Você está na página 1de 3

REFLEKSI

BINA INSAN GURU


SEMESTER 4 2010

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat ilahi


kerana dengan taufik dan hidayahnya melapangkan dada dan meruangkan masa
kepada saya dengan mengizinkan saya menjalani kursus Bina Insan Guru
( BIG ) anak angkat dan khidmat masyarakat pada 19 hingga 22 Julai yang lalu.
Kursus ini telah dijalankan di kampung sungai batu besi, merbok Kedah. Kursus
ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula hari isnin hingga rabu. Saya
rasa sangat beruntung kerana dapat mengisi dalam diri saya dengan pelbagai
pengalaman baru disepanjang program ini berlangsung dan saya anggap ini
merupakan persediaan di masa hadapan.

Pada hari permulaan, saya bertolak pada pukul 10 pagi bersama peserta-
peserta lain. Sebelum itu kami telah membuat perbagai persediaan termasuk
alat-alatan serta barang-barang yang perlu untuk digunakan sepanjang program
tersebut. Setelah tiba di tapak program, saya berkumpul untuk mendengar
taklimat oleh saudara pengerusi program tentang aktiviti yang perlu dijalankan
supaya berjalan lebih lancar. . Aktiviti yang pertama dijalankan adalah
memasang khemah. Walaupun cuaca pada petang itu agak panas, namun ia
tidak menghalang saya untuk meneruskan aktiviti tersebut. Saya bersama
peserta lain saling bekerjasama untuk memasang khemah masing-masing serta
khemah pensyarah pengiring.

Aktiviti yang dijalankan ialah majlis perasmian dan membahagikan anak


angkat kepada keluarga angkat masing-masing. Saya dapat belajar tentang
bagaimana untuk menguruskan program bersama ahli komuniti setempat atau
masyarakat di situ. Saya juga dapati banyak faedah daripada majlis tersebut. Ini
kerana ia dapat memupuk kemahiran saya untuk berkomunikasi secara
berkesan dengan keluarga angkat saya yang baru saya kenal. saya juga
mendapat peluang untuk makan bersama keluarga angkat saya. Saya
mengambil kesempatan tersebut untuk berkenalan dengan lebih mendalam lagi
antara kami.

Selain itu, saya berkesempatan untuk berjalan-jalan dikawasan


berdekatan. Di situ saya dapat memerhatikan corak hidup mereka yang
majoritinya adalah bekerja sebagai nelayan. Ini memberi pengajaran kepada
saya tentang erti kesusahan ibubapa bagi menyara keluarga demi meningkatkan
taraf hidup masing-masing. Penduduk setempat di situ juga memberikan saya
banyak pengetahuan baru tentang flora dan fauna di kawasan tersebut. Banyak
ilmu yang beliau curahkan. Antaranya ialah nama tumbuh-tumbuhan dan juga
haiwan-haiwan dalam kawasan paya. Pengalaman yang cukup berharga ialah
saya dapat mengikut keluarga angkat untuk pergi menangkap ikan.

Disamping itu, saya juga dihidangkan dengan pengisian rohani yang


cukup baik untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mendatang. Saya dapat
beberapa maklumat serta semangat baru daripada penduduk disana tentang
realiti kehidupan terutamanya dalam dunia pendidikan masa kini. Beberapa
latihan dalam kumpulan juga telah dijalankan yang dipimpin oleh pensyarah
pembimbing. Secara tidak langsung ia dapat memantapkan lagi pengetahuan
serta pengalaman yang ada pada diri saya.

Sepanjang menjalani program ini, saya telah dapat mengenalpasti


kelemahan dan kelebihan saya. Dengan pelbagai aktiviti yang menguji minda
dan fizikal melalui kekangan masa serta cubaan dan dugaan, ia mampu memberi
saya suatu anjakan paradigma terhadap perubahan sikap. Saya cuba
memperbaiki dari semasa ke semasa dengan harapan saya dapat pengalaman
berguna seterusnya dapat merealisakannya di suatu masa nanti.
Akhir kata, secara keseluruhannya saya amat berpuas hati setelah
menjalani kursus BIG kerana di sana mengandungi banyak kebaikan yang
seharusnya ada pada guru pelatih. Saya akan sentiasa memastikan hubungan
diantara saya dan keluarga angkat saya sentiasa berkekalan sehingga akhir
hayat. Ini kerana komitmen yang ditunjukkan oleh mereka membuat saya terharu
dan menyedarkan saya betapa pentingnya erti kasih sayang dan tanggungjawab
terhadap keluarga sepanjang menjalani kehidupan. Saya berharap program ini
bukanlah penamat tetapi permulaan yang baik serta diteruskan pada masa yang
akan datang.

Disediakan oleh,

MOHD ZAILAN BIN AWANG SEMAN


4 PISMP PA 1

Você também pode gostar