Você está na página 1de 7

Analisis Nisbah kewangan bagi Syarikat Ajinamoto

pada tahun 2015, 2016 dan 2017


Abstrak

Kajian ini adalah berkaitan tentang sebuah syarikat perencah dan pengeluar makanan
iaitu syarikat Ajinamoto yang berpusat di Jepun.Namun, pengkaji memilih untuk mengkaji
syarikat Ajinamoto yang hanya bertempat di Malaysia sahaja untuk memudahkan pengkaji
untuk mendapatkan maklumat.Pengkaji melaksanakan kajian beliau berdasarkan objektif
kajian yang telah ditetapkan iaitu, menghitung nisbah kewangan syarikat.Nisbah kewangan
syarikat ini dihitung berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada laporan kewangan
syarikat bagi tiga tahun berturut iaitu tahun 2015,2016 dan 2017.Selain itu, pengkaji juga
membuat kajian untuk mentafsir dapatan daripada pengiraan yang telah dibuat dan
membandingkan dapatan untuk tiga tahun berlainan tersebut.Akhir sekali, pengkaji akan
menjelaskan implikasi nisbah-nisbah yang telah diperolehi tersebut kepada pertumbuhan
syarikat. . Dalam kajian ini, pengkaji hanya mengunakan data sekunder untuk mendapatkan
maklumat iaitu daripada internet, surat khabar, majalah dan jurnal. Pengkaji menjalankan
kajian ini setelah melalui penelitian laman sesawang dan jurnal serta akhbar yang boleh
didapati dalam ruangan laman sesawang yang berkaitan.Dengan adanya analisis-analisis
nisbah kewangan, Syarikat Ajinamoto akan dapat menganalisi dan mengenalpasti
keadaan,kelemahan dan kekuatan syarikat dalam kewangan.
1.0 PENGENALAN

Dalam matematik, ada dijelaskan bahawa nisbah itu adalah merupakan hubungan
antara dua nombor yang menunjukkan berapa kali nombor pertama mengandungi
kedua.Nisbah banyak diaplikasikan dalam kehidupan manusia.

Kewangan bermaksud kajian-kajian wang dan aset , pengurusan dan pengawalan aset-
aset berkenaan serta membentuk profil dan pengurusan risiko projek.kewangan juga merujuk
kepada sains dan seni berkaitan dengan pengurusan kewangan yang melibatkan individu dan
organisasi dalam memperoleh dan membelanjakan wang selain mempunyai kaitan yang
amat rapat dengan setiap fungsi perniagaan kerana tanpa bantuan dan sokongannya,fungsi-
fungsi perniagaan berkenaan tidak akan bergerak seperti yang dirancang.Oleh itu,fungsi
kewangan sangat penting untuk memastikan setiap fungsi perniagaan yang dirancang
mampu dilaksanakan dengan berkesan.

Menurut Faudziah Zainal Abidin et al(2001) nisbah kewangan ialah untuk mengesan
prestasi dan kedudukan kewangan sesebuah organisasi perniagaan dengan mengaitkan
dengan analisis trend aliran dan membandingkan dengan syarikat lain atau industri.

Nisbah kewangan ini terbahagi lagi kepada 5 jenis nisbah iaitu nisbah
kecairan,penggearan,kecekapan,keuntungan dan pasaran.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

kajian ini dijalankan untuk mencapai tiga objektif utama berkaitan nisbah kewangan syarikat
Ajinamoto bagi tahun 2015,2016 dan 2017 iaitu :

2.1. Menghitung nisbah kewangan syarikat bagi tiga tahun berturut

2.2. Mentafsir dapatan daripada pengiraan nisbah tersebut

2.3. Membandingkan dapatan hitungan untuk tempoh tiga tahun berturut tersebut

2.4. Menjelaskan implikasi nisbah-nisbah yang diperoleh kepada pertumbuhan syarikat


3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Syarikat ajinamoto merupakan sebuah syarikat perencah ataupun perasa makanan.


Sejarah syarikat Ajinamoto ini bermula apabila seorang professor di universiti Tokyo di
Jepun yang bernama Kikunese Ikeda mengasingkan Glutamat ,iaitu sejenis asid amino yang
memberikan rasa umami daripada rumpai laut. Kemudiaannya, beliau mendapati bahawa rasa
umami ini mempertingkat rasa makanan pada tahun 1908.Pada tahun berikutannya, Professor
Kikunese memperkenalkan rasa ini kepada pasaran. Rasa umami merupakan rasa asas yang
kelima selain daripada rasa masin,manis,pahit dan masam.

Syarikat Ajinamoto telah berjaya berkembang kepada 3 jenis operasi pengeluaran


makanan iaitu ‘Bio-Fine’, Farmaseutikal dan kesihatan. Pada masa kini, Syarikat ini masih
lagi berkembang dengan maju buktinya rangkaian kumpulan ini telah tersebar kepada 26
buah negara dan 128 buah kilang di seluruh dunia.

Ajinamoto di Malaysia ini mula bertapak pada tahun 1961.Penubuhan syarikat ini di
Malaysia merupakan antara usahasama Jepun dengan Malaysia yang terawal. Perencah
makanan ini telah lama bertapak di Malaysia yang mana merupakan antara faktor
kepercayaan rakyat kepada syarikat ini.Pejabat jualan produk Ajinamoto ini terdapat di
semenanjung,sabah dan sarawak iaitu di Kota Kinabalu,Kuching dan Bukit Mertajam.

Syarikat ini mengeluarkan pelbagai jenis produk iaitu seperti perencah makanan,produk
industri dan pemanis berkalori rendah. Perencah makanan adalah seperti Tumix, Seri Aji, Aji
Sho dan Aji Mix. Produk industri keluaran syarikat ini pula ialah Ajimate,Aji-
Aroma,HVP,Activa TG dan Ajinamoto Plus. Manakala pemanis berkalori rendah mereka
pula ialah Pal Sweet. Syarikat ini menjanjikan mutu produk makanan yang tinggi dan
terjamin yang bertaraf dunia. Hal ini adalah selaras dengan moto syarikat mereka iaitu
penyumbagan terhadap kehidupan yang lebih baik untuk semua dengan memberikan produk
dan perkhidmatan yang selamat dan bermutu tinggi.
4.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan cara yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan
hasil kajian. Pengkaji dibenarkan menggunakan data primer mahupun data sekunder.

Data primer adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan oleh peneliti secara
langsung dari sumber datanya. Data primer disebut juga sebagai data asli atau data baru yang
memiliki sifat ‘up to date’. Untuk mendapatkan data primer, peneliti harus
mengumpulkannya secara langsung. Manfaat utama dari data primer adalah bahwa unsur-
unsur kebohongan tertutup terhadap sumber fenomena. Oleh kerana itu, data primer lebih
mencerminkan kebenaran yang dilihat. Teknik yang dapat digunakan peneliti untuk
mengumpulkan data primer antara lain observasi, wawancara, diskusi terfokus ( Focus Group
Discussion – FGD ) dan penyebaran boring soal selidik.

Data sekunder merupakan data yang boleh diperoleh atau dikumpulkan maklumat dari
semua sumber yang sudah ada melalui media perantaraan yang diperoleh dan dicatat oleh
pihak lain. Manfaat yang diperoleh dari data sekunder adalah bahawa seorang peneliti
mampu memperoleh informasi lain selain informasi utama. Data sekunder biasanya
diperolehi dari berbagai sumber misalnya jurnal buku, laporan dan sebagainya.

Pengkaji menggunakan kaedah data sekunder bagi memperoleh maklumat sepanjang


menjalankan kajian ini. Data sekunder merupakan data yang diperoleh daripada internet,
buku, keratan akhbar, jurnal dan majalah. Dalam kajian ini , pengkaji melayari internet untuk
mendapatkan maklumat kewangan yang diperlukan untuk membuat pengiraan nisbah syarikat
seperti penyata kewangan dan kunci kira-kira.

Você também pode gostar