Você está na página 1de 11

Nasi Dagang Kelantan Dengan Set Lauk

Pauk Yang Lengkap


Azie 19.6.18

Semasa balik kampung pada hari raya ketiga untuk


menghadiri majlis pertunangan Ayu anak buah kami,
masih terasa seolah suasana hari raya. Banyak kedai
makan yang masih belum dibuka. Kami mengambil
penerbangan awal pagi. Pukul 3.30 pagi dah bertolak ke
KLIA.

Hari pertama sampai, merata mencari tempat sarapan


pagi. Memang di majlis rumah kakak ada disediakan
makan tapi saya mencari makanan asli Kelantan seperti
nasi dagang, nasi kerabu atau nasi berlauk ke. Hampa
kerana semua kedai masih belum berniaga.
Dari Kota Bharu, kami akhirnya ke pasar Bachok. Hanya
di situ, ada yang telah berniaga sarapan pagi. Entahlah
saya sempat juga merungut bila orang Kelantan pun
dah tak menjaga keaslian masakan Kelantan.

Nasi kerabu hanya berkerabukan sambal ikan dan sayur


kubis sahaja. Itu pun sedikit sangat sehingga tak
nampak seperti nasi kerabu. Bila dimakan, nasi nya
menjadi masam macam cuka. Saya yang kebelakangan
ini perut asyik meragam, tak berani nak makan banyak.
Hanya meratah daging bakar dan kerutuk itik serati yang
juga tidak seperti kerutuk. Nasib baik daging bakarnya
sedap dan merasa juga bahan perapannya.
Selesai majlis pertunangan, kami check in di hotel dan
tidur seketika. Bangun dari tidur mulalah mencari cari
kedai makan. Adui tak ada yang menjemput beraya
pulak. Hahaha. Akhirnya kami singgah makan satay di
gerai satay di Pantai Irama. Huhuhu kempunan nak
makan makanan dan kuih muih raya seperti ketupat dan
tapai.
Hanya keesokan hari nya, barulah mewah dengan
makanan Kelantan. Pagi kami bersarapan di cafe Resort
Villa Danialla yang menghidangkan nasi dagang dengan
lauk ikan tongkol dan gulai kerutuk itik serati. Haaa hati
riang gembira. Tapi tak boleh makan banyak kerana
kakak ipar saya, Kak Harison menjemput kami makan
nasi dagang di rumah mereka. Saya hanya banyak
meratah lauk pauk sahaja. Tidak lupa makan ketupat
pulut beras hitam kerana saya memang teringin sangat
nak makan ketupat daun palas Kelantan.

Selepas sarapan, kami terus ke rumah Kak Harison.


Sembang dan lepak lepak seketika bagi merehatkan
perut yang masih kekenyangan. Nasi Dagang Kelantan
yang disediakan Kak Harison hari ini lengkap dengan
segala set termasuk gulai ikan tongkol, gulai udang,
sambal kelapa ikan, acar timun dan telur rebus.
Memang susah sekarang ni untuk mencari hidangan
lengkap seperti ini. Bukan kerana apa tapi agak remeh
dan memakan masa untuk menyediakannya. Lebih lebih
lagi kalau tak ada yang sama membantu di dapur.
Saya kali ini mengambil kesempatan belajar cara cara
Kak Harison menyediakan nasi dagang dan lauk pauk
untuk dijadikan rujukan di masa hadapan. Itulah saya
menanya dan menyalin resepinya untuk dikongsikan
dengan anda semua.
Jom layan resepi yang digunakan hari ini. Selamat
mencuba.
Gulai Nasi Dagang Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan A:
1 ekor ikan tongkol - potong
Gula Melaka
Garam - sedikit sahaja
Asam keping
Bahan B:
15 ulas bawang merah
10-12 tangkai cili kering
8 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
Bahan C:
1 sudu besar ketumbar biji - sangai
1 sudu besar jintan manis - sangai
Bahan D:
Gula Melaka
Garam
1 kg santan segar
Asam keping
Bahan E:
Cili padi merah & hijau - hiasan
Cara cara:
Rebus bahan A sebelum hari hendak digunakan.
Biarkan sehingga air rebusan tinggal sedikit, tutup api.
Biarkan semalaman.
Bahan B dikisar halus. Bahan C disangai dan kisar
halus. Satukan santan dengan bahan kisar, asam
keping dan dimasak dengan api perlahan sambil terus
dikacau.
Masak sehingga terbit minyak dan kuah kelihatan surut.
Masukkan 1 cawan air panas. Masak lagi sehingga kuah
surut lagi. Kalau boleh ulang masuk air panas sehingga
3kali, baru kuah akan menjadi cantik.
Setelah kuah cantik, baru dimasukkan ikan yang telah
direbus, gula Melaka, garam dan akhir sekali, taburkan
cili padi untuk hiasan.
Nota:
Proses memasak lauk nasi dagang yang asli memang
lama.
Jika suka, boleh ambik sedikit air rebusan ikan untuk
kisar bahan B.
Petua orang Terengganu, semasa merebus ikan jangan
guna garam banyak kerana ianya akan menghilangkan
kemanisan rasa ikan.
Kuah gulai nasi dagang juga sedap disediakan sehari
sebelum dihidangkan.

Nasi Dagang Kelantan


Bahan bahan:
3 kg beras nasi dagang
1 kg santan
Garam - lebih kan supaya terasa masin
4-5 ulas bawang merah - hiris, boleh tambah
Halia - hiris
Halba
Cara cara:
Kukus beras nasi dagang yang telah cuci dan tos
sehingga masak. Angkat dan arung/kacau dengan air
panas sehingga cukup lembut.
Taburkan juga halba, bawang merah dan halia yang
dihiris halus. Kacau rata.
Masukkan dalam periuk pengukus dan kukus sekali
lagi.
Sementara itu masak santan pekat dengan garam
sehingga masak sebagai kepala santan. Jangan sampai
pecah minyak. Tutup api.
Angkat nasi dagang yang dikukus dan tuang kepala
santan ke dalamnya. Gaul rata. Sedia untuk
dihidangkan. Nasi dagang akan kekal elok dan tak basi
sehingga ke malam pun.

Sambal Kelapa Ikan


Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng garing
5 ekor Ikan selayang - bakar atau rebus
3-4 ulas bawang merah
1/2 inci halia
2 batang serai
Garam
Gula Melaka
Cara cara:
Tumbuk kelapa parut goreng sehingga separuh halus.
Atau boleh juga dikisar halus.
Tumbuk bawang merah, halia, serai dan gula Melaka
sehingga halus.
Masukkan isi ikan bakar. Tumbuk halus dan disatukan
dengan kelapa goreng yang telah ditumbuk/dikisar tadi.
Masukkan garam secukupnya dan kacau sebati. Sedia
untuk dihidangkan. Sedap juga dimakan dengan nasi
impit.

Gulai Udang Lauk Nasi Dagang


Untuk resepi, boleh rujuk entri di SINI. Untuk
menghasilkan kuah gulai yang cantik, harus kita
menggunakan santan segar, bukan santan kotak.

Você também pode gostar