Você está na página 1de 1

Katalah tugasan yang diberikan ialah "syarat untuk menjadi negara maju".

Penulis boleh mengambil


pokok sebagai analogi. Negara maju dibandingkan dengan pokok yang baik, iaitu:

1 akar tunjang kukuh (asas kenegaraan yang mantap)

2 dahan dan daun yang merimbun (kepimpinan yang berwawasan)

3 berbunga lebat (harapan yang sentiasa dinyalakan)

4 baja yang mencukupi (masyarakat yang berilmu)

5 pucuk yang tumbuh segar (generasi muda yang berpotensi)

6 sumber / bekalan mineral, klorofil yang berterusan (masyarakat berpendapatan tinggi, kuasa beli
tinggi)

Bagi tugasan "cara belajar yang berkesan' boleh dinisbahkan kepada "cara menangkap ikan":

1 Cari tempat banyak ikan (tempat belajar belajar yang selesa)

2 Gunakan pancing / joran yang sesuai (bahan pembelajaran yang tepat)

3 Umpan yang digemari ikan (daya tarikan belajar)

4 Kaedah / kemahiran memancing (kaedah belajar)

5 Cuaca baik (pencahayaan / suhu yang dikehendaki / persekitaran sihat, kondusif)

Dalam keadaan tertentu, analogi negatif yang ekstrem seperti "perompak yang berjaya" misalnya
mungkin boleh dicuba, tetapi tidaklah begitu digalakkan. Analisis permainan atau sukan yang
memerlukan taktik agresif sebagai contoh boleh dinisbahkan begitu:

1 mengenal pasti mangsa (mengkaji kekuatan pasukan lawan)

2 bijak memperdaya mangsa, pihak berkuasa (taktik permainan sukar dibaca)

3 sampai tahap sanggup membunuh (menendang bola dengan kencang ke arah pintu gol, tidak
mensia-siakan sebarang peluang)

4 tidak meninggalkan kesan forensik (kelihatan bersih dalam permainan)

5 mesti dapat hasil (sasaran menang sahaja)


6 tidak tamak (tidak gopoh hingga lalai)

Você também pode gostar