Você está na página 1de 2

Kata Penegas

Kata penegas ialah perkataan yang digunakan untuk memberikan penekanan atau
menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.
Contoh
- kah - lah - tah Jua
Juga Sahaja Hanya Memang
Lagi Pun cuma
Contoh ayat
Itulah rumah saya.
Pernahkah awak makan sup daging arnab ?
Apatah dayaku untuk menolongnya.
Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.
Hanya Kamal yang belum bayar yuran.
Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.

Kata Bantu

Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau
ragam yang berkaitan dengan perbuatan.
Contoh
Akan Belum Masih
Telah Sudah Harus
Boleh Dapat Hendak
Mesti Patut Pernah
sedang
1. Kereta api dari utara telah sampai.
2. Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara.
3. Adik Rahimah belum tahu berjalan.
4. Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.
5. Encik Borhan hendak pergi memancing esok.
Kata arah

Kata arah ialah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi nama.
Kata arah digunakan untuk menunjuk arah.
Contoh
Atas Bawah Tepi Antara
Hadapan Utara Sisi Luar
Semua hidang itu diletakkan di atas meja.
Kucing Siam itu tidur di bawah pokok.
Anjing liar itu masuk ke dalam semak setelah dihalau oleh ayah.

Amely menghadiahi seutas jam tangan kepada suaminya.

Amely menghadiahkan Ali seutas jam tangan.

Você também pode gostar