Você está na página 1de 6

Task 1

1)Apakah maksudnya ‘Pelan tidak berguna, tetapi perancangan sangat


diperlukan’?

Jeneral Dwight D. Eisenhower (1890-1969) adalah Panglima Angkatan Bersekutu


di Eropah semasa Perang Dunia Kedua dan kemudian berkhidmat sebagai Presiden
dua tahun di Amerika Syarikat. Beliau bertanggungjawab untuk mengawasi
pencerobohan Eropah dan perancangan ‘D-Day’. ‘D-Day’ adalah penamaan tradisi
yang digunakan untuk operasi ketenteraan atau pencerobohan penting, menurut
Muzium Kebangsaan Perang Dunia ke-2. Beliau menyatakan “dalam persiapan
untuk pertempuran, saya selalu mendapati bahawa rancangan / pelan tidak
berguna, tetapi perancangan sangat diperlukan”.

Di dalam konteks pembelajaran ilmu, walaupun pelan telah dibuat dengan niat
baik, sering juga berakhir tidak bernilai pada catatan di atas kertas. Maksud lain,
Nilai pelan terletak pada perbuatan dan usaha perancangan. Dengan berbuat
demikian, kita akan dapat memahami klien, matlamat dan objektif projek serta
kebolehan pasukan kita sendiri. Perancangan menggalakkan kesedaran situasi
melalui pembelajaran dan perbincangan kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman
dan strategi yang fleksibel. Pelan yang baik adalah menetapkan Visi dengan
Matlamat dan Objektif sokongan, dan memberikan konteks serta panduan arah
supaya pasukan dapat maju dan disokong tanpa mempunyai konfilik dalaman
sesama mereka.

Kejayaan projek jarang dikaitkan dengan plan yang tepat, ia lebih kerap hasil
ketangkasan, apabila pasukan menyedari maksud dan visi keseluruhan projek, dan
diberi kuasa untuk membuat keputusan terbaik berdasarkan keadaan semasa.
Ketangkasan ini memerlukan pasukan untuk sentiasa merancang, menilai dan
merancang semula.

2) Bagaimanakah ‘pelan’ dan ‘perancangan’ berbeza?

Sama ada ketika memulakan perniagaan atau ketika mengurus kerjaya, apabila
dalam perjalanan menuju ke-arah destinasi, maka rancangan tersebut akan
kelihatan seperti di lampiran A.

Lampiran A

Matlamat anda adalah jelas dan laluannya juga jelas. Apa yang hanya perlu
dilakukan adalah mengikuti rancangan / pelan iaitu untuk berjalan kearah
menuruni jalan.

Tetapi apabila kita benar-benar memulakan perniagaan dan ingin mengoptimakan


kerjaya kita, maka laluan itu sebenarnya kelihatan seperti di lampiran B.

Lampiran B
Pada hakikatnya, kebanyakkan rancangan / pelan akan menjadi tidak berguna
apabila ia dilaksanakan. Walaubagaimanapun, masih ada nilai dalam pelan
asalnya. Pelan asal mentakrifkan Matlamat atau Hasil yang kita inginkan
(Perancangan). Itulah bahagian terpenting pelan asal, bahawa destinasi itu jelas,
iaitu matlamat telah dirancang dan berada atas perjalanan ketika peringkat awal
laluan jalan itu tadi.

Apabila memandang lampiran B, adakah anda melihat hanya orang yang ramai dan
menyekat jalan/laluan atau adakah anda melihat kepada jarak untuk melihat
bangunan iaitu destinasi?

Pada anggapan saya, melihat pada bangunan itu dan tertanya-tanya bagaimana
untuk sampai ke destinasi, adalah jauh lebih memberi inspirasi, daripada hanya
melihat orang ramai dan tertanya-tanya bagaimana anda boleh meneruskan
perjalanan.

Begitu juga dengan perniagaan atau kerjaya, begitu juga dengan pelan dan
perancangan.

Kita sering kehilangan destinasi (perancangan) dan hanya dapat melihat orang
yang datang dari semua arah. Kita hanya melihat halangan.

Dalam situasi lampiran B, memandang ke-atas dan memandang ke-hadapan,


halangan-halangan itu nampaknya akan menjadi kurang menakutkan.

Dengan mata yang fokus, mula merancang sambil ‘berjalan’ dan mula merancang
untuk maju ke-hadapan. Belajarlah untuk menjadi fleksibel. Belajar cara untuk
menjangka; menjangka sesuatu yang mana pada pelan asalnya mungkin tidak
membantu.
Adakah anda perlu bergerak ke kiri atau kekanan lelaki yang memakai topi besbol?
Bagaimana pula lelaki dengan cermin mata hitam? Atau mungkin ada laluan yang
berbeza daripada laluan ini?

Set-kan pelan-minda serta pelan tindakan. Kemudian lakukan perkara yang sama
untuk perniagaan atau kerjaya anda. Rancangan / pelan, anda akan lihat, tidak ada
apa-apa. Perancangan adalah semuanya. ‘The plan is nothing, planning is
everything’.

3) Adakah segala-galanya yang kita lakukan boleh mengikut pelan?

Tidak semestinya boleh mengikut pelan, tetapi ya .. boleh …

Prinsip asasnya, menghasilkan sesuatu rancangan / pelan adalah menerangkan


bagaimana kita ingin melakukan sesuatu. Pelan boleh berlaku di luar jangkaan kita,
sekiranya ini berlaku maka perlulah mengubah rancangan. Fleksibiliti adalah
kritikal, tetapi pelan perlu dirancang dengan teliti. Ini akan menjadikan rancangan
itu mudah untuk disesuaikan dengan senario baru.

Saya mendapati, bahawa prinsip ini berfungsi dengan baik dalam kehidupan,
perniagaan dan pembangunan kerjaya. Mulakan dengan pelan berdasarkan dengan
apa yang anda ingin capai dan bila perlu diselesaikan. Apabila keadaan berubah
daripada apa yang diharapkan, anda akan berada dalam kedudukan yang baik
untuk:

1. Menyesuaikan pelan anda untuk mencapai hasil yang diiginkan dengan


keadaan yang baru yang telah dimasukkan dalam proses tersebut, atau
2. Memutuskan anda perlu mengubah arah dan menuju ke arah matlamat yang
berbeza.
Sekiranya memilih pilihan yang kedua, anda faham akan situasi semasa anda dan
bagaimana anda sampai ke destinasi tersebut. Anda juga tahu apa alat yang telah
digunakan untuk menerapkan objektif baru.

Selain itu, pendekatan pelan ke arah perancangan ini memberikan anda fleksibiliti
untuk memasukkan idea-idea baru yang berlaku semasa proses tersebut. Pasukan
anda sentiasa bersedia untuk mengubah suai rancangan untuk membuat tindak-bals
yang terbaik terhadap keadaan yang tidak dijangka. Ia mengimbangi
kebarangkalian yang tinggi untuk mencapai hasil yang dijangkakan dengan
fleksibiliti untuk menangani masalah dan untuk merangkul spontan kreatif
sepanjang jalan.

4) Apa yang anda lakukan jika perancangan anda salah?

Saya adalah seorang perancang. Saya selalu menjadi perancang dalam kehidupan
peribadi saya, saya juga telah mengenal-pasti kecenderungan meng-organisasi
semenjak remaja lagi. Ia memberi bayangan bahawa saya boleh mencapai lebih
banyak daripada apa yang saya mahu dengan membuat rancangan yang baik.

Tidak semua orang suka merancang. Saya tertarik dengan sikap segelintir orang
terhadap membuat perancangan yang disangka tidak fleksibel atau tudak
mendatangkan hasil.

Apabila bercakap dengan rakan-rakan tentang nilai yang ada dalam membuat
perancangan, teguran yang saya terima adalah:

1. ‘merancang setiap perkara dalam hari anda, adalah seumpama menyekat diri
daripada sebarang spontan atau kreativiti’.
2. ‘anda tidak mungkin dapat meramalkan segala-galanya akan berlaku, jadi
bagaimana anda boleh merancang dengan berkesan’?
3. ‘bercakap tentang penjadualan setiap aspek harian anda, itu adalah dikira
sangat melampau’.

Saya bersetuju dengan perkara-perkara ini, tetapi saya memudahkan dengan


menjelaskan bagaimana perancangan adalah penting. Oleh itu, saya mengulangi
petikan dari bekas Presiden Amerika Syarikat dan Jeneral Tentera Darat, kerana
perancangan untuk peperangan (menuntut ilmu), adalah kemungkinan suatu
senario yang ekstrem yang tidak dapat dijangkakan (unpredictable).

Você também pode gostar