Você está na página 1de 12

KAJIAN MENGENAI KECENDERUNGAN PELAJAR JABATAN PERDAGANGAN

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH DALAM MENJALANKAN PERNIAGAAN


ATAS TALIAN

SABARIAH JOHARI F AIZATUL ABSHARIZAN ABU BAKAR SITI FATIMAH AHMAD


HISHAM
Jabatan Perdagangan

Politeknik Sultan Azlan Shah 35900 Behrang, Perak


sabariah@psas.edu.my.faizatul(dpsas. edu.my. fatimah@p sas. edu.my

ABSTRAK

Bidang keusahawanan kini semakin berkembang maju di kalangan belia selaras dengan seruan
kerajaan menjadikan keusahawanan sebagai pilihan kerjaya utama. Kajian dijalankan berhubung
kecenderungan pelajar dalam menjalankan perniagaan atas talian, dimana ianya banyak
menimbulkan kesan positif di kalangan pelajar. Kajian ini tertumpu kepada pelajar dan 4
program utama iaitu Program Pemasaran, Program Perakaunan, Program Peruncitan dan
Program Pengajian Perniagaan di Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Azlan Shah.
Pengukuran bagi kajian ini dijalankan menerusi perisian komputer (Statistical Package For
Social Science Version 16.0) SPSS berdasarkan skor min. Data dikumpul melalui borang soal
selidik. Kepufuan kajian menunjukan hubungan positif yang disignifikasikan melalui
pendedahan kursus keusahawanan semasa pengajian dan kecenderungan keusahawanan.
Didapati juga antara faktor penyumbang perniagaan atas talian dipengaruhi oleh sebab

kecenderungan personal, kemudahan teknologi dan sumber dorongan. Hasil kajian mendapati
secara keseluruhan pelajar Jabatan Perdagangan mempunyai kecenderungan menjalankan
perniagaan atas talian.Di akhir kajian ini, dicadangkan beberapa cadangan yang sesuai bagi

meningkatkan kecenderungan pelajar dalam menjalankan pemiagaan atas talian.

Kata kunci :Keusahawanan, kecenderungan atau minat, atas talian.

212
Pengen a I an

Di Malaysia, bidang keusahawanan sedang rancak diperkembangkan melalui


pendidikan,selaras dengan usaha untuk menjadikan bidang ini di antara bidang kerjaya yang
diminati (Shahrin Bin Hashim & Norsila Binti Abdul Rahman, 2007). Para pelajar mula
menjalankan anjakan paradigma memilih perniagaan atau menjadi usahawan sekitar tahun 2008.
Di mana pelbagai kemudahan teknologi yang disediakan dapat mentransformasikan pelajar
sebagai usahawan berjaya.

Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta
kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam 'equiQ ', masa

dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia alah
proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil

kira risiko kewangan, psikologi dan sosial, dan menerima manfaat dari segi

kewangan, kepuasaan peribadi dan kebebasan.

Menurut Kamus Dewan dan Bahasa Edisi 4 (2010) kecenderungan bermaksud keinginan yang
kuat untuk melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada individu dan persekitaran
sekeliling.Kecenderungan menjalankan pemiagaafi akan memberi manfaat berterusan kepada
pelajar dan juga graduan lepasan Jabatan Perdagangan. Malahan terdapat juga graduan yang
dikesan melalui Program 1L4G terpaksa menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan menerusi
atas talian disebabkan kesukaran mendapatkan pekerjaan sekarang. Maka kemahiran yang
diterapkan melalui Modul Keusahawanan dapat dipraktiskan oleh parapelajar.

Perniagaan atas talian bermaksud mengeksploitasi teknologi dan aplikasi untuk menghubungkan
sistem perniagaan yang kritikal secara terus kepada pelanggan, pekerja dan pembekal melalui

Intranet, Extranet dan world website, tak kira saiz, lokasi dan jenis pemiagaan. Antara syarat e-
dagang memerlukan pengemaskinian maklumat mutakhir dalam proses pentadbiran dan
perniagaan.Maka wujudlah perniagaan yang dijalankan secara atas talian yang pada hari ini
dikenali dengan pelbagai nama seperti e-business, Intemet Marketing, E-Dagang atau Pemiagaan

213
Internet. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Internet World Stat, kebanyakkan pengguna
Internet menggunakan Internet sebagai sumber maklumat dan hiburan sahaja. Namun selain
daripada itu, Internet turut menawarkan pelbagai peluang dan nilai tambah kepada perniagaan
yang boleh memberi pulangan yang lumayan jika diuruskan dengan baik.

Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengupas jumlah sebenar pelajar Jabatan Perdagangan,

Politeknik Sultan Azlan Shah, dalam menjalankan perniagaan atas talian. Kajian ini diwujudkan
bagi menggalakkan para pelajar menceburi bidang perniagaan atas talian kerana ianya
menjanjikan sesuatu keseronokan dalam mengaplikasikan bidang teori keusahawanan secara
praktikal.

Pernyataan Masalah

Lazimnya wujud masalah bagi pelajar dalam menjadi usahawan dari segi kos dan masa,
keperluan kebergantungan dengan sumber manusia, proses penyediaan premis dan keperluan
sistem bersikap automasi. Keadaan ini dapat diatasi oleh pelajar dengan menjalankan perniagaan
secara atas talian,di mana mereka boleh memulakan perniagaan tanpa menyediakan premis,
menggaji pekerja dan tidak melibatkan kos yang tinggi di mana pelajar bebas menentukan saiz
perniagaan mengikut keupayaan mereka. Perkara asas yang diperlukan dalam menjalankan
perniagaan atas talian adalah sebuah laman web yang menerangkan tentang perniagaan mereka,

hosting, komputer,sambungan Intemet jalur lebar dan diurus oleh bilangan pekerja yang minima.

Berdasarkan latar belakang kajian dijalankan, Kementerian Pengajian Tinggi mewajibkan


institusi pendidikan agar menerapkan subjek keusahawanan dalam setiap kursus yang ditawarkan
kepada siswazah.Antara subjek yang ditawarkan di peringkat Politeknik adalah PB301
(Keusahawanan), PE201(Intemet Marketing) dan PE301(E-Commerce).Kajian dijalankan bagi

tujuan untuk mengkaji jumlah pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Azlan Shah dalam
menjadi usahawan perniagaan atas talian.

214
0bjektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk;
1. Mengenalpasti minat pelajar Jabatan Perdagangan dalam menjalankan perniagaan atas
talian.
2. Mencari hubungkait di antara faktor- faktor tersebut dengan kecenderungan pelajar
menjalankan perniagaan atas talian.
3. Mengenalpasti budaya penerapan keusahawanan di kalangan pelajar Jabatan Perdagangan,
PSAS.

Skop Kajian
Kajian ini hanya melibatkan pelajar Jabatan Perdagangan PSAS semester Disember 2012 untuk:
1. Mengukur tahap kecenderungan menjalankan perniagaan atas talian.
2. Kajian melibatkan persepsi pelajar dari segi kecenderungan personal, kemudahan teknologi
dan sumber dorongan dalam menjadi seorang usahawan.

Kepentingan Kajian
Kualiti sistem pembelajaran dan pengajaran di Politeknik memerlukan pihak institusi
memberikan perhatian kepada kemahiran yang boleh dipindah milik dan tidak hanya berkaitan
dengan disiplin atau profesional sesuatu bidangsahaja (Yan et al. 2004). Oleh itu,pengawalan
pembentukan kemahiran generik dalam kalangan pelajar merupakan satu keperluan yang penting

sebelum melaksanakan langkah-langkah memperkembangkan kemahiran generic (Yan, et al.,


2004). Kepentingan kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk :

1. Mengenalpasti jumlah pelajar Jabatan Perdagangan yang berminat untuk menjadi usahawan
atas talian.

2. Memberikan maklumat kepada pihak politeknik agar digunakan bagi menambah baik kaedah
penerapan kemahiran keusahawanan.

3. Menyedarkan pelajar tentang pentingnya kemahiran keusahawanan terutamanya selepas


bergelar graduan.

215
Kajian Literatur

a. Kecenderungan
Secara literal Kamus Dewan (2010) mentakrifkan kecenderungan sebagai: "kesukaan (kenginan,

kemahuan), kecondongan (berkenaan bakat, hati)". Dalam bahasa inggeris

'kecenderungan'adalah 'tendency'. Menurut Kamus Webster (1990) mentakrifkan 'tendency'


secara sederhana bermaksud arah tuju dan haluan ke sesuatu tempat dan objek. Ianya merujuk
kepada keinginan dan kemahuan yang boleh mempengaruhi hasil yang berakibat daripada niat
adan tindakan seseorang.

b. Keusahawanan
Menurut Bukryman, Nurizan dan Samir (2008), keusahawanan merupakan satu bentuk disiplin
yang menjadi tonggak kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
Daripada aktiviti keusahawanan yang dijalankan akan membolehkan kita menentukan dan
mengetahui tahaptahap kemajuan yang telah dicapai oleh sesuatu mayarakat dan negara.
Keusahawanan ialah satu proses menjalankan perniagaan sendiri (Bukryman, Nurizan & Samir,

2008)(Greene, 2000). Konsep keusahawanan hanya popular dalam kalangan masyarakat


Malaysia pada pertengahan tahun 1970-an. Konsep ini mula timbul dalam konteks penggubalan
dan perlaksanaar Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975),
yang bertujuan menyrsun semula masyarakat dengan mewujudkan sebuah Masyarakat

Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

c. Perniagaan Atas Talian


Pemiagaan atas talian merupakan satu pendekatan merupakan medium atau lokasi perniagaan
yang merupakan aplikasi teknologi kearah pengautamasian transaksi dan aliran kerja perniagaan.

Menurut Abdul Jalil (2011) kemudahan teknologi dalam aspek elektronik pembelajaran , secara
amnya terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan komputer termasuklah sistem
'server', sistem rangkaian dan komputer pengguna, perisian serla aplikasi e-pembelajaran dan
pelbagai kategori pengguna (pengajar, pelajar, pereka bentuk pengajaran, pembangun kandungan

dan staf teknikal).

216
Galakkan dari Kementerian Pengajian Tinggi dalam melahirkan modal insane yang berkualiti,
kreatif dan inovasi dalam dunia pekerjaan. Ini selaras dengan pelan tranformasi keraj aan agar
pelajar mapu berdaya saing dan meningkatkan taraf ekonomi mereka.

2.3 Kajian Lepas


Kajian rintis telah dijalankan di Kolej Komuniti Jasin, Melaka yang berfujuan mendapatkan
kebolehpercayaan soal selidik. Sebanyak 32 orang responden yang terdiri daripada pelajar

semester akhir Kolej Komuniti Jasin. Populasi ini dipilih kerana ianya mempunyai ciri-ciri dan
minat yang sama dengan populasi sebenar.

Menurut Mohd. Yusop, Ahmad dan Sarebah (2001) dalam kertas kajian bertajuk "kesediaan
pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi menceburi bidang keusahawanan , satu kajian kes',
menyatakan bahawa sebanyak 80 peratus dari responden kajian tidak mempunyai kenyakinan
untuk menjadi usahawan berjaya. Oleh itu matlamat kajian ini di jalankan bagi mengenalpasti
faktor yang mendorong pelajar institusi pengajian tinggi awam menjadi usahawan dan
perniagaan atas talian.

Rekabentu k Ka jian

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu penggunaan
set soal selidik. Menurut Mohd Majid (1990), soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan
dalam penyelidikan pendidikan. Ia digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat
berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan dan sebagainya. Soal selidik lebih praktikal dan
berkesan serla dapat mencapai tujuan kajian dengan perbelanjaan yang sederhana. Rekabentuk
ini dipilih kerana ia amat sesuai memandangkan peranannya untuk meninjau dan mengenalpasti

persepsi responden terhadap permasalahan yang dikaji. Maklumat yang tepat tentang ciri subjek

tertentu, kumpulan, institusi atau sihrasi tertentu berkaitan dengan sesuatu kejadian.

Dalam kajian ini, pembolehubah dikategorikan kepada dua jenis, iaitu pembolehubah bersandar
dan pembolehubah tak bersandar. Berdasarkan pernyataan masalah,tahap minat pelajar Jabatan
Perdagangan PSAS dikategorikan sebagai pembolehubah bersandar manakala kecenderungan

217
personal, kemudahan teknologi dan sumber dorongan adalah sebagai pembolehubah tak
bersandar yang akan dimanipulasi.

Kerangka Konseptual
Kajian ini memfokuskan kepada kecenderungan pelajar menjadi usahawan atas talian dengan
faktor -faktor yang mempengaruhi pelajar menjalankan pemiagaan.

Jadual 1: Kerangka konseptual

Pembolehubah tidak bersandar (lV) Pemboleh ubah bersandar (DV)

SUMBERDORONGAN

TAHAP MINAT PELAJAR


KEMUDAHAN TEKNOLOGI

KECENDERTINGAN
PERSONAL

Metadologi Kajian
1- Borang Soal Selidik

Borang soal selidik dibina berdasarkan informasi sekunder yang diperolehi melalui
pembacaan, pemerhatian dan diskusi yang dijalankan semasa proses mengenalpasti masalah.

Sebanyak 27 soalan telah dibina dan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:


. Bahagian A: Demografi
. Bahagian B: Faktor Kecenderungan pelajar
Untuk bahagian B, responden perlu menyatakan tahap kepuasan mereka mengikut skala
daripada satu (1) untuk sangat tidak setuju hingga yang tertinggi iaitu 4 untuk sangat setuju.
Penyelidik menggunakan skala t hingga 4 untuk menjadikan data tersebut interval supaya
analisis yang berasaskan Min boleh dilaksanakan.

218
2- Persampelan

Berdasarkan jadual persampelan yang dibina oleh Krejcie, R. V., & Morgan, sebanyak 214

sampel yang diperlukan supaya dapat mewakili jawapan daripada 480 orang pelajar di
Jabatan Perdagangan di PSAS. Jumlah sampel tersebut adalah berdasarkan kepada 95o/o aras

dan jumlah ralatyangboleh diterima adalah sebanyak 0.05.

3- Pengumpulan Data

Sebanyak 300 borang soal selidik telah diedarkan kepada pelalar di Jabatan Perdagangan
PSAS dan analisa hanya dilakukan setelah jumlah borang kaji selidik yang telah lengkap di
jawab melepasi kuota sampel yang telah ditetapkan iaitu sebanyak2l4 borang.

4- Analisis Data

Jawapan daripada soal selidik yang lengkap telah dimasukkan ke dalam Perisian SPSS

untuk dianalisa.

Sebelum analisa dijalankan, kesahan dan kebolehpercayaan telah dijalankan. Keputusan


berdasarkan 3 pembolehubah yang dikaji, data yang diperolehi mempunya tahap kesahan

kebolehpercayaan yang tinggi, Cronbach's Alpha adalah 0.92 melepasi tahap 0.6 seperti
yang dicadangkan oleh Nunally, 197 8.

Hasil Dapatan

Demografi responden dirumuskan mengikut kekerapan ( F r e q u e n cy)


Untuk mencapai objektif kajian,penyelidik menggunakan analisis Min untuk melihat tahap
kecenderungan pelaj ar dan juga faktor-faktor yang terlibat.

219
Jadual 2: Kecenderungan pelajar m*ngikut sumb*r dornngan

Statistics

unLH,tltlt!
DARI AGENSI lr'lEliYEDlAl#
KERfuIMN N EANTTJAFI
DAN SIC/AETA nal\l
hlEFlD0R0Fl l{Elt,IUDAHAFI
G l'4ll',lAT tlstl0
-nhlr1-nhlnn FEL,4,JAF KEPADA
tt-ht tnl nhil/n tt-nttALntnht
INGII.I CEPAT tI htrJE tnnt{ IttlEMFER0LE uDnnn{ tntr
l/ i,\/n '1-nTn
MIF JtrN IT KEINCIINAN OEANG L.A,IN FEI']GAFUH HI PELUANO N TERUTAMA
HIDUP l+lEMEANTU DtrDflUEI I rlrl [{ PEEI.iIAOAAFI UEAHAl'\iAN
I lrl n I I ftLnJn h I nTnnTnt tnht
lr,lElr'iAH HELUARGA ntrDxtn EEENIAGA E tflJ tnllFt! EELIA
N Valid 1t+ 214 214 at+ ?14 214 ?14
Missing tl I 0 tl 0 I I
fulean 3 iEE4 4.6[]rl 41882 3.4i86 J.Ut 15 3.5140 3 i61T
Variance 1 166 titli 885 1 124 ss1 .sE5 .oqu

Daripada analisis. faktor yang <likaji ialah mengikut surnber rlorongarr. didapati bahi'rr.va pelajar
cendcrung unruk rnenceburkan diri dalam bidang kcusaharvanan atas taiian ialah keinginan

membanlu keluarga iaitu mean selranyak 4"{iA28, diikuti rungsarigan kejayan ortlng lain sebagai
usahar.r,an 4"1682 dan lain-lain faktor adalah di tahap sederhana"
Jadual 3: Kecenderungail pelajar mengikut kernudahan teknologi

Statistics
h'1nn
FEFIGIHLCFIA
IT,IEMPUNYA| KEFELEAGAI KEMUDAHAN I'J YANG
PENGETAHU TALIAI.,I TEHNOLOGI lulENARlK
AN DALs.lt'l JALUE KEMUDAHAI.I IUlEMEANTU TERDAPAT DAN MUDAH
MENGENDALI LEEAR TEt{NOLOGI MEMEEI.ITUK FELEAGAI DIAPLIKAEIIdA
n n h ril/n rnh I
I{AN lulUDAH PADA MAEA ftHI!UMIHI! PLATFORM N DLEH
PROGRAN- DICAFAIEAGI KINIMAMFU PEEI'IIAGIAN PERNIASAAN FELA*|AR
nf nn f nt tfiht
FEOGRAM SETIAP DIMILIKI ATAS TALIAI'J ntnn tnLtntr UNTUH
FERKOMPUT LA,PISAN OLEH LEBIH V,qNIG FERNIAGFAN
IUIASYARAI4AT PELAIAR tr41! tnD PERCUIT'14 AIEJ IELIF.I{

N Valid 214 ?14 214 ?14 214 214


luliss in 1g 0 0 D 0 0 0
Mean 3.4112 J.OUJ/ 4.1308 3.7E17 J.tr1l+
Variance 741 5 13S ,UtrU .JJ/ .E4tl 748

Bagi analisis rnengikut faktol kemudahan teknologi, pelajar lebih cendenrng menccburkan diri
dalarn bidang keusalra,,vanan atas talian kerana kemudahan teknologi nrembantu rangkaian

220
p*nliagaan atas talian lebih pantas iaihr skor mean sebanyak 4.1308.I-ain-lain faktor adalah di
tahap seclerhana.

Jadual 4: Kecenderungan pelajar mengikut kecenderungan personal

Statislics

EERI,IINAT AHLI
UNTUK KELUAR$A
lr4EMULAI{AN DAN RAI{AN FERh'1lNTAA.N
FEENIAGAAN PEL+NGGAN
EERSEDIA SAYA AT.AN YANG ADALAH YANG TINGGI SAYATAHU MEI.IJADI
UNTUK DIEERI EERSUNGGU h'1Ei'lBERl AMAT 5UI{AR FlHi tnLtFtv SELOK USAHAWAN
hdtrt alll ]l{ahl trtrt lIat.lG H-SUNGGUH DORONGAN EAGI SAYA I\'IENIhlBULKA EELOK YANG ATAB TALIAN
N gNI I thtTt tH DALAM I thtTt tH N IJINAT DIFERLUI{AN
UNTUK SUtUIBER hIENGENDALI l+IENJALANl{A MENCARI UNTUK UNTUK lulElulBEFlfAN
hIENJADI YANO N IDEA lr'IENCEBUEl hIEMULCKAI'I
SEOFANG DIPERLUK&N PERNIAGPAN PERNIAGAAN PERNIAGFAN EIDANS Ttrnt!tHufft! KEPUASAN
USAHAWAN. I tcat-tatAixht ATAS TALIAN YANG TINGGI-
N V€Iid 214 214 21 4 ?1 4 214 114 214
Missing 0 tl 0 0 D 0 rl 0
hlean 3.S3S 3 4.?71 0 J.OOJ/ 3.6?6? 3 303I 3.700s
Varisnce 11 518 .7ttE 911 .ss1

Seterusnya hasil kajian mengikut faktor kecenderungan personal pula, pela.jar lebih kepaeiir skr:r

mean 4.481 3 sekiranya diberi peluang dan suml":er yang diperlukan daripada pihak tefientu dan
jnga bersungguh-sungguh untuk mengendalikan perniagaan n:ereka dengan skor mean 4.2716.

Perbincangan dan Cadangan


Penyelidik mendapati pelajar-pelajar cenderung terhadap bidang keusahawanan kerana mereka
berpendapat bidang keusahawanan ini dapat memberi peluang bagi membantu keluarga dan
dengan kemudahan teknologi dan perniagaan atas talian ini dapat memudahkan mereka berniaga
kerana tidak memerlukan modal yang besar dan penyediaan tempat. Peluang keemasan ini tidak
membataskan mereka dengan hanya belajar tetapi dapat menjana pendapatan sampingan yang
lumayan dengan hanya menggunakan per-niagaan atas talian seperti menerusi Facebook, page
dan blog. Dengan adanya pelbagai kemudahan dan jenis pembiayaan daripada pihak kerajaan
akan dapat membantu melahirkan lebih ramai usahawan atas talian di kalangan pelajar.

Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, antara cadangan bagi meningkatkan kecenderungan
pelajar menjalankan perniagaan atas talian ialah;

221
1) Menyediakan kursus kepada pelajar yang memfokuskan cara menjalankan perniagaan

atas talian

2) Politeknik menyediakan instrastruktur intemet yang mantap


3) Jabatan Perdagangan mewujudkan Page ata:u Group di Facebookbagi mengumpulkan
pelajar-pelajar yang berniaga di atas talian menjalankan perniagaan di kalangan warga
politeknik
4) Unit Keusahawanan PSAS memberi peluang dengan menerima kertas kerja dan memberi

suntikan modal kepada pelajar yang berminat untuk menjalankan perniagaan atas talian
5) Mempergiatkan akrtiviti keusahawanan sebagai kerjaya pilihan bagi pelajar politeknik

Rumusan

Secara keseluruhan pelajar mempunyai kecenderungan dalam keusahawanan atas talian dengan

tiga pecahan menunjukkan bahawa bagi faktor sumber dorongan, pelajar lebih tertumpu kepada
keinginan mernbantu keluarga, t-aktor kemudahar teknolcigi iaitu kernudahan teknologi
membairfu rangkaian perniagaan atas talian lebih pantas dan faktor ketiga iaitu kecencleftingan
personal pula ialah diberi peluang dan sumber _vang diperlukan daripada pihak te$entu.
Walau bagairnanapun, kecenderungan sahaja tidak mencukupi bagi melahirkan seorang

usahar,van yang berjaya kerana ciri-ciri seorang usaharn an rnestilah sanggup mcnanggung risiko.
kreati! berpendirian, pe*capaian kendiri dan ka,.valan dalatnan diri. Usaharvan

berlanggungjai,vab sccara lallgsung ke atas kegagalan dan kejayaan pcrniagaan mcreka.

RUJUKAN

Akmaliah, L.P. &, Habibah Elias .(2000). Pengaiaran-Pembelajaran Perdagangan


Keusahawanan dan Ekononi Aszs. Serdang:Penerbit UPM.

Billing, D. (2003). Generic Cognitive Abilities in Higher Education: An lnternationalAnalysis of


Skills Sought By Stakeholders. Conpare, Vol.33, No.3, pp 335-350.

222
Dingsu (2008, January 17)Kerjaya dan Keusahawanan fromhttp:lllscfmps.forumotion.com/t30-
maksud-keushawanan.

Kamus Dewan Edisi Keempal.(2010). DBP.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W.(1970). Determine Sample Size Researcr?. New York: Holt,
Rinehartand Winston Inc.

- Mohd Noor Mohd Sharif, Mohd ZinMamat,Ooi Yeng Keat. Jumal Pendidikan. (2004).
Kecenderungan Keusahawanan :Satu kalian empirikal di kalangan tenaga pengalar p0liteknik-
politeknik Malaysia.

Norani Mohd et. Al.. (2010). Aspirasi Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Institut
Pengajian Tinggi. Ju rna I Pend idi kan

Norani Mohd et. A1.. (2010). Kecenderungan Pelajar-Pelajar Institut Kemahiran Mara
IKM) Johor Bahru Terhadap Bidang Keusahawanan. Jurnal Pendidikan.

OoiYengKeat.(2002). Kepentingan Kecerdasan Emlsi (EQ) Dalam 0rganisasi Masa Kini.


- Jelapang, 3 (1). m/s 45-53.

Shahizan Ibrahim. (2006) Sistem perniagaan internet,:Anggunasia.czm. Jurnal Pendidikan

223

Você também pode gostar