Você está na página 1de 5

Angiospermae Perbezaan gimnospermae

Tertutup Biji Benih Terbuka

Bunga sejati Bunga Strobilus

Batang angiospermae ada Batang Semua tumbuhan gymnospermae


yang berkambium dan mengandungi batang berkambium
berkayu, ada juga yang tidak. dan berkayu.
Rata Daun Sempit

Tumbuh mengikut musim Kitaran hidupan musim Semua tumbuhan gymnospermae


adalah malar hijau.
Serangga, haiwan pendebungaan angin

Persenyawaan ganda dua Persenyawaan Persenyawaan tunggal

Bunga Alat pembiakan Strobilus ( kon jantan dan betina)

Ya Kehadiran ovari Tidak

Ya Kehadiran buah Tidak

Bunga raya, bunga matahari, Contoh Cycas, Pinus, Zamia


pokok durian
Persamaan

Kedua-dua tumbuhan berupaya menghasilkan biji

Kedua-duanya merupakan tumbuhan antophyta (Tumbuhan berbunga)

Kedua-duanya mempunyai xylem dan floem

Kedua-duanya mempunyai akar, batang dan daun sejati

1)
2)
Apakah tumbuhan angiosperma dan gimnosperma yang telah anda pilih? Kenapa
anda memilih tumbuhan tersebut? Apakah morfologi mereka?
Tumbuhan angiosperma yang telah saya pilih ialah bunga raya (hibiscus rosa-
sinensis). Saya memilih bunga raya kerana ia merupakan salah satu bunga sejati. Bunga
raya juga merupakan suatu jenis tumbuhan yang mempunyai biji yang tertutup. Biji pokok
bunga raya ditutup oleh bunganya. Dalam bunga raya, terdapat organ pembiakan jantan
dan organ pembiakan betina. Organ pembiakan jantan bunga raya ialah stamen yang terdiri
daripada anter dan filamen. Organ pembiakan betina bunga raya terdiri stigma, stil, ovari
dan ovule. Selain itu, bunga raya juga merupakan salah satu jenis dikotil. Ia mempunyai urat
daun jaringan, batang berkayu dan berkambium dan akar tunjang.
Morfologi bunga raya yang telah kaji adalah ia merupakan suatu bunga tunggal yang
berbentuk trompet dengan diameter kira-kira 6 hingga 20 cm. Setiap bunga raya terdiri dari
5 helai petal. Petal merupakan lingkaran kedua dalam lingkaran sepal, dan berfungsi untuk
menarik permerhatian serangga dan haiwan supaya proses pendebungaan dapat berlaku.
Gabungan petal membentuk korola. Maka, korola bunga raya mempunyai warna yang
menarik seperti merah, putih , kuning dan biru, yang bergantung kepada jenis spesies yang
diwarisi. Setiap bunga raya akan dilindungi oleh sepal yang berwarna hijau. Selain itu,
bunga raya mempunyai satu stil yang panjang. Terdapat 5 stigma dan berpuluh-puluh
filamen berada pada stil. Stigma adalah organ pembiakan betina manakala filamen adalah
organ pembiakan jantan. Batang tanaman bunga raya berbentuk bulat, berkayu dan keras.
Diameter batang berukuran 9 cm . Daun bunga raya adalah daun tunggal. Panjang daun
kira-kira 10 hingga 16 cm dan lebarnya 5 hingga 11 cm. Akar bunga raya adalah akar
tunjang dengan panjang 30 hingga 60 cm yang berwarna coklat muda.

Tumbuhan gimnosperma yang telah saya pilih ialah Pokok pine Pinus ponderosa.
Saya memilih pokok pine kerana ia tidak berbunga seperti bunga sejati manakala berbentuk
kon. Maksudnya, biji pokok pine tidak tertutup oleh bunga yang seperti pokok bunga raya.
Bijinya adalah terbuka dan terdapat di luas permukaan. Alat pembiakan pokok pine ialah
strobilus.

Morfologi pokok pine mudah kita fahami di mana kita akan melihat batangnya yang
besar, lurus, berjalur dan mempunyai warna kelabu coklat dengan kulit yang tebal. Selain
itu, pokok pine mempunyai daun yang keras seperti jarum yang tajam. Daunnya berwarna
hijau. Pokok ini mempunyai ketinggian antara 120 kaki hingga 450 kaki. Pokok pine
mempunyai akar yang berjenis tunjang dan bunganya berupa strobilus (kon).

Berbentuk

kon
3) Kenapa pendebungaan bagi tumbuhan angiosperma adalah melalui haiwan
dan serangga manakala pendebungaan bagi tumbuhan gimnosperma adalah
melalui angin ?
Pendebungaan ialah satu proses pemindahan butir debunga daripada anter ke
stigma. Bagi berlakunya pendebungaan, ada agen pendebugaan yang memainkan peranan.
Yang paling utama ialah serangga dan angin. Agen pendebungaan yang lain adalah haiwan
dan air.

Agen pendebungaan bagi bunga raya melalui serangga. Hal ini demikian kerana ia
mempunyai bunga besar yang cukup menarik perhatian serangga. Selain itu, ia mempunyai
ranggi berwarna terang seperti merah, biru dan kuning, ini memudahkan pendebungaan
serangga berlaku. Selain itu, bunga raya mempunyai stil yang panjang. Maka, anter dan
stigma berada pada kedudukan yang mudah disetuh oleh serangga. Di samping itu, butir
debunga bunga raya bersifat kasar dan melekit supaya mudah melekat pada serangga.
Apabila debunga melekit pada kaki serangga dan serangga sentuh lagi stigma bunga raya,
pendebugaan berlaku. Tidak hanya sedemikian, kedudukan stigma bagi bunga raya juga
berada pada kedudukan yang mudah bersentuh dengan serangga, melekit dan berbentuk
bercuping.

Agen pendebungaan bagi pokok pine adalah angin. Hal ini demikian ia tidak
mempunyai ciri yang seperti bunga raya seperti bunga besar, warna bunga yang menarik,
berbau, anther yang mudah melekit. Ciri-ciri tumbuhan pokok pine menentukkan agen
pendebugaannya. Ciri-ciri pokok pine ialah mempunyai kon yang banyak, kecil, kering dan
ringan. Ini memudahkan kon pokok pine dibawa keluar melalui tiupan angin. Selain itu, biji
benih pokok pine adalah terbuka dan tidak memerlukan serangga yang memindah debunga
dari anter ke stigma. Apabila ia jatuh ke tanah, ia akan bercambah. Maka, agen
pendebungaan pokok pine adalah angin.

Dalam eksperimen ini, ahli kumpulan menunjukkan kerja pasukan. kami mengagihan
kerja supaya semua ahli terlibat diri dalam eksperimen ini secara adil. Sebagai contoh, saya
menolong. Liew Pui Lim juga mencari tumbuhan untuk gimnosperma iaitu pokok pine Pinus
ponderosa. Lai chaun Kiat dan Winnie Ong Huini diberi tugas mengambil gambar untuk
Hibiscue rosa-sinensis dan pokok pine Pinus ponderosa. Kami bersama-sama mengkaji
morfologi tumbuhan angiosperma dan gimnosperma. Selepas itu, setiap ahli kumpulan
melukis morfologi tumbuhan yang dikaji iaitu Hibiscus rosa-sinensis dan pokok pine Pinus
ponderosa. Dalam menulis report amali, kami juga menjalankan perbincangan melalui
telegram dan perjumpaan bersemuka. Dalam perbincangan, kami saling berkongsi idea dan
memberi pendapat kepada idea yang dikeluar oleh ahli kumpulan.
Kolaborasi telah dijalankan dalam kelas kita. Kami saling menolong semasa
eksperimen dijalankan. Apabila didapati seseorang menghadapi masalah seperti tidak
berjumpa tumbuhan yang ingin mencari, maka kami akan berkongsi tumbuhan yang telah
dipetik. Oleh kerana kolaborasi yang telah dijalankan, eksperimen kita boleh berjaya.

Kesimpulan

Kesimpulannya, Hibiscus rosa-sinensis adalah tumbuhan angiosperma yang


mempunyai bunga sejati, biji tertutup, dan mudah dijumpai. Apabila Hibiscus rosa-sinensis
ini diperhatikan, didapati ia merupakan dikotil kerana urat daunnya ialah jaringan, batangnya
berkayu, jumlah helai kelopak bunga adalah lima dan akarnya tunggang. Bagi pokok pine
Pinus ponderosa pula, ia merupakan tumbuhan gimnosperma kerana bijinya terdapat di luar
permukaan dan terbuka. Tumbuhan jenis ini mempunyai ciri daun sempit, batang berkayu
dan malar hijau sepanjang tahun.

Kekuatan saya dalam amali ini adalah membuat persediaan yang awal. Sebelum
elsperimen mengkaji tumbuhan angiosperma dan tumbuhan gimnosperma bermula, saya
mencari maklumat berkaitan dengan kedua-dua jenis tumbuhan dari bahan bacaan dan
Internet. Persediaan ini memberi bantuan kepada saya dalam amali ini kerana saya
mempunyai pengetahuan luas yang berkaitan dengan angiosperma dan gimnosperma.
Selain itu, saya juga dapat mengurus masa dengan baik. Kumpulan saya berjaya
menyiapkan eksperimen dalam masa yang ditetapkan.

Kelemahan saya dalam eksperimen ialah tidak mengambil gambar akar, batang
untuk tumbuhan bunga raya dan pokok pine. Kumpulan saya hanya mengambil gambar
untuk daun dan bunga untuk kedua-dua tumbuhan tersebut. Oleh itu, saya menyelesaikan
masalah ini dengan mencari gambar dari Internet. Saya telah berjaya mencari gambar-
gambar yang boleh digunakan dalam keputusan saya. Akan tetapi, Saya tidak berjumpa
gambar akar pokok pine.

Akhirnya, saya akan cuba membaiki kelemahan yang timbul dalam amali ini ialah
tidak berfikir panjang dan jauh iaitu kekurangan maklumat berkaitan dengan morfologi
tumbuhan yang dikaji. Saya juga akan berusaha menjalankan amali yang seterusnya
dengan lebih sempurna.
Rujukan

Betsy Teh Lay Hong. (2015). SPM Biology. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Choong Ngok Mang, Lee Soon Ching,& Liew Soon Leong. (2000). STPM Biology Jilid II.
Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

George Ochoa. (2000). Science 101 Biology. New York: Oxford

Michael Kent. ( 2000 ). Advanced Biology. New York: Oxford

Timothy Foster. ( 1996 ). Medical microbiologi 4th edition. Retrieved 26 Februari 2017, from
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK8448/

Você também pode gostar