Você está na página 1de 7

Mee Talam Pasar Jelawat Yang Nostalgia

Azie 28.6.18

Tiba tiba hari ini teringin untuk menikmati mee talam


pasar Jelawat yang merupakan mee kegemaran saya
sejak kecil. Boleh klik di SINI untuk entri yang lepas.
Saya memasak mee goreng ini untuk makan ketika
berbuka puasa.
Hari ini saya menpunyai mesyuarat sehingga hampir
pukul 6.00 jadi saya tidak sempat solat di pejabat. Balik
rumah singgah di kedai runcit untuk membeli bahan
bahan yang diperlukan untuk memasak mee dan
kemudian tergesa gesa naik ke bilik untuk solat Asar.
Nasib baik Juita menolong merebus cili kering,
mengupas bawang, menyediakan air gula Melaka dan
menyiang sayur kangkung. Itu pun saya siap memasak
ketika azan Maghrib. Jadi gambar hari ini memang
gambar dalam keadaan tiada cahaya semulajadi.
Kurang cantik. Jadi jangan tengok gambar tak cantik,
terus rasanya tidak sedap. Ini kerana mee goreng ini
sangat meletop.
Tengah tengah menumis, cili pula terpercik masuk ke
dalam mata. Aduhaai kali pertama kena seperti ini.
Panas dan pijar tidak boleh hendak digambar. Saya
menggunakan hanya 2 sudu besar cili kisar tetapi kali ini
cilinya jenis pedas. Menahan nahan kepedasan.
Namun begitu rasanya sangat sedap. Terlerai rindu
untuk menikmati mee kampung hingga saya menambah
hingga 3 pinggan. Pastinya mee talam asal tidak
dimasukkan udang, memang kosong dengan hanya ada
batang kangkung yang dipotong pendek pendek. Itu pun
jarang jarang sekali baru bertemu batang kangkung.
Jom layan resepi di bawah ini. Saya olahkan sedikit
penggunaan bahan bahannya. Kalau dilihat dari
penggunaan gula Melaka, boleh diagak yang mee ini
terasa sedikit lemak manis. Boleh lihat video
penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel yang
saya sediakan lama dulu.

Mee Talam Yang Sangat Sedap dan Nostalgia


Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahannya;
2 peket mee kuning
1 mangkuk kecil udang
1 ikat kangkung
1 -2 sudu besar cili kisar
Garam
Bahan Kisar:
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
Bahan masak:
Kicap pekat cap Ikan Mas
Kicap lemak manis cap Ikan Mas
1/2 keping gula Melaka
Cara cara:
Masak sedikit air dengan gula Melaka hingga gula
hancur. Masukkan kicap dan masak sehingga berkilat.
Angkat dan ketepikan. Nota: kali ini saya tidak
masukkan kicap dalam gula Melaka.
Panaskan minyak dan tumis bawang bawang yang
dikisar kering sehingga garing dengan menggunakan
api perlahan. Masukkan pula cili kisar. Terus tumis
sehingga cili benar benar masak. Masukkan sedikit air
dan masak lagi sehingga air kering dan bahan tumisan
terbit minyak.
Masukkan udang dan dikacau sehingga udang masak.
Masukkan mee dan batang kangkung.
Kacau rata sebelum dimasukkan air gula Melaka dan
kicap. Kacau rata. Masukkan daun kangkung dan
garam, kacau rata.
Sesuaikan rasa. Bolehlah diangkat dan dinikmati panas
panas.

Você também pode gostar