Você está na página 1de 18

APA ITU MASALAH?

Beberapa kamus mendefinisi penyelesaian masalah sebagai: (a) Satu persoalan bagi
pertimbangan atau penyelesaian (WordNet©2.0, Princeton University 2003). (b) Satu persoalan
yang dipertimbangkan, diselesaikan atau dijawab (The American Heritage©Dictionary of the
English Language, Fourth Edition, Updated 2009). (c) Apa-apa sahaja perkara, seseorang dan
lain-lain, yang sukar diambil tindakan, diselesaikan atau diatasi (Collins English Dictionary ă
Complete and Unabridged Sixth Edition 2003). (d) Sebarang persoalan atau perkara yang
melibatkan ketidakpastian, ketidaktentuan, atau kesukaran (Dictionary.com Unabridged).
1.1 Bergantung kepada konteks, sesetengah masalah mungkin kecil, bersifat peribadi atau
disebabkan oleh faktor luaran. Sesetengah masalah mungkin terlalu besar atau kompleks dan
perlu diberikan kepada orang yang lebih berupaya untuk mengendalikannya.
Rajah 1.2 menunjukkan contoh mengendalikan masalah dengan cara yang salah. Rajah 1.2: Cara
negatif dalam menyelesaikan masalah Penulis yang berbeza akan mendefinisi masalah secara
berlainan. Secara umum, kita boleh mendefinisikan masalah menggunakan tiga pendekatan
berikut: (a) Masalah adalah peluang bagi pembaikan. (b) Masalah adalah perbezaan antara
keadaan semasa anda dengan keadaan matlamat anda. (c) Masalah terhasil dari pengecaman satu
ketidakkesempurnaan semasa dan kepercayaan yang mungkin masa depan lebih baik. 1.1.1
Masalah sebagai Peluang Dengan berfikir secara luar dari kotak, seseorang itu boleh melihat
masalah sebagai peluang, iaitu peluang bagi membuka cara baharu melihat dan bertindakbalas
terhadap kesukaran yang dihadapi. Dilihat dari perspektif ini, masalah-masalah tidak semestinya
terhasil dari faktor luaran atau dipersepsikan sebagai negatif atau peristiwa „buruk‰. Anjakan
paradigma ini membawa kepada satu perspektif baharu atau kesedaran tentang masalah tersebut.
Peluang-peluang baharu bagi pembaikan akan memanfaatkan anda. Peluang- peluang ini
mewujudkan cabaran-cabaran yang memerlukan penyelesaian dari anda.

Situasi seumpama ini memerlukan kelenturan dalam mendekati masalah yang dialami.
Keperluan kelenturan sebegini memberikan satu kebaikan tersendiri kepada orang yang kreatif
semasa menyelesaikan masalah, kerana perubahan- perubahan dalam masalah memerlukan
pembaikan inovatif dan pintar dalam cara mana masalah itu diselesaikan. Mempersepsi masalah
sebagai peluang bagi pembaikan, mendidik satu set minda positif yang boleh menukar anda
kepada seorang yang lebih yakin dengan lebih kawalan dalam kehidupan. Kadangkala satu
masalah boleh memanifestasi dirinya dalam cara yang berbeza. Sebagai contoh, kita menghadapi
konflik antara situasi semasa dengan situasi yang diingini. Apabila kita boleh mengenal pasti
perbezaan antara situasi semasa dan situasi yang diingini, kita boleh mendefinisikan masalah,
yang mana kita boleh berusaha untuk menyelesaikannya supaya kita dapat mencapai
matlamatnya. „Setiap masalah mempunyai satu peluang tersembunyi yang amat berkuasa
sehingga ia menyembunyikan masalah itu. Cerita yang paling berjaya dicipta oleh orang yang
mengecam satu masalah dan menukarnya kepada satu peluang.‰ Joseph Sugarman (Inglish,
2011). „Tiada batasan pada peningkatan harga makanan dan minyak, merupakan satu situasi
yang menyebabkan ramai pengguna dan pengusaha mengalami satu bebanan yang berat.‰ (The
Star, 23 June 2008). Kenal pasti satu masalah berkaitan pengguna yang boleh terhasil dari situasi
yang dilaporkan di atas. Bolehkan anda menganggap masalah ini sebagai satu peluang? Jelaskan
jawapan anda.

APA ITU PENYELESAIAN MASALAH?


Penyelesaian masalah dan teknik yang berkaitan dengannya adalah komponen bebas ă iaitu
domain penakulan, yang menggariskan pola-pola tingkah laku yang boleh diguna kembali
merentasi aplikasi (Fensel & Motta, 1997). Ini bermakna penyelesaian masalah adalah satu siri
teknik, melibatkan kedua-dua aspek iaitu kognitif dan tingkah laku, yang boleh diaplikasi pada
pelbagai bidang untuk mendapatkan penyelesaian. Woods dan rakan-rakan (1975)
mencadangkan bahawa „penyelesaian masalah adalah proses perolehan satu penyelesaian yang
memuaskan bagi satu masalah baharu atau satu masalah yang mana sebelum ini individu yang
cuba menyelesaikannya tidak pernah mengalaminya.‰ Secara keseluruhan, penyelesaian
masalah melibatkan satu siri tahap yang bermula daripada pengenal pastian satu masalah dan
seterusnya membawa kepada pembinaan satu penyelesaian. Penyelesaian masalah boleh dilihat
sebagai satu proses berstruktur serta berorientasi terarah. Walau bagaimanapun, dalam
menentukan arah bagi penyelesaian, kita perlu mendefinisi masalah terlebih dahulu, diikuti
dengan matlamat yang diingini atau perubahan yang diperlukan.
1.2.1 Tahap-tahap dalam Penyelesaian Masalah Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam
bahagian terdahulu, untuk memahami penyelesaian masalah dan memperbaiki keupayaan
personal anda menyelesaikan masalah dengan lebih baik, adalah penting untuk tidak melihat
kepada produk penyelesaian masalah tetapi melihat penyelesaian masalah sebagai satu proses
yang membawa satu hasil positif. Kepentingan pendekatan ini adalah kerana ia menfokus pada
proses mendapatkan penyelesaian, bukannya penyelesaian itu sendiri. Ini bermakna penekanan
yang lebih diberikan pada tahap-tahap dalam mencapai penyelesaian daripada hasil terakhirnya.
Dengan itu, adalah penting kita memahami pelbagai tahap yang terlibat. Empat tahap yang
terlibat adalah: (a) MMengecam dan mendefinisi satu masalah ă Satu masalah hanya boleh
diselesaikan apabila kewujudannya dicam. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah situasi, satu
masalah hanya dicam apabila ia telah menjadi satu perkara serius. Setelah pengecaman satu
masalah, tindakan seterusnya adalah mendefinisinya secara menyeluruh. Sesuatu masalah boleh
dirujuk sebagai masalah tertutup atau terbuka. Satu masalah tertutup melibatkan kesemua
keadaan di sekeliling penyimpangan daripada norma yang perlu didefinisi. Di sebaliknya, satu
masalah terbuka melibatkan pengenal pastian dan pendefinisian objektif dan apa jua kekangan
yang boleh menghalang anda daripada mendapatkannya. Perbezaan utama antara masalah
tertutup dan terbuka dirumuskan dalam Jadual 1.1. Menganalisis satu masalah secara
menyeluruh adalah penting untuk memahami sepenuhnya dan menghasilkan pelbagai
penyelesaian yang boleh membantu dalam mencapai matlamat anda. Mengenal pasti dan
membawa bersama maklumat yang berkaitan dan mempersembahkannya dengan cara yang
bermakna adalah satu komponen penting dalam menganalisa satu masalah. Selain daripada itu,
analisis juga membantu untuk membuat keputusan tentang apakah penyelesaian yang terbaik,
yang akhirnya memudahkan dan mendorong anda dalam pencarian penyelesaian.
Jadual 1.1: Perbezaan antara Masalah Tertutup dan Terbuka Masalah Tertutup Masalah Terbuka
Peroleh satu atau sejumlah terhad kemungkinan penyelesaian Boleh diselesaikan dengan
menggunakan banyak metod berbeza Menganalisisnya membantu dalam mengenal pasti semua
sebab yang berkemungkinan dan memastikan sebab atau halangan adalah benar, sebelum
mencari penyelesaian Menganalisisnya melibatkan pencarian maklumat yang akan membantu
mencadangkan satu senarai cara-cara yang berkemungkinan untuk menyelesaikan masalah (b)
MMencari kkemungkinan penyelesaian ă Secara umum, mengilhamkan pelbagai tindakan untuk
menyelesaikan satu masalah melibatkan pencarian tindakan yang sesuai, mengenal pasti
kekangan dan akhir sekali bekerja ke arah mencapai matlamat. Adakalanya, perlu untuk menukar
dan menggabung idea menggunakan apa jua teknik kreatif yang ada bagi menghasilkan satu
penyelesaian. Lebih banyak idea untuk dipilih, semakin tinggi kebarangkalian bagi memperoleh
satu penyelesaian berkesan. (c) MMemilih penyelesaian terbaik ă Satu proses pembuatan
keputusan yang berasaskan satu perbandingan hasil berpotensi bagi penyelesaian alternatif.
Tahap ini melibatkan langkah-langkah berikut: (i) Mengenal pasti ciri-ciri penyelesaian terbaik,
termasuklah apa juga halangan yang mungkin dihadapi; (ii) Membuang penyelesaian yang tidak
boleh mengatasi halangan; (iii) Menilai penyelesaian yang masih ada; dan (iv) Memilih satu
keputusan untuk mengimplimentasi penyelesaian ini. Adalah dipercayai bahawa satu masalah
dianggap selesai apabila satu penyelesaian telah diimplimentasikan. Walau bagaimanapun,
dalam sesetengah keadaan, penyelesaian yang dipilih perlu diterima atau diperakui oleh individu
lain supaya ia boleh diimplimentasi dan ini mungkin melibatkan beberapa strategi menggalak.
(d) MMelaksanakan penyelesaian ă Tiga langkah terlibat dalam tahap ini (sila lihat Jadual 1.2):

Jadual 1.2: Langkah-langkah Pelaksanaan Sesuatu Penyelesaian Langkah-langkah Huraian


Merancang dan menyediakan pelaksanaan penyelesaian. Melibatkan penyelesaian bagi kesemua
usaha dan perancangan menyeluruh yang menghurai urutan tindakan yang perlu bagi memenuhi
objektif, tempoh masa dan sumber yang diperlukan pada setiap tahap. Mengambil tindakan
sesuai dan memantau kesannya. Masalah atau bakal masalah perlu ditanggani secepat mungkin
bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Menyemak semula kejayaan mutlak bagi tindakan.
Penting untuk mengagak efikasinya dalam menyelesaikan masalah yang sama di masa hadapan
dan memastikan masalah itu telah diselesaikan. Bagi masalah-masalah terakhir-tertutup,
penekanan adalah pada pendefinisian dan penganalisaan masalah itu untuk menunjukkan sebab
yang berkemungkinan, manakala bagi masalah-masalah terakhir-terbuka, usaha yang lebih
diberikan kepada tahap perolehan idea untuk menghasilkan satu ruang luas bagi kemungkinan
penyelesaian diperlukan. Mungkin perlu untuk berpatah balik dan mengadaptasi kerja yang telah
dilakukan terdahulu, semasa dalam mana-mana tahap dalam penyelesaian masalah.

KEPENTINGAN MATLAMAT DALAM PENYELESAIAN MASALAH


Penyelesaian masalah berpusat pada matlamat dan keadaan unggul yang seseorang ingin capai.
Selalunya, apabila satu matlamat dicapai, masalah sepatutnya telah diselesaikan. Walau
bagaimanapun, ini hanya akan berlaku jika matlamat asal yang ditentukan adalah sesuai.
Mendefinisi satu matlamat adalah penting bagi menentukan betapa banyak satu masalah itu
wujud atau sama ada sudah terdapat satu masalah terlebih dahulu. Memang terdapat terlalu
banyak masalah yang perlu diselesaikan. Namun, jangan terlalu asyik dan cuba menyelesaikan
setiap masalah yang anda kenal pasti dan jangan membiarkan 1.3 1. Jelaskan empat tahap
penyelesaian masalah. 2. Jelaskan secara ringkas perbezaan antara masalah terakhir- terbuka dan
terakhir-tertutup. SEMAK KENDIRI 1.1
orang lain menetapkan matlamat yang anda tidak terdaya mencapainya (sebagaimana
diilustrasikan dalam Rajah 1.3). Rajah 1.3: Tetapkan matlamat yang kita mampu mencapai.
Jangan cuba menyelesaikan semua masalah sekali gus dan jangan biarkan orang lain yang
menetapkan matlamat yang kita tidak terdaya untuk mencapainya. Robert (1998) dalam petikan
berikut memberi satu contoh yang sangat baik bagi mengilustrasi keperluan satu matlamat untuk
membantu mengenal pasti sama ada terdapatnya satu masalah: Sumber: http://www.
Virtualsalt.com/crebook3.htm Katakan anda baru sahaja membawa pizza pulang ke rumah
daripada kedai pizza dan ia mula sejuk. Jika keadaan ideal anda adalah memakan pizza yang
panas, maka anda menghadapi satu masalah, oleh itu anda mendefinisinya sama ada sebagai
bagaimana hendak mengelak pizza daripada sejuk, bagaimana hendak memanaskannya semula
atau bagaimana hendak memakannya dengan cepat. Sebaliknya, jika anda suka pizza yang tidak
begitu panas, maka anda tidak menghadapi masalah. Sama juga, jika rakan anda datang sejam
kemudian dan anda mempelawanya untuk memakan lebihan pizza, dan mendapati oven anda
tidak berfungsi, anda ada masalah: bagaimana hendak memanaskan pizza. Tetapi jika rakan anda
berkata, „Saya sangat suka pizza yang sejuk berbanding dari yang panas,‰ anda tidak ada
masalah.
Sebagaimana diilustrasikan dalam contoh tadi, bagi menentukan sama ada satu masalah wujud,
dan sejauh manakah ia wujud, anda perlu terlebih dahulu mengambil kira: (a) Matlamat anda;
dan (b) Keadaan semasa anda. Matlamat perlu tercapai dalam had keupayaan anda dan peralatan
yang anda miliki. Ambil masa untuk berfikir tentang matlamat dan rancang strategi anda. Ingat,
gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Matlamat adalah tidak statik. Keutamaan anda
akan bertukar sepanjang masa begitu juga matlamat anda. Perubahan mungkin melibatkan
sesuatu yang penting seperti pemikiran semula tentang tujuan hidup atau ia mungkin perubahan
kecil pada belanjawan percutian anda. Apa jua perubahan, adalah penting anda menyimpan
masalah dan penyelesaian sejajar dengan matlamat anda.

GARIS PANDUAN UMUM BAGI PENYELESAIAN MASALAH


Garis panduan ini bertujuan membantu anda menganalisis, mendefinisi dan menyelesaikan
masalah dalam cara teratur dan memberi struktur pada pelbagai aktiviti masalah yang anda
hadapi. Apabila mengguna garis panduan ini, adalah penting untuk mengingat bahawa
penyelesaian masalah tidak bergerak melalui satu urutan langkah-langkah yang ditentukan
terlebih dahulu pada setiap masa serta ia bukan juga seharusnya linear. Sebaliknya, penyelesaian
masalah adalah satu proses berulang iaitu anda mesti pergi ke depan dan belakang secara
berterusan antara langkah-langkah dan mengulang beberapa langkah. Ini boleh dilihat sebagai
satu pusingan penyelesaian masalah (diilustrasi dalam Rajah 1.4) yang mana setiap proses boleh
masuk ke dalam proses lain melalui maklum balas dan pembetulan. 1.4

Rajah 1.4: Pusingan penyelesaian masalah. Perhatikan bagaimana penyelesaian masalah


merupakan proses yang berulang. Bila mana kita menghadapi masalah, satu penyelesaian
berkesan bagi masalah boleh dibentuk melalui langkah-langkah berikut: (a) Meneroka masalah;
(b) Membina matlamat realistik dan boleh tercapai; (c) Peroleh idea-idea; (d) Pilih idea-idea; (e)
Melaksana rancangan tindakan; dan (f) Menilai dan tindakan susulan. Langkah-langkah ini boleh
dipecahkan setiap satu kepada langkah-langkah lebih kecil untuk lebih memudahkan anda
menjalankan proses penyelesaian masalah. Langkah-langkah tersebut ditunjukkan dalam Rajah
1.5.
Rajah 1.5: Langkah-langkah dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan Kita akan
melihat dengan lebih lanjut setiap langkah dalam bahagian-bahagian berikut: 1.4.1 Meneroka
Masalah Ini adalah langkah pertama dalam proses penyelesaian masalah yang berkesan. Masalah
disiasat dan dipecah-pecahkan kepada sub-masalah; istilah didefinisi dan sifat masalah
ditentukan. Penyelidikan sepatutnya dilakukan untuk menentukan sama ada masalah telah
dihadapi pada masa lampau dan jika ya, bagaimana ia diselesaikan sebelum ini. Adalah ketara
bahawa sifat masalah akan menentukan berapa banyak masa diberi pada penerokaan masalah.
Masalah mudah mungkin tidak memerlukan penerokaan mendalam tetapi masalah kompleks
mungkin memerlukan penerokaan mendalam. Bandingkan, sebagai contoh, jumlah penerokaan
yang diperlukan bagi menentukan mengapa sebuah lampu kecil tidak berfungsi dalam rumah
anda dan mengapa sebuah kereta tidak berfungsi dengan baik. Penerokaan masalah mungkin
melibatkan beberapa langkah yang merangkumi: (a) PPernyataan Masalah (i) Apakah masalah
itu? x Adakah masalah itu bermulti-faset? Jika ya, apakah pelbagai fasetnya atau aspeknya?
x Jika masalah diberikan pada anda oleh seseorang (individu atau jabatan lain, contohnya),
mungkin berguna untuk memperoleh satu pernyataan asal tentang masalah tersebut sebagaimana
ia telah diberikan pada anda dan pernyataan baharu menyatakan masalah itu dalam perkataan
anda sendiri. x Dalam mana-mana definisi atau pernyataan masalah, adalah berguna untuk
menyatakan apa yang bukan dan tiada kaitan dengan masalah itu. Dengan berbuat demikian,
anda akan memperoleh idea yang lebih jelas tentang apa masalah itu. (ii) Menyatakan semula
secara berbeza x Menyatakan masalah itu semula dalam cara yang sangat berbeza. x Lakukan ini
beberapa kali dengan cara yang berbeza. x Ini membantu mengasingkan masalah sebenar
daripada pernyataan lisan kita tentangnya. (iii) Lakukan satu pernyataan meluas tentang masalah
x Nyatakan masalah dalam bentuk abstrak, mungkin juga dengan perspektif falsafah. Selalunya,
bagaimana masalah itu diperkatakan mencerminkan satu contoh spesifik tentang isu yang lebih
meluas. Dengan menyatakannya semula dalam istilah yang lebih umum, seseorang berupaya
untuk menentukan sama ada ia benar atau tidak. x Menggunakan pernyataan-pernyataan umum
membolehkan isu- isu yang mengelilingi masalah itu dihujahkan daripada perspektif yang
berbeza, mencadangkan penyelesaian yang mungkin tidak diambil kira. (b) PPenjelasan Masalah
(i) Apakah istilah utama masalah? x Guna perkataan yang sama maksudnya. x Definisi istilah
berulangan, membuatkannya lebih umum atau lebih spesifik, sehingga masalah disebutkan
dengan sebaik mungkin. x Dengan teknik ini, masalah dipecahkan kepada atributnya, komponen
dan ciri-ciri umum, supaya penyelesaian berkemungkinan boleh menjadi lebih ketara.

x Apa sahaja yang tidak jelas atau tidak pasti tentang masalah mesti dijelaskan. Adalah sesuatu
yang biasa jika pernyataan masalah adalah tidak jelas dan kabur, dan perlu diperincikan. (ii)
Apakah tanggapan yang dibuat tentang masalah? Dalam keadaan apa penyelesaian itu
memuaskan? x Langkah ini melibatkan penyenaraian secara sedar kesemua tanggapan yang
boleh dikenal pasti. Senarai mesti neutral, tanpa prejudis atau pertimbangan. x Adalah penting
apabila penyenaraian tanggapan dibuat, kita menyenarai perkara yang ketara sebab selalunya
perkara itulah yang perlu ditukar. x Kebanyakan tanggapan adalah perlu sementara yang lain
tidak. (iii) Dapatkan maklumat lanjut tentang masalah x Dapatkan idea bagi menyelesaikan
masalah dengan mencari bagaimana masalah yang sama dihadapi atau diselesaikan pada masa
dahulu. x Selalunya anda mungkin mendapat penyelesaian alternatif yang pernah digunakan
terdahulu untuk menyelesaikan masalah sama yang dihadapi sekarang. (c) MMemberi sebab
tentang masalah (i) Jalankan aktiviti percambahan minda dengan orang lain tentang isu di sekitar
masalah tersebut: x Sebutkannya dengan berhati-hati dan dengarkan penjelasan anda sendiri;
kemudian cuba bayangkan bagaimana orang lain mungkin melihat masalah itu. x Perbincangan
mungkin membantu anda mencari satu penyelesaian daripada orang lain yang pernah
menghadapi masalah sama atau memperoleh perspektif berbeza. x Secara umum, apabila
membincang masalah atau idea, dengar pendapat anda dan juga orang lain. (ii) Lihat masalah
daripada perspektif berbeza x Adakah masalah anda kelihatan berbeza pada orang lain?
Bagaimanakah isu yang anda anggap masalah kelihatan sama apabila ia dilihat dari perspektif
berbeza? x Untuk mendapatkan perspektif terbaik, masalah sepatutnya dilihat daripada kaca mata
mereka yang menyebabkannya, mereka yang mengalaminya, mereka yang perlu
membetulkannya, mereka yang perlu menanggung beban dan lain-lain lagi. (iii) Menyoal satu
siri penjelasan „Mengapa?‰ x Bertanya „Mengapa?‰ boleh menghasilkan satu tujuan yang
sama dengan memperluaskan definisi masalah, yang akan membawa kepada cara baharu melihat
masalah dan kemungkinan penyelesaian. x Anda boleh juga menyoal diri sendiri jika masalah itu
adalah satu simptom atau hasil daripada masalah lain. Misalnya, pada pandangan pertama
keluaran kereta berkualiti rendah nampak seolah-olah sebagai satu masalah kawalan kualiti.
Walau bagaimanapun dengan satu analisis lebih mendalam, mungkin menunjukkan ia adalah
simptom satu masalah yang lebih besar, seperti pengurusan yang tidak cekap, tabiat kerja buruk,
alat ganti dan peralatan yang tidak boleh dipercayai, mesin lama, penjagaan tidak baik dan
sebagainya. (d) LLetakkan masalah dalam konteks (i) Apakah sejarah dan konteks sejarah
masalah tersebut? x Adalah membantu untuk mengetahui sejarah masalah tersebut. Dengan
mengetahui apa yang berjaya dan tidak berjaya pada masa dahulu, anda boleh memberikan
perhatian dan usaha pada penyelesaian yang lebih berkemungkinan untuk berjaya. x Walaupun
masalah nampak seakan sama, konteks dalam mana penyelesaian berkesan (atau tidak berkesan)
pada masa lepas akan meletakkan keadaan yang berbeza pada penyelesaian itu sekarang. (ii)
Apakah persekitaran masalah? x Apakah konteks yang mengelilingi masalah? x Faktor apakah
yang menyumbang kepada sebab masalah dan menyebabkannya berterusan sebagai satu
masalah? x Dengan memahami faktor penyumbang atau penyebab masalah berkekalan, anda
akan berupaya mengambil langkah untuk menghindar masalah daripada berlaku lagi. (iii)
Apakah keadaan yang mempengaruhi masalah? x Adakah masalah dipengaruhi oleh keadaan
tertentu?
x Adakah keadaan berbeza menjadikan masalah lebih teruk atau lebih baik? x Adakah dengan
mengubah keadaan menghapuskan masalah? (iv) Apakah halangannya? x Halangan adalah
kekangan yang wujud atau keperluan yang mesti disediakan dalam menyelesaikan masalah. Ia
adalah sebahagian daripada kerangka penyelesaian yang perlu diingati. Maka adalah penting
untuk mengenal pasti halangan-halangan itu. x Contoh halangan-halangan adalah seperti
tanggungjawab undang-undang, keperluan kontrak, keperihatinan persekitaran, keadaan fizikal,
pertimbangan kewangan dan belanjawan, faktor luar kawalan anda dan sebagainya. 1.4.2 Bina
Matlamat Anda Sekarang, mari kita lihat pada langkah kedua penyelesaian masalah ă
menetapkan matlamat. (a) MMatlamat apa yang anda anggap sebagai ideal? (i) Selalunya, kita
hanya memilih satu penyelesaian yang cepat daripada memikirkan apakah penyelesaian ideal
bagi masalah tersebut. (ii) Kita mungkin mengurangkan jangkaan atas sebab-sebab praktikal
seperti halangan-halangan yang telah dibincangkan di atas tetapi kita tidak perlu melakukannya
hingga kita telah menggambarkan senario ideal. (iii) Kadangkala senario ideal, selepas dibincang
dan dianalisis, mungkin nampak lebih mudah dicapai daripada apa yang difikir dahulu. (b)
BBina mmatlamat realistik dan praktikal (i) Untuk membolehkan matlamat diukur, ia mesti jelas,
pasti dan tepat. Satu senarai matlamat seumpama itu boleh digunakan untuk memantau
peningkatan usaha penyelesaian masalah. Kekangan masalah oleh belanjawan atau realiti
perundangan sentiasa dihadapi oleh kerajaan dan industri besar. Cuba anda fikirkan beberapa
contoh masalah kekangan dalam kehidupan benar? Dan cari satu atau dua contoh dalam
suratkhabar? AKTIVITI 1.1

(ii) Menetapkan matlamat memberi hala tuju pada tugasan penyelesaian masalah dan memberi
penyelesai masalah satu objektif untuk dicapai. (iii) Matlamat mesti realistik, kalau tidak sukar
untuk mencapainya. (iv) Cuba menjadi spesifik setakat mana yang boleh dalam menghuraikan
matlamat; teruskan mencuba jika matlamat anda masih kabur atau tidak boleh dikuantifikasikan.
1.4.3 Dapatkan Idea Bagi menyelesaikan masalah itu, kita perlu mendapatkan idea bagi mencari
kemungkinan penyelesaian. Perenggan berikutnya boleh memberi anda idea tentang bagaimana
untuk mencari kemungkinan penyelesaian. Mendapatkan Idea bagi Kemungkinan Penyelesaian
(a) BBaca, selidik, fikir, tanya soalan dan bincang. Mula dengan mengumpul maklumat tentang
masalah anda. Ini merangkumi membaca, berbincang, percambahan minda, bertanya soalan dan
mencari pendapat. Jadilah individu yang ingin tahu, cari idea dan belajar sebanyak mana yang
anda boleh tentang masalah. (b) GGuna teknik mendapatkan idea seperti percambahan minda,
secara paksa, rangsangan rambang dan sebagainya (ini akan dibincang dengan lebih lanjut dalam
topik seterusnya). Dapatkan kesemua jenis idea sebanyak mungkin. Ini akan memberi anda satu
koleksi besar idea yang mana anda boleh pilih, adaptasi atau gunakan untuk merangsang idea
lain. (c) LLuangkan masa bagi mengembangkan idea semasa pelbagai tahap mendapatkan idea.
Kitaran utama kreativiti mempunyai beberapa tahap, iaitu: (i) Persediaan: Pemikiran pertama,
penyelidikan, belajar, bekerja; (ii) Inkubasi: Masa untuk membenarkan pemikiran tidak sedar
bekerja; (iii) Celik akal: Memperoleh pengecaman satu laluan penyelesaian, juga dikenali
sebagai pengalaman atau detik eureka; (iv) Implimentasi: Memperoleh dan melaksanakan
penyelesaian; dan (v) Penilaian.
1.4.4 Pilih Idea Anda Sekarang, berdasarkan idea yang telah ditemui, nilai dan pilih penyelesaian
yang terbaik. (a) NNilai kemungkinan penyelesaian bagi memperoleh kejayaan (i) Nilai idea dan
kemungkinan penyelesaian yang telah anda kumpulkan setakat ini. (ii) Tetapkan satu lagi
kemungkinan penyelesaian yang boleh diimplimentasi („Rancangan B‰) jikalau rancangan
utama anda tidak berjaya. (iii) Penilaian anda akan merangkumi pencarian penyelesaian yang
paling berkesan, efisyen (kos paling kurang, dari segi wang, masa etc.) dan mempunyai kesan
sampingan yang paling sedikit. (iv) Bina satu susunan kemungkinan penyelesaian ikut
keutamaan. (b) PPilih Penyelesaian (i) Pilih satu atau lebih penyelesaian untuk dicuba.. x Dari
senarai penyelesaian yang telah disusun, pilih satu atau lebih yang paling atas untuk dicuba.
(Penyelesaian yang terpilih untuk diimplimentasi tidak semestinya atau perlu yang paling atas
dalam susunan). (ii) Benarkan orang lain melihat dan mengkritik penyelesaian yang anda pilih
dan mencadang pembaikan dan alternatif. x Adalah penting untuk membenarkan orang lain
mengkritik dan menilai penyelesaian anda sebab anda akan ada peluang untuk memperbaikinya.
x Jangan biarkan kritikan mempengaruhi keyakinan terhadap idea yang anda percaya adalah
baik, juga jangan resah dengan kritikan yang menunjukkan kelemahan anda. Selalu bersedia
untuk menerima idea baharu. 1.4.5 Implimentasi Rancangan Tindakan Anda Sebaik sahaja anda
telah memilih satu penyelesaian, anda boleh mengimplimentasi rancangan tindakan tersebut.
Walau bagaimanapun, adalah baik jika anda terlebih dahulu mencuba penyelesaian dan lakukan
perubahan yang perlu sebelum diimplimentasi.
(a) CCuba penyelesaian Eksperimen dengan idea; ujinya dengan sesuatu yang sangat sama
dengan senario kehidupan sebenar yang anda hadapi. Ini adalah penting khususnya jika
penyelesaian tersebut mungkin mempengaruhi kesihatan atau hidup seseorang. (b) BBuat
aanggaran atau perubahan sebagaimana yang diperlukan semasa implimentasi (i) Selalu kekal
fleksibel dalam fasa aplikasi. Secara praktikalnya setiap penyelesaian perlu beberapa modifikasi
apabila digunakan. (ii) Ingat, matlamat adalah untuk menyelesaikan masalah, bukan untuk
mengimplimentasi penyelesaian; jangan terlalu mengharap agar penyelesaian anda akan jadi
seperti mana yang anda sarankan pada permulaannya. 1.4.6 Nilai dan Tindakan Susulan
Sekarang, selepas anda telah melengkapi semua langkah terdahulu dalam penyelesaian masalah,
tibalah masanya untuk anda menilai sama ada langkah- langkah yang telah anda ambil itu
berkesan. (a) Siasat sama ada penyelesaian berkesan dan sejauh mana keberkesanannya (i)
Adakah ia perlu dimodifikasi? Adakah penyelesaian lain perlu diuji? Adakah perlu pendekatan
lain? (ii) Salah satu daripada kegagalan paling kerap dalam penyelesaian masalah adalah
kekurangan penilaian terhadap penyelesaian yang diimplimentasi. Penyelesaian itu mungkin
tidak berjaya atau tidak berkesan langsung atau ia mungkin menyebabkan timbulnya masalah
lain semasa dalam proses itu. (b) Jangan nilai secara mutlak (iaitu hanya kejayaan atau kegagalan
sahaja) (i) Perlu diingati bahawa kebanyakan penyelesaian adalah lebih baik dihuraikan sebagai
separa berjaya atau tidak berjaya, daripada sejumlah kejayaan atau kegagalan sepenuhnya. (ii)
Dalam kebanyakan kes, satu jawapan yang tidak lengkap adalah lebih baik daripada tiada
jawapan langsung. Seterusnya, mari kita belajar satu mekanisma popular dalam meneroka satu
masalah.

ANALISIS AKAR UMBI Analisis akar umbi atau root cause analysis (RCA) adalah satu teknik
popular dan kerap digunakan untuk membantu individu dalam mencari punca sesuatu masalah.
Secara asasnya, matlamat utama adalah menyiasat asal sesuatu masalah itu, yang boleh
dijalankan dengan menggunakan satu set langkah-langkah khusus bersama dengan peralatan.
Dengan mengenal pasti sebab utama masalah, anda boleh menentukan apa yang telah berlaku,
mengapa ia berlaku dan juga mencari langkah yang sepatutnya diambil bagi mengelak ia berlaku
sekali lagi di masa hadapan. Tiga jenis punca sebab yang selalunya dilihat merangkumi: (a)
SSebab fizikal ă Item yang konkrit atau benar, item kebendaan yang gagal dalam cara tertentu
(b) SSebab manusia ă Satu kesilapan dilakukan oleh individu atau satu tugas khusus yang tidak
dilaksanakan secara betul oleh individu (c) SSebab organisasi ă Satu sistem, proses atau polisi
sikap yang diguna orang untuk membuat keputusan RCA telah didapati berkesan dalam
penyiasatan pola-pola kesan negatif, mengenal pasti kesilapan tersembunyi dalam sesuatu sistem
tertentu dan juga mencadangkan tindakan khusus yang boleh menyumbang pada masalah itu.
Maka RCA boleh diaplikasi pada semua jenis masalah asalkan seseorang bersemangat untuk
pergi jauh dalam siasatannya dengan satu pertimbangan baik dan common sense. Langkah-
langkah yang terlibat dalam proses RCA merangkumi yang berikut: (a) MMendefinisi masalah ă
Dalam langkah ini anda memerhati apa yang sedang berlaku dan pada masa yang sama mencari
simptom-simptom khusus. (b) MMengumpul data ă Langkah ini adalah penting bagi
membuktikan bahawa masalah itu wujud atau masalah telah pun ada bagi satu tempoh masa dan
telah meyebabkan satu impak khusus. Dalam langkah ini, bantuan dari individu-individu yang
memahami situasi dan paling biasa dengan masalah tersebut akan membantu anda dalam
menanggani masalah dengan lebih baik. CATWOE adalah satu alat berguna yang boleh
digunakan pada tahap ini supaya anda boleh melihat masalah dari perspektif berbeza (pembeli,
orang yang mengimplimentasi penyelesaian, proses transformasi yang terlibat, pandangan hidup,
tuan punya proses dan kekangan persekitaran]. (c) MMengenal pasti faktor-faktor kemungkinan
penyebab ă Tahap ini membenarkan anda mengecam urutan peristiwa yang membawa kepada
1.5
masalah, keadaan yang membenarkan masalah itu wujud dan masalah- masalah lain yang
mengelilingi kewujudan masalah utama. Fakta yang paling penting adalah seseorang sepatutnya
selalu mencari sebanyak mungkin faktor penyebab. (d) MMengenal pasti pangkal sebab ă
Langkah ini dilaksanakan bagi mendapatkan sebab di belakang kewujudan faktor penyebab dan
kewujudan masalah. (e) CCadangan dan implimentasi penyelesaian ă Dalam langkah terakhir ini,
anda sepatutnya menyediakan idea bagi mengelak masalah daripada berlaku lagi, perancangan
dan implimentasi penyelesaian oleh individu dan mengenal pasti risiko yang mungkin wujud
dengan implimentasi penyelesaian terpilih. Anda digalakkan untuk merancang ke hadapan bagi
meramal kesan penyelesaian anda supaya potensi kegagalan dikenal pasti sebelum ia berlaku
menggunakan peralatan seperti Mod Kegagalan dan Analisis Kesan (FMEA), Analisis Impak
dan Kaizen. KEKANGAN Menurut Donner dan Wearing (1995) dan Funke (1991), sesetengah
kekangan yang dihadapi dalam menyelesaikan masalah yang sukar merangkumi: (a) KKurang
jelas tentang situasi ă Dalam hal ini, seseorang mungkin menghadapi kesukaran dalam sama ada
memulakan atau meneruskan penyelesaian masalah. (b) Polytely ă Ini merangkumi penyelesaian
masalah yang dicirikan oleh kehadiran beberapa matlamat atau pengakhiran. (c) KKompleksiti ă
Masalah dengan jumlah item yang banyak, saling berkaitan dan keputusan (d) DDinamik ă
Masalah-masalah yang tidak boleh diselesaikan kerana kerangka masa yang disediakan tidak
cukup. Dalam sesetengah kes, masa yang tepat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah
tidak boleh dijangka. Akhir sekali, kita akan meneroka istilah penyelesaian sekali lagi dan
melihat semula pada perancangan penyelesaian. 1.6
APA ITU PENYELESAIAN? Dalam kehidupan harian, pemahaman kita tentang penyelesaian
masalah adalah bermaksud menghapuskan masalah itu. Ini hanyalah satu pendekatan pada
penyelesaian masalah. Walau bagaimanapun terdapat masalah-masalah, yang tidak dapat
diselesaikan dengan mudah. Ini merangkumi perkara seperti bahan buangan, kerosakan atau
kehadiran penyakit. Kerap kali, masalah-masalah seperti itu adalah berkaitan dengan hukum
semulajadi dan adalah satu bahagian dari keseluruhan kewujudan kita. Apabila berhadapan
dengan masalah-masalah tersebut, tugas utama kita adalah membuatkannya kurang mengganggu
proses mencapai matlamat kita. Bagi tujuan ini, Harris (1998) mendefinisi „penyelesaian‰
sebagai pengurusan yang dibina untuk mengendali satu masalah yang mencapai matlamat
dengan jayanya. Harris (1998) meneruskan dengan menjelaskan bahawa „kadangkala matlamat
adalah untuk menghapus masalah sama sekali; kadangkala matlamat hanya untuk mengendali
kesan masalah. Justeru, adalah penting untuk menyedari bahawa matlamat anda sebagai
penyelesai masalah akan dibentuk oleh pelbagai faktor yang merangkumi kesungguhan, sumber,
nilai dan jangkaan anda, juga kemungkinan yang terkandung dalam masalah itu sendiri.
Masalah-masalah boleh diselesai dengan mengaplikasi dua pendekatan asas: (a) Mengambil kira
sebab atau sumber masalah; dan (b) Mengambil kira kesan-kesan atau simptom-simptom
masalah. Harris (1998) dengan mudahnya menamakan pendekatan ini sebagai stop it dan mop it,
secara berturutan. Setiap satu dari pendekatan ini tidak mempunyai bentuk asas. 1.7.1
Pendekatan Stop It Apabila kita menggunakan pendekatan stop it, kita menguruskan masalah
sehingga ia tidak lagi wujud. Terdapat tiga cara masalah itu mungkin boleh diurus: (a) Mengelak
masalah; (b) Menghapus masalah; dan (c) Mengurang masalah. 1.7
(a) MMengelak masalah (i) Mengelak masalah daripada terjadi (atau terjadi semula) pada
mulanya adalah mungkin penyelesaian yang ideal. (ii) Ini kerap kali dilakukan dengan
mengendali apa jua tugas dengan tujuan memperoleh kualiti terhebat, dengan tidak mengambil
kira kos atau masa (iii) Pendekatan mengelak kerap kali sukar untuk diaplikasi sebab ia
memerlukan celik akal yang boleh meramal (kebolehan untuk melihat masalah sebelum ia
berlaku). (iv) Walau bagaimanapun, kebanyakan masalah seolah-olah tidak boleh dijangka. (v)
Dengan mengelak perselisihan faham, keperluan bagi mengawal kerosakan dan pengurusan
emosi boleh dielakkan. (b) MMenghapus masalah (i) Cara terbaik bagi mengendali satu masalah
adalah menghapusnya. (ii) Tidak terdapat kejadian masalah timbul semula jika penghapusan
dilakukan dengan betul. (iii) Anda sepatutnya selalu mengambil kira penyelesaian dengan cara
penghapusan sebagai kemungkinan penyelesaian. (iv) Walau bagaimanapun penyelesaian
dengan cara penghapusan mungkin tidak selalu boleh dicapai. Sebagai contoh, masalah AIDS
mungkin diselesaikan dengan menghapuskan tingkah laku-tingkah laku sosial yang tidak
diingini, seperti kegiatan seksual dan penggunaan dadah. Pihak-pihak berminat dijangka
menolak implimentasi penyelesaian tersebut. Oleh itu, pendekatan mop it adalah pendekatan
yang selalu diambil bagi menyelesai masalah AIDS. (c) MMengurang masalah (i) Terdapat
masalah-masalah, seperti penghasilan sampah, yang tidak boleh dihapuskan sama sekali. Apabila
berhadapan dengan situasi tersebut, mengurangkan masalah boleh terbukti sangat berkesan. (ii)
Kita boleh mengurangkan impak apa sahaja masalah dengan mengurangkan saiznya. Satu contoh
kehidupan sebenar adalah pendekatan semasa yang diambil pada kemasukan dadah haram ke
dalam banyak negara. Kebanyakan kerajaan menggunakan strategi pengurangan bagi mendekati
masalah dadah tersebut. Pengaliran kemasukan dadah tidak boleh dihapuskan selagi permintaan
berterusan, maka pihak berkuasa cuba mengurangkan sebanyak mungkin laluan kemasukan,
orang tengah mengendali dadah di jalanan dan jumlah pengguna. 1.7.2 Pendekatan Mop It
Pendekatan mop it lebih memfokus pada kesan masalah daripada masalah itu sendiri. Terdapat
tiga bentuk pendekatan mop it: x Merawat masalah; x Mengarah semula masalah; dan x Bertolak
ansur dengan masalah. (a) MMerawat masalah (i) Dalam bentuk ini, kerosakan disebabkan oleh
masalah diperbaiki atau dirawat. (ii) Perhatian, walau bagaimanapun, dengan dirinya sendiri,
penyelesaian dengan cara „merawatnya‰ tidak akan berkesan seperti beberapa bentuk
penyelesaian stop it. (b) MMengalih masalah (i) Dalam pendekatan ini, masalah itu ditukar arah,
sama ada secara fizikal dengan mengalihnya kepada kawasan lain (satu penyelesaian biasa dalam
masalah sampah) atau menangguh penyelesaiannya dengan mendefinisi semula sebagai bukan
satu masalah. (ii) Ingat bahawa sesuatu masalah dianggap masalah hanya bila seseorang
mendefinisinya sebegitu. (c) BBertolak ansur dengan masalah Kesan-kesan masalah dihadapi
dengan sifat toleransi. Sama ada ini merupakan penyelesaian masalah boleh dipertikaikan.
Dalam senario sebegini, kesan-kesan masalah diambil mudah dan dihadapi sahaja tanpa
mengambil sebarang tindakan. Pendekatan terbaik ialah pendekatan stop it. Walau
bagaimanapun, ini tidaklah seharusnya betul dalam semua kes, dan mungkin satu-satunya
penyelesaian untuk suatu masalah adalah mop it. Namun begitu, satu penyelesaian masalah yang
berkesan akan selalu mengambil kira penyelesaian stop it sebelum meneroka alternatif mop it.
Adalah juga penting masalah yang perlu diselesaikan mengambil kira punca ia berlaku dan
bukan hanya menfokus pada simptom-simptom.
MENGENAL PASTI PENYELESAIAN YANG MUNGKIN Adalah dipercayai bahawa „cara
terbaik untuk mendapat satu idea yang bagus adalah dengan memperoleh banyak idea‰. Maka,
mengenal pasti kemungkinan penyelesaian untuk masalah tertentu juga dikenali sebagai mencari
„penyelesaian pilihan‰. Ini ialah kerana objektif utama adalah untuk menyelesaikan senarai
semua kemungkinan alternatif bagi masalah tersebut. Pelbagai kemungkinan penyelesaian boleh
didapati menggunakan pelbagai teknik kreatif. Cara terbaik adalah mengambil kira pendapat
daripada satu kumpulan. Setiap ahli kumpulan mesti menyumbang satu atau lebih cadangan
supaya semua idea diambil kira. Ini penting sebab apabila semua pandangan ahli diambil kira
secara menyeluruh oleh kumpulan, maka ahli-ahli akan merasakan mereka juga memberi
sumbangan secara langsung dalam proses membuat keputusan. Lama kelamaan, ini boleh
membantu kumpulan untuk memperoleh satu persetujuan dalam proses membuat keputusan.
MERANCANG PENYELESAIAN Kerap kali adalah penting untuk merancang sebelum anda
boleh meneruskan penyelesaiannya atau memilih alat yang paling sesuai untuknya. Merancang
pendekatan penyelesaian boleh didekati dengan cara berikut: (a) Mendefinisi empat atau lima
sebab utama masalah, diikuti dengan mengenal pasti intervensi yang perlu untuk
menyelesaikannya. (b) Mungkin terdapat beberapa alternatif dan yang terbaik bergantung pada
kos, keberkesanan dan tenaga yang memihak atau menghalangnya. (c) Anda boleh menentukan
pendekatan terbaik dengan cara berikut: (i) Tulis dengan jelas apa yang anda harapkan sebagai
hasil (ii) Nilai kemungkinan-kemungkinan alternatif. Adakah alternatif boleh dilaksanakan,
praktikal dan boleh didapati? Teknik berikut akan membantu: x Dapatkan idea dengan
percambahan minda. x Kenal pasti bagaimana tenaga boleh mempengaruhi daya maju alternatif
dengan menggunakan analisis ruang tenaga. x Kenal pasti dan meneroka kekuatan, kelemahan,
peluang dan ancaman alternatif penyelesaian menggunakan analisis SWOT. 1.9 1.8
x Buat penanda aras antara proses pilihan anda dengan organisasi lain yang sama dan cari
peluang belajar. (iii) Ikut proses analisis untuk penyelesaian berdasarkan faktor paling penting
menyebabkan masalah: x Banding keberkesanan dan daya maju alternatif penyelesaian dengan
menggunakan matriks keutamaan. x Bagi strategi terpilih, guna carta aliran hierarki untuk
menentukan aktiviti mana fokus utama dan apakah turutan kronologi pelaksanaannya. (iv)
Sebagai sebahagian daripada perancangan implimentasi anda, guna matriks program untuk
mendefinisi matlamat dan sumber (manusia, material, kewangan, masa) yang anda perlu.
Teknik-teknik ini akan diteroka sekali lagi dalam topik-topik seterusnya. MENGAMBIL
TANGGUNGJAWAB Akhir sekali, adalah penting untuk bertanggungjawab terhadap masalah
jika kita mahukan perubahan konstruktif pada situasi. Apabila kita memesongkan tentang orang
yang bertanggung jawab dan menyalahkan hanya keadaan luaran bagi masalah yang kita hadapi,
ia boleh membawa kepada perasaan tidak berdaya yang akan melemahkan keupayaan kita untuk
mencari jalan keluar daripada masalah. „Lokus kawalan luaran‰ merujuk kepada seseorang
yang percaya masalah adalah disebabkan dan ditentukan oleh rangsangan luaran, bukan daripada
kawalan personalnya dan tiada apa yang boleh dilakukannya untuk menukar situasi. Set minda
ini boleh menjadi tidak sihat dalam konteks pemikiran positif. Kita tidak sepatutnya mengalah
dengan kepercayaan bahawa kuasa luar daripada diri kita mempengaruhi keupayaan kita untuk
berjaya. x Satu masalah wujud apabila terdapat ketidak padanan antara apa yang sebenarnya
berlaku dengan apa yang kita mahu atau jangkakan akan berlaku. x Satu masalah boleh dilihat
sebagai satu peluang untuk pembaikan. 1.10
x Penyelesaian masalah adalah proses perolehan penyelesaian yang memuaskan, sebaik-baiknya
dalam cara yang tidak disangka. x Penyelesaian masalah boleh dilihat sebagai satu struktur atau
arah. Tahap- tahap dalam penyelesaian masalah adalah: - Mengecam dan mendefinisi satu
masalah; - Mencari kemungkinan penyelesaian; - Memilih penyelesaian terbaik; dan -
Mengimplimentasi penyelesaian. x Mendefinisi satu matlamat adalah penting dalam menentukan
kewujudan masalah dengan langkah-langkah berikut: - Meneroka masalah; - Membina matlamat;
- Peroleh ide; - Pilih ide; - Implimentasi; dan - Nilai atau tindakan susulan. x Analisis Akar Umbi
(RCA) melibatkan proses-proses berikut: - Mendefinisi masalah; - Mengumpul data; - Mengenal
pasti faktor kemungkinan penyebab atau punca; dan - Cadangan dan implimentasi penyelesaian.
x Kekangan dihadapi dalam penyelesaian masalah merangkumi kekurangan kejelasan, polytely,
kompleksiti dan dinamik. x Dua pendekatan asas bagi menyelesaikan masalah adalah
mengatasinya dari punca atau mengatasi simptom-simptomnya atau kesan. x Adalah penting
untuk merancang penyelesaian bagi masalah sebelum meneruskan kepada proses sebenar
menyelesaikannya.
Analisis Akar Umbi Analisis SWOT Berfikir luar kotak Lokus Kawalan Luaran Masalah terbuka
Masalah tertutup Pendekatan Mop it Pendekatan Stop it Pusingan Penyelesaian Masalah 1.
Berdasarkan pemahaman anda, jelaskan apa itu masalah? 2. Sesuatu masalah boleh dilihat
sebagai satu peluang untuk pembaikan dan satu kayu ukur menunjukkan perbezaan antara
keadaan semasa dan keadaan ideal anda. Bolehkah anda huraikan kedua-dua keadaan ini? 3.
Huraikan proses penyelesaian masalah. 4. Jelaskan dengan ringkas langkah-langkah yang terlibat
dalam mengimplimentasi penyelesaian kepada masalah. 5. Penyelesaian masalah berpusat pada
pemikirkan tentang keadaan ideal yang seseorang ingin capai. Bagaimana penetapan matlamat
berguna dalam mempertingkatkan proses penyelesaian masalah? 6. Apabila menghadapi
masalah, satu penyelesaian berkesan boleh dibina dengan langkah-langkah berikut: (a) Meneroka
masalah; (b) Membina matlamat; (c) Peroleh ide; (d) Pilih ide; (e) Implimentasi; dan (f) Nilai
atau tindakan susulan. Jelaskan dengan ringkas proses-proses terlibat dalam setiap langkah-
langkah ini. 7. Apakah tiga jenis sebab yang selalunya dilihat dalam teknik Analisis Akar Umbi?
8. Senaraikan kekangan umum yang dihadapi dalam masalah sukar. 9. Terdapat dua pendekatan
asas menyelesaikan masalah: (a) Di mana sebab atau sumber masalah itu ditangani; (b) Di mana
kesan atau simptom masalah ditangani. Bolehkan anda jelaskan pendekatan-pendekatan ini? 10.
Huraikan dengan ringkas bagaimana menggunakan pendekatan Analisis SWOT dalam
perancangan penyelesaian. Adair, J. (2010). Decision making and problem solving strategies:
Learn key problem solving strategies; Sharpen your creative thinking strategies; Make effective
decisions. (2nd ed.). London, UK: Kogan Page. Bedell, J. R., & Lennox, S. S. (1997). Handbook
for communication and problem solving skills training: A cognitive-behavioural approach. (1st
ed.). Canada: John Wiley and Sons. Dörner, D., & Wearing, A. (1995). Complex problem
solving: Toward a (computer-simulated) theory. In P. A. Frensch & J. Funke (Eds.), Complex
problem solving: The European Perspective (pp. 65-99). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum
Associates. Fensel, D., & Motta, E. (2001). Structured development of problem solving methods.
IEEE Transactions on Knowledge and Data Engineering. (913- 932). Retrieved from
http://people.kmi.open.ac.uk/motta Funke, J. (1991). Solving complex problems: Human
identification and control of complex systems. In R. J. Sternberg & P. A. Frensch (Eds.),
Complex problem solving: Principles and mechanisms (pp. 185-222). Hillsdale, NJ: Lawrence
Erlbaum Associates. Harris, R. (1998). Introduction to problem solving. Retrieved August 2008
from http://www.virtualsalt.com/crebook3.htm Sternberg, R.J. (1998). Thinking and problem
solving (Handbook of Perception and Cognition). (2nd ed). San Diego, California: Academic
Press.Woods, D. R. (1975). Teaching problem-solving skills. Engineering Education, 66 (3),
238-243. Woods, D. R. (1980). Problem solving workshop. Annual Conference of American
Society for Engineering Education. University of Massachusetts, Amherst.

Você também pode gostar