Você está na página 1de 7

Apa beza SST dan GST?

Ini 5 Perkara Yang Ramai Salah Faham

1.Boleh ke korang dikenakan kedua-dua cukai 10% dan 6%?

Secara teknikalnya, pengguna hanya membayar cukai 6% bagi perkhidmatan yang tertentu. Cukai 10%
tu pulak hanya dikenakan di peringkat kilang.

Tapi sesetengah orang memang nak kira daripada awal rantaian bekalan. Katakanlah korang beli air
tongkat ali kat restoran lima bintang, air tu dah kena cukai jualan 10% kat kilang, lepas tu restoran
kenakan lagi cukai perkhidmatan 6%. Walaupun cukai ke atas pengguna bukanlah 16%, ada yang
anggap harga akhir dah dipengaruhi oleh cukai awal.

Tapi GST pun boleh sebabkan harga yang mahal jugak. Dengan GST, setiap pihak kena bayar cukai 6%
yang mereka boleh claim balik daripada kerajaan. Tapi proses claim balik ni ambil masa. Tiap-tiap
bulan kena bayar 6% kat kerajaan, tapi lepas berbulan-bulan baru dapat bayaran balik. Jadi ada
peniaga yang tingkatkan harga untuk jaga cashflow masing-masing.

Pendek kata, janganlah order air tongkat ali kat restoran lima bintang.

2. Betul ke cukai jualan dikenakan di satu peringkat sahaja?

Kerajaan menyatakan caj jualan 10% akan dikenakan ke atas produk yang dikilangkan dan produk
import yang tertentu sahaja. Tapi macam mana pulak kalau kilang tu guna barang daripada kilang yang
lain? Kalau kilang laptop Acer beli microchip daripada kilang Intel, kena cukai jualan dua kali ke?

Buat masa sekarang kita hanya boleh menunggu Rang Undang-undang untuk tahu apa yang dicukaikan
dan apa yang tidak.

3. Boleh ke peniaga kenakan caj lain selepas SST?

Ya, boleh. GST atau SST adalah cukai yang dibayar kepada kerajaan. Tapi ada sesetengah peniaga yang
mengenakan caj perkhidmatan yang mereka gunakan untuk pekerja masing-masing (kira macam upah
atau tip la). Selalunya jenis perniagaan yang terlibat adalah 'hospitality' macam restoran, hotel, dan
spa. Mereka boleh tetapkan caj perkhidmatan sendiri, tapi masih perlu dinyatakan kepada pengguna
(biasanya dalam bil/invois).
Kenapa tak naikkan gaji pekerja terus? Sebabnya, oleh kerana caj ni bergantung kepada hasil
jualan/perkhidmatan, ia akan menaikkan semangat mereka untuk bekerja keras.

4. Adakah harga barang akan lebih murah lepas SST?

Ini soalan yang paling ramai nak tahu sebenarnya, tapi paling susah nak jawab. Sebab tak kiralah cukai
apa pun yang dilaksanakan, peniaga masih boleh guna pelbagai alasan untuk naikkan harga.

Apa yang kita tahu, setakat ni kerajaan mengumumkan yang pengenalan semula SST hanya akan
melibatkan 38% bakul barangan berbanding GST yang melibatkan 60% bakul barangan. Kita semua
masih menanti-nanti senarai barangan apa yang dikecualikan, tapi harap-harapnya ia adalah barangan
keperluan harian, terutamanya untuk golongan sederhana dan golongan miskin.

Antara barang yang disebut akan dikecualikan adalah sardin, insurans kesihatan individu, dan susu
formula bayi. Benda yang akhir sekali tu memang penting, korang yang ada anak pasti tahu betapa
sakitnya nak beli susu budak tiap-tiap bulan.

5. Betul ke sistem GST lebih telus daripada SST?

Ya, seperti yang disahkan oleh Menteri Kewangan sendiri. Sistem GST lebih telus sebab setiap pihak
dalam rantaian bekalan nak tuntut balik cukai yang dibayar. Dengan SST, mana-mana pihak (yang
bukan pengilang) boleh naikkan harga sesuka hati, malah pengilang boleh berpakat dengan syarikat-
syarikat lain untuk "lari daripada cukai".

Tapi seperti yang dinyatakan tadi, perlaksanaan GST sebelum ini adalah tidak efisien. Peniaga kena
tunggu berbulan-bulan untuk claim GST. Malah ada peniaga-peniaga kecil yang tak berdaftar pun
dengan GST sebab tak mampu nak bayar kos mengambil akauntan, melatih pekerja, pergi kursus dan
sebagainya.

SST boleh dilaksanakan selagi mendapat pantauan teliti

Adakah pemansuhan GST sebenarnya satu langkah politik bagi kerajaan PH untuk menjatuhkan BN?
Mungkin ya, mungkin tidak. Apa yang penting, kerajaan baru kena sangat teliti dalam melaksanakan
sistem ini supaya ia tidak membebankan lagi pengguna. Ini termasuklah membuat pantauan terhadap
setiap rantaian pembekal dan membuat pengecualian terhadap barang-barang yang sepatutnya.

Kita sebagai rakyat pun perlu peka kepada peniaga yang mengambil kesempatan. Sebelum ni kami
ada tulis artikel pasal cara-cara elak kena tipu lepas cukai baru dijalankan, di mana ada pelbagai
website untuk periksa harga barang. Jadi kalau korang perasan resit korang naik dua tiga kali ganda,
jangan harapkan viral kat Facebook je, pergi lapor ke pihak berkuasa!
BEZA SST DAN GST

Você também pode gostar