Você está na página 1de 2

Apa itu Fantasy Premier League (FPL)?

Fantasy Premier League merupakan permainan online yang popular dan sangat addactive. Dikeluarkan
oleh Liga Premier Inggeris (EPL) secara rasmi. FPL dimainkan oleh lebih 4.5 juta pengurus dari serata
dunia pada musim lepas. Anda diberi bajet sebanyak 100 juta pound untuk membentuk satu pasukan
imiginasi (15 pemain) dari Liga Premier Inggeris (EPL). Daripada 15 pemain ini, anda perlu memilih 11
pemain kesebelasan utama yang akan memberi mata berdasarkan prestasi sebenar mereka dalam EPL
pada minggu tersebut. Bermain FPL nampak mudah. Namun, sebenarnya ia mencabar dan memerlukan
kemahiran mengurus yang baik. Setiap pemain mempunyai harga tertentu. Oleh Itu, pengurus perlu
menyediakan pasukan yang seimbang dalam lingkungan bajet yang diberikan.

Bagaimana bermain Fantasy Premier League?

Untuk mula bermain FPL anda perlu masuk ke laman web rasmi EPL di http://www.premerleague.com.
klik kategori fantasy untuk masuk ke paga FPL dan sign up menggunakan email anda. Selepas sign up,
anda akan diberikan 100 juta pound untuk dibelanjakan keatas 15 pemain yang terdiri daripada:

2 Penjaga Gol / GK

5 Pertahanan / Defender

5 Pemain Tengah / Midfelder

3 Penyerang / Striker

Anda boleh menyenaraikan sehingga 3 sahaja pemain EPL dari pasukan kelab yang sama. Selepas itu
anda boleh memilih kesebelasan utama anda. Anda boleh menggunakan pelbagai format pasukan
dengan syarat: hanya 1 penjaga gol digunakan dengan minima 3 pertahanan dan minima 1 penyerang
digunakan dalam masa yang sama. Setelah selesai memilih kesebelasan utama, langkah yang seterusnya
ialah memilih captain dan vice-captain. Captain akan memberi mata gandaan dua (double points).
Pengurus yang bijak akan memilih pemain yang diramal mempunyai prestasi terbaik pada minggu
tersebut sebagai captain. Vice-Captain tidak akan memberi mata gandaan kecuali captain tidak bermain
pada minggu tersebut. Setelah selesai memilih captain dan vice-captain, pasukan anda sudah lengkap
dan secara automatik dimasukkan ke dalam liga dunia, liga negara, dan liga kelab (kelab EPL yang anda
pilih sebagai favourite). Anda juga boleh membentuk Liga anda sendiri atau menyertai Liga private (perlu
code untuk menyertai)

Perkara lain yang anda perlu ketahui.

1. Perpindahan/pertukaran (Transfers)

Anda boleh membuat pertukaran pemain seberapa banyak yang anda suka sebelum tarikh akhir jendela
perpindahan minggu pertama. Pada minggu seterusnya, hanya 1 pertukaran percuma diberikan untuk
setiap minggu. Jika anda ingin membuat lebih dari 1 pertukaran, mata akan ditolak sebanyak -4 mata
bagi setiap pertukaran yang seterusnya
2. Chips

Chips boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi pasukan. Terdapat 3 jenis chips yang boleh
digunakan. Setiap chips boleh digunakan sekali sahaja sepanjang musim. Selain itu, hanya 1 chips boleh
digunakan untuk 1 minggu perlawanan. Chips boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum tarikh akhir
minggu perlawanan.

Free Hit

Anda boleh membuat pertukaran pemain seberapa banyak yang anda suka pada minggu perlawanan
tersebut. Bagaimanapun, pertukaran ini tidak kekal. Pada minggu seterusnya, pasukan anda akan
kembali dengan pemain seperti yang sebelumnya.

Bench Boost

Mata yang diperolehi oleh pemain simpanan anda akan dikira masuk kedalam mata keseluruhan pasukan
kesebelasan utama anda.

Triple Captain

Mata yang diperolehi oleh captain anda akan diganda sebanyak 3 Kali.

3. Wildcard

Apabila menggunakan wildcard, semua perpindahan pada minggu perlawanan tersebut adalah percuma.
Wildcard boleh digunakan sebanyak dua kali dalam satu musim. Satu pada pusingan pertama liga dan
satu lagi pada pusingan kedua liga.

Apa itu Fantasy Premier League ? Secara keseluruhannya, dari sudut pandangan penulis, FPL boleh
menyebabkan ketagihan dan stres, kehilangan masa terluang dan penurunan berat badan. Namun, ia
masih satu permainan online yang baik dan sangat menyeronokkan, menyebabkan anda ceria, melatih
otak anda fokus, meramal, dan membuat keputusan.

Você também pode gostar