Você está na página 1de 22

SISTEM

INTEGUMENTARI(KULIT)
• Kulit merupakan organ homeostasis yang
penting. Ia merupakan organ manusia
yang paling besar yang memiliki berat
sekitar enam paun. Kulit bertindak sebagai
rintangan di antara persekitaraan luar dan
dalam badan iaitu sebagai pemisah. Kulit
berperanan melindungi otot dan organ
manusia.
• Homeostasis dirujuk sebagai pengekalan
atau mekanisma kawal atur persekitaran
dinamik dalaman (badan organisma) yang
malar. Homeostasis merupakan salah
satu konsep yang paling penting dalam
biologi. Bidang fisiologi boleh
mengklasifkasikan mekanisma
homeostasis kawalatur dalaman
organisma. Gerak balas homeostasis
berlaku pada setiap organisma.
Antara kepentingannya ialah:
• Memboleh organisma mengadaptasi kepada
persekitaran luar yang mempunyai julat dan
habitat yang lebih luas.
• Menyediakan keadaan dalaman (persekitaran
dinamik dalam badan organisma) yang stabil
supaya sel-sel dapat menjalankan hidup dengan
cekap.
• Membolehkan kadar metabolisma dikawal
dengan cekap pada bila-bila masa.
• Enzim-enzim boleh menjalankan fungsinya
dengan optimum
Lapisan epidermis
• Tidak mempunyai saluran darah,
bergantung kepada bekalan darah
daripada dermis. 4 Lapisan sel-sel
epidermis yang nyata iaitu:
• Lapisan germinatif (Malphigi)
• Lapisan granul
• Lapisan jernih
• Lapisan terkematu
Lapisan germinatif
• Lapisan yang paling bawah pada
epidermis. Sel-sel lapisan germinatif
merupakan sel yang aktif membahagi.
Hasil pembahagian sel-sel germanitif ini
akan tersesar keluar ke arah permukaan
di atas lapisan germinatif. Lapisan yang
keluar ini merupakan lapisan granul.
Lapisan granul
• Lapisan ini berada di atas lapisan
germinatif. Sel-sel lapisan germinatif
mempunyai banyak granul. Granul ini
terdiri daripada keratin, keratin merupakan
bahan keras berprotein.
Lapisan jernih

• Lapisan ini berada di atas lapisan granul.


Sel-sel lapisan granul merupakan sel-sel
yang sukar diwarnakan. Bentuk sel-sel
jernih ini juga, akan semakin pipih apabila
menjauhi bekalan darah. Sel-sel ini akan
mati apabila bekalan darah tidak diterima
atau tidak mencukupi.
Lapisan terkematu
• Lapisan ini berada di atas lapisan jernih.
Sel-sel ini merupakan bekas sel-sel jernih
iaitu sel-sel tanduk yang pipih dan telah
mati akibat tidak menerima bekalan darah.
Lapisan ini berfungsi untuk membentuk
penutup luar iaitu untuk melindungi kulit.
Sel-sel lapisan ini sama seperti kepingan
nipis yang sentiasa digugurkan dan
diganti dengan sel-sel dibawahnya dalam
lapisan terkematu
Lapisan dermis
• Lapisan dermis merupakan lapisan yang
mempunyai bekalan darah atau kapilari
darah. Lapisan ini juga menempatkan
reseptor-reseptor tertentu. Terdapat juga
otot-otot dan kelenjar tertentu berfungsi
untuk kawalaturan homeostasis. Pada
dermis juga, terdapat akar rambut.
Reseptor
• Antara reseptor yang terdapat dalam
dermis ialah:
• Reseptor sentuhan
• Reseptor Suhu atau termoreseptor
• Reseptor tekanan
Kelenjar
• Antara kelenjar yang terdapat dalam
dermis ialah:
• Kelenjar peluh
• Kelenjar sebum
Lapisan lemak subkulitan
• Lapisan ini merupakan lapisan penebat
haba.
Fungsi kulit
• Antara fungsi kulit ialah:
• Perlindungan
• Mencegah dehidrasi
• Rangsangan luar
• Menyimpan lemak
• Sintesis Vitamin D
• Menghasilkan bau dan penyamaran
• Kawalaturan suhu
Perlindungan
• Lapisan epidermis atau lapisan terkematu
merupakan lapisan perlindungan daripada
kemasukan bakteria, ini merupakan
perlindungan tahap pertama. Lapisan
berkematu yang senantiasa gugur,
menyebabkan bakteria sukar membiak
dan bertapak tetap pada kulit.
Mencegah dehidrasi
• Lapisan berkematu mencegah kehilangan
air kepersekitaran. Lapisan ini amat
berkesan untuk mencegah kehilangan air.
Rangsangan luar
• Lapisan kulit atau lapisan dermis yang
mempunyai banyak reseptor,
membolehkan kulit peka terhadap
perubahan persekitaran. Reseptor-
reseptor ini boleh mengesan pelbagai
rangsang seperti tekanan, suhu, sentuhan
dan sebagainya.
Menyimpan lemak
• Lapisan paling bawah kulit merupakan
lapisan lemak subkulitan. Lapisa penebat
n ini merupakan lapisan yang kaya
dengan lemak. Lapisan lemak ini juga
merupakan haba.
Sintesis vitamin D
• Apabila lapisan kulit ini terdedah kepada
sinaran ultraungu, sinaran ultraungu ini
akan diserap oleh kulit dan bertindak ke
atas prekursor, seterusnya
menukarkannya kepada vitamin D.
Menghasilkan bau dan
penyamaran
• Bau berguna untuk tujuan pertahanan
terutama bagi haiwan yang diburu oleh
pemangsa. Bau juga bertujuan untuk
membeza antara haiwan-haiwan lain.
Pigmen dalam kulit sesetengah haiwan,
mampu meniru atau mengikut perubahan
warna persekitaran
Kawalaturan suhu
• Ini adalah proses homeostasis

Você também pode gostar