Você está na página 1de 10

Asas Komputer

Komputer adalah mesin pemprosesan data yang memproses data2 yang


dimasukkan kepadanya (input) dan menukarnya kepada output atau maklumat
berguna.

Apa yang ada perlu fahami di sini adalah komputer terdiri daripada 3 unit asas

 unit input @ masukkan


 unit pemprosesan
 unit output @ keluaran

Latihan : Kenal pastikan unit2 ini pada komputer anda.

Binaan Komputer

Komputer terdiri daripada beberapa komponen asas dan dipekaya fitur dengan
pelbagai aksesori. Komponen asas adalah komponen wajib mesti ada untuk
komputer itu berfungsi, jika tidak komputer tidak dapat digunakan atau
dihidupkan. Aksesori pula adalah peranti (device) tambahan untuk menambah
keboleh fungsian pada komputer.
Terdapat juga aksesori kegunaan khas dalam bidang2 tertentu seperti CAM
(computer aided machine) yang digunakan dalam kejuruteraan,
spectrophotometer iaitu sebuah alat analisis dalam bidang sains, Gas-Liquid
chromatography (GLC) dan lain2 jenis kromatografi untuk tujuan analisis bahan
bagi tujuan sains, perubatan, forensik dll, dan lain2.

Menjejak Masalah Pada Komponen Asas

Sebelum anda dapat memperbaiki komputer anda sendiri, sekurang2nya anda


mesti mengenali komponen2 itu terutama komponen2 asas.

PSU

Power Supply Unit (PSU) adalah alat yang mengandungi transfomer yang
menurunkan arus elektrik rumah 240v kepada beberapa voltan dan arus bagi
kegunaan motherboard dan juga peranti2 dalaman lain. PSU adalah komponen
penting dan kritikal dalam komputer moden pada hari ini di mana kegagalan
membekalkan voltan serta arus yang mencukupi boleh menyebabkan masalah
ketidak stabilan pada komputer. Sebagai satu contoh biasa, komputer menjadi
tak stabil apabila peranti USB tertentu disambungkan atau bila banyak peranti
USB disambungkan ke PC atau semasa bermain games 3D dan lain2 lagi.
Ketakstabilan ini mungkin juga menyebabkan komputer dimatikan atau restart
sendiri.
Kegagalan PSU boleh disebabkan oleh

 Kegagalan untuk menampung bebanan peranti2 pada komputer, voltan


dan arus atau kuasa tidak mencukupi untuk menampung semua atau
sebilangan peranti bila ia digunakan. Masalah di sini kebanyakkan
dirujuk sebagai design failure, sama ada semasa mula komputer dibina
atau disebabkan upgrade dengan menambah pelbagai peranti tambahan
seperti menambah bilangan harddisk untuk RAID, DVD/CD/Blu-ray
drive dan juga kad grafik tanpa melihat semula had kuasa PSU yang ada.
Masalah ini mungkin serius bagi pengguna yang menggunakan PSU "cap
ayam" atau setaraf "cap ayam" seperti PowerLogic (soli!). Sila layari
laman web ini untuk membuat anggaran kuasa PSU yang patut digunakan
dengan beban peranti yang
ada, http://www.extreme.outervision.com/psucalculatorlite.jsp , http://ww
w.coolermaster.com/support/psu_calculator.php ATAU cari di enjin
carian dengan kata kunci "psu calculator".
 Kipas PSU yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan masalah
overheated (panas lampau) pada komponen dalam PSU. Habuk
berlebihan yang terenap pada kipas PSU boleh menyebabkan kegagalan
kipas PSU. Anda boleh baiki masalah ini dengan vakum habuk (awas!
tahan bilah kipas supaya tidak berpusing semasa vakum) dan gunakan
spray contact cleaner elektronik dan spray pada kipas (bahagian dalam
motor). Jika kipas PSU telah "jam", jika anda adalah ahli elektronik dan
tahu mengguna solder, anda boleh gantikan kipas itu sendiri. Sebaliknya,
lebih baik gantikan PSU itu sahaja.
 PSU kena kilat, fuse dalam PSU terbakar, tiada elektrik dapat dibekalkan
dan menyebabkan komputer tak dapat dihidupkan.

Motherboard

Adalah papan litar utama bagi komputer, ia menempatkan mikropemproses,


slot2 memori DIMM, slot2 PCI/PCI-e, pelbagai saluran USB/ eSTA / Firewire /
PS2 / HDMI dll, slot STA/IDE dan macam2. Biasanya rekabentuk motherboard
terdiri daripada 2 chipset Northbridge & SouthBridge, dan terdapat juga design
1 chipset (Northbridge & SouthBridge).

Sila rujuk buku manual motherboard anda untuk peta litar, dan mengenal pasti
jenis2 port/soket yang terdapat pada motherboard komputer anda.

Kerosakkan pada motherboard boleh jadi kritikal seperti komputer tidak dapat
dihidupkan, kuasa ada tetapi tidak boleh dihidupkan, bunyi amaran beep
berterusan dan sebagainya. Bagi masalah yang kurang serius, komputer boleh
digunakan hanya beberapa fungsian pada motherboard tidak dapat digunakan
seperti beberapa port USB. Atau boleh jadi masalah serius di mana komputer
boleh dihidupkan dan digunakan tetapi ia tak stabil, selalu crash, blue screen,
dan sering berlaku korupsi data walaupun harddisk tidak rosak atau agak baru.
Kerosakkan pada motherboard boleh disebabkan oleh macam2 faktor, faktor
terkena kilat boleh merosakkan komputer sama ada serius, tak serius atau
kritikal atau terus KO. Biasanya motherboard berjenama atau kualiti tinggi tak
mudah untuk rosak.

Adakalanya komputer yang dipasang sendiri atau PC klon dibina tidak


mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pengilang mikropemproses,
motherboard, memori dan PSU. Misalnya motherboard menyokong
mikropemroses di bawah 75watt, tetapi ia dipasang dengan mikro pemproses
berkuasa 80watt. Faktor overclocking juga boleh merosakkan motherboard dan
komponen lain. Jika anda berminat untuk overclocking dan menggunakannya
secara berterusan, pastikan motherboard anda sememangnya direka untuk
menyokong beban lebihan semasa overclocking. Motherboard murah atau
ekonomi biasanya tidak mesra overclocking. Overclocking juga memerlukan
anda cooler yang lebih baik atau sebaik mungkin.

Masalah ESD atau Electrostatic discharge, rata2 jarang dipedulikan oleh


jurusevis atau juruteknik komputer. (bukan semua, bukan pukul rata) Oleh
kerana komputer mempunyai banyak mikrocip atau litar sepadu, maka ia adalah
sensitif kepada elektrik statik dan boleh menyebabkan kerosakan padanya.
Motherboard, mikropemproses, memori DIMM, harddisk dan juga kad2
PCI/PCI-e add-on, semuanya mempunyai amaran ESD yang dikeluarkan oleh
pengilang komponen itu. Barangan ini biasanya dibungkus dalam plastik khas
anti statik. Oleh itu semasa memegang barangan ini, berhati2 jangan menyentuh
"contact point" kuprum (dll) yang tidak bersalut (permukaan logam terdedah).
Mungkin masalah ESD tidak begitu dipedulikan kerana elektrik statik jarang
terhasil dalam persekitaran tempatan dengan cuaca hujan-panas sepanjang
tahun. Bagaimana dengan bilik berhawa dingin dan berkarpet?

Bagaimana menenal pasti kerosakkan pada motherboard yang tidak jelas?

Motherboard yang rosak perlu digantikan dengan yang baru/lain. Ia memang tak
dapat diperbaiki. Motherboard terdiri daripada 4/6 layer PCB (berlapis),
binaannya kompleks dan sukar/mustahil untuk dibaiki dengan solder.

Mikropemproses
Mikropemproses adalah sejenis litar sepadu yang memuat ribuan atau jutaan
litar sepadu di dalamnya. Kebanyakkan fungsi komputer dikendalikan oleh
mikro pemproses CPU. Selain mikro pemproses CPU dalam komputer, chipset
northbridge / southbridge dan juga graaphic processing unit atau GPU juga
adalah mikro pemproses. Biasanya mikro pemproses susah untuk rosak kerana
ia dihasilkan dengan baik (kualiti tinggi) oleh pengilang. Kecuali jika pengguna
tidak ikut spesifikasi, salah guna atau disebabkan oleh punca tertentu seperti
kilat dan sebagainya.

Bagaimana mengenal pasti kerosakan yang mungkin disebabkan oleh mikro


pemproses di mana komputer tidak dapat dihidupkan atau berfungsi atau bunyi
beep berterusan semasa boot. Satu cara mudah adalah memasang mikro
pemproses itu pada komputer lain yang mempunyai soket yang sama dan spec
yang setara atau menyokong mikropemproses itu. Jika mikro pemproses itu
boleh digunakan pada komputer lain maka mikro pemproses itu mungkin tiada
mengalami apa2 kerosakan.
Anda boleh membuat analisis terperinci dengan menggunakan perisian utiliti
yang mengimbas motherboard, serta komponen2nya, mikro pemproses dan
sebagainya.

Masalah kegagalan mikro pemproses yang meyebabkan komputer dimatikan


sendiri atau restart semasa digunakan atau bila melarikan sesuatu program yang
berat atau mungkin juga blue screen pada Windows, ia mungkin bukan
disebabkan secara langsung oleh mikro pemproses itu sendiri. Sila semak suhu
mikro pemproses dan putaran kipas, pastikan ia ia dalam julat operasi normal.
Pastikan kipas atau cooler CPU berpusing dengan lancar, tidak berhabuk, dan
bersih. Jika kipas cooler CPU sudah rosak, gantikan cooler dengan yang baru.

Mikro pemproses yang rosak perlu diganti tetapi jika model yang setara sudah
sukar untuk diperoleh di pasaran. Anda mungkin perlu bina sistem baru atau
baru sepenuhnya dengan mikropemproses, motherboard dan memori baru jika
sistem tidak setara.

Memori DIMM

Biasanya komputer dibekalkan dengan utiliti memori tester dalam BIOS. Anda
boleh gunakan utiliti ini dengan enablekan ibasan memori terperinci dalam
CMOS setup. Apabila komputer dihidupkan, semasa CMOS boot up, utiliti ini
akan dilaksanakan dan jika terdapat ralat pada memori ia akan segera
dilaporkan. Anda boleh tukar dan gantikan DIMM yang rosak dengan DIMM
yang baru/lain.
Terdapat juga perisian utiliti khas untuk menguji / mengimbas memori. Perisian
ini akan membuat imbas memori secara lebih terperinci dengan pelbagai corak.
Ada kalanya, ujian memori tester BIOS ok, tetapi bila detail analysis dengan
perisian memori tester, terdapat kecacatan pada blok kecil memori.

Adalah satu langkah yang baik untuk menguji DIMM baru yang dipasang pada
motherboard. Ada beberapa jenama atau model DIMM memori yang
mempunyai jaminan sepanjang hayat, jika kerosakan ini adalah disebabkan oleh
pengilang mereka boleh mengantikan DIMM itu dengan yang baru tanpa
bayaran.

Satu lagi masalah pada DIMM memori, kadang kala DIMM itu tidak rosak
tetapi ia tidak dikesan oleh BIOS semasa Bootup dan kehadiran DIMM memori
itu tidak kelihatan dalam saiz memori. Masalah ini mungkin berpunca daripada
contact point (pin logam) yang kusam atau berkarat antara pin2 DIMM dengan
soket DIMM pada motherboard. Gunakan getah pemadam pensil biasa (jenis
lembut bukan liat) dan gosok pada pin2 contact point DIMM seperti anda
memadam tulisan pensel pada kertas. Hingga karat kusam itu hilang dan
permukaan pin2 itu agak berkilat kembali (kuning keemasan). Pastikan anda
tidak menyentuh mana2 permukaan logam yang terdedah atau contact poin pada
DIMM atau anda mungkin akan memusnahkan terus DIMM itu secara ESD.

Harddisk

Kerosakan pada harddisk mudah dikesan sama ada dengan status S.M.A.R.T.
nya, kehadiran bad sector dan pertambahan bad sector, harddisk mula berbunyi
kasar atau tersangkut-sangkut. Anda juga boleh gunakan perisian harddisk
monitoring untuk memantau status harddisk sepanjang masa. Anda juga boleh
enablekan status S.M.A.R.T. dalam CMOS setup (jika disokong dalam BIOS)
untuk tujuan ini.
Apabila tanda2 hayat harddisk hampir sampai ke penghujungnya, anda perlu
bersiap-siap segera mendapatkan harddisk baru, membuat pemindahan data atau
backup data ke DVD. Kehilangan data pada harddisk yang rosak amat
memeritkan terutama kepada mereka yang berkerja bersama komputer.

Kad Grafik

Kad Grafik atau grafik pada motherboard, sekurang-kurangnya salah satu


diperlukan bagi membolehkan paparan pada skrin monitor/LCD. Kad grafik
moden pada hari ini dibina dengan mikro pemproses grafik GPU. Masalah yang
mungkin tentang kad grafik adalah isu voltan/arus sumber yang tidak
mencukupi, kegagalan kipas kad grafik atau habuk berlebihan pada cooler GPU.

Kad grafik moden pada hari ini boleh dilarikan bersiri seperti multi pemproses
CPU, Nvidia SLI atau ATi Crossfire. Tujuannya adalah sama konsep seperti
CPU multi pemproses.
Semakkan menentu suatu kad grafik itu rosak atau tidak boleh ditentukan
dengan memasang pada komputer lain yang memenuhi spesifikasi yang
diperlukan oleh kad grafik itu.

Jika motherboard mempunyai grafik on board, anda boleh uji adakah terdapat
paparan skrin jika menggunakan grafik on-board. Masalah perubahan setting
paparan sama ada grafik on-board atau slot PCI-e/AGP juga boleh
menyebabkan paparan skrin tidak muncul. Bagi sistem Nvidia SLI atau ATI
Crossfire, masalah konflik ini mungkin tidak berlaku kerana beberapa kad
grafik boleh dilarikan sesiri/selari.

Perisian Tester

Terdapat beberapa perisian sama ada freeware, shareware atau retail bagi tujuan
menguji hardware secara intensif. Apabila hardware diuji secara aggresif,
kestabilan hardware itu dapat dikenal pasti.

Memory Tester Software : DocMemory, memtest86,atau


lihat http://pcsupport.about.com/od/toolsofthetrade/tp/memorytest.htm