Você está na página 1de 5

JURNAL MINGGU KETIGA

Syelvester Joe

Pendidikan Pemulihan Khas Pendidikan Rendah

Tarikh: 24 Julai 2017 – 28 Julai 2017

Tempat: SK Riam Batu 2

Isu/ Perkara: Masalah Membaca

Huraian Isu/ Perkara

Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, semasa menjalankan proses


pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pemulihan, saya mendapati seorang
murid mempunyai masalah dalam membaca. Menyebut huruf ‘k’ sekalipun dia tidak
mampu. Bunyi sebutan ‘k’ akan seperti seperti sebutan ‘t’. Contohnya, ingin menyebut
‘pokok’ akan terdengar bunyinya ‘potok’ dan ‘katak’ akan menjadi ‘tatak’.

Analisis Masalah

Masalah membaca memberikan kesan yang tidak baik terhadap pencapaian


individu dalam pembelajaran. Ketidakbolehan membaca juga boleh memberikan
kesan psikologi kepada individu berkenaan, sehingga mereka kurang dapat
mengembangkan diri sendiri sekiranya mereka tidak memiliki kebolehan membaca
yang baik. Mengikut Md. Daud (2000), terdapat ramai murid di negara Brunei yang
tidak mampu bertutur dengan baik semasa mereka menyampaikan idea, pendapat
dan sebagainya. Sikap sesetengah guru Bahasa Melayu yang kurang memberikan
perhatian terhadap kemahiran membaca dan bertutur sewaktu berada di bilik darjah
berkemungkinan telah menyumbang terhadap keadaan sedemikian. Bagi murid-murid
di sekolah rendah di Brunei Darussalam, sepatutnya mereka telah dapat menguasai
kemahiran membaca tersebut dan dapat memahami teks yang dibaca. Murid-murid
yang berdepan dengan masalah membaca tentunya terdapat faktor-faktor tertentu
yang menyebabkan berlaku gejala tersebut. Oleh itu, kajian masalah membaca di
peringkat sekolah rendah di Brunei penting dilakukan bagi mengetahui faktor
penyebab, usaha mengatasi, impak dan harapan murid, ibu bapa dan guru dalam
menyelesaikan masalah membaca ini.

Punca masalah membaca

Berdasarkan pembacaan daripada sebuah Jurnal Pendidikan Malaysia, saya telah


mendapati bahawa terdapat enam faktor utama punca berlakunya masalah membaca
dalam kalangan murid sekolah rendah lebih-lebih lagi murid pemulihan. Keenam-
enam faktor tersebut ialah:

1) Kaedah atau cara pengajaran guru


- Terdapat tiga sebab yang menyumbang kepada masalah membaca murid
yang merujuk kepada kaedah atau cara pengajaran guru iaitu:
a) kurang pengalaman
b) penggunaan kaedah pengajaran membaca secara beramai-ramai dan
individu
c) tidak ada kaedah yang berkesan dalam pengajaran membaca

2) Persekitaran
- Terdapat tiga faktor persekitaran yang di kenal pasti iaitu:
a) Keluarga
b) Sekolah
c) Rakan

3) Psikologi
- Terdapat dua faktor yang menyumbang kepada faktor utama psikologi iaitu:
a) Kurang minat belajar
b) Kurang mengambil perhatian semasa belajar

4) Individu
- Faktor individu berkait rapat dengan tahap kecerdasan murid itu sendiri
5) Masa pengajaran
- Faktor masa pengajaran bermaksud masa pengajaran membaca yang
diperuntukan terlalu singkat dan tidak mencukupi.
- Peruntukan masa pengajaran membaca yang terlalu singkat ini tidak
banyak membantu murid tahap kecerdasan sederhana dan lemah untuk
menguasai kemahiran membaca.

6) Teks yang digunakan


- Secara tradisi, variasi dalam pembacaan murid berpunca daripada jenis
teks yang dibaca.
- Pengaruh teks terhadap pembaca adalah sangat kompleks.
- Teks yang mudah dan menarik memudahkan pembaca, membaca dan
memahami isi kandungan teks tersebut.
- Sebaliknya, jika teks yang dibaca terlalu tinggi bahasanya, banyak teks,
tulisan yang kecil dan lain-lain boleh mengganggu pembacaan pembaca.
- Dua perkara yang berhubung kait dengan faktor teks iaitu:
a) Tidak menarik
b) Sukar difahami

Cadangan penyelesaian

Bagi membantu murid yang mempunyai mudah lupa atau pelupa ini, saya sebagai
seorang guru yang memegang amanah untuk mendidik anak-anak di sekolah
mencadangkan beberapa cadangan penyelesaian. Antara tindakan yang boleh kita
pratikkan di dalam kelas ialah:

 Melakukan regangan muka sebelum aktiviti membaca


 Melakukan aktiviti pemintal lidah
 Melakukan aktivti menyebut perkataan secara berulang kali
 Melakukan aktiviti pembacaan dengan suara lantang
Kajian lampau yang berkaitan dengan isu

Kajian ini pernah dilakukan oleh Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Nik Mohd. Rahimi
Nik Yusoff dan Jamaludin Badushah (2010).

Tempoh pelaksanaan/ Penyelesaian:

Saya akan cuba sedaya upaya untuk mengatasai masalah membaca ini
menggunakan cadangan penyelesaian dalam tempoh selama dua minggu dari 31
Julai hingga 11 Ogos 2017.

Penambahbaikan:

Berdasarkan masalah yang telah saya nyatakan di atas, saya mendapati


bahawa murid yang mempunyai masalah membaca ini merupakan murid yang hilang
minatnya untuk membaca, faktor kaedah pengajran guru dan ibu bapa murid. Oleh
itu, murid ini memerlukan sedikit dorongan dan bimbingan yang berterusan daripada
guru untuk mengatasi masalah ini. Guru perlu mengambil langkah awal iaitu dengan
memupuk minat murid ini dalam pelajaran dengan mengadakan pendekatan positif
seperti memberikan peneguhan positif. Lama-kelamaan murid ini akan berubah minat
ke arah pelajaran. Kemudian, guru perlu memperbaiki diri terutamanya teknik atau
kaedah pengajaran dan penyampaian isu pelajaran agar lenih menarik. Guru yang
menyampaikan pengajaran di dalam kelas dengan kaedah yang menarik mampu
menarit minat murid untuk membaca. Keberkesanan teknik pengajaran guru
mendatangkan kesan yang positif kepada penguasaan kemahiran membaca murid
sekaligus meningkatan tahap pencapaian murid di dalam kelas. Ini kerana, sekiranya
dapat menguasai kemahiran membaca, mereka akan lebih mudah untuk memahami
isi pelajaran yang disampaikan.

Refleksi:

Masalah ketidakbolehan membaca masih berlaku di negara Malaysia terutama


murid pemulihan. Dengan jumlah penduduk yang sederhana ramai dan dilengkapi
dengan kemudahan pendidikan yang serba maju, sepatutnya masalah tidak boleh
membaca ini tidak boleh berlaku atau sekurangnya dalam jumlah yang sedikit. Melalui
pembacaan yang dibuat, maka terdapat banyak faktor yang telah dikenal pasti. Oleh
itu, agensi-agensi bawah Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Pusat
Perkembangan Kurikulum, Bahagian Buku Teks, Bahagian Pendidikan dan Latihan
Guru, Jabatan Pendidikan Daerah dan lain-lain perlu mengenal pasti langkah-langkah
untuk mengatasi masalah ketidakbolehan membaca murid-murid ini. Dalam penulisan
jurnal ini, telah dikenal pasti enam faktor utama mengapa masalah membaca ini masih
lagi berlaku. Justeru, langkah-langkah menangani masalah ini boleh dibuat dengan
mengambil kira enam faktor utama utama masalah membaca yang dihadapi murid-
murid di sekolah-sekolah rendah kerajaan di Malaysia.

Rujukan:

Chua Yan Piaw. 2006. Asas statistik penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Creswell, J.W. 2005. Research design: Qualitative and quantitative approach.


Thousand Oaks, CA: Sage Publication.

Flick, U. 1998. An introduction to qualitative research. London: Sage Publication.

Jerie anak Peter Langan. 2008. Sikap dan motivasi murid Iban dalam mempelajari
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Kertas Projek
Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.

Kamaruddin Husin. 1990. Pedagogi bahasa 4. Petaling Jaya: Longmann.

Landis, J.R. & Koch, G.G. 1977. The measurement of observer agreement for
categorical data. Biometrics 45: 255-268.

Mahzan Arshad. 2003. Pendidikan literasi bahasa Melayu: Satu pendekatan


bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Marohaini Yusoff. 2001. Penyelidikan kualitatif: Pengalaman kerja lapangan kajian.


Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Marzukhi Nyak Abdullah. 1994. Kaedah pengajaran bahasa Melayu: Kurikulum


bersepadu sekolah rendah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Você também pode gostar