Você está na página 1de 8

Ikan Percik Merah Kelantan

Azie 21.5.18

Saya memang suka mendengar youtube ceramah oleh


Ustaz Jafri. Cara penyampaiannya jelas dan sangat
memberi kesan. Kali ini saya menyalin berkenaan
dengan 5 amalan harian yang patut setiap kita
mengamalkannya. Lebih lebih lagi kita sekarang berada
di bulan Ramadhan yang sememangnya bulan yang
segala amalan diberi pahala berganda, Jadi eloklah kita
mengamalkannya.

Dimulakan dengan peringatan siapa yang masuk umur


40 tahun tapi masih laghaa dengan dunia, maka bersiap
sedia lah untuk masuk neraka. Walaupun tahu
kelebihan tahajjud tapi masih tak buat kerana hati dah
mati. Tak usah cerita lah kehebatan tahajjud atau azab
neraka, tetap tak bagi kesan apa apa bila hati dah jadi
mati.
Sedang di akhirat, satu pahala pun sangat bernilai.
Itulah waktu atau ketikanya apabila kita akan lari dari
ibubapa kerana takut diminta pahala. Seseorang akan
melupai ahli keluarganya. Ada 3 waktu iaitu waktu turun
kitab amal. Kalau dapat sebelah kanan, akan jadi
selamat. Kedua, takut sangat waktu nak ditimbang
amalan yang dibuat waktu hidup di dunia. Ketiga,
perasaan takut ketika melalui titian sirat.

Bila mana 1 saat yang kita lalai dari berzikir pada Allah,
maka besarlah penyesalan kita di Padang Masyhar.
Pahala satu sebutan Subhanallah boleh memenuhi
timbangan mizan. Jika kita tidak mahu menyesal, apa
kita nak kena buat setiap hari?

Pertama kita kena tetapkan dalam satu hari, bila kita


perlu melakukan amalan tersebut. Tujuannya supaya ia
lekat dengan kita. Apa dia yang patut kita jadikan
amalan?

1. Membaca surah Al Ikhlas sebanyak 10 kali, Allah


akan bina baginya istana dalam syurga. Tetapkan masa,
contoh sebelum tidur, iaitu selepas membaca surah Al
Mulk.

2. Membaca surah Al Kahfi pada setiap hari Jumaat.

3. Menghafal 10 ayat pertama atau 10 ayat terakhir


surah Al Kahfi sebagai perlindungan dari Dajjal. Juga
membaca doa perlindungan dajjal selepas membaca
Tahiyat akhir sebelum memberi salam.

4. Membaca ayat kursi selepas solat fardhu di mana


tiada yang menghalang seseorang masuk syurga
kecuali dia belum mati.

5. Akhir sekali membaca surah Al Kafirun sebelum


tidur.

Sempena bulan Ramadhan ini, saya ingin kongsikan


resepi Ikan Percik yang memang sangat terkenal di
bazar bazar Ramadhan. Tetapi memang susah untuk
mendapat ikan percik merah original dari Kelantan
walaupun yang berniaganya adalah orang
Kelantan. Kalau ada pun, rasanya memang tidak kena.
Lauk percik Kelantan juga menpunyai beberapa versi.
Jika sebelum ini di SINI, saya lumur kuah percik pada
ikan dan bakar, tapi kali ini ikan bakar hanya direndam
dalam kuah percik. Biarkan seketika sehingga sebati
rasanya, baru diceduk ke dalam pinggan untuk
dihidangkan.

Di samping itu, kali ini saya meletakkan serai. Saya


sebenarnya kurang suka rasa serai di dalam kuah percik
tapi sajalah nak mencuba kerana ianya adalah mengikut
cara yang dikongsi oleh rakan sejak di bangku sekolah
saya Maznah Shamsuddin. Maznah atau saya biasa
panggil Nah sangat pandai memasak pelbagai masakan
Kelantan dan banyak mengambil tempahan juga.
Biasanya saya akan meletak separuh sahaja atau serai
hanya diketuk.

Teringat yang Kak Yah, rakan surau Ad Dhuha yang


berasal dari Kelantan pun tak berapa suka rasa serai
yang banyak dalam kuah percik. Saya juga banyak
merujuk pada dia bila mahu memasak masakan
tradisional Kelantan. Kak Yah hanya menggunakan
separuh batang sahaja. Tapi terpulanglah kepada selera
masing masing kan...
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Jangan
lupa melihat video di Instagram Azie Kitchen dan juga di
youtube Azie Kitchen channel. Selamat mencuba...
Ikan Percik Merah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 kg ikan kembung
2 cawan santan pekat - guna 1 kotak santan kotak
campur air
2 sudu besar gula atau secukup rasa
Garam
1/2 - 1 keping asam keping
1 sudu besar tepung beras - bancuh dengan sedikit air
Bahan kisar:
1 batang serai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering - saya guna 3 sudu kecil cili kisar
1 inci halia
Cara cara:
Guna sedikit bahan kisar untuk diperap ikan dengan
sedikit garam. Baki bahan kisar dimasak dengan santan
sehingga kuah hampir pekat dengan menggunakan api
perlahan. Masukkan gula, garam dan asam.

Akhir sekali, masukkan tepung beras yang dibancuh


dengan sedikit air. Sesuaikan rasa dan bolehlah dilumur
pada ikan yang telah dibakar.
Saya masukkan ikan yang dibakar ke dalam kuah percik
dan biarkan seketika sehingga agak mesra sebelum
dihidangkan.

Você também pode gostar