Você está na página 1de 22

1.

0 PENGENALAN
1.1 PROFIL SYARIKAT

Nama syarikat ialah Star Media Group Berhad, merupakan sebuah syarikat awam
berhad. Ibu pejabat Star Media Group Berhad terletak di Menara Star, No. 15
Jalan 16/11, 46350 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Surat Khabar Harian yang pertama diperkenalkan pada 9 September 1971
sebagai surat khabar bagi kawasan Penang. The STAR menjadi pengedaran surat
khabar kepada seluruh Malaysia pada 3 Januari 1976 apabila menubuhkan pejabat
di Kuala Lumpur. Pada tahun 1978, ibu pejabat The Star terletak di Kuala
Lumpur. Pada tahun 1981, ibu pejabat The Star telah berpindah dari Kuala
Lumpur ke Petaling Jaya untuk menampung peningkatan jumlah kakitangan dan
peranti teknologi. Pada tahun 1987, The Star adalah salah satu penerbitan surat
akhbar yang lesennya ditarik balik dalam Operasi Lalang. Ia meneruskan
penerbitan lima bulan setelah bulan Mac 1988, tetapi selepas kembali, The Star
kehilangan 'rasa liberal' sebelumnya. Ia adalah surat khabar Malaysia pertama
yang boleh dirujukkan secara atas talian.
The Star merupakan akhbar harian berbahasa Inggeris di Malaysia yang
terkenal sebagai surat khabar Bahasa Inggeris yang terbesar di Malaysia dari segi
jumlah pembaca, iaitu kira-kira 290,000-300,000 pembaca, menurut Audit Bureau
of Circulations, The Star ialah ahli Asia News Network. Saham majoriti The Star
dimiliki oleh Persatuan Cina Malaysia (MCA), parti komponen kedua terbesar
dalam Barisan Nasional. Saingannya ialah New Straits Times, dan The Sun.
1.2 SENARAI ANAK SYARIKAT/ SUBSIDIARIES

Bil Nama anak syarikat/ subsidiaries bagi The Star Media Group Berhad

1 Li TV Holdings Limited

2 CNM Events Marketing Sdn Bhd.

3 Star MediaWorks Sdn Bhd

4 701Panduan Sdn Bhd

5 Star RFM Sdn Bhd

6 Star Publication (singapore) Pte. Ltd

7 Star Commercial Publications Sdn Bhd

8 Laviani Pte. Ltd.

9 StarProperty Sdn. Bhd.

10 Asian Center For Media Studies Sdn. Bhd

11 Leaderonomics Sdn Bhd

12 Excel Education Pty Ltd.

13 I.Star Ideas Factory Sdn. Bhd.

14 Star Papyrus Printing Sdn. Bhd


1.3 PRODUK

1. CETAKAN

2. TELEVISYEN

3. RADIO

4. DIGITAL & OTT


1.5 PASUKAN PENGURUSAN
1.5.1 SENARAI PASUKAN PENGURUSAN

DATUK SERI WONG CHUN WAI DATUK CALVIN KAN KING SEONG

PENGARAH URUSAN KUMPULAN KETUA PEGAWAI OPERASI


KUMPULAN, CETAK
&
KETUA EKSEKUTIF

DATUK LEANNE GOH LEE YEN RAGESH RAJENDRAN

KETUA EDITOR KETUA PEGAWAI KEWANGAN


KUMPULAN
JUNE WONG HAR LENG
LIN BEE LENG
KETUA PEMBANGUNAN
KETUA PEGAWAI HASIL
KANDUNGAN

ROY TAN KONG WENG


TERENCE RAJ D. JOHN
KETUA PEGAWAI OPERASI JAGANATHAN
KUMPULAN, DIGITAL / KETUA
PEGAWAI EKSEKUTIF STAR MEDIA PENGURUS AM,
RADIO GROUP/ KETUA PEGAWAI SUMBER MANUSIA
EKSEKUTIF LITV ASIA SDN BHD
1.5.2 PROFIL PENGURUS KEWANGAN

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan,


Star Media Group Berhad
RAGESH RAJENDRAN , 50 Tahun
IBU PEJABAT KORPORAT
Menara Star Telefon: 60 3 7967 1388
Petaling Jaya, Fax: 60 3 7954 1606
46350 Selangor
Malaysia

PENDIDIKAN  Mempunyai Master of Business Administrator (MBA) di RMIT


University, Australia.
 Merupakan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA), dan
juga Chartered Institute of Management Accountants (CIMA)
PENGALAMAN Nov 1989 –  Eksekutif Akaun di Tradium Group of
KERJAYA Mac 1993 Companies sebagai pada bulan November 1989
 Akauntan Kumpulan di Tradium Group of
Companies
Mac 1993 –  Akauntan Bersekutu Kanan di Esso
Dis 1997 Companies, Malaysia.
Dis 1997 -  Akauntan Pengurusan Syarikat Star Media
Kini Group Berhad pada bulan Disember 1997
 Pengurus Kewangan dan Ketua Jabatan
Kewangan pada Disember 2007
 Pengurus Kanan, Kewangan pada Januari 2009
 Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Star
Media Group Berhad sejak 01 April 2011
2.0 OBJEKTIF PENGURUSAN KEWANGAN
2.1 OBJEKTIF PENGURUSAN KEWANGAN

Objektif pengurusan kewangan adalah untuk memaksimumkan kekayaan


pemegang saham dengan memaksimumkan nilai pasaran (harga) saham. Objektif
pengurusan kewangan merupakan matlamat penting kerana mereka ini adalah pemilik
syarikat dan mempunyai hak untuk melantik bagi mengurus syarikat.

Memaksimumkan keuntungan bukan objektif pengurusan kewangan bagi


sesebuah syarikat kerana matlamat pengurusan kewangan adalah lebih menyeluruh
yang merangkumi pelbagai aspek iaitu matlamat jangka panjang, mengambil kira nilai
mata wang, dan mengambil kira risiko.

Bagi memaksimumkan harga saham, pihak pengurusan kewangan di syarikat


perlu membuat pinjaman tambahan untuk meluaskan operasi dan membuat pelaburan
tambahan untuk meluaskan operasi dan membuat pelaburan tambahan untuk meluaskan
pasaran. Selain itu, pihak pengurusan juga boleh mengurangkan jualan secara hutang
bagi mengelakkan perniagaan menghadapi masalah modal pusingan serta
mengurangkan kemerosotan tunai bagi membolehkan untung dapat dijana dengan baik.

Bagi Syarikat Star Media Group, objektif syarikat tersebut adalah untuk
menjadi kumpulan media dan digital yang paling hebat dan berjaya. Dalam masa yang
sama, menurut pengerusi Syarikat Star Media Group, iaitu Dato Fu Ah Kiow,
pengurusan kewangan syarikat Star Media Group juga berusaha untuk melaksanakan
pelbagai langkah pemotongan kos untuk meningkatkan lagi pendapatan dan juga nilai
pemegang saham. Mereka juga meneruskan untuk mencari peluang pelaburan baharu
dalam kedua-dua segmen media dan juga segmen bukan-media.
2.2 HARGA SAHAM
 Nilai Par Saham bagi Syarikat Star Media Group adalah sebanyak, RM1.00.

 Pantauan Harga Saham Syarikat Star Media Group Berhad Selama Seminggu
(Closing Price)

HARI TARIKH HARGA SAHAM (RM)


Isnin 23 Julai 2018 1.17
Selasa 24 Julai 2018 1.20
Rabu 25 Julai 2018 1.20
Khamis 26 Julai 2018 1.20
Jumaat 27 Julai 2018 1.21

Berikut merupakan graf garis lurus yang menunjukkan harga saham Syarikat Star
Media Group Berhad selama seminggu (Closing Date) :-

Harga Saham Selama Seminggu ( Closing Price)


1.22

1.21
Harga Saham (RM)

1.2

1.19

1.18

1.17

1.16

1.15

Tarikh
2.3 PURATA HARGA SAHAM

Purata Harga Saham

Jumlah Harga Saham Seminggu


= 5 Hari

RM1.17+RM1.20+RM1.20+RM1.20+RM1.21
=
5 Hari

= RM1.196

2.4 RUMUSAN

Setelah harga saham Syarikat Star Media Group dipantau selama 5 hari didapati
bahawa, mengikut closing price, trend harga saham Syarikat Star Media Group adalah
semakin meningkat. Iaitu pada 23 Julai 2018 sebanyak RM1.17, 24 Julai 2018 sehingga
26 Julai 2018 sebanyak RM1.20,dan pada 27 Julai 2018, harga sahamnya adalah
RM1.21.

Selama 5 hari, didapati purata harga saham bagi Syarikat Star Media Group adalah
sebanyak RM1.196. Terdapat peningkatan dari harga par saham Syarikat Star Media
kepada purata harga saham, iaitu dari RM1.00 kepada RM1.196, sebanyak 0.2%. Salah
satu faktor peningkatan harga saham ialah permintaan pasaran. Hal ini kerana prestasi
Syarikat Star Media Group
3.0 PELABURAN

Pelaburan adalah satu bentuk penggunaan wang untuk membeli sesuatu aset sama ada
aset hakiki atau aset kewangan dengan menjangkakan atau mengharapkan bahawa aset
yang dibeli itu akan menghasilkan pulangan atau pendapatan semasa dan nilainya
dijangka akan meningkat dan memberikan keuntungan pada masa hadapan, selepas
mengambil kira risiko-risiko yang mungkin dihadapi. Mengikut takrif tersebut, yang
dimaksudkan dengan aset hakiki ialah harta yang wujud secara fizikal dan mudah
dinilai harganya, seperti rumah, kilang dan sebagainya. Aset hakiki ini boleh digunakan
oleh pemilik untuk kegunaan peribadi atau digunakan untuk mendapatkan hasil dari
penggunaan seperti penyewaan dan sebagainya. Sementara aset kewangan pula
ialah sekeping dokumen yang kewujudan fizikalnya tidak boleh menggambarkan
nilainya yang sebenar sebagai contoh Sijil-Sijil Saham, Bon dan Sijil Premium.

Aset ialah harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan
untuk menjalankan aktivit sesebuah perniagaan. Aset terbahagi kepada dua jenis iaitu
Aset Semasa dan Aset Bukan Semasa.

Aset Bukan Semasa (Aset Tetap) merupakan harta yang digunakan untuk
menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan jualan semula aset yang tahan lama
dan kekal untuk beberapa tempoh perniagaan. Contohnya mesin, perabot, kenderaan,
premis dan lengkapan/lekapan.

Aset Semasa adalah harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu
tempoh perakaunan. Aset ini juga boleh bertukaar menjadi wang tunai dalam tempoh
yang cepat atau digunakan dalam satu tempoh perakaunan. Contohnya stok akhir,
penghutang, bank, tunai, hasil belum terima dan belanja terdahulu.
3.1 JUMLAH ASET SYARIKAT BAGI TAHUN 2016 DAN 2017
3.2 PELABURAN SYARIKAT BAGI 2 TAHUN BERAKHIR
3.3 PERBANDINGAN JUMLAH ASET SYARIKAT BAGI 2 TAHUN BERAKHIR

JUMLAH ASET LEBIHAN /


ASET 2016 2017 KURANGAN % CATATAN
(RM‘000) (RM’000) (RM’000)
Aset
Semasa 776,032 628,260 (147,772) 19.04% penurunan

Aset Bukan
Semasa 873,369 524,924 (348,445) 39.99% penurunan

Jumlah
Aset 1,649,401 1,153,184 (496,217) 30.08% penurunan

3.4 RUMUSAN

Jumlah aset Star Media Group Berhad pada tahun 2016 ialah RM 1,649,401, manakala
jumlah aset pada tahun 2017 ialah RM 1,153,184. Jumlah aset syarikat ini telah
berkurang sebanyak RM 496,217. Jika rujuk kepada jadual di atas, aset Star Media
Group Berhad berkurang sebanyak 30.08% disebabkan oleh
4.0
5.0 PEMBIAYAAN (LIABILITI)

Definisi liabiliti adalah tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang
perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau perkhidmatan. Liabiliti terbahagi
kepada dua jenis iaitu liabiliti bukan semasa dan liabiliti semasa.

Liabiliti bukan semasa merupakan tanggungan hutang yang perlu dibayar


balik dalam tempoh masa yang lebih panjang iaitu lebih daripada satu tahun.
Contohnya pinjaman bank dan gadai janji.

Liabiliti semasa adalah tanggungan hutang yang boleh dijelaskan dalam


jangka masa pendek iaitu dalam satu tempoh perakaunan atau setahun. Contohnya
pemiutang, overdraf bank, belanja terakru, hasil terdahulu.

Liabiliti merupakan sumber pembiayaan bagi Star Media Group Berhad


kerana pengurus kewangan mendapatkan dana perniagaan dengan memilih sumber
pembiayaan yang sesuai agar dapat meluaskan perniagaan. Oleh itu, pengurus
kewangan Ragesh Rajendran akan menentukan campuran terbaik pembiayaan antara
jangka pendek dan jangka panjang. Seterusnya, beliau memilih sumber kewangan
yang terbaik dari aspek meminimumkan kos dan meningkatkan harga saham.
5.1 Senarai jumlah liabiliti syarikat bagi tahun 2016 dan 2017

Jumlah liabiliti bukan semasa bagi Star Media Group Berhad pada tahun 2016
ialah RM 155,905,000 manakala pada tahun 2017, jumlah liabiliti bukan semasa telah
berkurang kepada RM 27,489,000. Jumlah liabiliti semasa Star Media Group Berhad
pula berkurang , iaitu RM 255,214,000 pada tahun 2016 kepada RM 250,422,000
pada tahun 2017.
5.2 Perbandingan jumlah liabiliti syarikat bagi tahun 2016 dan 2017

Liabiliti Jumlah Jumlah Lebihan/ % Catatan


liabiliti liabiliti Kurangan
2016 2017
(RM ’000)
(RM ’000) (RM ’000)

Liabiliti 255,214 250,422 (4792) 1.88 (-)


Semasa
Penurunan

Liabiliti 155,905 27,489 (128,416) 82.37 (-)


Bukan
Semasa Penurunan

Jumlah 411,119 277,911 (133,208) 32.4 (-)


Liabiliti
Penurunan

5.3 Rumusan

Secara umumnya, Pengurus kewangan Star Media Group Berhad, Ragesh


Rajendran membantu dalam membuat keputusan pembiayaan. Beliau menentukan
sumber dana perniagaan dengan memilih sumber pembiayaan.

Keputusan pembiayaan menentukan campuran terbaik pembiayaan antara


jangka pendek dan jangka panjang. Begitu juga dengan pembiayaan berbentuk
pinjaman atau ekuiti. Pengurus kawangan memilih sumber kewangan yang terbaik
untuk meminimumkan kos dan meningkatkan harga saham.

Jumlah liabiliti Star Media Group Berhad pada tahun 2016 ialah RM 411,119
manakala jumlah liabiliti pada tahun 2017 ialah RM 277,911. Jumlah liabiliti syarikat
ini telah berkurang sebanyak RM 133,208. Jika rujuk kepada jadual di atas, liabiliti
Star Media Group Berhad berkurang sebanyak 32.4% disebabkan oleh syarikat telah
menjelaskan sebahagian besar pinjaman syarikat dan liabiliti cukai tertunda berkurang
pada tahun 2017.
Sumber Rujukan:
LAMPIRAN
Star Media Group Berhad
Penyata Pendapatan pada bulan akhir 31 Dec 2017
Star Media Group Berhad
Kunci Kira-Kira pada tarikh 31 Dec 2017

Você também pode gostar