “Unleashing the Ultimate Smart Financing Secrets”. Ceramah telah diadakan pada 07.03.2015 dan 14.03.2015 bertempat di Wisma Pantai, Plaza Pantai, Kuala Lumpur. [10] Pihak Responden juga telah dimakiumkan bahawa PYM telah dijemput oleh Freemen untuk dipaparkan sebagai salah seorang daripada penceramah bagi satu acara bertajuk “Mastering Your Wealth in 2015” (Menguasai Kekayaan Anda dalam 2015) yang dijadualkan oada 16.05.2015 hingga 17.05.2015. [11] Pihak Responden juga telah menemui satu klip video di dalam youtube di mana PYM memperkenalkan program yang dikenali sebagai pembiayaan pintar. Sebagai tambahan, pinak Responden telah membuat carian di mana keputusan carian mendedahkan bahawa PYM memegang 93% saham didalam Wolyen Properties (M) Sdn. Bhd [12] Pihak Responden telah membuat satu mesyuarat bersama PYM pada 15.05.2015. Semasa mesyuarat tersebut berjalan, PYM telah mengaku kepada Ms. Prasanna Vasu (“COWS2") dan Ms. Sally Low (“COWSS5”) bahawa pada 06.04.2015, Mr. Lim Eng Seong (“COWS4”) telah memberitahu PYM supaya membuat permohonan untuk mengambil bahagian di dalam siri_ ceramah “Pelaburan Hartanah" secara bertulis kepada pihak Responden. Tujuan permohonan adalah untuk mendapatkan pertimbangan daripada pihak Responden tetapi PYM mengaku tidak mengemukakan permohonan bertulis itu kepada pihak Responden kerana PYM telah menjangkakan beliau tidak akan mendapat kelulusan yang diperiukan itu. 4[Page [Case No. 5(6)(3)(6)/4-961/16] [13] Pihak Responden menganggap bahawa dengan mengambil bahagian sebagai penceramah tanpa kelulusan bertulis dahulu daripada pihak Responden jelas telah melanggar Seksyen 21.1 Outside Employment/Directorship of the Code of Conducts and Bank Negara Malaysia (“BNM”) Guideline Part 1: Code of Ethics (mukasi urat 41 hingga 44 COB): “21. Outside Employment/Directorship 2 1.1 No employees shall take up any directorships or employment or part- time commercial duties (paid or unpaid) outside the Group except with the written approval from the relevant Executive specified in Appendix C annexed to this Code of Conduct’ “Conflict of interest 5. Staff must not engage directly or indirectly in any business activity that competes or conflicts with the financial institution's interests. These activities include, but are not limited to, the following: (c) Other employment Before making any commitment, staffs are to discuss possible part- time employment or other business activities outside the financial insitution’s working hours with their manager or department head. The written approval of the manager or department head should be obtained before the staff embarks on part-time employment or other business activities...” [14] Disebabkan oleh penyertaan PYM dalam topik cadangan dan pelaburan hartanah mengenai cara memperolehi pembiayaan tanpa had, PYM juga telah melanggar seksyen 16.1 Conflict of Interest of the Code of Ethios/Code of Conducts (mukasurat 45 COB): “16. Contflict of Interest 16.1 When personal affairs and/or extemal work influences may affect an employee's ability in performing the task or job, there may exist contlict of interest. Employees must always act in the best interests of HSBC Group. Employees need to make sure personal and external influences do not prevent them from carrying out the task or job or meeting responsibilities, abd that they are not perceived to do so.” 5|Page [Case No. 5(6)(3)(6)/4-961/16] [15] Pihak Responden seterusnya telah mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab bertarikh 01.06.2015 kepada PYM mengarahkan supaya penjelasan diberikan terhadap setiap dakwaan tersebut (mukasurat 35 hingga 40 COB): “Allegation 1 That you had on 7 March 2015 and/or 14 March 2015 acted as speaker at a property investment talk “unleashing the Ultimate SMART Financing Secrets” without obtaining prior written approval and therefore breached (a) Section 21.1 Outside EmploymenvDirectorship of the Code of Ethios/Code of Conducts; and/or (b) BNM Guidelines Part 1: Code of Ethics; and/or (c) your implied and/or expressed duties to the Bank”. “Allegation 2 That you had on 7 March 2015 and/or 14 March 2015 acted as speaker at a property investment talk “unleashing the Ultimate SMART Financing Secrets” addressing topics such as how to obtain unlimited financing, and in doing the same, committed a breach of Section 16.1 Conflict of interest of the Code of Ethics/Code of Conducts; and/or BNM Guideline Part 1: Code of Ethics Conflicts of Interest and/or your implied and/or expressed duties to the Bank”. ‘Allegation 3 That on 15 May 2015, it has come to the Bank's attention that you had agreed to act as speaker at a property investment talk “Mastering Your Wealth in 2015” without obtaining prior written approval and therefore breached (a) Section 21.1 Outside Employment/Directorship of the Code of Ethics/Code of Conducts; and/or BNM Guidelines Part 1: Code of Ethios; and/or (c) your implied and/or expressed duties to the Bank. ... That sometime in March/April 2015, the need for you to obtain approval was communicated to you by Sally Low (Head of HR INMY & Senior Manager HR RBWM). That upon discussion with Lim Eng Seong (Head of RBWM) on 6 April 2015, you were expressly instructed to put your request for approval in writing for the Bank's consideration should you still be interested in participating as a speaker. That despite these instructions, you did not submit your written request and failed to obtain the necessary written approval” 6|Page [Case No. 5(6)(3)(6)/4-361/16] “Allegation 4 That on 15 May 2015, it has come to the Bank's attention that you had agreed to act as speaker at a property investment talk “Mastering Your Wealth in 2015" addressing topics such as how to obtain unlimited financing, and in doing the same, committed a breach of Section 16.1 Conflict of Interest of the Code of Ethics/Code of Conducts; and/or BNM Guidelines Part 1: Code of Ethics Conflict of Interest and/or your implied and/or expressed duties to the Bank”. Allegation 5 That ion 15 may 2015, it has come to the Bank's attention that you hold shareholding in Smart LWL Sdn Bhd and/or Wolyen Properties (M) Sdn Bhd without obtaining prior written approval and therefore breached (a) BNM Guidelines Part 1 :Code of Ethics; and/or (b) your implied and/or expressed duties to the Bank:. [16] PYM telah menjawab surat tunjuk sebab yang dihantar oleh pihak Responden melalui surat balasannya bertarikh 05.06.2015. PYM tidak mempertikaikan pembabitannya di dalam mengambil bahagian sebagai penceramah dan juga tidak mempertikaikan tentang perjanjian untuk mengambil bahagian di dalam siri ceramah tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pihak Responden. Menurut PYM, itu bukaniah sebagai penceramah tetapi berkongsi sahaja. Pada pihak Responden, berkongsi yang telah dilakukan oleh PYM adalah secara memberi ceramah kepada penonton-penonton yang telah membuat bayaran bagi sesi ceramah itu. Menurut (‘*GOWS3"), Mr. Gerald Sim Poh Ann mengesahkan bahawa percakapan awam dan perkongsian awam adalah perkara yang sama dan di dalam kes ini perkongsian awam telah disampaikan oleh PYM yang bekerja sebagai Pegawai Bank di dalam Industri Perbankan. [17] Pihak Responden tidak dapat menerima jawapan dan penjelasan daripada PYM. Selepas pihak Responden meneliti keterangan dan bukti yang diberikan oleh PYM, pihak Responden masih tidak dapat menerima jawapan penjelasan itu dan perkhidmatan PYM ditamatkan pada 02.03.2015. 7|Page [Case No. 5(6)(3)(6)/4-361/16] [18] PYM telah menghantar e-mel bertarikh 02.07.2015 kepada Mr. Alan Sunil Netto (“COWS1") memaklumkan bahawa PYM mendakwa bahawa keputusan untuk menamatkan perkhidmatan beliau adalah berlebihan dan dilakukan tanpa penyiasatan yang betul. Pinak Responden menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan kepada PYM bahawa keputusan untuk menamatkan perkhidmatan beliau adalah kekal. [19] Di dalam kes ini, tidak dipertikaikan bahawa PYM telah dipecat daripada Bank (pihak Responden). Mahkamah diberi kuasa untuk mempertimbangkan sama ada tindakan pihak Responden memecat PYM itu adalah dengan atau tanpa sebab atau alasan yang adil. [20] Adalah penting untuk diberi perhatian bahawa pemberhentian PYM oleh pihak Responden perlu dibebankan dengan fakta-fakta yang diketahui serta dipercayai oleh pihak Responden ketika penamatan itu berlaku [21] Bukti yang diambilkira oleh pihak Responden di dalam kes ini adalah sifat ceramah pelaburan hartanah di mana PYM telah mengambil bahagian atau PYM bersetuju untuk mengambil bahagian adalah merupakan satu konflik dengan kepentingan bank. [22] Di dalam kes ini, PYM telah memberi ucapan di dalam satu siri ceramah pelaburan hartanah yang telah dianjurkan oleh Freemen pada 07.03.2015 dan 14.03.2015 tanpa mendapatkan kebenaran daripada pihak Responden. Tajuk ceramah yang disampaikan oleh PYM ialah “Unleashing the Ultimate SMART Financing Secrets’. B[Page [Case No. 5(6)(3)(6)/4-361/16) [23] Bahan promosi yang berkaitan dengan perkara di atas antara lain adalah seperti berikut: “FREEMEN is proud to invite Gary Chua, from SMART Financing Company, a Senior Banker, who holds a senior position in an international bank that involve interpreting the news BNM guidelines or dratting the bank policies before it is approved and practiced in the bank share “sensitive” finance tips with you so that you can continue to get loans after loans (even if you are stuck!) for your property investment’. [24] Menurut pihak Responden lagi, PYM telah bersetuju untuk dipaparkan sebagai salah seorang daripada penceramah semasa sesi ceramah pelaburan hartanah bertajuk “Mastering Your Wealth in 2015" anjuran Freemen dan dijadualkan daripada 16.05.2015 hingga 17.05.2015 tanpa mendapat kebenaran daripada pihak Responden terlebih dahulu. [25] _ Bahan promosi bagi acara di atas antara lain adalah seperti berikut: “Gary has more than 10 years banking experiences in both local and international banks. He turns his extensive banking experiences creativity into his benefits and SMART FINANCING that has given him an edge in his property investment journey. He contributes his views, comments and insights to property magazines and convention. He is founder of SMART FINANCING Company and partnering with FREEMENT to help his members to master the skill on getting unlimited financing to fund their property investments”. [26] Bahan-bahan promosi bagi Freemen yang menganjurkan ceramah meletakkan pengalaman PYM di dalam industri perbankan dan kedudukan PYM sebagai Pegawai Kanan Bank. Bahan promosi ini juga memaklumkan kepada masyarakat umum bahawa PYM akan menyediakan pengetahuannya kepada peserta-peserta bagi membolehkan mereka mendapatkan pinjaman dari Bank, walaupun mereka tidak layak untuk mendapatkan pinjaman Bank. 9|Page [Case No. 5(6)(3)(6)/4-961/16} [27] Pinak Responden menghujahkan bahawa mengambil bahagian atau bersetuju untuk mengambil bahagian di dalam siri ceramah di dalam bulan Mac 2015 dan Mei 2015 jelas menunjukkan PYM telah bertindak bertentangan dengan kepentingan kes. [28] Kegagalan untuk mendapatkan kebenaran bertulis/pelanggaran polisi bank. Di dalam kes ini, PYM telah mengambil bahagian/bersetuju untuk mengambil bahagian di dalam acara perniagaan yang termasuk di dalam skop polisi dan kebenaran bertulis adalah diperlukan. Tidak ada pertikaian berkenaan dengan isu kegagalan PYM mendapatkan kebenaran secara bertulis sepanjang tempoh tersebut jelas menunjukkan PYM telah melanggar polisi atau dasar Bank. KES PIHAK YANG MENUNTUT [29] PYM telah bekerja sebagai Pengurus Kanan Peminjam Tidak Bercagar (Senior Unsecured Lending Manager) di Bank, Pada tahun 2011, PYM telah menyertai rangkaian pelabur hartanah yang dikenali dengan nama Freemen. Pada 02.08.2015, PYM telah mendekati Jabatan Sumber Manusia Bank dan memastikan penyertaannya dengan Freemen adalah di dalam polisi Bank. [30] Ms. Loo Keat Cheang daripada Bahagian Sumber Manusia Bank telah mengarahkan PYM untuk bercakap dengan Mr. Gerald Sim Poh Ann (COWS) iaitu Pengurus Bahagian Komunikasi. [31] PYM telah berjumpa dengan COWSS dan telah dimaklumkan bahawa aktiviti tersebut adalah di luar skop kerja PYM di Bank dan dilakukan dalam masa dan kapasiti PYM. Bank tidak boleh menyekat PYM daripada menjalankan aktiviti dalam. masa peribadinya. PYM boleh meneruskan penyertaannya dan tidak perlu notis bertulis dinantarkan kepada pihak Bank. 10|Page [Case No. 5(6)(3)(6)/4-361/16] [32] Di dalam bulan Mac juga, PYM telah pergi semula ke Bahagian Sumber Manusia untuk memaklumkan kepada bahagian tersebut tentang apa yang disampaikan oleh COWS3. PYM telah memakiumkan kepada COWSS iaitu Ms Sally. Ms. Sally telah mengakui percakapan antara PYM dengan COWSS tetapi telah mencadangkan kepada PYM untuk bercakap dengan Head of Consumer Bank" (COWS4 — Mr. Lim Eng Seong) bagi mendapatkan berkatnya/kebenarannya (blessing). [33] Pada 06.04.2015, PYM telah berjumpa dengan COWS4 dan telah berbincang tentang pembabitan PYM dengan Freemen. COWS4 telah mencadangkan kepada PYM untuk menulis surat kepada pihak Bank bagi mendapatkan kebenaran. [34] Pada 14.05.2015, PYM telah berjumpa dengan Puan Prasanna V.K. Vasu (“COWS2”) dan COWSS yang telah menyoal berkaitan dengan acara akan datang di Freemen pada 15.05.2015. Mengambilkira nasihat tersebut, PYM telah menarik diri daripada menyertai acara tersebut. [35] Pada 15.05.2015, PYM telah menerima surat penggantungan kerja daripada Bank. Pada 01.06.2015, PYM telah diberi surat tunjuk sebab dengan lima (5) pertuduhan. PYM telah menjawab surat tunjuk sebab tersebut bertarikh 05.06.2015. Pada 23.06.2015, PYM telah terima surat penamatan kerja daripada Bank. PYM telah menjawab surat penamatan kerja melalui e-mel pada 27.05.2015. PYM telah mempersoal kaedah penyiasatan dan motif Bank di dalam menamatkan pekerjaannya . Walau bagaimanapun, pihak Bank telah menafikannya. Tidak ada peluang untuk merayu terhadap keputusan yang telah dikeluarkan oleh Bank. [36] Menurut PYM juga, beliau tidak pernah ditemuduga atau mengadakan siasatan dalaman (Domestic Inquiry) berkaitan dengan pertuduhan-pertuduhan ke atasnya. [Case No. 5(6)(3)(6)/4-361/16) [37] Bagi pertuduhan 1 dan pertuduhan 3, PYM bukan merupakan penceramah di perundingan pelaburan hartanah. Sekiranya PYM bukan seorang penceramah di dalam acara tersebut, maka dia tidak perlu mendapatkan kebenaran untuk hadir. Bank telah menuduh bahawa PYM telah menyertai sebagai “Penceramah’ di dalam acara yang dianjurkan oleh Freemen Education Sdn. Bhd. benar-benar tidak betul. [39] PYM menghujahkan bahawa asas pertuduhan 1 dan pertuduhan 3 adalah benar-benar salah faham dan tidak terpakai terhadap PYM. Ini adalah kerana: i. PYM bukanlah penceramah di dalam acara Freemen; li, Tidak ada prejudis kepada Bank seperti yang didakwa kerana PYM hanya berkongsi perjalanan perlaburannya; il, Penyertaan PYM dalam seminar pelaburan hartanah tidak berada di bawah skop Seksyen 21.1 atau garis panduan Bank Negara Malaysia (BNM); iv. Oleh itu, PYM tidak perlu dapatkan apa-apa bentuk kebenaran daripada Bank. [39] Bagi pertuduhan 2 dan pertuduhan 4, menurut PYM Bank telah menimbulkan dua (2) isu utama iaitu: i. Kandungan iklan tersebut; ii, _Didakwa merujuk kepada konsep “pembiayaan tanpa had’ [40] PYM menghujahkan bahawa kandungan iklan adalah tidak tepat. Keterangan bersumpah daripada CLWS1 - Mr. Sandeep Sign Grewal mengesahkan bahawa kandungan iklan adalah tidak tepat. CLWS1 juga mengesahkan bahawa PYM telah meminta agar kandungan iklan dikeluarkan di sekitar bulan Jun 2015. 12|Page [Case No. 5(6)(3)(6)/4-361/16) [41] CLWSt1 juga memaklumkan di dalam keterangan bersumpahnya bahawa PYM telah dijemput ke acara yang dianjurkan oleh Freemen tanpa perlu membeli tiket. [42] Menurut PYM pula di dalam keterangan bersumpahnya menyatakan bahawa penerangan mengenai sesi perkongsian semasa di dalam acara bulan Mac 2015 dan acara di dalam bulan Mei 2015 adalah tidak sepertimana yang diterangkan di dalam iklan, [43] Merujuk kepada video youtube, isu penggunaan istilah "kewangan tanpa had" yang mana pihak Bank telah rujuk kepada video youtube. Di dalam video tersebut, PYM telah menggunakannya. Menurut PYM, penggunaan istilah “kewangan tanpa had" di dalam video youtube inilah merupakan salah satu daripada justifikasi utama beliau dipecat daripada pekerjaannya. PYM tidak pernah diberi peluang untuk memberi penjelasan sebelum beliau dipecat. [44] PYM menghujahkan bahawa kandungan di dalam video youtube tersebut mempunyai kebolehgunaan tethad. Video youtube tersebut juga telah dibuat untuk acara Freemen dan tidak ada kaitan dengan pertuduhan. Menurut PYM, video youtube ini tidak menjadi sebahagian daripada apa-apa pertuduhan yang tidak ditambah sebagai pertuduhan berasingan. lanya hanya terdapat di dalam surat penamatan PYM. Pihak Responden gagal membuktikan PYM telah berkongsi polisi bank atau maklumat sensitif sepertimana yang telah dikatakan. [45] Aktiviti PYM juga tidak bersaing dengan kepentingan bank. Menurut pihak Responden, perkongsian PYM adalah bertentangan dengan kepentingan Bank. PYM pula menyatakan bahawa kandungan perkongsian beliau di Freemen adalah sentiasa terhad kepada pengalaman peribadi di dalam pelaburan hartanah. 13|Page [Case No. 5(6)(3)(6)/4-961/16] [46] Bagi pertuduhan ke-5, PYM menghujahkan bahawa pihak Responden membuat pertuduhan tersebut bagi memastikan PYM ditamatkan perkhidmatannya. Bagi PYM juga, pertuduhan ke-5 ini tidak ada kaitan dengan pertuduhan ke-4. PYM telah menjelaskan bahawa syarikat-syarikat ditubuhkan bagi membolehkan PYM membuat pelaburan harta. Kedua, tidak ada urusan perniagaan di salah laku syarikat. Ketiga, syarikat-syarikat adalah tidak aktif. Keempat, PYM hanyalah pemegang saham dan bukannya pengarah kedua-dua syarikat. PYM tidak terlibat dalam mana-mana unsur perniagaan atau pekerjaan. Oleh itu, PYM tidak boleh disalahkan. [47] Menurut PYM, proses penyiasatan dan penamatan terhadap PYM dijalankan secara mala fide. Prinsip keadilan semulajadi diperuntukkan kepada PYM. PYM. diberikan setiap peluang untuk membela dirinya terhadap pertuduhan. Siasatan telah dijalankan dengan teliti dan secara tidak langsung. Walaupun sebelum penyiasatan bermula, pihak Bank telah mengambil sikap yang luar biasa dalam usaha untuk menggantungkan PYM. [48] Menurut PYM lagi, pihak Bank gagal menemubual COWS4 dan Mr. Loo Keat Cheng. Kedua-duanya adalah penting di dalam kes PYM. Bahkan Mr Loo Keat Cheng tidak pernah dipanggil sebagai saksi di dalam kes ini. [49] Pihak Bank gagal untuk merakamkan apa-apa kenyataan bertulis daripada COWS3. PYM sendiri tidak ditemuduga. Tiada siasatan dijalankan untuk menyemak kebenaran verifikasi PYM. [50] PYM juga tidak diberi peluang untuk membalas isu-isu yang berbangkit di dalam video youtube. Bahkan surat yang seterusnya daripada PYM kepada pihak Bank juga tidak diendahkan. Tiada peluang untuk membuat rayuan terhadap keputusan Bank. Penamatan Kerja PYM telah dijalankan secara mala fide dan tidak mematuhi peraturan keadilan semulajadi. 14|Page [Case No. 5(6)(3)(6)/4-361/16) ISU DAN UNDANG-UNDANG [51] [52] Didalam kes ini, Mahkamah hendakiah membuttikan: ‘Sama ada PYM telah melakukan salah laku seperti yang dipertuduhkan; ‘Sama ada salahlaku yang telah dibuktikan itu adalah menjadi sebab atau alasan yang adil bagi penamatan perkhidmatan PYM Mahkamah Persekutuan dalam kes Milan Auto Sdn. Bhd. v. Wong Seh ‘Yen [1995] A CLJ 449 MS 454 dan 455 telah memutuskan seperti berikut: [53] “As pointed out by this Court recently in Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. v. Wong Yuen Hock [1995] 2 MLJ 753 the function of the Industrial Court in dismissal cases on a reference under s. 20 is two fold, firstly, to determine whether the misconduct complained of by the employer has been established and secondly, whether the proven misconduct constitutes just cause or excuse for the dismissal”. Mahkamah Persekutuan dalam kes Wong Yuen Hock v Syarikat Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. & Another Appeal [1995] 3 CLJ 344 di ms 352 memutuskan seperti berikut: “On the authorities, we were of the view that the main and only function of the Industrial Court in dealing with a reference under section 20 of the Act (unless otherwise lawfully provided by the term of the reference) is to determine whether the misconduct or irregulaties complained of by the management as the grounds of dismissal were in fact committed by the workmen, and if so, whether such grounds constitute just cause or excuse for the dismissal’, 15|Page [Case No. 5(6)(3)(6)/4-61/16] [54] Berkenaan dengan beban pembuktian, Mahkamah Rayuan telah memutuskan dalam kes Telekom Malaysia Kawasan Utara v Krishnan Kutty Sanguni Nair & Anor [2002] 3 CLJ 314 seperti berikut: “Mahkamah Perusahaan tidak perlu dibebankan dengan segala perkara- perkara teknikal berkenaan dengan perbezaan bukti atau rukun keterangan atau prosedur yang perlu dipakai dalam Mahkamah Undang-Undang. Mahkamah Perusahaan mesti dibenarkan untuk menjalankan prosidingnya sebagai satu "Mahkamah Timbangtara’ dengan membenarkan beberapa kelonggaran bertujuan bagi mencapai satu keputusan asalkan ia mengambilkira keteguhan merit dalam kes dan membuat keputusan menurut ekuiti dan dengan kemurnian. Representasi oleh Menteri kepada Mahkamah Perusahaan tidak boleh diklasifikasi sebagai “Sivil" atau “Jenayah” dengan beban kebuktian yang berbeza bagi setiap klasifikasi, Dengan demikian, dalam pendengaran kes tuntutan _ketidakadilan pemecatan di mana pekerja dipecat berdasarkan kesalahan jenayah seperti kes curi harta syatikat, Mahkamah Perusahaan tidak perlu memenuhi kehendak melangkaui batasan keraguan bahawa kesalahan itu telah dilakukan. Beban pembuktian yang perlu dipakai adalah standard sivil iaitu imbangan kebarangkalian yang fleksibel supaya kadar kebarangkalian yang diperlukan sesuai dengan jenis dan graviti isu yang dibicarakan’ [55] Tugas Mahkamah Perusahaan adalah untuk menentukan sama ada salahlaku yang dilaporkan oleh syarikat sebagai majikan telah berjaya dibuktikan. Sekiranya Mahkamah mendapati sebagai fakta bahawa salah laku tethadap PYM berjaya dibuktikan, maka rumusan yang perlu dibuat adalah bahawa pemecatan kerja PYM itu adalah dengan sebab atau alasan yang adil. [56] Adalah menjadi tugas pihak Responden untuk membuktikan kes yang dibicarakan di hadapan Mahkamah yang mulia ini dan seterusnya membuktikan bahawa pemberhentian PYM adalah dibuat dengan sebab atau alasan yang adil. 16|Page [Case No. 5(6)(3)(6)/4-361/16) PENILAIAN DAN DAPATAN [57] Pertuduhan terhadap PYM adalah sepertimana yang terdapat di dalam surat tunjuk sebab yang telah dikeluarkan oleh pihak Responden bertarikh 01.06.2015. Pihak Responden mengarahkan PYM untuk memberikan penjelasan kepada semua pertuduhan tersebut. [58] PYM telah menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh pihak Responden bertarikh 05.06.2015 (sepertimana yang terdapat di dalam COB mukasurat 46 — 51). PYM tidak mempertikaikan penyertaannya dan persetujuannya untuk mengambil bahagian dalam rundingan/ceramah ‘talks” tanpa kelulusan bertulis dan lisan terlebih dahulu daripada bank. [59] Menurut PYM lagi, beliau bukanlah penceramah/penyampai (speaker) sepertimana yang tercatat di dalam iklan sebaliknya hanya berkongsi semata-mata tetapi pada Mahkamah, perkongsian yang dilakukan oleh PYM adalah melalui siri ceramah (talks) kepada peserta-peserta berbayar. [60] Menurut COWSS, iaitu Pengurus Komunikasi yang bertugas di Bahagian Komunikasi Bank mengesahkan bahawa pengucapan awam dan perkongsian awam (public sharing) adalah satu perkara yang sama. Perkongsian awam yang dirujuk kepada PYM sebagai pegawai bank yang terlibat di dalam industri perbankan. [61] Daripada keterangan saksi-saksi pinak Responden jelas menunjukkan bahawa pertuduhan-pertuduhan PYM adalah jelas dibuktikan. Mahkamah telah turut menilai bukti-bukti dan dokumen yang dilampirkan di dalam ikatan dokumen kedua-dua belah pihak dan bukan dengan hanya merujuk kepada keterangan PYM semata-mata. [Case No. 5(6)(3)(6)/4-361/16) [62] COWS4, Mr. Sim Eng Seong (Head of Retail Banking & Wealth Management) telah menyatakan secara terang-terangan kepada PYM untuk mendapat kelulusan daripada pihak Bank terlebih dahulu sebelum mengambil bahagian di dalam rundingan pelaburan hartanah di Freemen. Walau bagaimanapun, PYM tidak mengemukakan permohonan kepada pihak Bank secara bertulis kerana PYM telah menjangkakan bahawa dia tidak akan mendapat kelulusan tersebut. Ini jelas menunjukkan PYM telah melanggar_ «= Seksyen 21.1. Outside Employment/Directorship of the Code of Ethics/Code of Conduct and BNM Guidelines Part 1 (rujuk COB mukasurat 41-44). [63] PYM juga telah didapati melanggar seksyen 16.1 Conflict of interest of the Code of Ethics/Code of Conducts (rujuk COB mukasurat 45) apabila PYM menyertai rundingan pelaburan hartanah di mana beliau memberi ceramah di bawah tajuk “Bagaimana Untuk Mendapatkan Pembiayaan Tanpa Had’. [64] Pihak Responden telah menimbangkan keseluruhan fakta-fakta, relevan, keadaan dan keseriusan kes dan dengan itu, pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan PYM oleh kerana pihak Responden telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap PYM. Hak untuk menjatuhkan hukuman sewajarnya terletak kepada pregogatif majikan dan berdasarkan keseriusan salahlaku di dalam kes ini, Mahkamah tidak akan campur tangan ke atas hukuman yang dikenakan ke atas PYM. 18|Page (Case No. 5(6)(3)(6)/4-361/16] RUMUSAN [65] Sebagai rumusan, setelah mengambilkira keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan oleh PYM dan pihak Responden dengan mengambilkira Seksyen 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk bertindak mengikut ikuiti, perasaan hati nurani dan merit kes yang substantial tanpa memikirkan kepada perkara-perkara teknikal dan berbentuk undang- undang (to act according to equity, good conscience and the substantial merits of the case without regart to technicalities and legal form), Mahkamah dengan ini membuat dapatan bahawa pemecatan kerja PYM adalah dengan sebab atau alasan yang adil. Oleh yang demikian, kes PYM adalah ditolak. DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH 4 HARIBULAN JUN 2018 (DATIN KAEMIZAH BINTI SALLEH ) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN, MALAYSIA KUALA LUMPUR 19|Page

Você também pode gostar