Você está na página 1de 2

Berdasarkan video pengajaran mikro yang telah dilaksanakan, terdapat beberapa

kemahiran yang diterapkan untuk melaksanakan pengajaran tersebut. Antaranya adalah


kemahiran set induksi, kemahiran penggunaan papan tulis, kemahiran variasi ransangan,
kemahiran penyoalan, kemahiran penggunaan bahan sumber dan kemahiran penutup.
Kemahiran-kemahiran ini penting sebagai cara pendekatan, kaedah dan strategi guru tersebut
untuk menyampaikan isi pelajaran kepada murid. Walaubagaimanapun, kemahiran-kemahiran
yang telah dilaksanakan perlu dianalisis bagi tujuan penambahbaikan aktiviti PnP seterusnya.

Bagi kemahiran set induksi, guru terlebih dahulu menanyakan khabar murid sebelum
memulakan aktiviti PnP. Hal ini selaras dengan teori Ibrahim maslow dimana guru menekankan
keperluan murid terlebih dahulu sebelum meneruskan pengajaran. Hal ini juga untuk memastikan
murid selesa dan bersedia untuk memasuki alam pembelajaran. Sebagai seorang guru, kita
hendaklah prihatin dan peka terhadap keperluan murid kita. Hal ini selaras dengan Falsafah
Pendidikan Guru yang berhasrat melahirkan guru yang berdudi perketi mulia. Intonasi dan nada
suara guru tersebut didapati sangat baik. Kontak mata guru dengan murid juga berjaya guru
aplikasikan. Seterusnya, didapati bahawa guru berjaya mengaitkan aktiviti dengan isi pelajaran
dengan menunjukkan video bahagian-bahagian komputer. Dalam masa yang sama, guru
tersebut juga menanyakan soalan seseuai dengan pengalaman sedia ada murid. Sebagai
contoh, siapa ada computer dirumah? Pernah melihat tetikus? Tahu bagaimana cara
mengunakanya? Apakah fungsi bahan tersebut? persoalan-persoalan ini mengakibatkan murid
tertanya-tanya dan membuatkan murid untuk terus mengikuti pelajaran seterusnya.
Persembahan video yang menarik, dengan suara yang jelas, video yang jelas dan masa yang
singkat berjaya menarik perhatian murid serta memotivasikan mereka untuk menerokai
komponen-komponen penting komputer. Didapati juga, murid menunjukkan respon yang positif,
menumpukan perhatian dimana menjawab setiap soalan yang diajukan oleh guru sehingga
berlakunya komunikasi dua hala. Secara keseluruhanya, set induksi yang guru ini laksanakan
adalah berkesan, dimana guru tersebut berjaya menarik perhatian murid, mewujudkan perasaan
ingin tahu murid, memotivasikan murid dengan mengunakan pengaplikasian ICT dan TMK iaitu
video dengan baik.

Seterunya, kemahiran penggunaan papan tulis. Kemahiran ini guru terapkan pada
langkah kedua. Guru mengunakan papan tulis untuk melakukan aktiviti mini murid dimana
meminta murid memadankan gambar bahagian komputer dengan fungsinya yang betul.
Walaubagaimanapun, gambar dan teks jawapan yang digunakan sangat kecil sehinggakan murid
sukar untuk melihat gambar dan teks tersebut terutamaya murid yang duduk di tempat yang
paling hujung. Jika dibiarkan, perkara ini boleh menganggu aktiviti PnP yang menyebabkan murid
tidak selesa dan hilang fokus dalam pengajaran tersebut. Oleh itu, saya bercadang untuk guru
tersebut menggunakan gambar yang lebih besar agar jelas untuk dilihat oleh semua. Bagai teks
pula, saya bercadang murid untuk menulis sendiri dengan menggunakan marker fungsi bahagian
komputer tersebut. Ini bagi memaksimumkan penggunaan papan tulis dengan sebaiknya. Murid
didapati lebih faham dan mengingat dengan lebih baik jika murid tersebut melakukan sendiri
secara hand-on aktiviti tersebut. Pengalaman sebenar murid secara aktif sangat membantu
dalam proses pembelajaran murid. Secara keselurunya, kemahiran penggunaan papan tulis ini
perlu diperbaiki lagi bagi meningkatkan keberkesanan dan keberhasilan PnP tersebut.

Selain itu, didapati juga guru tersebut mengunakan kemahiran variasi rangsangan dalam
PnP tersebut. Kemahiran variasi rangsangan merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan
teknik penyampaian guru. Hal ini bertujuan untuk menarik perhatian dan murid terhadap aktiviti
pengajaran. Dalam kemahiran ini, guru perlu mengubah-ubah tingkah laku serta
mempelbagaikan aktiviti PnP bagi tujuan pengalihan saluran deria murid. PnP yang baik
melibatkan murid mengunakan deria mereka secara maksimumya. Jika diimbas kembali dari set
induksi sehingga langkah penutup, guru telah mengunakan pelbagai kaedah sebagai pendekatan
pengajaran guru. Sebagai contoh, dalam set induksi guru telah menerapkan elemen pengunaan
TMK iaitu mengunakan video untuk merangsang minat murid. Dalam langkah ini, murid
didedahkan dengan pembelajaran secara visual, juga salah satu cara pembelajaran murid. bagi
langkah satu pula, guru mengunakan bahan maujud sebagai ransangan pembelajaran murid.
Bahan maujud tersebut digunakan sebagai contoh untuk memperlihatkan bahagian komputer
dengan jelas. Murid memerhati bahan tersebut dengan pelbagai deria terutamanya dengan
menggunakan deria sentuhan dan penglihatan. Langkah kedua pula, guru membuat aktiviti yang
melibatkan pelajar secara aktif berbentuk persoalan. Aktiviti ini memberi pengalaman sebenar
murid untuk membantu pembelajaran mereka. langkah ketiga pula, guru beralih kepada
rangsangan aktiviti permainan atas talian berbentuk kuiz iaitu Kahoot. Hal ini, meningkatkan lagi
minat murid bukan sahaja terhadap PnP tersebut, malah terhadap mata pengajaran tersebut. Hal
ini juga selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dimana menuntut guru mahir
dalam ICT selaras dengan keperluan dan peredaran masa. Namun, dalam langkah ketiga,
terdapat beberapa ketidakadilan berlaku apabila masalah internet wujud, tidak sama kelajuan
internet mempengaruhi keputusan pertindingan kuiz kahoot tersebut. Cadangan saya agar guru
mengunakan makmal komputer dengan persekitaran kelajuan internet yang stabil untuk
melaksanakan aktiviti ini.

Você também pode gostar