Você está na página 1de 3

: Ashabul Kahfi.

BI TEKS CATATAN
L
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…

Terima kasih… wahai pengacara


para hakim bijaksana Nasyid
Ashabul Kahfi tajuk cerita
Buat renungan kita bersama

Kawan-kawan,

Siapakah gerangan Ashabul Kahfi? Ya…. Ashabul Kahfi merupakan


kisah Tujuh pemuda beriman yang bernama Maksalmina, Martinus,
Kastunus, Bairunu, Danimus, Yathbunus dan Thamlika. Mereka tetap
teguh mempertahankan iman dan tidak mahu menyembah berhala,
walaupun menyedari diri terancam dengan kezaliman raja
Daqyanus. Telah terakam dalam firmanNya:

‘Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman


kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka
petunjuk. Al Kahfi : 13

Ya kawan-kawan,
Pemuda harapan bangsa. Tahniah kepada Astro yang
mengadakan Program realiti Pencetus Ummah mampu menarik
minat remaja masakini dalam program dakwah dan penghayatan
Islam.
Hadirin sekelian,
Keimanan pemuda tidak goyah
Tetapkan hati kepada Allah ] Nasyid
Raja meminta mereka menyerah
larikan diri pertahan aqidah

Firman Allah ;
mereka pun berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan
’bumi
Al Kahfi ;14

Ya kawan-kawan,
Penghijrahan demi kebaikan menjadi tuntutan. Lihatlah kini…
ramai golongan artis yang sudah berhijrah ke arah kebaikan .
Alhamdulillah.

Kawan-kawan…
Tujuh pemuda tersebut melarikan diri ke pedalaman kawasan
pergunungan bernama Nikhayus. Perjalanan mereka terhenti
seketika, dek kerana diekori seekor anjing yang bernama Qitmir.
Akhirnya anjing tersebut turut bersama-sama mereka sehingga tiba di
sebuah gua.

Ya kawan-kawan…kita patut menghormati makhluk lain meskipun


haiwan seperti anjing.Kes mendera binatang seperti memotong
kedua-dua kaki kucing yang bernama Hero amat menyayat hati.
309 tahun Allah tidurkan,
Dengan ketenangan tanpa gangguan. ] pantun
Benarlah Allah berfirman:

‘ Maka kami tutupkan telinga mereka, beberapa tahun didalam gua itu
’. Al Kahfi :11
Terjaga dari lena yang panjang,
Perut terasa minta diisikan
Menuju ke pekan membeli makanan ] Sajak
Terkejutnya bukan kepalang
Wang dihulur bukan tukaran….
Peristiwa ini aneh sekali. Alangkah bertuahnya tujuh pemuda pilihan
Ilahi. Inilah bukti kekuasaan Allahu Rabbi. Tiada siapa dapat
menandingi.

Ya kawan-kawan,
Allah Maha berkuasa. Tiada setara dan serupa denganNya.
Beribu-ribu ikan Tamban yang timbul di persisiran pantai
Tabisan, Sabah menjadi tanda tanya kepada manusia. Inilah
kuasa Yang Esa.
Penduduk kota berasa hairan melihat wang tukaran pemdua
tersebut. Lalu dikhabarkan kepada raja. Akhirnya raja yang beriman
itu berangkat ke gua, bertemu tujuh pemuda untuk menyaksikan
sendiri akan kebenaran kata-kata agar tidak menghukum pemuda
tanpa usul periksa.
Firman Yang Esa…

‘Siapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan maka
mereka itu adalah orang-orang kafir. ” (Al-Maidah: 44

Ya kawan-kawan,

Pemimpin cemerlang pemimpin dihormati. Benarlah seperti


slogan` kepimpinan melalui teladan. Kesediaan Sultan
Muhammad v mencemar duli menjadi imam solat amat
disanjung tinggi.

Akhirnya… tujuh pemuda tersebut dimatikan Allah sejurus bertemu


Raja yang beriman.

Sekian…wassalam..

Você também pode gostar