Você está na página 1de 7

Daging Masak Merah Ala Thai Yang Sedap

Azie 25.1.15

Semalam ada kuliah bulanan Ustaz Abdullah Lutfi Al


Fathani yang memang sentiasa saya nanti nantikan.
Apa yang sangat merisaukan saya ialah berkenaan
syirik tersembunyi. Malam sebelumnya Kuliah Ustaz
Fauza juga menyentuh berkenaan syirik terkecil. Di
mana Nabi Muhamad SAW memberitahu sahabat yang
baginda paling takut akan berlaku pada kamu ialah
penyakit syirik terkecil, iaitu syirik yang tersembunyi.
Iaitu bila mana Allah tidak diletakkan sebagai matlamat.

Contoh, bila dapat gaji, kita akan mengatakan hasil


usaha aku, maka aku dapat gaji lebih bulan ini. Atau
kerana makan panadol, demam aku telah baik. Satu lagi
ialah bila kita riak, juga termasuk dalam penyakit hati.
Kita kena tahu penyakit hati mazmumah yang ada pada
kita. Sangat merbahaya penyakit riak ini kerana Allah
akan menyuruh orang yang riak dalam beramal supaya
berambus pada orang seperti ini di akhirat kelak. Allah
berfirman yang Aku hias orang ini dengan amalan dia,
sedangkan dia adalah musuh Aku. Pergilah cari pada
orang yang kamu mahu tunjukkan amalan kamu dulu
semasa di dunia dulu. Apakah dia boleh bagi kebaikan
kepada kamu? Jadi kenapa buat sesuatu kerana orang
dan bukan kerana Allah.
Tiada orang yang boleh mengatakan dia ikhlas kerana
hanya Allah sahaja yang mengetahui hati seseorang.
Allah lah yang menjaga hati. Ikhlas ialah bersih hati dari
sebarang matlamat selain keredhaan Allah. Barang
siapa lari dari riak adalah orang yang riak. Kita tetap
dapat pahala asal hati tidak terusik dengan pujian,
sebaliknya pulangkan kepada Allah kerana Allah sahaja
yang layak dipuji. Berbalik kepada syirik tersembunyi,
Ustaz Abdullah menghuraikan Surah Az Zumar ayat 53,
berkenaan Allah yang Maha Pengampun dan Allah
mengampunkan segala dosa kecuali dosa syirik.

Surah An Nisa ayat 48 menyebut bahawa kita hanya


memohon pertolongan Allah, jangan cari pertolongan
selain dariNya. Allah akan mengampunkan semua dosa
pada orang yang Allah kehendaki, kecuali dosa syirik.
Yang paling menakutkan ialah apabila orang yang syirik
telah sedar dan bertaubat, semua pahala dahulu
terhapus dan dikira semula dari mula ianya insaf dan
bertaubat. Berbeza dengan kes orang yang membuat
dosa besar dan bertaubat, di mana pahala lalu masih
ada.
Cukup setakat ini dahulu, semoga ianya dapat menjadi
peringatan kepada kita semua supaya meletakkan apa
sahaja pada Allah. Sesungguhnya Allah lah yang
Memiliki segalanya dan Allah lah yang Memberi rezeki
kepada kita dan semua makhluk lain. Bayangkan betapa
Allah memberi rezeki pada berapa ramai orang yang
mendapat rezeki dalam satu masa, manusia, burung
burung, ikan di lautan, tumbuhan dll. Semuanya
menikmati rezeki dari Allah. Haa kita sekarang masuk
pula sedikit bab masakan.
Syukur Alhamdulillah kerana rupanya masih ada lagi
sisa daging qorban yang tersimpan di dalam freezer.
Bila saya merebusnya, nampak dagingnya sangat
lembuk dan senang dihiris. Fikir saya, ianya mungkin
daging lembut seolah daging batang pinang. Saya pun
terus menambahkan sedikit pewarna merah ke dalam
air rebusan untuk dijadikan Daging Masak Merah. Lagi
pulak, bahan bahannya sangat ringkas dan
memasaknya sangat mudah dan pasti rasanya sangat
sangat sedap. Haaa apa lagi, jom layan resepi di bawah
ini. Kalau pesan di restoran, pasti sepinggan RM15
sedangkan dagingnya sangat sedikit sahaja.

Daging Masak Merah Ala Thai


Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
1/2 kg daging lembu - rebus empuk dg pewarna merah
2 ulas bawang putih - ketuk
1 labu bawang besar - hiris
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan thai
1/4 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Kacang panjang - jika suka
Daun sup/daun bawang
1 biji cili capsicum
1 cili merah
Cara-cara:
Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga
empuk. Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng
dahulu daging hingga kuning sedikit. Ketepikan.

Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili


giling. Kacau sehingga cili betul betul garing dan
bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos
tomato.
Masukkan pula daging tadi, cili capsicum, bawang besar
serta cili merah yang di hiris dan kacau. Perasakan
dengan garam dan gula. Tabur daun sup di atas dan
hidangkan dengan nasi putih.

Nota:
Kalau inginkan lebih kuah, masukkan sedikit air dan sos
tomato.

Você também pode gostar