Você está na página 1de 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

KERJA KURSUS
HERBARIUM
LAPORAN BERGAMBAR

NAMA : RATHI A/P GUNASEGARAN

NO.KAD PENGENALAN : 960308-04-5124

KOD KURSUS : SCES 3073

KOD MATRIK : 29576

KUMPULAN :Q4

NAMA PENSYARAH : CIK KUA BEE HOON

TARIKH SERAHAN : 06 SEPTEMBER 2016


TUGASAN 2
Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan satu produk herbarium yang boleh digunakan
untuk mengajar salah satu tajuk yang terkandung dalam DSKP Sains Sekolah Rendah Tahun 1
hingga Tahun 6 serta laporan bergambar yang menjelaskan secara terperinci langkah-langkah
penghasilan herbarium tersebut.
____________________________________________________________________________

Huraikan dan tunjukkan bagaimana anda mengawet :

Pengawetan TumbuhanSecara Kering

Pengawetan spesimen tumbuhan dengan cara kering kebanyakkannya tumbuhan berkayu yang
boleh di awetkan terutama daun dan bunnya untuk dijadikan spesimen herbarium. Spesimen
tumbuhan yang dipilih dan dipungut ialah di kolej kediaman Institut Pendidikan Guru Kmapus
Ipoh. Spesimen yang diambil dipastikan sihat, segar cantik serta mempunyai ciri-ciri tumbuhan
yang diperlukan iaitu akar, batang, daun dan bunga. Beberapa bahagian penting juga dikenal
pasti terdapat pada tumbuhan dikumpul. Dengan ini, kita dapat mengenal pasti semua ciri-ciri
tumbuhan yang diperlukan semasa membuat pengawetan kering tumbuhan.

(A) Ciri-ciri Tumbuhan

Pokok Bunga Kekwa

Nama Rathi A/P Gunasegaran

Tarikh Mengumpul Tarikh spesies ini diambil : 28 Ogos 2016


Spesies / Tempat Tempat spesimen diambil : Kolej Kediaman Institut Pendidikan
spesimen diambil Guru Kampus Ipoh, Perak

Pengenalan  Bunga ini adalah satu genus yang terdiri - kira-kira 30 spesies.
 Tumbuhan saka herba yang tumbuh setinggi 50-150 cm.
 Daunnya berbentuk cuping dan bunganya besar serta bewarna
putih, kuning, atau merah jambu dalam spesies liar.
 Spesies-spesies ini juga dipergunakan oleh larva-larva
sebilangan spesies Lepidoptera untuk makanan tumbuhan.
 Agak mudah ditanam dan dijaga kalau dilakukan dengan baik.

Kawasan berasal dari Asia dan Eropah timur laut.

Kelas Magnoliopsida , Tumbuhan

Jenis Asterales ( Magnoliophyta )

Keluarga Asteraceae

Spesies Chrysanthemum indicum

Nama Biasa Pokok Bunga Kekwa

Nama Saintifik / Genus Chrysanthemum

(B) Bahan yang digunakan dalam proses herbarium

 Alat Penekan ( Buku tebal atau papan nipis )


 Pelekat
 Mounting Board ( Warna hitam )
 Pembalut plastik
 Lapisan surat khabar

(C ) Proses Herbarium Pokok

Langkah satu ialah mengumpul tumbuhan yang dipilih untuk pengawetan kering. Tumbuhan
yang dipilih ialah pokok bunga kekwa. Spesimen ini telah diambil di kolej kediaman yang saya
tinggal. Spesimen yang telah dipilih dipastikan segar dan mudah untuk membuat pengawetan.
Memilih spesimen yang sesuai seeloknya yang mempunyai daun yang tidak dimakan ulat.
Seterusnya, pastikan tumbuhan yang diambil tidak akan melebihi mounting board dan kertas
lukisan yang akan digunakan.

Langkah seterusnya ialah menekan atau mengapit dan mengeringkan tumbuhan. Selepas
spesimen pokok bunga kekwa dikumpulkan, speismen telah disusun secara mendatar di antara
surat khabar lama. Susunkan spesimen ini di antara lapisan kertas yang tebal. Sebelum itu,
sisirkan daun-daun supaya tidak bertindih dan jika terlalu banyak daun buangkanya jika perlu ,
cukup sekadar mempamerkan bahagian batang, daun. Selepas spesimen tumbuhan disusun rapi
sekeping papan nipis diletakkan di bahagian atas bawah susunan spesimen. Kemudian,
keringkan spesimen di bawah cahaya matahari. Proses ini perlu dilakukan sehingga spesimen
betul-betul kering. Cara mengering dengan cahaya matahari ini akan mengambil masa selama
satu minggu.

Langkah ketiga ialah menyusun daun-daun tumbuhan yang dipilih dengan kemas dan rapi
selepas pengawetan kering dan mempamerkannya dengan elok di atas kertas warna dan
lekatkan di atas mounting board. Kemudian, pamerkan bahagian atas daun-daun. Batang
tumbuhan dilekatkan ke atas kertas lukisan dengan menggunakan pelekat yang kuat supaya
kemas dan rapi. Untuk lebih mudah, letakkan dahulu tumbuhan diatas kertas, dan lekatkan
pelekat dengan kemas. Seterusnya balut mounting board tadi dengan pembalut plastic (wrapping
plastic). Tujuan utama bagi spesimen ini dilekatkan adalah untuk memudahkan penyimpanan.

Langkah yang terakhir ialah melabel setiap ciri tumbuhan spesimen yang telah kering tadi.
Label dilekatkan pada bahagian atas mounting board atau kertas. Maklumat untuk dilabel adalah
seperti nama saintifik, nama amnya, keluarga, tempat dikutip dan tarikh specimen telah dikutip.
Muka depan ialah harus dilabelkan sebagai Herbarium iaitu pengawetan kering tumbuhan.

(D ) Ringkasan Proses Herbarium

Langkah 1 : Mengumpul tumbuhan

o Memilih spesimen yang sesuai seeloknya yang


mempunyai daun yang tidak dimakan ulat.
o Spesimen yang segar dan sihat, bunga yang cantik.
o Pastikan tumbuhan tidak akan melebihi mounting
board yang digunakan dan sesuai untuk melekat
pada kadboard.
o Dapat melabel atas mounting board.
Langkah 2 : Menekan/ mengapit dan mengeringkan tumbuhan

o Kemudian susunkan spesimen ini di antara lapisan


kertas. Sisinkan daun-daun supaya tidak bertindih
dan jika terlalu banyak daun buangkanya jika perlu
cukup sekadar mempamerkan bahagian batang,
daun, akar dan bunga.
o Spesimen perlu didedahkan di bawah cahaya
matahari selama seminggu.
o Proses ini perlu dilakukan sehingga spesimen betul
kering dan boleh dilekat pada mounting board.

Langkah 3 : Menyusun dan Mempamerkan

o Lekatkan tumbuhan ke atas kertas warna dan


kemudian ditampal atas kadbord.
o Pamerkan bahagian atas daun-daun.
o Batang tumbuhan dilekatkan ke atas kertas warna
dengan menggunakan pelekat.
o Susun daun-daun dengan kemas.

Langkah 4 : Melabel

o Labelkan spesimen yang telah kering tadi.


o Label dilekatkan pada bahagian atas
mounting bord dan kertas.
o Tumbuhan telah dilabelkan dengan daun,
akar, batang dan bunga dengan kemas .
o Maklumat untuk dilabel adalah seperti nama
saintifik, nama amnya, keluarga, tempat
dikutip dan tarikh.
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadirat Tuhan. Salam sejahtera dan salam satu
Malaysia saya ucapkan kepada semua orang. Seterusnya saya ingin merakamkan ucapan
penghargaan saya kepada pensyarah yang saya hormati, Cik Kua Bee Hoon kerana dengan
tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini
dengan cemerlang. Beliau telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan
kerja kursus pendek ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada tuhan yang maha esa
kerana izin dan kurnianya untuk menyiapkan kerja kursus ini penghasilan projek herbarium.
Ucapan ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan sebaya saya kerana telah memberi
tunjuk ajar, cadangan dan bantuan kepada saya yang telah kongsikan bersama untuk
menyiapkan projek pengawetan kering ini.

Di samping itu saya turut mengucapkan terima kasih kepada pihak perpustakaan kerana
memberi pinjam buku-buku yang berkaitan dengan kerja kursus ini. Walaupun sangat susahnya
kerja kursus ini, dengan kasihan tuhan saya dapat menyempurnakan dengan baik. Jika saya
dapat masa yang lebih lagi pasti, saya akan memberi satu kerja kursus yang terbaik. Karya-karya
yang dikaji menjadi teladan kepada saya. Saya berharap perkara yang saya pelajari dalam kerja
kursus ini dapat aplikasi dalam kehidupan nanti. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
untuk menyiapkan kerja kursus.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah
banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini.Tanpa
bantuan mereka kami tidak dapat menyempurnakan tugasan saya dengan jayannya. Selain itu,
kami turut berterima kasih kepada rakan sekelas saya kerana telah banyak menghulurkan
bantuan dan kerjasama bagi memenuhi usaha menyempurnakan tugasan ini.

Sekian,terima kasih
BUNGA KEKWA ( CHRYSANTHEMUM )

Pokok Bunga Kekwa (bahasa Inggeris: Chrysanthemum) ialah satu genus yg tdiri drp kira2 30
spesies tumbuhan bbunga saka di bwh famili Asteraceae. Pokok ini berasal dr Asia & Eropah
timur laut.

Spesies-spesis Chrysanthemum adalah tumbuhan saka herba yang tumbuh setinggi 50-150 cm.
Daunnya berbentuk cuping dan bunganya besar serta bwarna putih, kuning, merah jambu dlm
spesies liar. Spesies2 ini juga dipergunakan oleh larva-larva sebilangan spesies Lepidoptera utk
makanan tumbuhan.

Sejarah bunga kekwa pula

Pokok bunga kekwa ditanam di China sbgi pokok herba sejak abad ke-15 SM lagi. Nama Chu-
Hsien, sebuah kota China yg kuno, bmaksud "kota bunga kekwa". Bunga ini diperkenalkan ke
Jepun mungkin pd abad ke-8, & Maharaja Jepun mgiktirafkan bunga ini sbgi mohornya. Tdpt juga
"Perayaan Kebahagian" di Jepun yg meraikan bunga ini. Bunga kekwa dibawa ke Dunia Barat
pada abad ke-17. Bunga ini dinamakan oleh Carolus Linnaeus drp awalan bahasa Greek, chrys-
, yg bmaksud "keemasan" (warna bunga2 yg asal), & -anthemon yg bmaksud "bunga". Bunga
kekwa juga digunakan sbgai lambang utk bunga November.

Você também pode gostar