Você está na página 1de 11

Definisi “Makanan”

Makanan merupakan bahan-bahan yang boleh dicerna, biasanya terdiri


dari karbohidrat, lemak, air dan/atau protein, yang boleh dimakan atau
diminum oleh manusia dan haiwan untuk mendapat nutrien dan/atau nikmat.
Kebanyakan budaya mempunyai masakan tersendiri: tradisi dan cara
memasak khas, keutamaan dan amalan.

Definisi “Berkhasiat”

Faedah (kegunaan) yg bersifat khas; kekuatan (kegunaan, faedah) yg


istimewa.

Definisi “Badan Sihat”

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai:

"Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika
ketiadaan sakit"
Bagi mana-mana organisma, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini
merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar (input
and output) berada dalam keseimbangan (membolehkan pertumbuhan).
Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan
prospek positif.

Bagi manusia, dengan kemampuan untuk menganalisa dan menjangka,


kesihatan adalah lebih daripada itu. Maknanya bukan sahaja semuanya perlu
tepat pada masa yang tepat, tetapi pemahaman subjektif penting bagi
meneruskan pengimbangan yang sihat. Pemahaman ini datangnya daripada
persepsi somatik termasuk sakit dan tidak selesa dan persepsi kognitif. Untuk
merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya sihat dan tiada risiko
dalaman atau luaran yang boleh menggangu kesihatannya.

Dari segi pemakanan pula,masyarakat perlu menjaga pemakanan


sesama mereka demi penjagaan kesihatan. Masyarakat di negara ini, boleh
dikatakan terlalu mewah dengan segala jenis makanan. Pelbagai jenis juadah
makanan yang dimakan oleh setiap orang saban hari kadangkala
mengundang pelbagai jenis penyakit yang jelas berbahaya. Namun begitu,
masyarakat masih memandang rendah terhadap hal ini. Juadah yang
dimakan selalunya mengandungi bahan yang boleh menjejaskan kesihatan
tubuh badan mereka sendiri. Lantaran itu, masyarakat hendaklah memilih
makanan yang berkhasiat agar dapat membendung daripada masalah ini.
Tambahan lagi, individu itu sendiri hendaklah pandai memilih makanan
mengikut amalan piramid makanan agar dapat melahirkan generasi yang sihat
dan cergas.Selain itu,ahli masyarakat perlu memainkan peranan penting untuk
mengadakan aktiviti-aktiviti yang sihat.
Pengenalan

Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat.


Makanan yang dimakan seharian perlu diambil dalam kuantiti yang besar
daripada kumpulan makanan di bahagian bawah Piramid, dan paling sedikit
daripada kumpulan makanan di bahagian atas. Piramid Makanan
mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan
kepada kandungan zat dan fungsinya.

Pemakanan berpandukan piramid makan

 Makanan berkhasiat penting untuk anak anda kerana ia:


o Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan
o Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental
o Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap
jangkitan
o Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan
pertumbuhan pada peringkat remaja.
 Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk
mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang
pelbagai membantu anak anda mendapat semua nutrien yang
diperlukan.
 Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan
Malaysia
PIRAMID MAKANAN

Jangan lupa bersenam ya….


Aras 1: Bijirin dan ubi-ubian

 Beri anak anda lebih banyak makanan dari kumpulan ini.


 Kumpulan makanan ini adalah sumber paling baik untuk karbohidrat
yang membekalkan tenaga kepada anak anda.
 Kumpulan ini juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sejumlah
protein.
 Contoh : Nasi, mee, roti, pasta, bubur, capati dan biskut
 Anak anda memerlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari

Makanlah saya untuk tenaga


Aras 2: Buah dan sayur

 Berikan anak anda lebih makanan daripada kumpulan ini.


 Ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada anak anda.
 Anak anda perlukan sekurang - kurangnya 2 hidangan setiap hari

Buah-buahan

Makan sayur dan buah-buahan banyak- banyak tau


Aras 3: Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu

 Anak anda harus mengambil makanan dalam kumpulan ini dalam


kuantiti yang sederhana
 Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B
dan mineral
 Keperluan untuk anak anda ialah 2 hidangan untuk ikan, ayam, itik,
daging dan ubi - ubian dan 2 hingga 3 hidangan untuk susu dan hasil
tenusu setiap hari.

Ikan

Ayam Susu

Makan ayam dan ikan secara sederhana…


Aras 4: Lemak, minyak dan kumpulan gula

 Pastikan anak anda kurangkan pengambilan daripada kumpulan


makanan jenis ini

Kuih- muih Minuman manis

Kek Coklat
Kesan tidak mempraktikkan permakanan berkhasiat

Kesan Huraian
Malnutrisi  kekurangan nutrient tertentu dalam makanan.
 Malnutrisi menyebabkan pelbagai penyakit seperti anemia, kwasyiorkor, skurri dan
riket.
Kwasyiorkor  disebabkan kekurangan protein.
 gejala seperti perut buncit, pertumbuhan badan dan otak. terencat, kehilangan
selera makan, badan lemah.
Skurvi  disebabkan oleh kekurangan Vitamin C.
 lemah dan sentiasa mengalami sesak nafas.
 gusi membengkak dan mudah berdarah.
Tekanan Darah  pembawa kepada serangan sakit jantung dan strok.
Tinggi  pengambilan garam yang berlebihan yang menyebabkan ginjal gagal berfungsi.
Kegendutan  makan terlalu banyak.
 berat badan adalah 20% melebihi berat badan yang berpatutan dengan
ketinggiannya.
 akan menyebabkan diabetis mellitus, darah tinggi, kanser kolon.
Diabetis Mellitus  berlaku apa ara glukosa yang berlebihan daripada julat normal terdapat dalam
(kencing manis) darah.
Ostesporosis  berlaku kerana pengurangan jisim tulang akibat pengambilan kalsium yang tidak
mencukupi dalam gizi.
 kurang kalsium akan menyebabkan tulang menjadi semakin nipis dan rapuh dan
mudah patah.
Sakit Jantung dan tahap kolesterol dalam darah tinggi.
Strok  kolesterol berlebihan terhadap pada dinding arteri dan menyempitkan salur darah
dan jantung sukar untuk mengepam darah.
Penyakit Kanser gizi yang mengandungi lemak haiwan yang banyak.
 serabut yang sedikit.

Kwasyiokor Obesiti
Menu seimbang

MASA MENU 1 MENU 2


Sarapan Pagi Karipap - 1 Biji Emping jagung & buahan
Bingka Ubi - 1 Keping yang dikeringkan - ½ cawan
Kopi / Teh - 1 Cawan Susu rendah lemak - ½
1 sudu teh gula cawan
Roti bijirin penuh - 1 keping
Marjerin lembut - 1 sudu teh
Jem Limau - 1 sudu teh
Kopi / Teh satu cawan
dengan susu rendah lemak
Dan 1 sudu teh gula
Minum Pagi Biskut tawar - 3 keping Putu Piring - 1 keping
Teh / Kopi dengan susu Koko dengan susu rendah
rendah lemak - 1 cawan lemak - 1 cawan
Dan 1 sudu teh gula
Makan Tengah Hari Nasi putih - 1 cawan Nasi putih - 1 cawan
Masak lemak sayur cekur Sayur Kailan Rebus - 1
manis - ½ cawan cawan
Ikan kembung panggang Kerabu Taugeh - ¼ cawan
(sederhana) - 1 ekor Kari ayam dan tomato - 1
Sambal belacan - 2 sudu cawan
makan Nenas - 1 hiris
Ulam pegaga - ½ cawan Air kosong - 1 gelas
Pisang Restali - 1 biji
Air kosong - 1 gelas
Minum Petang Pisang goreng - 3 keping Kuih keria - 1 biji
Teh / Kopi dengan susu Teh / Kopi dengan susu
rendah lemak dan 1 sudu rendah lemak dan 1 sudu
teh gula 1 cawan teh gula 1 cawan
Makan Malam Nasi putih - 1 cawan Nasi putih - 1 cawan
Ikan bawal goreng (kecil) - Sup bayam dan taufoo - 1
1 ekor mangkuk
Sup sayur bayam - 1 cawan Sambal terung panggang
Kerabu pegaga - 1 cawan (sederhana) - 1 biji
Air kosong - 1 gelas Asam pedas ikan Mackeral
(Ikan Tongkol) - 1 ketul
Air kosong - 1 gelas
Rujukan

https://ms.wikipedia.org/wiki/Makanan

https://www.artikata.com/arti-368445-berkhasiat.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesihatan

http://makan2sihat.blogspot.my/p/kepentingan-pengambilan-
makanan.html

https://www.sistemguruonline.my/2017/04/piramid-makanan.html

Buku Teks Pendidikan Kesihatan Tahun 4

Você também pode gostar