Você está na página 1de 19

KERTAS SOALAN HEADCOUNT UJIAN PENILAIAN OTI 1 TAHUN ENAM PEPERIKSAAN

PERTENGAHAN TAHUN MEI 2014

Kertas soalan berikut yang akan dianalisis melibatkan dua kertas soalan penilaian yang
utama seperti mana yang dinyatakan di bawah:- Kertas 1 : Aneka Pilihan

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan yang mana memerlukan pelajar memilih
empat aneka pilihan jawapan bagi setiap soalan. Setiap soalan yang terdapat dalam bahagian
ini juga adalah berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) dan juga
pelbagai topik yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM)
sekolah rendah seperti topik golongan kata, topik imbuhan kata, topik kata ganda, topik kata
majmuk, topik jenis-jenis ayat dan sebagainya. Berdasarkan kepada 40 soalan yang terdapat
dalam Kertas 1 Bahasa Melayu, berikut adalah analisis berkenaan dengan kesemua 40
soalan tersebut:-

Soalan 1 hingga soalan 20

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “ berbual-buallah dahulu, biarlah saya menyediakan hidangan,”


kata Wafa kepada rakan-rakannya.
A. Engkau
B. Kalian
C. Awak
D. Anda

Analisis : Soalan ini adalah bentuk soalan yang berkaitan dengan kata nama dalam sistem
tatabahasa Bahasa Melayu. Namun begitu, soalan ini adalah soalan yang mudah dan
mempunyai Aras 3 dalam HSPBM. Ini disebabkan oleh bentuk soalan yang memerlukan
pelajar mengenal pasti jenis kata ganti nama yang sesuai untuk diisi pada petak yang telah
disediakan. Soalan ini juga bersesuaian dengan objektif kelapan dalam SPBM sekolah
rendah. Soalan ini juga merupakan aras mengingat dalam taksonomi Bloom.

2. Rombongan sekolah tiba di Pulau Pangkor pada waktu ketika matahari


hampir terbenam di kaki langit.
A. pagi
B. senja
C. subuh
D. malam
Analisis : Soalan ini berbentuk isi tempat kosong yang berkaitan dengan kata adjektif yang
menjadi salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, soalan ini berada pada
Aras 1 ekoran daripada bentuk soalan yang sangat mudah untuk dijawab oleh pelajar. Soalan
yang dibina ini juga turut bertepatan dengan objektif kelapan yang terdapat dalam SPBM iaitu
menilai kemahiran pelajar dalam menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata,
tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis. Soalan ini merupakan aras kemahiran memahami dalam taksonomi Bloom.

Soalan 3 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

3. Mak Cik Julia sedang daun pisang untuk membuat kuih lepat pisang.
A. melayur
B. menyalai
C. membakar
D. merendam

Analisis : Soalan ini adalah aras kemahiran menganalisis. Soalan ini pula adalah bentuk
soalan yang berkaitan dengan topik kata kerja yang juga menjadi antara topik yang dipelajari
oleh pelajar dalam HSPBM. Namun begitu, pelajar perlu meneliti jenis kata kerja dalam
menjawab soalan ini sama ada kata kerja transitif ataupun kata kerja tak transitif. Ini bermakna
bahawa soalan ini adalah bentuk soalan pada Aras 2 yang memerlukan sedikit kemahiran
berfikir dalam menyelesaikan soalan ini. Soalan ini memerlukan kemahiran menganalisis
untuk mencari jawapan yang sesuai dengan ayat tersebut.
4. Masa yang menyebabkan mereka membuat kerja itu dengan tergopoh-
gopoh.
A. panjang
B. pendek
C. hampir
D. suntuk

Analisis : Soalan ini berbentuk isi tempat kosong yang berkaitan dengan kata adjektif
yang menjadi salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, soalan ini
berada pada Aras 1 ekoran daripada bentuk soalan yang sangat mudah untuk dijawab
oleh pelajar. Soalan yang dibina ini juga turut bertepatan dengan objektif kelapan yang
terdapat dalam SPBM iaitu menilai kemahiran pelajar dalam menggunakan bahasa
baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti
mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Soalan ini memerlukan kemahiran aras
mengingat untuk memahami jawapan serta soalan.

5. Baca syarat-syarat perjanjian itu dahulu kamu menandatanganinya.


A. kerana
B. sebelum
C. sehingga
D. walaupun

Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan topik kata hubung yang terkandung dalam
HSPBM memerlukan kemahiran pelajar untuk memilih jawapan yang paling. Sekiranya pelajar
tidak mempunyai pengetahuan yang baik terhadap keempat-empat kata hubungan ini, maka
pelajar akan memilih jawapan yang salah. Oleh itu, ianya memerlukan kemahiran pelajar
dalam memilih jawapan yang paling tepat untuk diisi pada petak kosong yang terdapat dalam
soalan dan dinilai sebagai soalan para Aras 2 dalam HSPBM. Soalan ini juga terkandung
dalam aras kemahiran mengaplikasi.
6. Pameran teknologi maklumat yang diadakan itu dibuka kepada murid-murid
sekolah untuk orang ramai.
A. baik … ataupun
B. sama ada … atau
C. jangankan … pun
D. bukan saja… bahkan juga

Analisis : Soalan ini memerlukan aras kemahiran mengaplikasi. Jawapan yang diperlukan
dalam soalan ini adalah jawapan dalam kata hubung yang mana pelajar perlu memilih kata
hubung yang sesuai untuk mengisi yang sesuai. Dalam HSPBM, jenis kata hubung seperti
berada pada Aras 3 yang mana memerlukan kemahiran pelajar yang tinggi dalam
membezakan empat jenis kata hubung yang boleh digunakan dalam menggabungkan dua
ayat.

7. Lori kecil itu penuh tembikai yang telah diborong.


A. muatan
B. termuat
C. bermuat
D. memuati

Analisis : Soalan ini memerlukan aras kemahiran mengaplikasi. Topik yang diutarakan dalam
soalan ini ialah imbuhan. Jawapan yang diperlukan dalam soalan ini adalah jawapan dalam
kata hubung yang mana pelajar perlu memilih kata hubung yang sesuai untuk mengisi yang
sesuai. Dalam HSPBM, jenis imbuhan seperti berada pada Aras 3 yang mana memerlukan
kemahiran pelajar yang tinggi dalam membubuk imbuhan sesuai yang boleh digunakan dalam
pembinaan ayat agar sempurna menjadi kata kerja transitif ataupun kata kerja tak transitif.
Soalan 8 berdasarkan Gambar 2.

Gambar 2

8. Bola boling itu perlahan-lahan lalu menjatuhkan pin-pin boling tersebut.


A. bergetar
B. bergolek
C. bergerak
D. berdentum

Analisis : Soalan ini adalah soalan kata kerja yang juga menjadi antara salah satu topik yang
terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, soalan ini mempunyai aras kemahiran berfikir yang
tinggi dengan bentuk jawapan yang boleh digunakan untuk mengisi tempat kosong yang
terdapat dalam soalan. Ini bermakna bahawa soalan ini berada pada Aras 3 dan menepati
kehendak kandungan SPBM. Soalan ini adalah aras memahami dalam Taksonomi Bloom.

9. Puan Jamilah membaca majalah Mingguan Wanita menanti suaminya


pulang dari pejabat.
A. demi
B. sejak
C. tatkala
D. sehingga

Analisis : Soalan ini memerlukan aras kemahiran mengingat. Jawapan yang diperlukan dalam
soalan ini adalah jawapan dalam kata hubung yang mana pelajar perlu memilih kata sendi
nama yang sesuai untuk mengisi yang sesuai. Dalam HSPBM, jenis kata sendi nama seperti
berada pada Aras 3 yang mana memerlukan kemahiran pelajar yang tinggi dalam
membezakan jenis kata sendi nama yang boleh digunakan.
Soalan 10 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

10. Saraswathy sebakul sayur di atas kepalanya.


A. menjunjung
B. membawa
C. menatang
D. memikul

Analisis : Soalan ini pula adalah bentuk soalan yang berkaitan dengan topik kata kerja yang
juga menjadi antara topik yang dipelajari oleh pelajar dalam HSPBM. Namun begitu, pelajar
perlu meneliti jenis kata kerja dalam menjawab soalan ini sama ada kata kerja transitif ataupun
kata kerja tak transitif. Ini bermakna bahawa soalan ini adalah bentuk soalan pada Aras 2
yang memerlukan sedikit kemahiran berfikir dalam menyelesaikan soalan ini dimana ia
tergolong dalam aras menganalisis. Soalan ini adalah berdasarkan perbuatan seseorang iaitu
perlu memilih satu istilah “bawa” yang sesuai dengan gambar.

11. Hadirin sekalian, ambil tempat masing-masing kerana Pengarah


Pendidikan akan tiba sebentar lagi.
A. sila
B. harap
C. minta
D. tolong

Analisis : Soalan ini berbentuk ayat perintah di mana pelajar perlu memilih jawapan yang
sesuai bagi menyempurnakan jawapan ini. Dalam HSPBM, ayat perintah adalah antara jenis
ayat yang dipelajari oleh pelajar agar pelajar dalam menjawab soalan ayat perintah. Soalan
ini dilihat berada pada Aras 3 di mana setiap jawapan yang diberikan boleh digunakan untuk
mengisi tempat kosong soalan. Namun begitu, pelajar hanya perlu memilih satu jawapan yang
paling tepat dan sesuai dengan konteks ayat yang dibina. Ini juga menjelaskan bahawa soalan
yang dibina adalah sangat sesuai dengan SPBM sekolah rendah. Ia merujuk kepada aras
mengingat.

Soalan 12 dan 13 berdasarkan Gambar 4.

Gambar 4

12. Puan Zainab membeli se sayur bayam dan se bebola


ikan di pasar pagi.
A. berkas … biji
B. cekak … butir
C. ikat … bungkus
D. bungkus … longgok

Analisis : Soalan yang dibina adalah soalan penjodoh bilangan yang merupakan salah satu
topik yang terdapat dalam HSPBM. Soalan ini adalah soalan pada Aras 2 di mana jawapan
yang diberikan adalah hampir sesuai digunakan untuk ayat soalan. Namun begitu, ianya
memerlukan kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis dalam menyelesaikan soalan ini seperti
mana objektif ketiga yang terdapat dalam HSPBM yang memerlukan kemahiran pelajar dalam
menyelesaikan soalan. Oleh itu, murid perlu mengingat topik yang pernah dipelajarinya.

13. Kedudukannya dalam syarikat itu kerana ramai pekerja baharu yang lebih
berpendidikan daripadanya.
A. seperti ikan dalam belat
B. seperti air dengan tebing
C. seperti telur di hujung tanduk
D. seperti mendukung biawak hidup
Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan topik yang terdapat dalam HSPBM iaitu
perumpamaan yang oleh digolongkan dalam topik kosa kata.. Setiap jawapan yang diberikan
boleh digunakan untuk menjawab soalan yang diberikan. Namun pelajar perlu memilih
jawapan yang paling tepat dan sesuai digunakan untuk menjawab soalan ini. Ini bermakna
bahawa soalan ini adalah soalan yang berada pada Aras 3 kerana memerlukan kemahiran
analitikal yang lebih tinggi. Secara tidak langsung, kemahiran aras mengaplikasi dapat
diterapkan.

14. Zaileena membuka payung apabila hujan mulai turun.


A. jarang-jarang
B. renyai-renyai
C. lebat-lebat
D. titis-titis

Analisis : Soalan ini berkaitan dengan topik kata ganda yang terdapat dalam HSPBM. Namun
begitu, terdapat lebih daripada satu jawapan yang betul yang boleh dipilih oleh pelajar untuk
menjawab soalan ini. Walau bagaimanapun, pelajar hanya perlu memilih satu jawapan yang
paling tepat dan ini memerlukan kemahiran berfikir pelajar secara kreatif dan kritis dalam
menilai konteks ayat. Ini bermakna bahawa soalan ini berada pada Aras 3 kerana memerlukan
kemahiran analitik yang tinggi pelajar dalam menjawab soalan ini. Ia merujuk kepada aras
kemahiran mengaplikasi.

15. Dada mangsa kemalangan itu kelihatan walaupun tidak sedarkan diri.
A. meluap-luap
B. geli-geleman
C. berkepul-kepul
D. berombak-ombak

Item ini adalah soalan aras sederhana, iaitu aras kemahiran mengaplikasi. Bagi
menyelesaikan masalah melibatkan aras aplikasi, seseorang pelajar itu mesti mempunyai
kebolehan menggunakan konsep dan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk
menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula atau bina graf
daripada data. Oleh yang demikian, untuk menjawab soalan ini pelajar harus tahu
menghubungkaitkan konsep penggunaan imbuhan dengan situasi ayat tersebut. Selepas itu,
pelajar perlu menggunakan perkataan yang betul penggunaan imbuhan supaya menjadi ayat
majmuk yang betul mengikut topik atau situasi.
16. Angkatan tentera laut telah Berjaya memberkas pengganas di
perairan Sabah.
A. sekawan
B. sepasukan
C. sekumpulan
D. segerombolan

Analisis : Soalan ini berkaitan dengan kata bilangan dalam HSPBM yang mana memerlukan
pelajar memilih kata bilangan yang tepat dan sesuai digunakan untuk konteks soalan yang
dibina. Ini bermakna bahawa soalan ini adalah soalan yang mudah dan merupakan soalan
pada Aras 1 berdasarkan kepada bentuk pelaksanaan topik yang terdapat dalam HSPBM.
Soalan ini adalah terkandung dalam kemahiran aras memahami dalam Taksonomi Bloom.

17. Gejala sosial dapat dielakkan jika murid-murid diasuh dan dididik dengan yang
baik sejak kecil.
A. Tatarias
B. Tatatertib
C. Tatasusila
D. Tatabahasa

Analisis : Soalan ini pula adalah soalan dalam bentuk kata majmuk yang terdapat dalam
HSPBM di mana hanya satu jawapan yang paling tepat yang boleh digunakan dalam
menjawab soalan ini. Namun begitu, pelajar perlu mempunyai pengetahuan yang baik dalam
proses pembentukan kata majmuk sebelum menjawab soalan ini agar memudahkan pelajar
untuk memilih jawapan yang paling tepat. Ini bermakna bahawa soalan ini memerlukan sedikit
kemahiran bertafsir dan dinilai sebagai soalan pada Aras 1. Soalan ini memerlukan aras
kemahiran memahami di mana perlu memahami setiap jawapan perkataan yang diberi
supaya tidak wujud kesalahan tatabahasa.

18. restoran makanan laut itu mengalami kerugian yang besar apabila
kedainya terbakar.
A. Miliki
B. Pemilik
C. Memiliki
D. Pemilikan

Analisis : Soalan ini memerlukan aras kemahiran mengaplikasi. Topik yang diutarakan dalam
soalan ini ialah imbuhan. Jawapan yang diperlukan dalam soalan ini adalah jawapan dalam
kata hubung yang mana pelajar perlu memilih kata hubung yang sesuai untuk mengisi yang
sesuai. Dalam HSPBM, jenis imbuhan seperti berada pada Aras 3 yang mana memerlukan
kemahiran pelajar yang tinggi dalam membubuk imbuhan sesuai yang boleh digunakan dalam
pembinaan ayat agar sempurna menjadi kata kerja transitif ataupun kata kerja tak transitif.

Soalan 19

19. Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.


Betty suka termenung dan mengasingkan dirinya sejak akhir-akhir ini.

A. melarikan
B. membiarkan
C. menyisihkan
D. menyembunyikan

Analisis : Soalan ini adalah soalan yang berbentuk kata seerti yang juga menjadi antara topik
pengajaran yang terdapat dalam HSPBM. Dalam topik ini soalan yang berikut agak mudah
dan hanya berada pada Aras 1 di mana pelajar hanya perlu memilih perkataan seperti bagi
perkataan unik. Namun begitu, pelajar perlu mempunyai pengetahuan dan penguasaan yang
baik terhadap topik ‘Sinonim’ atau ‘seerti’ sebelum menjawab soalan ini. Soalan ini
sebenarnya memerlukan kemahiran aras menganalisis.

Soalan 20

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan bergaris.

20. Puan Aisyah membentang sebidang permaidani yang baru dibelinya.


A. menghampar
B. menggulung
C. membuka
D. menutup

Analisis : Soalan ini adalah soalan yang berbentuk kata berlawan yang juga menjadi antara
topik pengajaran yang terdapat dalam HSPBM. Dalam topik ini soalan yang berikut agak
mudah dan hanya berada pada Aras 1 di mana pelajar hanya perlu memilih perkataan seperti
bagi perkataan unik. Namun begitu, pelajar perlu mempunyai pengetahuan dan penguasaan
yang baik terhadap topik ‘Antonim’ atau ‘berlawan’ sebelum menjawab soalan ini. Soalan ini
sebenarnya memerlukan kemahiran aras menganalisis.
Soalan 21 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

21. Peribahasa yang sesuai dengan sikap Anisa dalam gambar ialah …
A. ada akal
B. baik hati
C. buah hati
D. terang hati

Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan topik yang terdapat dalam HSPBM iaitu
topik peribahasa. Setiap jawapan yang diberikan boleh digunakan untuk menjawab soalan
yang diberikan. Namun pelajar perlu memilih jawapan yang paling tepat dan sesuai digunakan
untuk menjawab soalan ini. Ini bermakna bahawa soalan ini adalah soalan yang berada pada
Aras 3 kerana memerlukan kemahiran analitikal yang lebih tinggi. Secara tidak langsung,
kemahiran aras memahami dapat diterapkan.

Soalan 22 dan Soalan 23


Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

22. I Penyakit itu dikhuatiri melarat ke seluruh kampung.


II Kebakaran itu kian melarat ke kebun milik Pak Yaakob.
III Ibu tidak melarat mengangkut air dari perigi kerana sudah tua.
IV Percakapannya semakin dibiarkan semakin melarat ke perkara lain.
A. I dan II sahaja.
B. II dan III sahaja.
C. I, II, dan IV sahaja.
D. II, III, dan IV sahaja.
23. I Dahinya menjadi keruh apabila mendengar syarat pertandingan itu.
II Jamal dapat mendengar keruh ayahnya yang sedang tidur.
III Air sungai itu menjadi keruh selepas hujan lebat selam beberapa jam.
IV Warna uniform sekolah Suria menjadi keruh selepas direndam.
A. I dan II sahaja.
B. I dan IV sahaja.
C. II dan III sahaja.
D. II dan IV sahaja.

Analisis : Dalam soalan 22 dan soalan 23 ini, setiap soalan terdapat empat ayat yang perlu
dibina oleh pelajar yang mana pelajar perlu meneliti ayat yang betul dan tepat dalam
menggunakan perkataan suntuk. Soalan ini hanya mempunyai perkaitan dengan jenis-jenis
ayat yang terdapat dalam HSPBM seperti ayat majmuk dan ayat aktif. Dalam pada itu, soalan
yang ini juga berada pada Aras 3 kerana memerlukan pelajar untuk memilih lebih daripada
satu ayat yang menggunakan perkataan suntuk dengan tepat. Ia dikategorikan dalam aras
kemahiran mengaplikasi.

Soalan 24

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

24. Adakah awak menyimpan barang-barang yang saya pesan semalam?


A. Barang-barang itu ada di sini.
B. Barang-barang itu akan saya simpan.
C. Ya, barang-barang itu ada di atas meja.
D. Entahlah, saya tidak pasti sama ada disimpan atau belum.

Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan sebarang topik dalam HSPBM iaitu topik
pilih jawapan. Sebaliknya, soalan ini hanya memerlukan kemahiran pelajar dalam memilih
jawapan yang paling tepat dan sangat sesuai dengan objektif keenam yang terdapat dalam
SPBM. Jawapan yang diberikan juga boleh digunakan untuk menjawab soalan. Namun
begitu, pelajar hanya perlu memilih satu jawapan yang paling tepat dan soalan ini dinilai
berada pada Aras 3 kerana memerlukan kemahiran aras memahami pelajar yang sangat
tinggi.
Soalan 25

Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

25. Pak Aziz sanggup bergolok bergadai untuk menyekolahkan anaknya.


A. Apakah yang dilakukan oleh Pak Aziz?
B. Mengapakah Pak Aziz sanggup bergolok bergadai?
C. Bagaimanakah Pak Aziz menyekolahkan anaknya?
D. Adakah Pak Aziz bergolok bergadai untuk menyekolahkan anak-anaknya?

Analisis : Soalan ini adalah soalan ayat tanya yang juga merupakan salah satu topik yang
diajarkan dalam HSPBM. Soalan ini adalah sangat mudah dan mempunyai Aras pelajaran
pada tahun 1 kerana hanya memerlukan pelajar memilih satu ayat tanya yang paling sesuai.
Soalan ini memerlukan aras kemahiran menganalisis.

Soalan 26 hingga soalan 27

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

26. Murid-murid diingatkan oleh Guru Besar agar belajar bertungkus-lumus untuk
mengekalkan prestasi cemerlang sekolah.
A. Belajar dengan tekun prestasi cemerlang sekolah dapat kekalkan
kecemerlangannya.
B. Guru Besar mengingatkan agar murid-murid belajar dengan tekun untuk
prestasi cemerlang.
C. Belajar dengan tekun murid-murid Guru Besar mengingatkan untuk
kecemerlangan
sekolah.
D. Untuk mengekalkan prestasi cemerlang sekolah Guru Besar murid-murid
supaya belajar dengan tekun.

Analisis : Soalan ini adalah soalan yang berada dalam topik ‘ayat banyak makna’ dalam
HSPBM di mana setiap jawapan yang dibina mempunyai persamaan dengan ayat dalam
soalan. Soalan ini juga dilihat berada pada Aras 3 seperti mana yang dinyatakan dalam
HSPBM kerana pelajar perlu membuat analisis setiap ayat pada jawapan soalan dan memilih
satu ayat yang mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang terdapat pada soalan.
Soalan ini memerlukan aras kemahiran menganalisis.
27. “ Maria, ambilkan ayah pinggan itu,” kata Pak Majid.
A. Maria menyuruh ayahnya mengambil pinggan itu untuknya.
B. Pinggan itu diambil oleh Pak Majid dan dibekalkan kepada anaknya.
C. Maria diminta oleh Pak Majid supaya meletakkan pinggan yang diberikannya.
D. Pak Majid menyuruh anaknya, Maria supaya mengambil pinggan itu untuknya.

Analisis : Soalan ini adalah ayat penyata yang digabungkan bersama dengan kata kerja
transitif. Ini bermakna bahawa pengetahuan pelajar terhadap kedua- dua topik yang
terkandung dalam HSPBM ini perlu berada pada tahap yang terbaik agar dapat membantu
pelajar menjawab soalan ini. Ini juga menunjukkan bahawa soalan yang dibina berada pada
Aras 3 ekoran daripada bentuk soalan yang memerlukan kemahiran aras menganalisis pelajar
yang lebih tinggi seperti mana objektif yang ingin dicapai dalam SPBM.

Soalan 28 hinggan soalan 30

Pilih ayat yang betul.

28. A Amira menyiapkan kerja rumahnya sambal mendengar radio.

B Restoran Yusof dibuka pada setiap hari walaupun hari Jumaat.

C Gunakanlah pen hitam tetapi pen biru untuk mengisi boring itu.

D Khalid suka bermain badminton lantaran abangnya suka bermain bola sepak.

Analisis : Soalan ini merupakan tajuk ke-20 dalam HSPBM di mana pelajar perlu memilih ayat
yang betul dalam pelbagai jenis ayat sama ada ayat majmuk, ayat tunggal dan sebagainya.
Dalam HSPBM, soalan seperti ini hanya berada pada Aras 2 kerana bentuk soalan yang
dibina hanya sederhana sukar untuk dijawab oleh pelajar. Soalan ini adalah dalam kategori
kemahiran aras menganalisis.

29. I Setengah dari gajinya akan disimpan untuk hari tua.


II Petang semalam saya bersua dengan Mona Lisa di sebuah pasar raya.
III Amalan hari Mona adalah memasak dan bersenam.
IV Hairul memulangkan semula buku itu kepada gurunya.
A. I dan II sahaja.
B. I dan III sahaja.
C. II dan IV sahaja.
D. III dan IV sahaja.
Analisis : Soalan yang dibina mempunyai persamaan dengan soalan 28. Namun begitu,
soalan ini berada pada Aras 3 dalam HSPBM di mana pelajar perlu memilih beberapa ayat
yang betul dan tepat sistem tatabahasanya sebelum membuat pilihan. Soalan ini juga adalah
sesuai dan selari dengan objektif SPBM dalam memastikan pelajar mampu membuat pilihan
ayat yang betul dan tepat. Soalan ini adalah kemahiran aras menganalisis.

30. I Aminah kelihatan manis berbaju kebaya.


II Rumah Pak Hamid terletak berdekatan dengan Pantai Puteri.
III Goreng ayam itu agak masin kerana dibubuh terlebih garam.
IV Oleh sebab Kasim pandai. Dia sering mendapat markah tinggi dalam peperiksaan.
A. I dan II sahaja.
B. I dan IV sahaja.
C. I, II, dan IV sahaja.
D. I, II dan III sahaja.

Soalan ini sama dengan soalan 28 dan 29. Soalan ini adalah soalan aras sederhana, iaitu
aras kemahiran menganalisis. Bagi menyelesaikan masalah melibatkan aras analisis,
seseorang pelajar itu mesti mempunyai kebolehan untuk memecahkan sesuatu yang
kompleks kepada bentuk yang lebih ringkas, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan
kenal antara bahagian,kenali struktur organisasi. Oleh yang demikian, untuk menjawab item
ini pelajar harus dapat mengenal pasti dan menjelaskan maklumat serta menyenaraikan idea-
idea yang terdapat dalam petikan untuk dianalisis.

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

(Rujuk Lampiran)

31. Siapakah yang telah dibawa ke hospital?


A. Amri
B. Reduan
C. Ibu Amri
D. Adik bongsu Amri

Analisis : Soalan ini memerlukan pelajar menilai setiap jawapan sama ada berkaitan dengan
petikan yang telah dibaca atau sebaliknya. Secara tidak langsung, soalan ini memerlukan
kefahaman pelajar terhadap petikan yang dibaca bagi memudahkan pelajar untuk menjawab
soalan ini. Dengan demikian, maka soalan ini dinilai mempunyai kemahiran aras mengingat
di mana jawapan tersebut terkandung dalam petikan cerita.

32. Perkataan menegah membawa makna …


A. melarang
B. memarahi
C. mengawasi
D. menghadang

Analisis : Soalan ini pula adalah bentuk soalan yang berkaitan dengan topik kata kerja yang
juga menjadi antara topik yang dipelajari oleh pelajar dalam HSPBM. Namun begitu, pelajar
perlu meneliti jenis kata kerja dalam menjawab soalan ini sama ada kata kerja transitif ataupun
kata kerja tak transitif. Ini bermakna bahawa soalan ini adalah bentuk soalan pada Aras 2
yang memerlukan sedikit kemahiran berfikir dalam menyelesaikan soalan ini. Soalan ini juga
memerlukan aras kemahiran mencipta iaitu di mana perlu berfikir perkataan lain yang sama
maksud dengan perkataan yang diberi.

33. Amri dan adik-adiknya berasa suka hati apabila ibu dan ayahnya tiada di rumah kerana
.…
A. mereka akan bermain-main di padang
B. mereka akan bergurau dengan kawan-kawan
C. mereka akan berkejar-kejaran di dalam rumah.
D. tiada orang yang akan menegah dan memarahi mereka.

Analisis : Soalan ini memerlukan pelajar memahami petikan yang diberikan dan kemudiannya
melengkapkan soalan yang terdapat dalam soalan ini. Soalan ini dilihat berada pada
kemahiran aras memahami pada tahap 3 kerana ayat yang terdapat dalam setiap jawapan
pada soalan ini adalah tidak sama dengan ayat yang terdapat dalam petikan. Namun begitu,
kemampuan pelajar dalam memilih ayat yang mempunyai makna yang sama dengan ayat
yang terdapat pada petikan akan membantu pelajar memilih jawapan yang betul dan tepat.

34. Mengapakah Amri dan anak-anaknya tidak bermain di luar rumah.


A. Kerana hari hujan
B. Kerana dilarang oleh ibunya.
C. Kerana ayah dan ibunya belum pulang.
D. Kerana dia hendak bermain bersama dengan adik-adiknya.
35. Semua pernyataan di bawah adalah benar kecuali …
A. hidung Faizal telah cedera.
B. Faizal telah pengsan kerana terjatuh.
C. mereka bertiga bermain-main di dalam rumah.
D. ibu dan bapa mereka tiada di rumah kerana pergi ke pasar.

Analisis: Soalan 33 dan soalan 35 terkandung dalam aras 1(mudah), iaitu aras kemahiran
memahami. Bagi menyelesaikan masalah yang melibatkan aras kefahaman, seseorang
pelajar itu mesti mempunyai kebolehan untuk mengubah kefahaman daripada satu bentuk
kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri,
menterjemah,memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Pelajar harus
mengetahui dan memahami maksud ayat dan isi-isi penting yang tersurat dan tersirat dalam
ayat yang dibaca. Selepas memahami maksud ayat, pelajar baru dapat menyatakan andaian
dan isi-isi penting secara ringkas, jelas dan tersusun.

Soalan 36 hingga Soalan 40.

Baca catatan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

(Rujuk Lampiran)

36. Mengapakah penulis ke Pontian?


A. Untuk berjumpa dengan sepupunya.
B. Untuk mengikut Long Rahman ke rumahnya.
C. Untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaranya.
D. Untuk berjumpa dengan saudara-mara sebelah ayahnya.

Analisis : Soalan ini lebih bersifat penyelesaian masalah di mana pelajar perlu menjawab
soalan berdasarkan kepada petikan yang telah dibaca. Kemahiran analitikal pelajar yang
tinggi akan dapat membantu pelajar untuk menjawab soalan ini. Ini juga menunjukkan bahawa
soalan ini berada pada aras pelajaran pada tahap 3 kerana pelajar perlu membuat analisis
terhadap petikan dan semasa menjawab soalan ini. Soalan ini terkandung dalam kemahiran
aras mengingat.
37. Semua yang berikut benar tentang diri penulis kecuali …
A. penulis tidak mendapat banyak pengalaman semasa bercuti di rumah
saudaranya.
B. penulis mempunyai sepupu yang sebaya dengannya.
C. penulis selalu ke rumah saudaranya di Muar.
D. penulis tidak mengenali ramai saudaranya.

Analisis : Soalan ini memerlukan pelajar menilai setiap jawapan sama ada berkaitan dengan
petikan yang telah dibaca atau sebaliknya. Secara tidak langsung, soalan ini memerlukan
kefahaman pelajar terhadap petikan yang dibaca bagi memudahkan pelajar untuk menjawab
soalan ini. Dengan demikian, maka soalan ini dinilai mempunyai aras pelakaran pada tahap
3. Soalan ini tergolong dalam kemahiran aras memahami.

38. Penulis berada di Muar selama …


A. sehari.
B. dua hari.
C. tiga hari.
D. empat hari.

Analisis : Soalan ini adalah berkaitan kemahiran aras mengingat. Soalan ini memerlukan
pelajar menilai setiap jawapan sama ada berkaitan dengan petikan yang telah dibaca atau
sebaliknya. Secara tidak langsung, soalan ini memerlukan kefahaman pelajar terhadap
petikan yang dibaca bagi memudahkan pelajar untuk menjawab soalan ini. Dengan demikian,
maka soalan ini dinilai mempunyai aras pelakaran pada tahap 3.

39. Pilih penyataan yang benar tentang lawatan penulis ke kebun sayur Long Rahman.
A. Penulis mengajar Syafiqah memetik kacang bendi, terung, dan cili.
B. Penulis membantu pekerja-pekerja Syafiqah dan Long Rahman.
C. Penulis belajar memetik sayur-sayuran.
D. Penulis menanam sayur-sayuran.

Analisis : Soalan ini juga berapa pada Aras 3 di mana pelajar perlu memahami setiap ayat
yang terdapat pada petikan yang diberikan sebelum menjawab soalan ini. Ayat yang terdapat
pada petikan juga adalah berbeza dengan ayat yang terdapat pada jawapan soalan tetapi
mempunyai maksud yang hampir sama atau sama. Oleh itu, pelajar perlu memilih jawapan
yang paling tepat dalam menjawab soalan ini. Soalan ini memerlukan kemahiran aras menilai.
40. Rangkai kata mengambil kesempatan dalam petikan bermaksud …
A. mengisi masa
B. meluangkan masa
C. menunggu peluang
D. menggunakan peluang

Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan topik simpulan bahawa yang terdapat
dalam HSPBM dan pelajar perlu memberikan maksud bagi rangkai kata menyakitkan mata
yang dinyatakan pada petikan soalan. Untuk itu, pelajar perlu menggantikan setiap jawapan
ini pada ayat dalam petikan dan mencari jawapan yang paling tepat dan sesuai dengan
simpulan bahawa yang digunakan. Secara tidak langsung, soalan ini dilihat mempunyai aras
pelakaran pada tahap 3 seperti mana empat soalan lain yang dinyatakan di atas. Soalan ini
memerlukan kemahiran aras mencipta.

Você também pode gostar