Você está na página 1de 21

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/273696569

PENGGUNAAN BAHASA IBUNDA SECARA


INKLUSIF DALAM PENDIDIKAN ​DENGAN
RUJUKAN KEPADA BAHASA MELA

Conference Paper · March 2015

CITATIONS READS

0 1,985

1 author:

Salinah Jaafar
University of Malaya
15 PUBLICATIONS 30 CITATIONS

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Malay dialect & under-resourced corpus View project

Semantic Validation on Arabic-Malay Translation View project

All content following this page was uploaded by Salinah Jaafar on 23 March 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PENGGUNAAN BAHASA IBUNDA SECARA INKLUSIF DALAM PENDIDIKAN  
DENGAN RUJUKAN KEPADA BAHASA MELAYU 
 
Salinah Jaafar 
Akademi Pengajian Melayu 
Universiti Malaya 
Kuala Lumpur 
b1salina@um.edu.my 
 
Abstrak 

Bahasa  ibunda  merujuk  kepada  bahasa  pertama  yang  dipelajari  oleh  seseorang 
bermula  dari  saat  dia  dilahirkan  sehinggalah  dia  pandai  berkata‐kata.  Atau  dengan 
kata  lain  bahasa  yang  dipelajari  dari  ibubapa  atau  orang  yang  memelihara  yang 
digunakan  dalam  komunikasi  seharian.  Terdapat  pelbagai  bahasa  ibunda  yang  boleh 
dikenal  pasti  di  negara  ini,  antaranya  seperti  bahasa  Melayu  (termasuk  juga  dialek‐
dialek  bahasa  Melayu  yang  digunakan  di  Semenanjung  seperti  dialek  Kelantan, 
Terengganu, Kedah, Perak, Penang,  Negeri Sembilan dan Johor), bahasa Cina, bahasa 
Tamil, bahasa Iban, bahasa Kadazan, bahasa‐bahasa daerah yang dituturkan di Sabah 
dan  Sarawak.  Pelbagai  idea  dan  pendapat  dihasilkan  oleh  pengkaji  bahasa  mengenai 
penggunaan  bahasa  ibunda  secara  inklusif  dalam  pendidikan.    Ramai  yang 
mengatakan  bahawa  mutu  pencapaian  dan  penerimaan  pelajar  yang  diajar  dengan 
menggunakan  bahasa  ibunda  lebih  baik  berbanding  dengan  pendidikan  yang  dibuat 
menggunakan bahasa lain.  Kertas ini akan membicarakan penggunaan bahasa ibunda 
secara inklusif dalam pendidikan dengan rujukan kepada bahasa Melayu.   

Kata kunci: bahasa ibunda, bahasa Melayu, pendidikan, inklusif, negara. 

   

  1 
PENGENALAN 

Pendidikan di sekolah wajar dilakukan dalam bahasa ibunda sesebuah negara kerana 
pengajaran  dalam  bahasa  tersebut  dapat  memberi  kesan  yang  lebih  baik  terhadap 
pencapaian  pelajar.  Menurut  Ketua  Pengarah  Pertubuhan  Pendidikan,  Saintifik, 
Kebudayaan  Bangsa‐Bangsa  Bersatu  (UNESCO),  Irina  Bokova,  secara  prinsipnya 
UNESCO menggalakkan pihak sekolah mengajar dalam bahasa ibunda terutama bagi 
murid  di  peringkat  sekolah  rendah.i  Merujuk  kepada    Penyata  Razak  1956  dan 
Ordinan  Pelajaran  1957  tercatat  bahawa  dalam  sistem  pendidikan  di  Malaysia 
terbentuk  dalam  satu  sistem  yang  dikenali  sebagai  sistem  pendidikan  kebangsaan 
dengan matlamat akhir ialah bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.  Sejak 
merdeka  negara  Malaysia  telah  menggunakan  bahasa  Melayu  yang  merupakan 
bahasa  rasmi  dan  bahasa  kebangsaan  negara  sebagai  bahasa  pengantar  dalam 
pendidikan.  Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar adalah bertujuan 
untuk  melengkapi  falsafah  pendidikan  kebangsaan  yang  berbunyi  “Pendidikan  di 
Malaysia  adalah  suatu  usaha  berterusan  ke  arah  memperkembangkan  lagi  potensi 
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang 
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan 
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang 
berilmu  pengetahuan,  berketerampilan,  berakhlak  mulia,  bertanggungjawab  dan 
berkeupayaan  mencapai  kesejahteraan  diri,  serta  memberi  sumbangan  terhadap 
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.ii 

  Kamarudin Hj Kachar (1989) mengatakan bahawa konsep pendidikan dengan 
masyarakat  tidak  dapat  dipisahkan.  Pendidikan  memerlukan  masyarakat  untuk 
dijadikan  asas  falsafah,  matlamat,dan  tujuan.  Masyarakat  pula  memerlukan 
pendidikan  sebagai  alat  terpenting  menyediakan  individu‐individu  untuk  menjadi 
masyarakat  terlatih,  terpelajar  dan  berbudi  bahasa.  Mohd  Amin  Arshad  (2005  :13) 
mengatakan  istilah  bahasa  Melayu  tinggi  itu  memang  mendukung  pengertian  sosial 
yang tertentu yang dapat dibezakan dengan bahasa rendah. Di kalangan budayawan, 
budaya tinggi ditafsirkan sebagai budaya ilmu, pemikiran dan teknologi. Dengan kata 
lain,  bahasa  Melayu  tinggi  adalah  ragam  bahasa  yang  digunakan  sebagai  pengantar 
ilmu, bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, bahasa baku dan bahasa standard. 

  2 
  Pelbagai kajian dan penyelidikan mengenai penggunaan bahasa ibunda dalam 
pendidikan telah dijalankan oleh pelbagai agensi pendidikan sama ada yang bersifat 
kerajaan  mahupun  bukan  kerajaan.  Norhashimah  Jalaludin  (2003)  yang  mengkaji 
penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan 
Matematik mendapati bahawa terdapat masalah dalam kalangan guru yang mengajar 
dan juga minat pelajar untuk mempelajari subjek tersebut menurun.  Shaharir Mohd 
Zain  (2005)  mengatakan  terdapat  kajian  di  Amerika  Syarikat  menunjukkan  bahawa 
pelajar (terutamanya peringkat sekolah rendah) akan dapat menerima pelajaran dan 
pengetahuan  dengan  lebih  mudah  dengan  menggunakan  bahasa  ibunda  sebagai 
bahasa pengantar.   

  Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar juga telah banyak dikaji 
oleh  pengkaji‐pengkaji  tempatan.    Isahak  Haron  (2007)  yang  telah  membuat  kajian 
terhadap  dasar  pengajaran  dan  pembelajaran  Sains  dan  Matematik  dalam  bahasa 
Inggeris  (PPSMI)  di  sekolah  rendah  dan  menengah  telah  mendapati  bahawa 
pertukaran  dari  bahasa  Melayu  kepada  bahasa  Inggeris  telah  menyukarkan  pelajar 
mempelajari  dua  mata  pelajaran  tersebut.    Prestasi  pelajar  bagi  kedua‐dua  mata 
pelajaran  tersebut  merosot  dan  penguasaan  bahasa  Inggeris  mereka  juga  tidak 
meningkat.  Datok Abdul Raof Hussin yang mengetuai penyelidik dari UPSI juga turut 
melaporkan bahawa dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam 
bahasa Inggeris hanya mampu meningkatkan sebanyak 4 peratus sahaja penguasaan 
bahasa  Inggeris,  tetapi  minat  terhadap  memahami  mata  pelajaran  Sains  dan 
Matematik  merosot.    Kajian  tersebut  telah  merumuskan  bahawa  pengajaran  dan 
pembelajaran  dalam  bahasa  Inggeris  untuk  pemerolehan  ilmu  telah  melunturkan 
semangat,  minat  dan  keinginan  murid‐murid  terhadap  subjek  Sains  dan  Matematik 
sejak dari sekolah rendah lagi. Oleh sebab itu kertas ini akan membicarakan tentang 
penggunaan  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  ibunda  dalam  inklusif  pendidikan  di 
Malaysia  dan  juga  meneliti  penggunaan  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  pengantar 
dalam  sistem  pendidikan  di  Malaysia  dengan  memberi  tumpuan  kepada  fungsi  dan 
peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. 

FUNGSI BAHASA MELAYU  

a) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan. 

  3 
Penggunaan  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  pengantar  dalam  pendidikan  telah 
termaktub dalam dasar pendidikan negara Malaysia.  Dasar pendidikan negara telah 
menggariskan  bahawa    pendidikan  formal  peringkat  sekolah  rendah  kebangsaan, 
menengah,  dan  pengajian  tinggi  (selain  daripada  kursus  bahasa  asing  dan  bahasa 
Inggeris)  harus  diajar  menggunakan  bahasa  Melayu.    Penggunaan  bahasa  Melayu 
sebagai  bahasa  pengantar  pendidikan  telah  dicatat  dan  dinyatakan  dalam  Akta 
Pendidikan  1961.  Selain  itu,  peranan  dan  status  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa 
pengantar  pendidikan  terutamanya  di  institusi‐institusi  pendidikan  tinggi  swasta 
mengalami  pengubahsuaian  atau  penambahbaikan  apabila  pihak  Parlimen  Malaysia 
meluluskan  Akta  Pendidikan  1996.  Seksyen  2  dalam  Akta  Pendidikan  1996  jelas 
mengatakan bahawa bahasa kebangsaan dapat dijadikan bahasa pengantar di semua 
institusi    pendidikan  dalam  sistem  pendidikan  kebangsaan.  Namun  demikian, 
Seksyen  17  (1)  telah  memberi  satu  kelonggaran  dengan  memberi  kuasa  kepada 
menteri untuk mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar 
di  sesebuah  institusi  pendidikan.    Kelonggaran  tersebut  tertakluk  kepada  asas 
penubuhan universiti swasta tersebut.  

b)      Bahasa Melayu bahasa perpaduan. 

Asmah Omar (2008) menyatakan bahawa bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa 
kebangsaan  atas  peranan  bahasa  Melayu  itu  sendiri  sebagai  bahasa  pemersatu.  
Bahasa pemersatu di sini bermaksud bahasa yang digunakan untuk menyatupadukan 
rakyat  berbilang  kaum  di  Malaysia.    Semua  sekolah  yang  terdiri  daripada  sekolah 
kebangsaan  dan  sekolah  vernakular    di  Malaysia  menggunakan  bahasa  Melayu 
sebagai  bahasa  pengantar  utama,  malah  institusi‐instusi  pengajian  tinggi  juga 
menggunakan  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  pengantar.    Bagi  merealisasikan 
peranan  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  kebangsaan  dan  agen  perpaduan  negara, 
dalam Penyata Razak 1957 dinyatakan bahawa bahasa Melayu harus dijadikan  asas 
dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  Menurut  penyata  itu,  bahasa  dan  pendidikan 
dapat  digunakan  sebagai  alat  untuk  meningkatkan  persefahaman  perpaduan 
kebangsaan  antara  penduduk  yang  berbilang  kaum.  Ini  juga  berkaitan  dengan 
pendapat  Garvin  &  Mathiot  (1968)  menyatakan  bahawa  fungsi  simbolik  sesuatu 

  4 
bahasa  standard  ialah  fungsi  penyatuan,  bahasa  juga  boleh  menjadi  alat  yang 
menghubungkan semua dialek dengan satu bahasa yang sama. 

Bahasa  pengantar  utama  yang  sama  di  sekolah‐sekolah  juga  akan 


merealisasikan  hasrat  negara  Malaysia  yang  ingin  mewujudkan  satu  bangsa  yang 
dinamakan  bangsa  Malaysia.  Seperti  mana  yang  dilancarkan  oleh  kerajaan  Malaysia 
dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia untuk kesejahteraan rakyat dan negara.  
Kesefahaman  di  dalam  politik  dan  agama  sahaja  tidak  memadai  untuk 
menyatupadukan  rakyat.  Bahasa  adalah  alat  yang  terbaik  untuk  menyatupadukan 
rakyat kerana bahasa merupakan alat untuk melahirkan pendapat dan fikiran.  Hasrat 
kerajaan  untuk  melihat  rakyat  bersatu  padu,  terutama  dalam  pelaksanaan  konsep 
1Malaysia  memerlukan  satu  bahasa  yang  sedia  ada  iaitu  bahasa  Melayu  sebagai 
bahasa  komunikasi  antara  setiap  golongan  masyarakat,  tidak  kira  tua  atau  muda, 
yang berpangkat mahupun tidak.   

Seperti  yang  kita  ketahui  asas  dalam  pembentukan  perpaduan  itu  harus 
dipupuk sedari awal, iaitu bermula dari kanak‐kanak sehinggalah seseorang dewasa.  
Bagi  membentuk  rasa  cintakan  negara  dan  bangsa  Malaysia,  kanak‐kanak  dari 
peringkat  prasekolah,  sekolah  sehinggalah  ke  peringkat  pengajian  tinggi  perlu 
memahami dan menguasai bahasa kebangsaan dengan baik.  Ini kerana dalam budaya 
yang berbilang kaum, bahasa Melayu adalah wadah utama bagi rakyat Malaysia untuk 
berkomunikasi  antara  satu  sama  lain.    Bahasa  Melayu  bukan  saja  dipelajari  sekadar 
untuk melayakkan diri masuk ke pusat pengajian tinggi ataupun sebagai syarat untuk 
melayakkan  diri  mendapat  bantuan  kerajaan,  tetapi  sebaliknya  harus  dijadikan 
bahasa utama dalam menyatupadukan warganegara yang berbilang kaum ini. 

c)      Bahasa Melayu bahasa ilmu. 

Sejak  dari  zaman  dahulu  lagi  bahasa  Melayu  telah  digunakan  sebagai  bahasa 
perhubungan  dan  menjadi  lingua‐franca.  Bahasa  Melayu  juga  menjadi  bahasa  ilmu 
sejak  Tanah  Melayu  mula  kenal  ilmu  pengetahuan,  bermula  dengan  bahasa  kuno, 
menjadi  bahasa  klasik  sehinggalah  bahasa  Melayu  diangkat  sebagai  bahasa  moden, 
bahasa  Melayu  terus  berkembang  sebagai  bahasa  ilmu  pengetahuan.  Sungguhpun 
nilai  dan  taraf  bahasa  Melayu  dilihat  mengalami  kemerosotan  pada  zaman 

  5 
pemerintahan  British,  akibat  daripada  pengaruh  kolonialisme,  namun  setelah 
Malaysia  mencapai  kemerdekaan  bahasa  Melayu  telah  diangkat  menjadi  bahasa 
Kebangsaan dan seterusnya sebagai bahasa ilmu yang dituturkan oleh cerdik pandai 
bemula dari sekolah kebangsaan, sekolah menengah serta institusi‐institusi pengajian 
tinggi.  Dasar    bahasa  Kebangsaan    menjadikan  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa 
pengantar  utama  bagi  semua  sekolah  bermula  dari  peringkat  sekolah  rendah 
kebangsaan, menengah dan pengajian tinggi  telah meningkatkan taraf bahasa Melayu 
sebagai bahasa ilmu.  

d)      Bahasa Melayu bahasa komunikasi. 

Bahasa  merupakan  alat  perhubungan  bagi  manusia  menyampaikan  perasaan  atau 


pemikiran dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat. Negara Malaysia yang mempunyai 
berbilang  bangsa  dapat  disatukan  dengan  menggunakan  bahasa  komunikasi  yang 
dapat difahami oleh semua masyarakat. Bahasa komunikasi yang dapat difahami oleh 
semua  masyarakat  amat  penting  bagi  mengutarakan  sesuatu  idea.  Setiap  idea  perlu 
disampaikan dalam bentuk yang gramatis serta berkualiti untuk diterima dan diguna 
pakai di dalam masyarakat. Jelaslah, bahasa komunikasi yang satu amat penting dan 
akan  dapat  mempertingkatkan  hubungan  dan  menambah  kualiti  komunikasi  antara 
satu sama lain. 

e)       Lingua‐franca 

Bahasa  Melayu  ialah  lingua‐franca  di  rantau  Melayu  dan  Indonesia.  Sejarah  Melayu 
menceritakan  bahawa  para  pedagang  berusaha  untuk  mempelajari  serta  menguasai 
bahasa  Melayu  bagi  memudahkan  mereka  berkomunikasi  dengan  pemimpin  dan 
masyarakat  di  Tanah  Melayu  untuk  berdagang.    Berdasarkan  penelitian  dan  kajian 
yang  terperinci,  bahasa  Melayu  telah  diterima  sebagai  lingua‐franca  atau  bahasa 
komunikasi utama sejak lima abad yang lalu iaitu zaman kesultanan Melayu Melaka 
pada  abad  ke  –  15  lagi.  Bahasa  ini  digunakan  secara  meluas  dalam  bidang 
perdagangan  dan  hubungan  diplomatik.    Melaka  telah  berperanan  sebagai  pusat 
pengembangan bahasa, kebudayaan, dan kesusasteraan. Tiada bahasa lain yang dapat 
menandingi taraf bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi  yang luas di rantau ini.  
Pada ketika itu bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk penjajah 

  6 
British,  Portugis  dan  Belanda  (Hasnah  Hussin  dan  Mardiana  Nordin,  2007  ).    Surat‐
surat  rasmi  dan  dokumen  perjanjian  turut  menggunakan  bahasa  Melayu  sebagai 
dengan  menggunakan  tulisan  Jawi.    Dokumen‐dokumen  berkenaan  boleh  kita  temui 
dalam  undang‐undang  tubuh  bagi  negeri‐negeri  Melayu  juga  menggunakan  bahasa 
Melayu dan ditulis menggunakkan tulisan Jawi.  

f)      Kepentingan Bahasa Melayu Sebagai Simbol Permuafakatan Antara Etnik  

Bahasa  Melayu  yang  telah  digunakan  sebagai  bahasa  rasmi  dan  perbualan  harian, 
sebagai  bahasa  komunikasi,  dan  bahasa  persuratan    maka  telah  dipersetujui  dan 
disepakati oleh  peminpin pelbagai kaum di Negara ini agar bahasa Melayu menjadi 
bahasa  kebangsaan  bagi  Persekutuan  Malaysia  yang  telah  mencapai  kemerdekaan 
pada tahun 1957. Permuafakatan pelbagai kaum ini dirakam dalam bentuk dokumen 
tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara seperti yang termaktub dalam Perkara 
152,  para  1  sebagai  bahasa  bagi  Persekutuan  Tanah  Melayu  atau  Malaysia  yang 
merdeka. 

 
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENDIDIKAN 

Pelbagai langkah dan kaedah pelaksanaan telah dibuat oleh kerajaan Malaysia dalam 
memartabatkan  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  pengantar  dalam  pendidikan. 
Penggunaan  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  pendidikan  boleh  dilihat  melalui  fungsi 
bahasa  Melayu  itu  sendiri  dalam  perlembagaan  Malaysia.    Dalam  Dasar  Pendidikan 
Kebangsaan  2012  (57‐59),  Kementerian  Pelajaran  Malaysia  telah  meletakkan  satu 
garis  panduan  dalam  perkara  38  terhadap  penggunaan  bahasa  Melayu  dalam 
pendidikan iaitu seperti berikut: 

 
38.0  Memartabatkan  Bahasa  Malaysia  Memperkukuh  Bahasa  Inggeris 
(Mbmmbi) 
 
38.1.1  Memartabatkan  Bahasa  Malaysia  Memperkukuh  Bahasa  Inggeris  (MBMMBI) 
bermaksud  mengangkat  martabat  bahasa  Melayu  pada  tempat  yang  sepatutnya, 

  7 
sesuai  dengan  kedudukannya  sebagai  bahasa  kebangsaan  seperti  yang  termaktub 
dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. 
38.1.2  Tujuan  utama  Memartabatkan  Bahasa  Malaysia  (MBM)  adalah  untuk 
mengembalikan  peranan  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  kebangsaan  yang  menjadi 
alat  perpaduan,  bahasa  perhubungan  utama  dan  bahasa  ilmu  ke  arah  membina 
negara bangsa. 
38.1.3  Tujuan  utama  Memperkukuh  Bahasa  Inggeris  (MBI)  adalah  supaya  bahasa 
komunikasi antarabangsa ini dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan 
penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global. 
38.1.4  Matlamat  MBMMBI  adalah  untuk  melahirkan  murid  yang  fasih  dan  yakin 
menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 
38.1.5 Penguasaan murid dalam kedua‐dua bahasa tersebut diharapkan berada pada 
tahap  tinggi.  Penguasaan  bahasa  ialah  penguasaan  secara  sistematik,  iaitu 
penguasaan bahasa secara keseluruhan bukannya setakat penguasaan lisan sahaja.  
 
38.2 Pernyataan Dasar 
 
38.2.1 Memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di 
semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah. 
38.2.2  Memastikan  murid  boleh  menguasai  bahasa  Malaysia  (BM)  dan  bahasa 
Inggeris (BI) dengan fasih dan betul. 
 
38.3 Strategi Pelaksanaan 
 
38.3.1  Mengangkat  martabat  BM  dengan  menggunakannya  secara  meluas  dan 
berkesan  sebagai  bahasa  ilmu  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  di  sekolah 
kebangsaan dan sekolah menengah. 
38.3.2 Memperuntukkan tambahan waktu pengajaran dan pembelajaran BM dan BI di 
sekolah kebangsaan dan sekolah menengah. Peruntukan waktu BM bagi sekolah jenis 
kebangsaan adalah antara 30 minit hingga 90 minit. Peruntukan waktu pengajaran BI 
di  sekolah  kebangsaan  ditambah  antara  60  minit  hingga  90  minit  seminggu. 
Peruntukan  waktu  pengajaran  dan  pembelajaran  BI  di  sekolah  jenis  kebangsaan 

  8 
ditambah  antara  30  minit  hingga  90  minit  seminggu.  Peruntukan  waktu  BI  bagi 
Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima ditambah sebanyak 40 minit seminggu. 
38.3.3  Memperkukuh  penguasaan  asas  kemahiran  berbahasa  murid  melalui 
pendekatan kurikulum modular yang bersepadu, seimbang dan holistik. Pendekatan 
ini  dilakukan  melalui  modul  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  memberi  tumpuan 
kepada  perkara  asas  berbahasa,  didik  hibur,  apresiasi  bahasa  melalui  Modul  Seni 
Bahasa  dan  Modul  Tatabahasa  yang  memberi  tumpuan  kepada  pengajaran  dan 
pembelajaran  secara  bersepadu  berasaskan  sistem  bahasa.  Aktiviti  ini  disokong 
dengan  bahan  bacaan  estetika  seperti  sastera  kontemporari  kanak‐kanak,  bahan 
program  awal  berstruktur  dan  bacaan  ekstensif  yang  mendedahkan  murid  kepada 
bahan bacaan yang indah dan berkualiti. 
38.3.4  Memastikan  BM  dan  BI  diajarkan  oleh  guru  mengikut  opsyen  sepenuhnya. 
Sementara  guru  bukan  opsyen  BM  dan  BI  akan  ditempatkan  semula  mengikut 
keperluan  opsyen  di  sekolah.  Guru‐guru  bukan  opsyen  juga  akan  diberikan  kursus 
tambah opsyen. 
38.3.5  Meningkatkan  kapasiti  guru  melalui  pelaksanaan  latihan  guru 
praperkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan. 
38.3.6  Menggunakan  khidmat  penutur  jati  BI  sebagai  jurulatih  utama  kepada 
pensyarah  di  Institut  Pendidikan  Guru  (IPG)  dan  guru  di  sekolah.  Di  samping  itu 
perkhidmatan  guru  BI  yang  telah  bersara  diambil  secara  kontrak  bagi  menampung 
kekurangan guru BI. 
38.3.7 Memperluas perkongsian dan jaringan guru hingga ke peringkat global sebagai 
satu  mekanisme  guru  berkongsi  pengalaman  dan  pengetahuan  tentang  pengajaran 
dan  pembelajaran  yang  terkini  dan  berkesan  melalui  forum/seminar/persidangan 
antarabangsa. 
38.3.8 Memperluas integrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran BM dan BI. 
38.3.9 Menaik taraf makmal komputer sekolah dengan perkakasan dan perisian TMK 
supaya boleh berfungsi sebagai makmal bahasa. 
38.3.10  Meningkatkan  penguasaan  BM  dan  BI  murid  melalui  program  peningkatan 
minat  dan  penyertaan  murid  dalam  aktiviti  bahasa.  Penyertaan  menyeluruh  murid 
dalam  aktiviti  pengucapan  awam  seperti  ucapan,  syarahan,  pidato,  choral  speaking, 
perbahasan dan kepengacaraan. 

  9 
38.3.11 Memartabatkan sepuluh buah IPGM sedia ada sebagai Pusat Kecemerlangan 
Bahasa  Malaysia  (PKBM)  dan  Pusat  Kecemerlangan  Bahasa  Inggeris  (PKBI)  bagi 
latihan  dan  kursus  praperkhidmatan  dan  dalam  perkhidmatan.  Lima  buah  PKBM 
ialah IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur; IPG Kampus Tuanku Ampuan Afzan, 
Kuantan,  Pahang;  IPG  Kampus  Tun  Abdul  Razak,  Sarawak;  IPG  Kampus  Ipoh,  Perak 
dan  IPGM  Kampus  Kent,  Sabah.  Manakala  lima  buah  PKBI  ialah  IPG  Kampus  Dato’ 
Razali  Ismail,  Kuala  Terengganu;  IPG  Kampus  Batu  Lintang,  Kuching,  Sarawak;  IPG 
Kampus  Gaya,  Kota  Kinabalu,  Sabah;  IPG  Bahasa  Antarabangsa,  Kuala  Lumpur  dan 
English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur. 
38.3.12  Memantapkan  kerjasama  pintar  dengan  agensi  luar  dalam  meningkatkan 
bilangan program atau aktiviti bahasa yang menarik.  
 

Dua belas (12) strategi yang disediakan oleh kerajaan dalam Dasar pendidikan 
2012  di  atas  jelas  menunjukkan  bahawa  kerajaan  sentiasa  mencari  jalan  dan 
menyediakan  kaedah‐kaedah  tertentu  dalam  memastikan  bahasa  Melayu  mampu 
mendukung  falsafah  pendidikan  negara  dan  secara  tidak  langsung  mampu  menjadi 
bahasa  ilmu  di  dalam  pendidikan  secara  menyeluruh.    Dengan  adanya  strategi 
tersebut  dan  juga  pelaksanaan  yang  mengikut  garis  panduan  yang  disediakan  tidak 
mustahil penggunaan bahasa Melayu secara inklusif dalam pendidikan boleh menjadi 
wadah dan wahana untuk memandaikan warganegara Malaysia. 

Bahasa  Melayu  sewajarnya  dijadikan  medium  utama  dalam  pembentukan 


masyarakat  yang  ideal  di  negara  ini,  terutamanya  dalam  kalangan  pelajar.  Bahasa 
Melayu yang digunakan dalam bidang pendidikan memainkan peranan yang penting 
sama ada bahasa itu akan berkembang atau terus pudar ditelan zaman. Dari sehari ke 
sehari  peningkatan  penggunaan  bahasa  Melayu  dalam  kalangan  masyarakat  dunia 
kian  ketara  sehingga  wujud  banyak  bidang  pengajian  Melayu  di  pelbagai  universiti 
luar  mahupun  dalam  negara.  Bahasa  Melayu  dikatakan  merupakan  antara  enam 
bahasa  di  dunia  yang  mampu  bertahan  dalam  tempoh  100  tahun  lagi  malahan 
mampu hidup untuk selama‐lamanya terutama jika bahasa Melayu mempunyai kuasa 
ekonomi.  Bahasa  Melayu  pernah  menjadi  bahasa  bertaraf  dunia  satu  ketika  dahulu 

  10 
seperti  bahasa  Inggeris  sekarang.  Walaupun  keadaannya  berbeza  sekarang,  bahasa 
itu akan terus memainkan peranan penting dalam pembinaan bangsa dan negara.  
Slogan ‘Bahasa Melambangkan Bangsa dan Bahasa Jiwa Bangsa’ adalah antara 
slogan  yang  dapat  menaikkan  semangat  patriotisme  dan  kemerdekaan  daripada 
penjajah  yang  lebih  mengutamakan  bahasa  mereka.  Slogan  ini  begitu  dihayati  oleh 
pejuang  bahasa  yang  mahu  bahasa  Melayu  diangkat  semula  sebagai  bahasa 
intelektual,  bahasa  falsafah  serta  bahasa  ilmu.  Tiada  bahasa  lain  yang  dapat 
membentuk  ketamadunan  sesuatu  bangsa  itu  melainkan  bahasa  bangsa  itu  sendiri 
termasuk  ketamadunan  bangsa  Melayu  oleh  bahasa  Melayu.  Justeru,  cabaran  dan 
halangan  yang  terpaksa  dihadapi  oleh  bahasa  Melayu  hari  ini  haruslah  ditangani 
dengan sewajarnya oleh semua golongan khususnya pihak kerajaan. 
Memartabatkan  bahasa  Melayu  merupakan  satu  proses  pembinaan  bahasa 
yang dijalankan secara berterusan. Pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke 
arah memantapkan Bahasa Melayu dari sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, 
tatabahasa,  peristilahan,  kosa  kata  dan  laras  bahasa.  Menurut  Nik  Safiah  Karim 
(2004),  pemantapan  sistem  bahasa  sebagai  persediaan  menjadi  bahasa  yang  cekap 
dan yang mempunyai daya pengungkap hal ehwal ilmu, teknologi dan segala bidang 
untuk  kehidupan  moden  telah  mencapai  tahap  yang  kukuh,  walaupun  proses  ini 
masih berterusan dan masih memerlukan pemantapan untuk memartabatkan bahasa 
Melayu.  Awang  Sariyan  (2006)  mengatakan  bahawa  usaha‐usaha  perlu  dilakukan 
oleh  pihak  pemerintah  negara  agar  lebih  proaktif  dalam  memartabatkan  bahasa 
Melayu jika ingin melihat bahasa Melayu itu terus berkembang maju dan seterusnya 
menjadi  bahasa  ilmu.    Bahasa  Melayu  seharusnya  telah  diangkat  menjadi  sebuah 
bahasa  yang  unggul  dan  tidak  seharusnya  dipertikai  kewujudannya.  Manakala, 
Berdasarkan  pendapat  tokoh  bahasa  di  atas  dapat  disimpulkan  bahawa  untuk 
memartabatkan  bahasa  Melayu,  banyak  usaha  yang  perlu  dilakukan  oleh  pelbagai 
pihak  khususnya  pihak  kerajaan.  Perkembangan  bahasa  Melayu  dapat  dipraktikkan 
dalam sistem pendidikan negara. Melalui pendidikan sesuatu perancangan itu dapat 
dilaksanakan  mengikut  perancangan  yang  telah  diatur  oleh  pihak  kerajaan. 
Pemantapan  dari  segi  pembinaan  bahasa  itu  sendiri  perlu  seiring  dengan 
perkembangan  pendidikan.  Jika  kedua‐dua  konsep  ini  dapat  digabungkan  nescaya 

  11 
usaha  untuk  memartabatkan  bahasa  Melayu  dapat  dilaksanakan  dengan  sebaik 
mungkin.  
 
KEKANGAN DAN LANGKAH PENYELESAIAN 
 
Sungguhpun  telah  jelas  bahawa  untuk  memandaikan  anak  bangsa,  pengajaran  dan 
pembelajaran  haruslah  dilaksanakan  dengan  menggunakan  bahasa  ibunda,  namun 
terdapat  juga  kekangan  yang  terpaksa  dihadapi  disebabkan  oleh  faktor‐faktor 
tertentu, antaranya ialah: 
 
i) Pengaruh Bahasa Inggeris  
 
Pemodenan  telah  membawa  pengaruh  globalisasi  secara  menyeluruh  ke  seluruh 
dunia.  Dasar bahasa tidak berubah tetapi orientasi terhadap bahasa Inggeris sebagai 
wadah  kemajuan  globalisasi  atau  sebagai  alat  untuk  mencapai  matlamat  itu  mula 
mengabui  mata  masyarakat  dan  penggubal  dasar.  Peranan  bahasa  Melayu  dalam 
agenda  pembangunan  negara  dan  pendidikan  juga  turut  terkena  bahang  globalisasi. 
Rakyat  Malaysia  khususnya  orang  Melayu  diseru  supaya menguasai bahasa Inggeris 
jika mereka hendak menjadi bangsa yang maju. Proses globalisasi digunakan sebagai 
alasan bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia mesti mengetahui bahasa Inggeris. 
Pada  hal  sudah  ada  dasar  sejak  tahun  1957  yang  diperakukan  oleh  Laporan  Razak 
sendiri bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa kedua yang wajib diajarkan di sekolah. 
Menurut Omar Mohd Hashim (1993: 13) kelemahan pelajar Melayu dalam menguasai 
bahasa Inggeris mula menjadi isu negara seolah‐olah bahasa Inggeris itu merupakan 
bahasa  pengantar  utama  di  sekolah  mahupun  di  universiti  manakala  kelemahan 
pelajar  dalam  menguasai  bahasa  Melayu  dipandang  sepi.  Tiada  tindakan  mahupun 
usaha untuk memantapkan bahasa Melayu.  Hakikatnya, penguasaan pelajar terhadap 
bahasa  Inggeris  tidak  meningkat  dan  pemahaman  mereka  terhadap  bahasa  Melayu 
pula semakin merosot. 
 
Cabaran  paling  serius  terhadap  kedudukan  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa 
ilmu.  Di  IPT  berlaku  apabila  600  lesen  diluluskan  kepada  pihak  swasta  untuk 

  12 
menubuhkan  Institusi  Pendidikan  Tinggi  Swasta  (IPTS).  Walaupun  Akta  Pendidikan 
Tinggi  Swasta  1996  menyatakan  bahawa  semua  IPTS  di  negara  ini  hendaklah 
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, namun dalam akta yang 
sama  juga  telah  memberikan  kuasa  kepada  Menteri  Pelajaran  untuk  membenarkan 
IPTS  menggunakan  bahasa  Inggeris  sebagai  bahasa  pengantar  utamanya.  
Penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran 
di  institusi  pengajian  tinggi  bukanlah  jalan  penyelesaian  kepada  pelajar  dalam 
menguasai ilmu.  Satu kaedah yang mungkin boleh diaplikasikan dalam hal ini ialah 
memperkenalkan sistem bahasa ibunda berasaskan dwibahasa (mother tongue‐based 
bilingual programme) yang dibincangkan oleh Carol Benson (2005).  Melalui kaedah 
ini  pengajaran  dan  pembelajaran  dilaksanakan  dengan  menggunakan  dwibahasa 
(dengan andaian bahawa pelajar menggunakan dwibahasa sebagai bahasa pertuturan 
dan  bahasa  komunikasi  di  rumah).    Pada  hari  ini  penggunaan  dwibahasa  sebagai 
bahasa  pertuturan  di  rumah  bukanlah  perkara  yang  baru.    Namun  untuk 
melaksanakan  langkah  ini  memerlukan  satu  kajian  dan  penyelidikan  yang  teliti 
sebelum diimplementasikan. 
 
ii) Kegagalan menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi. 
 
Satu lagi masalah yang menyebabkan merosotnya penggunaan bahasa Melayu adalah 
kegagalan  pelajar  dan  pengajar  untuk  menguasai  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa 
komunikasi.    Terdapat  ramai  pelajar  terutama  pelajar  bukan  Melayu  yang  lulus 
dengan  agregat  A+  atau  A  bagi  mata  pelajaran  bahasa  Melayu  gagal  berkomunikasi 
dengan menggunakan bahasa Melayu.  Mereka memperoleh gred yang tinggi kerana 
mereka  fokus  terhadap  subjek  tersebut  dan  hanya  belajar  untuk  peperiksaan.  
Kekangan yang jelas ketara untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam pendidikan 
ialah  kurangnya  tenaga  pengajar  yang  mahir  dan  tidak  menguasai  bahasa  Melayu 
dengan  sebaiknya.  Abdul  Hamid  Mahmood  (1993)  menyatakan  bahasa  Melayu  itu 
tidak  dapat  dimartabatkan  jika  guru‐guru  yang  mengajarkan  mata  pelajaran  bahasa 
Melayu  tidak  menggunakan  bahasa  Melayu  dengan  betul.  Menurut  kajian  beliau, 
ramai  guru  masih  menggunakan  dialek  setempat  semasa  mengajar  mata  pelajaran 
bahasa  Melayu  dan  bukannya  menggunakan  bahasa  standard.  Budaya  berbahasa 

  13 
yang sebenarnya tidak dapat diterapkan oleh golongan pengajar dan tenaga pengajar 
tersebut.  Ini  menyebabkan  golongan  pelajar  akan  mendapat  input  yang  salah  dan 
bercelaru. Hal ini demikian menyebabkan golongan pelajar khususnya pelajar Melayu 
tidak dapat mempelajari bahasa Melayu dengan betul.  
Selain itu, masalah penggunaan dialek bahasa Melayu di bilik darjah masih ada 
hingga hari ini. Tambahan pula, tidak semua pelajar dianggap sebagai orang Melayu 
adalah orang Melayu. Misalnya, orang Jawa dan menggunakan bahasa Jawa di rumah. 
Bahasa  Melayu  ialah  bahasa  kedua  dan  bahasa  Inggeris  ialah  bahasa  ketiga  bagi 
mereka.  Bagi  kebanyakan  pelajar  sebegini,  bahasa  Melayu  bukanlah  bahasa  ibunda 
mereka  dan  mereka  terpaksa  mempelajarinya.  Menurut  Sufean  Hussin  (1996  ) 
mengatakan  bahawa  di  sekolah  murid‐murid  akan  diajarkan  aspek  tatabahasa  di 
dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  bahasa  Melayu  kerana  ia  amat  penting  untuk 
melahirkan  murid  yang  pintar  berbahasa  selain  dapat  menggunakan  tatabahasa 
dengan  betul.  Tujuan  pengajaran  tatabahasa  dijalankan  di  sekolah  adalah  untuk 
membolehkan murid‐murid dapat memahami dengan lebih jelas pengertian sesuatu 
perkataan  atau  ayat  dengan  menganalisis  kedudukannya.  Selain  itu,  ia  juga  dapat 
membantu  murid‐murid  bertutur  dengan  lancar,  terang  dan  mudah  difahami  oleh 
orang lain serta murid dapat menggunakan frasa dengan jelas dan tepat.  
Pengajaran tatabahasa ini sangat mencabar bagi seseorang guru bahasa. Guru‐
guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu tentang tatabahasa itu sendiri. Guru‐guru 
tidak  boleh  dengan  sewenang‐wenangnya  mengajarkan  tatabahasa  kepada  murid‐
murid tanpa membuat sebarang rujukan berkaitan kandungan dalam tatabahasa itu 
sendiri.  Ini  bersesuaian  dengan  zaman  sekarang  di  mana  murid‐murid  perlu 
menguasai tatabahasa untuk diaplikasikan dalam menjawab soalan peperiksaan. Bagi 
mengatasi  masalah  ini,  antara  langkah  yang  dimasukkan  dalam  Dasar  pendidikan 
kebangsaan  (2102)  adalah  mempertingkat  kerjasama  dengan  Dewan  Bahasa  dan 
Pustaka melalui: 
i. memperbanyak istilah Matematik, Sains dan Teknologi: 
ii. meningkatkan aktiviti sokongan bahasa seperti pertandingan/kempen/ 
kursus; dan 
iii. meningkatkan bantuan dalam pembinaan kapasiti guru seperti munsyi 
bahasa/kursus/bengkel dan sebagainya. 

  14 
 
iii) Pengaruh Bahasa Slanga 
 
Slanga  wujud  sebagai  satu  bentuk  kekacauan  bahasa.  Kekacauan  bahasa  ini 
sebenarnya berlaku tanpa disedari oleh penuturnya. Ismail Jusoh (2000) mengatakan 
bahawa  bahasa  slanga  dilahirkan  oleh  sesuatu  kumpulan.  Kumpulan  ini  mencipta 
istilah  dan  kata‐kata  yang  bermakna  dan  hanya  difahami  oleh  kumpulan  itu  sahaja. 
Mereka  menggunakan  istilah‐istilah  tersebut  dalam  berkomunikasi.    Apabila 
wujudnya  bahasa  slanga  secara  tidak  langsung  terbinalah  pelbagai  golongan 
mengikut identiti mereka. Dalam menangani masalah memartabatkan bahasa Melayu, 
golongan pelajar sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dalam berbahasa. Tetapi 
sejak  akhir‐akhir  ini,  banyak  rungutan  mengatakan  bahawa  golongan  pelajar 
universiti  lebih  suka  menggunakan  bahasa  slanga  dalam  pertuturan  mereka  tidak 
kira secara formal mahupun tidak formal. Bahasa Slanga adalah satu kelainan bahasa 
yang  dicirikan  oleh  perbendaharaan  kata  yang  baru  digubal  dan  cepat  berubah. 
Bahasa  ini  sering  digunakan  oleh  golongan  muda  seperti  kumpulan  rock  dan 
kawanan  melepak,  atau  pelajar  universiti  seperti  di  UPM  atau  golongan  profesional 
untuk  menghindarkan  daripada  diketahui  oleh  anggota  komuniti  bahasa  yang  lain. 
Bahasa  Slanga  ini  cepat  merebak  dan  cepat  pula  hilang  mengikut  peredaran  zaman. 
Antara contoh bahasa Slanga yang menjadi ikutan pelajar universiti ialah seperti cun, 
buat  dek,  bengang,  geng,  melepak,  buat  pot  dan  lain‐lain  lagi.  Para  pensyarah  sering 
merungut  tahap  penguasaan  bahasa  Melayu  pelajar  universiti  semakin  merosot  dan 
hal  ini  tidak  sepatutnya  berlaku.  Jika  keadaan  ini  tidak  dibendung  nescaya  proses 
untuk  memartabatkan  bahasa  Melayu  tidak  akan  tercapai  kerana  golongan  pelajar 
universiti inilah yang akan menjadi tunggak kepada pembangunan negara. 
 
iv) Kurang buku rujukan dalam bahasa Melayu. 
 
Masalah  yang  dihadapai  oleh  golongan  pelajar  mahupun  pendidik  dewasa  ini  ialah 
kurangnya  buku‐buku  ilmiah  yang  boleh  digunakan  sebagai  rujukan  dalam 
pengajaran  dan  pembelajaran  yang  ditulis  dan  diterbitkan  dalam  bahasa  Melayu. 
Kebanyakan  buku‐buku  yang  terdapat  di  pasaran  semuanya  menggunakan  bahasa 

  15 
Inggeris.  Keadaan  ini  sangat  menyukarkan  terutamanya  golongan  pelajar  universiti. 
Para pelajar universiti sukar membuat rujukan tentang sesuatu perkara kerana tidak 
terdapat penterjemahan dari segi istilah. Buku‐buku ilmiah ini didatangkan dari luar 
negara  untuk  rujukan  para  pelajar.  Dasar  mempercayai  budaya  orang  luar  telah 
menular di dalam diri masyarakat di negara Malaysia. Para penerbit buku seharusnya 
lebih  agresif  untuk  menerbitkan  buku‐buku  ilmiah  yang  menggunakan  bahasa 
Melayu sebagai bahasa utamanya.  
Abdullah  Hassan  (1987)  mengatakan  bahawa  langkah  pertama  yang  perlu 
dilakukan  oleh  pihak  kerajaan  dalam  memartabatkan  bahasa  Melayu  ialah  dengan 
melantik sebuah badan berkanun seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa 
dan  Pustaka  merupakan  satu  badan  berkanun  yang  berperanan  penting  dalam 
memartabatkan bahasa Melayu. DBP berperanan untuk memupuk dan memperkaya 
bahasa  kebangsaan,  memperluas  bidang  pengetahuan  masyarakat  terhadap 
penggunaan  dan  perkembangan  bahasa  Melayu,  menerbitkan,  menggalakkan  dan 
menyelaraskan  penerbitan  buku  dan  jenis  penerbitan  lain  yang  berkaitan  dengan 
kajian  dan  pembinaan  bahasa  Melayu,  membakukan  sistem  ejaan  dan  sebutan, 
mencipta  istilah  saintifik  yang  sesuai  dengan  bahasa  kebangsaan,  menyusun  dan 
menerbitkan  kamus  dalam  bahasa  kebangsaan.  Dengan  adanya  Dewan  Bahasa  dan 
Pustaka sedikit sebanyak dapat membantu pihak kerajaan terutamanya Kementerian 
Pelajaran untuk memantapkan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan.   
 
vi) Bahasa Melayu bahasa ilmu tinggi. 
 
Dalam  Persidangan  Kebangsaan  Bahasa  Melayu  di  Universiti  Kebangsaan  Malaysia 
(UKM)  Bangi (2005)  iii  Wan  Hashim  Wan  Tehiv  mengatakan  bahawa,  perjuangan 
memartabatkan  Bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  utama  negara  telah  tiba  di 
kemuncaknya apabila bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama dalam sistem 
pendidikan  sehingga  ke  universiti.  Menurut  beliau,  ia  menunjukkan  kesungguhan 
serta komitmen yang tinggi pihak kerajaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai 
bahasa ilmu tinggi. Mohd Amin Arshad (2005 :13) mengatakan istilah bahasa Melayu 
tinggi itu memang mendukung pengertian sosial yang tertentu yang dapat dibezakan 
dengan bahasa rendah.  Bagi golongan budayawan, budaya tinggi ditafsirkan sebagai 

  16 
budaya ilmu, pemikiran dan teknologi. Dengan kata lain, bahasa Melayu tinggi adalah 
ragam bahasa yang digunakan sebagai pengantar ilmu, bahasa yang digunakan dalam 
situasi  rasmi,  bahasa  baku  dan  bahasa  standart.  Sehubungan  dengan  hal  itu,  amat 
wajarlah  bahasa  Melayu  yang  digunakan  oleh  masyarakat  Malaysia  kini  diiktiraf 
sebagai bahasa ilmu tinggi sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa pembentuk 
budaya.  Pembinaan  bahasa  dimaksudkan  sebagai  usaha  ke  arah  memantapkan 
bahasa  Melayu  dari  sudut  sistemnya  iaitu  sistem  ejaan,  sebutan.  tatabahasa, 
peristilahan,  kosa  kata  dan  laras  bahasa.    Pemantapan  sistem  bahasa  sebagai 
persediaan  menjadi  bahasa  yang  cekap  dan  yang  mempunyai  daya  pengungkap  hal 
ehwal  ilmu,  teknologi  dan  segala  bidang  untuk  kehidupan  moden  telah  mencapai 
tahap  yang  kukuh,  walaupun  proses  ini  masih  berterusan  dan  masih  perlukan 
pemantapan.  Kemajuan  pendidikan  dalam  bahasa  Melayu  telah  berlaku  dengan 
pesatnya  apabila  kerajaan  menubuhkan  sekolah  menengah  berbahasa  pengantar 
Melayu dan terlaksananya Dasar Pendidikan Negara yang menjadikan bahasa Melayu 
sebagai  bahasa  pengantar  utama  di  institusi‐institusi  pengajian  tinggi  (IPT).  Usaha 
memperkasa  Bahasa  Melayu  di  IPT  adalah  menggunakannya  dalam  situasi‐situasi 
rasmi dan memupuk semangat cintakannya.  
 
KESIMPULAN 

Bahasa  ibunda  merupakan  bahasa  pertama  yang  dipelajari  oleh  manusia 


ketika mula mengenal dunia.  Bagi warganegara Malaysia, bahasa Melayu seharusnya 
menjadi  bahasa  utama  yang  menjadi  lambang  dan  jatidiri  sebagai  rakyat  Malaysia.  
Penggunaan  bahasa  Melayu  secara  inklusif  dalam  pendidikan  seharusnya  diberi 
perhatian  yang  serius,  bukan  sahaja  oleh  kerajaan  dan  pihak  sekolah  serta  pihak 
institusi  pengajian  tinggi,  sebaliknya  seluruh  warga  Malaysia  seharusnya 
memberikan kerjasama yang serius dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa 
pendidikan  di  negara  ini.    Ikrar  yang  sering  dilafazkan  dalam  Rukun  Negara  yang 
mengatakan  bahawa  sebagai  rakyat  Malaysia  semua  warganegara  telah  berikrar 
untuk  nencapai  perpaduan  yang  lebih  erat  dalam  kalangan  seluruh  masyarakatnya 
serta  berikrar  menumpukan  seluruh  tenaga  dan  usaha  dalam  mencapai  cita‐cita 

  17 
berdasarkan  prinsip  keluhuran  perlembagaan  perlulah  dipraktikkan  dalam  bentuk 
amalan yang jujur dan ikhlas sebagai warganegara Malaysia. 
 
Sejajar  dengan  hal  itu,  seperti  kata  Abdullah  Hassan  (1987)  generasi  muda 
terutama  pelajar  sekolah  harus  dipupuk  jati  dirinya  terhadap  bahasa  kebangsaan 
sejak di bangku sekolah. Usahlah dibebankan mereka dengan bahasa yang lain untuk 
mempelajari  ilmu  pengetahuan  moden.  Kuasailah  bahasa  Melayu  terlebih  dahulu 
kemudian  barulah  kuasai  bahasa  kedua.  Dengan  cara  ini,  Malaysia  akan  melahirkan 
rakyat  yang  dwibahasa  menjelang  tahun  2020.  Bahasa  Melayu  sebagai  bahasa 
kebangsaan  harus  sentiasa  dipelihara.  Dalam  usaha  mendaulatkan  bahasa  Melayu 
sebagai  bahasa  ilmu  kita  harus  lebih  dahulu  memupuk  jati  diri  dalam  kalangan 
masyarakat terutama golongan yang tiada jati diri terhadap bahasa, yang terlalu kuat 
sentimennya  terhadap  bahasa  Melayu  dan  golongan  yang  kurang  kepercayaan  dan 
keyakinan  diri  terhadap  bahasa  Melayu.  Bahasa  menunjukkan  bangsa  dan  maju 
bahasa majulah bangsa. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

  18 
 
Bibliografi 
 
Abdullah  Hassan  ,  1987.  Isu‐isu  Perancangan  Bahasa  –  Pengintelektualan  Bahasa 
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 
 
Abd. Hamid Mahmood, 1993. Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media Printed 
(M). 
 
Asmah  Haji  Omar,  2008.  Susur  Galur  Bahasa  Melayu.  Kuala  Lumpur:  Dewan  Bahasa 
dan Pustaka. 
 
Awang Sariyan , 2006 . Bahasa Melayu dalam Mendepani Era Globalisasi: Upaya dari 
Sudut  Pengayaan  Khazanah  Ilmu.  Dalam  Jurnal  Antarabangsa  Dunia  Melayu. 
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 
 
Carole  Benson,  2004  .  The  importance  of  mother  tongue‐based  schooling  for 
educational  quality  in  Paper  commissioned  for  the  EFA  Global  Monitoring 
Report 2005, The Quality Imperative, UNESCO. 

Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2012. Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Garvin,  Paul  L.;  and  Madeleine Mathiot ,1968.    ‘The urbanization  of 


the Guarani language:  a  problem  in  language  and  culture’,  in  Joshua  A. 
Fishman et  al.  (eds), Readings in  the  sociology  of  language,  (The  Hague: 
Mouton), pp. 365‐74. 

Ismail  Jusoh  ,  2000.  Bahasa  dan  Masyarakat.  Dalam  Monograf  Bahasa,  Sastera,  dan 
Budaya Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 

Junaidi  Awang  Besar  dan  Mohd  Fuad  Mat  Jali,  2010.    Pemansuhan  dasar  PPSMI: 
Tinjauan  daripada  persepsi  parti  politik,  ahli  akademik  dan  NGO  serta 
pengalaman di sekolah. Dalam Jurnal Melayu, halaman 177‐197. Bangi: Penerbit 
UKM. 

Juriah  Long,  2002.  Pendidikan  Bahasa  Melayu:   Antara  Hasrat  dengan 


Perlaksanaan.   Bangi: Penerbit UKM. 

Kamarudin Kachar, 1989. Pendidikan Dan Masyarakat. Edisi Pertama. Kuala LumpuR: 
Teks Publishing sdn. Bhd. 

Mohd Amin Arshad , 2005. Bahasa Melayu Tinggi. UPM Serdang, Selangor. 

Nik  Safiah  Karim,  2004.  Bahasa  Melayu  Sedekad  Yang    Lalu.  Kuala  Lumpur:  Dewan 
Bahasa. 
 

  19 
Nor  Hashimah  Jalaluddin,  2003.  Penerimaan  Sains  dan  Matematik  Dalam  Bahasa 
Inggeris  di  Kalangan  Pelajar  dan  Guru,  Projek  Penyelidikan  II/10/2003 
Persatuan Linguistik Malaysia/ATMA, Bangi, UKM. 
 
Omar  Mohd.  Hashim,  1993.  Pendidikan  Persoalan,  Penyelesaian  dan  Harapan.  Kuala 
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 
 
Shaharir  Mohamad  Zain,  2005.  Beberapa  Akibat  daripada  Pengajaran  Sains 
danMatematik  dalam  Bahasa  Inggeris  di  Malaysia:  Suatu  Penilaian  Empiris  dan 
Teori.  Kertas  kerja  Kongres  Pendidikan  Melayu  ke‐2,  anjuran  Persekutuan 
Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu (PBPPM), di Berjaya Times Square 
Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur, 26‐27 Mac, 2005. 
 
Sufean  Hussin,  1996.  Pendidikan  di  Malaysia  –  Sejarah  Sistem  dan  Falsafah.  Kuala 
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 
 
 
 

                                                             
i
 http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0513&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm. 
ii
 www.moe.gov.my/v/falsafah‐pendidikan‐kebangsaan.Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Diakses pada 17 
Mac 2015. 
iii
 Artikel 
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1031&sec=sastera&pg=sa_01.htm#ixzz3U
eICFAc4© Utusan Melayu (M) Bhd  
 
 
 

  20 

View publication stats

Você também pode gostar