Você está na página 1de 2

1.

2 Keanjalan Permintaan Silang

Keanjalan permintaan silang mengukur perubahan kuantiti permintaan terhadap


sesuatu barang kesan daripada perubahan harga barang lain. Kesan perubahan harga
baranng B terhadap permintaan barang A misalnya dapat diukur melalui nilai
koefisien
keanjalan permintaan silang. Penghitungan Keanjalan silang :
Ed = Peratus perubahan kuantiti permintaan barang X
Peratus perubahan harga barang Y

Koefisien atau nilai keanjalan permintaan silang menerangkan hubungan antara


barang. Terdapat tiga nilai keanjalan permintaan silang, iaitu positif, negatif dan
sifar.
Keanjalan permintaan silang bernilai positif merujuk kepada barang pengganti.
Keanjalan
permintaan silang bernilai negatif pula merujuk kepada barang penggenap manakala
keanjalan permintaan silang bernilai sifar merujuk kepada barang yang tidak
berkaitan.

1.3 Keanjalan Permintaan Pendapatan


Keanjalan permintaan pendapatan mengukur perubahan kuantiti permintaan
terhadap sesuatu barang kesan daripada perubahan pendapatan pengguna. Kesan
perubahan pendapatann (I) terhadap perubahan permintaan barang X dapat
ditentukan
melalui nilai koefisien keanjalan permintaan pendapatan. Keanjalan pendapatan
dihitung
daripada :
Ey = Peratus perubahan kuantiti diminta
Peratus perubahan pendapatan
Nilai keanjalan permintaan pendapatan digunakan untuk menentukan jenis
barang berkenaan sama ada barang normal, barang mewah, barang bawahan atau
barang
mesti.

a) Nilai keanjalan permintaan pendapatan positif menunjukkan permintaan


sesuatu barang meningkat apabila pendapatan meningkat. Barang tersebut
dikategori sebagai barang normal. Peratusan pertambahan permintaan kesan
daripada peratusan pertambahan pendapatan bergantung keada jenis barang
sama ada barang normal, barang keperluan atau barang mewah. Nilai
keanjalan permintaan pendapatan bagi barang normal ialah E1 = 1, iaitu
peratusan pertambahan permintaan adalah sama dengan peratusan
pertambahan pendapatan. Nilai keanjalan permintaan pendapatan bagi barang
keperluan ialah 0 <E1 < 1, iaitubperatusan pertambahan permintaan adalah
kurang daripada peratusan pertambahan pendapatan. Nilai keanjalan
permintaan pendapatan bagi barang mewah ialah E1 > 1, iaitu peratusan
pertambahan permintaan adalah lebih daripada peratusan pertambahan
pendapatan.

b) Nilai keanjalan permintaan pendapatan adalah negatif jika kuantiti


permintaan sesuatu barang semakin berkurang apabila pendapatan bertambah.
Barang tersebut dikategorikan sebagai barang bawahan. Nilai keanjalan
permintaan pendapatan bagi barang bawahan ialah E1 < 0.

c) Nilai keanjalan permintaan pendapatan bersamaan kosong merujuk kepada


barang mesti. Permintaan terhadap barang mesti tidak berubah walaupun
pendapatan meningkat. Nilai keanjalan permintaan pendapatan bagi baranng
mesti ialah E1 = 0.

Você também pode gostar