Você está na página 1de 2

Saya HASYIM, Ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja Penyenggalaraan ACB

LANGKAH PERTAMA
1. Dapatkan surat kebenaran PTW daripada Pihak pengurusan seperti penyelia ,jurutera
atau orang-orang kekompetenan berkenaan.
2. Berikan Surat Notis kepada pengguna bahawa bekalan akan diputuskan sekurang-
kurangnya 3 hari atau seminggu lebih awal. Nyatakan tarikh,masa dan tempat
LANGKAH KEDUA
3. Pastikan peralatan lengkap dan mencukupi
4. Buka pintu bilik MSB untuk tujuan pengudaraan.
5. Pasang halangan amaran dan mengantung notis AWAS dan Kerja-kerja
penyenggalaraan sedang dijalankan di luar bilik MSB
6. Periksa System Fire Panel di luar dan manualkan system tersebut
7. Masuk di dalam bilik MSB, buka switch lampu dan pastikan pencahayaan cukup
8. Membuat penilaian pemeriksaan penglihatan/visual di dalam bilik MSB ,Dan
9. Membuat pemeriksaan kelengkapan keselamatan di dalam bilik MSB
- Skematik, CPR, Rubber Matt, Portable CO2 dan Buku log
LANGKAH KETIGA
10. Ambil bacaan Ammeter, Voltmeter, PF meter dan catit di dalam buku log sebelum
memutuskan bekalan.
11. Maklumkan terlebih dahulu kepada pengguna sebelum memutuskan bekalan.
12. Matikan bekalan ke beban daripada saiz kecil ke besar.
13. Akhir sekali matikan bekalan ke Kapasitor
14. Periksa bacaan Ammeter dan Voltmeter
15. Tripkan ACB dengan menekan button off di dalam posisi yang selesa dan selamat
16. Bukakan panel ACB, ambil handle ACB dan masukkan pada ACB
17. Ada 3 kedudukan dalam ACB iaitu Connected, Test dan Isolated
18. Putarkan arah lawan jam sehingga mencapai indicator test
Indicator test – Sambungan Litar Kawalan bersambung dan Litar Utama tidak
bersambung
19. Putarkan arah lawan jam sehingga mencapai indicator Isolated
Indicator Isolated – kedua –dua sambungan tidak bersambung
20. Keluarkan pemutar dan simpan dengan cermat
21. Bukakan Rail ACB dan Tarik ACB keluar dan angkat ACB dan letakkan di lantai dengan
cermat.
22. Tutup panel ACB dan gantung notis amaran AWAS / BAHAYA di depan panel tersebut
LANGKAH EMPAT
23. Servis ( nanti cerita )
LANGKAH LIMA
24. Ujian (nanti cerita )
LANGKAH ENAM
(Pastikan kesemua peralatan telah dikemaskan dan tanggalkan notis di panel ACB)
25. Masukkan semula ACB ke dalam MSB dengan mengikut langkah yang sama
- Guna pemutar dan putarkan ke arah jam dari indicator isolated ke Indicator
Test ( Litar kawalan bersambung dan Litar utama tidak bersambung)
- Putar lagi arah jam dari indicator Test ke indicator Connected ( Kedua-dua litar
bersambung)
26. Periksa semua fius dalam keadaan baik
27. Reset OCR / EFR
28. Sebelum ON ACB, maklumkan kepada pihak pengurusan berkenaan.
29. ON ACB dalam kedudukan yang selesa dan selamat
30. Periksa bacaan Voltmeter
31. Hidupkan bekalan Kapasitor terlebih dahulu
32. Hidupkan bekalan beban dari yang besar ke kecil
33. Periksa bacaan Ammeter dan Voltmeter
34. Catitkan semua bacaan meter MSB di dalam buku log dan ulasan jika perlu
35. Buat pemeriksaan MSB
36. Hidupkan semula System Fire Panel ke Auto
37. Switch off lampu
38. Tutup pintu dan kunci
39. Tanggal dan buka halangan di luar
40. Segera membatal PTW oleh pihak pengurusan
SELESAI

Você também pode gostar