Você está na página 1de 6

KISAH 1

Anak yang dilahirkan adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada Allah SWT kepada umatnya. Zuriat bukan sekadar
penyambung warisan malah bukti kekuasaan Allah. Tidak dinafikan bahawa setiap pasangan berumahtangga sentiasa
mengimpikan anak untuk menyerikan lagi rumahtangga mereka.

Oleh itu, anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mendidik dan
mengasuh mereka supaya menjadi insan yang berguna kelak. Tetapi malangnya, sejak akhir-akhir ini ada segelintir
masyarakat masih lagi tidak mensyukuri kurniaan Allah SWT iaitu melakukan dengan tindakan kejam seperti
membuang, membunuh, menjual serta mendera bayi tanpa berperikemanusiaan.

Ini bukanlah satu kisah yang dongeng tetapi ia merupakan satu kisah realiti yang mana dikatakan hampir setiap hari
kes sebegini berlaku di negara kita malah ianya seperti kemuncak yang tiada pasang surutnya apabila setiap hari kes-
kes seperti ini terpampang di dada akhbar mahupun televisyen.

Peristiwa yang berlaku dalam masyarakat Islam mutakhir ini ibarat kembali pada zaman Jahiliah terdahulu yang
mana mereka sanggup menanam hidup-hidup anak perempuan mereka kerana tidak sanggup menanggung malu. Jadi,
tidak ada bezanya sama sekali antara perbuatan menanam bayi dengan membuang, membunuh dan mendera bayi
dengan niat jahat kerana perbuatan sebegini dilarang Allah. Persoalannya, mengapakah masalah seperti ini sering
berlaku di kalangan umat Islam pada hari ini?

Hal ini berpunca daripada kalangan ibu bapa yang merasa khuatir tidak dapat menyara kehidupan mereka, lantas
memilih jalan terkutuk untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagaimana yang kita tahu, urusan rezeki adalah
ketetapan dan tidak wajar manusia merasa ragu dengan rezeki yang diperlukan bagi membesarkan zuriat mereka.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kami-
lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu
kesalahan yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31)

Selain itu, tidak terlepas dalam kalangan masyarakat kita ada yang mempercayai musibah atau bencana yang berlaku
datangnya daripada sial, badi atau nasib malang contohnya, mengaitkan musibah yang berlaku seperti perniagaan
merosot, bankrap atau ditimpa bencana daripada sial yang dibawa oleh anak.

Akibat terlalu taksub dengan kepercayaan seperti itu, mereka sanggup membunuh, mencederakan serta menyisihkan
anak yang tidak berdosa itu. Mereka seperti ini ialah manusia yang tidak tahu untuk mensyukuri dan menghargai
anugerah Allah yang cukup bernilai itu. Sekiranya masyarakat Islam pada hari ini memahami dan berpegang teguh
dengan konsep qada’ dan qadar Allah, pastinya mereka tidak akan merasa kecewa, sebaliknya bersangka baik dengan
Allah dan bersedia mengharungi dugaan itu dengan penuh redha.

Setiap anak yang baru dilahirkan umpama sehelai kain putih yang menunggu saat untuk dicorakkan ibu bapanya
bukan untuk dihina, dikeji dan diperlakukan tanpa belas kasihan dan berperikemanusiaan. Rasulallah SAW bersabda
yang bermaksud: “Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan
Muslim).

Hadis tersebut menjelaskan bahawa bayi yang dilahirkan fitrah dan putih bersih serta suci daripada sebarang dosa
dan kesalahan. Jadi, salah sekali bagi mereka yang beranggapan dan berpendapat bahawa anak kecil yang baru
dilahirkan, membawa sial atau malapetaka kepada keluarga.
Islam tidak pernah mengatakan ada dosa yang dibawa oleh bayi sejak lahir sekalipun anak itu adalah anak luar nikah.
Akan tetapi, dalam Islam dosa itu mula mencemari kesucian hati seseorang apabila dia meninggalkan perintah Allah
dan melanggar segala larangan-Nya.

Oleh itu, lahirnya seorang anak bukannya sebagai satu keseronokan hidup atau menambahkan satu bebanan yang
tidak tertanggung. Sebaliknya, kelahiran anak yang diharap dapat menyambung warisan kekeluargaan dan sebagai
satu ujian Allah kepada pasangan suami isteri atau ibu bapa. Sebagaimana firman Allah SWT dalam (Surah Al-Anfal:
ayat 28) : “Dan ketahuilah harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah
jugalah pahala yang besar”.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa kehadiran anak adalah adalah penawar kepada ibu bapanya terutamanya
pabila usia emas kelak. Doa anak soleh juga penting kepada ibu bapa apabila meninggal dunia, agar dilepaskan
daripada azab seksa neraka. Segalanya bergantung pada didikan dan ajaran ibu bapa terhadap anak-anak termasuk
didikan agama dan sentiasa menjaga amanah yang diberikan Allah kepada mereka dengan sebaiknya. Jika umat Islam
menyedari kedudukan ini sudah pasti ibu bapa tidak akan mengkhianati amanah Allah itu. Mereka akan mendidik
anak-anak mereka mengikut acuan dan panduan Islam supaya keislaman anaknya itu tidak dirosakkan.

Sebagai kesimpulan, sesungguhnya anak adalah anugerah Allah yang cukup berharga kepada ibu bapa. Mereka juga
amanah untuk dipelihara dengan sempurna termasuk memastikan keselamatannya di dunia mahupun akhirat. Oleh
itu, jagalah anak selayaknya agar mereka boleh berbakti kepada kedua ibu bapanya kelak dan terus menyayangi, di
samping sentiasa bersyukur dengan kehadiran anak didalam keluarga. Berilah perhatian agar mereka menjadi insan
bertakwa dan berguna kepada agama, bangsa serta negara.

KISAH 2
Medan jihad
Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam al-Halal wa al-Haram menyebut: Islam sangat
mengambil berat terhadap kerelaan kedua ibu bapa, maka dia telah mencegah seorang
anak daripada melibatkan diri dalam berjihad atau pergi ke medan perang tanpa
keizinan daripada kedua ibu bapa, sedangkan jihad pada jalan Allah SWT sangat tinggi
martabatnya menurut pandangan Islam, tidak dapat disamakan dengan bangun malam
bersolat di sepanjang malam ataupun berpuasa di siang harinya. Dinyatakan dalam
sebuah riwayat daripada Abdullah bin Amr bin al-`Ash, katanya yang bermaksud: Telah
datang seorang lelaki kepada Nabi Allah SAW lalu memohon keizinan untuk keluar
berjihad lalu Rasulullah SAW pun bertanya kepadanya: Adakah kedua ibu bapamu
masih hidup? Jawab lelaki itu: Ya. Lalu Baginda SAW menjawab: Hendaklah kamu
berjihad untuk kedua ibu bapamu. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Iaitu jadikanlah medan jihadmu atau perjuanganmu dengan melakukan kebaikan
kepada keduanya dan menjaga keduanya. Dalam suatu riwayat yang lain lagi berbunyi:
Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW berkata: Aku membai’ ahmu
untuk berhijrah dan berjihad, justeru aku inginkan pahalanya daripada Allah SWT!
Rasulullah SAW bertanya kepadanya: Apakah kedua ibu-bapamu masih hidup? Lelaki
itu menjawab: Ya, kedua ibu bapanya masih hidup lagi. Rasulullah SAW bersabda:
Apakah benar kamu inginkan pahala daripada Allah SWT? Jawabnya: Benar. Rasulullah
SAW bersabda: Kembalilah kepada keduanya dan berbuat baiklah dalam pergaulanmu
dengan keduanya. (riwayat Muslim)
Dalam suatu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Telah
datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu berkata: Aku datang kerana hendak
membai’ ahmu untuk berhijrah, dan aku telah tinggalkan kedua ibu bapaku dalam
keadaan menangis. Nabi SAW bersabda kepadanya: Sekarang juga kembali kepadanya
buatlah sesuatu untuk menjadikannya tertawa sebagaimana kamu telah membuat
mereka menangis. (riwayat al-Bukhari)
Abu Said al-Khudri meriwayatkan seorang lelaki dari negeri Yaman telah berhijrah
kepada Rasulullah SAW lalu Baginda SAW bertanya: “ Adakah kamu mempunyai
keluarga di Yaman? Lelaki itu menjawab: Ada. Rasulullah SAW bertanya lagi: Apakah
mereka mengizinkanmu datang ke mari? Jawabnya: Tidak. Lalu Rasulullah bersabda:
Sekarang kembali dahulu kepadanya dan meminta izin keduanya. Kalau mereka
memberi keizinan kepadamu, barulah boleh kamu berjihad. Jika tidak maka hendaklah
kamu berbuat baik kepada mereka." (riwayat Abu Daud)

KISAH 3

Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya);

"Setiap kelahiran (anak kecil)dilahirkan dalam keaddan fitrah." - Hadis riwayat


Al-Bukhari dan Muslim.

Perumpamaannya di sini adalah, anak yang dilahirkan adalah ibarat seperti


sehelai kain putih yang bersih yang suci dari sebarang dosa dan kesalahan.
Adalah menjadi tugas ibu bapa itu sendiri bagaimana untuk mencoraknya menjadi
sesuatu yang terbaik. Bukannya untuk dihina, dikeji dan diperlakukan tanpa belas
kasihan.

Sememangnya bukan satu tugas yang mudah dalam membesarkan dan mendidik anak-
anak. Sejak dari anak baru dilahirkan, ibu bapa tidak dapat tidur dengan lena
disebabkan oleh tangisan bayi yang kelaparan di tengah malam. Ibu bapa
(selalunya ibu la..) terpaksa bersengkang mata demi anaknya. Alhamdulillah
Awliya kurang karenah di tengah malam berbanding adiknya.

Apabila anak mula membesar, berjalan dan terutama sekali bermain, pastinya pada
ketika ini banyak permainan yang dibelikan. Dan pada ketika inilah anak-anak
suka menyepahkan barang-barang permainannya. Selain itu, bermacam-macam perkara
yang nak dilakukannya. Pendek kata tak boleh nak duduk diam kecuali bila dah
tidur.

Seronoknya apabila anak-anak dah pandai bercakap dan banyak bertanya. Anak jenis
ini mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Awliya mula bercakap ketika
berumur dua tahun dan tidak langsung mempunyai longat tidak penuh seperti anak-
anak lain. Perkataannya terus boleh difahami dan petahnya Ya, Allah... Tak larat
nak melayan. Semua benda nak ditanyanya dan tak kira siapa.

Ujian yang paling mencabar dalam membesarkan anak-anak adalah menghadapi anak-
anak yang degil. Yang tidak mendengar kata bahkan berani untuk melawan balik.
Inilah tahap di mana kesabaran seseorang ibu bapa itu betul-betul terduga dan
sebagai orang dewasa yang pastinya pemikiran kita lebih matang, kita haruslah
menangani dengan cara yang bijak.

Tidak dinafikan banyak golongan ibu bapa yang tewas dalam menghadapi ujian ini
dan akibatnya anak-anak menjadi mangsa pukulan, herdikan dan sebagainya.

" Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu
hanyalah ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang
besar." [Al Anfaal:28]
Jadi didiklah anak-anak kita dengan cara yang terbaik dan penuh kasih sayang
dalam mencorak hidupnya menjadi insan yang bermakna.

%%%%%

Oleh karena itu siapapun yang sudah berkeluarga, pasti


mendambakan kehadiran anak dalam keluarganya. Dengan
demikian, kehadiran anak *wajib* disyukuri oleh kedua orang
tuanya. Sebab kehadirannya melengkapi kebahagiaan hidup
kedua orang tuanya. Allah SWT mengingatkan kita semua
tentang 3 kemungkinan posisi anak dihadapan kedua orang
tua-nya, yaitu : Pertama : anak sebagai fitnah, (Qs. Al-Anfál :
28) Kedua : anak sebagai musuh, (Qs. At-Taghabun : 14)
Ketiga : anak sebagai perhiasan hidup, (Qs. Al-isra : 15) Secara
sadar, setiap *orang tua muslim* pasti mendambakan
kehadiran anak-anaknya…yang telah susah payah ia
besarkan… kelak menjadi *anak sholeh/ah*, yang mewujudkan
harapan dan cita-citanya, di dunia maupun akhirat. Untuk
mewujudkan hal tersebut, orang tua *berjuang* dengan
sepenuh kekuatan untuk membesarkan, mengasuh dan
mendidik anak tersebut sejak dalam kandungan sampai si anak
dewasa dan bisa *mandiri*.
Video Penuh: https://www.youtube.com/watch?v=NF3JEU8uOvw

Segmen Terpilih:

DFB - Kisah Lelaki Berjalan 1000 Kilometer Mencari 1 Hadis


https://www.youtube.com/watch?v=nAc8PG95hgU

DFB - Wajib Menuntut Ilmu Walaupun Tidak Ke Universiti


https://www.youtube.com/watch?v=pxM6zGvzCq8

DFB - Selain Ilmu Syarie Ilmu Dunia Juga Penting


https://www.youtube.com/watch?v=uWQ1QGK0uHI

DFB - Gagal Belajar Jangan Berputus Asa


https://www.youtube.com/watch?v=ZGZqEsu-Nhk

KISAH 4