Você está na página 1de 4

LATIHAN DALAM

PERKHIDMATAN (LDP)
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI (KBAT)
2014
SMK INANAM KOTA KINABALU, SABAH
21 MEI 2014 (RABU)

BILIK SRI LEDANG, SMK INANAM

1
KERTAS KERJA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
(KBAT)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN INANAM, KOTA KINABALU
2014

NAMA PROGRAM
LDP Kemahiran Aras Tinggi (KBAT).

TEMA PROGRAM
“Membudayakan Kemahiran Berfikir”.

ANJURAN
Kumpulan Pemandu Program iTHINK (KBAT) dan Bidang Sains & Matematik

PENGENALAN
Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, setiap pelajar perlu mempunyai 6 ciri-
ciri utama bagi membolehkan mereka bersaing pada peringkat global. Ini termasuklah
penekanan pada ciri-ciri kemahiran berfikir. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan
semula guru dengan kaedah, teknik dan aktiviti yang dapat menjana cara pemikiran pelajar
supaya lebih kritis dan kreatif. Seterusnya, diharapkan pelajar akan lebih menguasai kemahiran
berfikir aras tinggi agar dapat membantu mereka menghadapi era globalisasi.

OBJEKTIF
Secara umum, LDP ini bertujuan meningkatkan kompetensi para guru dalam pengajaran dan
pembelajaran setiap subjek menggunakan pemikiran beraras tinggi. Objektif kursus termasuk:

a. memahami maksud dan konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), falsafah dan teori-
teori asas KBAT
b. meningkatkan kemahiran KBAT melalui pemahaman prinsip-prinsip berkaitan dengan
KBAT, meningkatan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah kontemporari
bagi subjek masing-masing,
c. menambah dan meluaskan informasi/pengetahuan tentang pedagogi pengajaran subjek
serta kaedah pentaksiran yang mengambil kira KBAT,
d. mempraktikkan pemikiran yang dapat memupuk kreativiti, pemikiran kritis dan
pemikiran inkuiri, dan
e. memahami objektif pentaksiran Lembaga Peperiksaan, TIMSS dan PISA dan
mengaitkannya kepada kurikulum dan amalan kelas

TARIKH
2
21 MEI 2014
(RABU)

TEMPAT
Bilik Sri Ledang, SMK Inanam Kota Kinabalu

MASA
2.00 – 4.00 ptg

KUMPULAN SASARAN
Para guru SMK Inanam

SUMBER
Tenaga – Kumpulan Pemandu iTHINK & Ketua Panitia Sains & Matematik
Kewangan – Sekolah

AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA


PENASIHAT : DATIN HAJAH NOORAYATI MUHAMAD
PENGERUSI : EN. MOHD AL-BEARI HJ. BINSIN
SETIAUSAHA : EN. ASRIZAL ALDIN
PENGURUS PROGRAM: CIK NURUL AKMA BINTI WAJIMIN
AHLI JAWATANKUASA:KUMPULAN PEMANDU i-THINK (KBAT) SMK INANAM
KETUA PANITIA SAINS
KETUA PANITIA MATEMATIK
JU PPMR BAHASA INGGERIS

BAJET
1. Kertas (nota dan aktiviti) 1 rim = RM 10.00
2. Minum petang 81 + (3 guru pelatih) =84 x rm3.50
Teh susu =84 x RM1.50
Kuih (2 jenis) =84 x RM2.00 = RM294.00
RM304.00

ATURCARA

3
MASA SESI
2.00 Pengenalan
2.30 3 Aras Intelek
Taksonomi Bloom
3.30 Bengkel
–Si Tanggang /
–Pokok Kelapa
3.50 Masa Menunggu
4.00 Bersurai

PENUTUP
Bermatlamatkan kecemerlangan, diharapkan LDP yang dirancang akan berjaya mencapai
objektif yang ditetapkan. Semoga guru – guru berjaya menimba pengalaman dan berkemahiran
dalam menghasilkan soalan – soalan yang bermutu dan berkualiti.

Disediakan oleh,

(NURUL AKMA BINTI WAJIMIN)


Jurulatih Utama i-THINK
SMK Inanam

Disemak oleh, Diluluskan oleh,

(HJ. MOHD AL-BEARI HJ. BINSIN) (DATIN HJH. NOORAYATI MUHAMAD)


PK Pentadbiran Pengetua Cemerlang
SMK Inanam SMK Inanam

Você também pode gostar