Você está na página 1de 1

APA ITU SUMUR?

Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) merupakan cetusan idea YB Dato Seri
Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia. Hasrat ini telah disambut
oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia
dengan mencetuskan Modul 5C iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid
Cergas dan Murid Ceria.

Matlamat program ini adalah untuk:

 melahirkan murid yang memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-
murid lain
 sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat
 mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan
seharian
 mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup
 berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan bersemangat patriotisma
Program SUMUR telah dilancarkan oleh YB Dato Noh bin Omar, Timbalan Menteri
Pelajaran Malaysia pada 29 Oktober 2007 di Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang,
Kuala Selangor, Selangor.

Susulan daripada itu, sepuluh (10) buah sekolah rintis telah dipilih bagi
melaksanakannya iaitu; SMKA Maahad Muar, Johor; SMKA Sultan Muhammad, Melaka;
SMKA Nibong Tebal, Pulau Pinang; SMKA Naim Lil-Banat, Kelantan; SMKA Sheikh Hj
Othman Wahab, Sarawak; SABK Imtiaz Dungun, Terengganu; SABK SAM Tanjung
Karang, Selangor; SABK Maahad Al-Aziz, Parit Perak; SABK SMA Al-Maarif, Kuantan
Pahang dan SABK SMA Al-Nahdah, Yan Kedah.

Mesyuarat Pengurusan Bahagian Pendidikan Islam Bil.2/2010 pada 8 Februari 2010


telah memutuskan bahawa program SUMUR ini diserahkan kepada Operasi Dakwah BPI
KPM dan telah dilaksanakan bermula tahun 2010 di semua SMKA dan SABK.

Aktiviti pelaporan berpusat telah dilaksanakan pada tahun 2012 melibatkan semua
SMKA dan SABK di enam (6) zon meliputi zon utara, zon tengah, zon selatan, zon timur,
zon Sabah dan zon Sarawak.

Manakala bagi tahun 2013 pula, program SUMUR telah berjaya dilaksanakan di semua
sekolah kelolaan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) KPM iaitu 56 buah SMKA dan 159
buah SABK. Aktiviti pemantauan juga turut dilaksanakan di beberapa buah sekolah
terpilih di seluruh negara bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan
sebagaimana dirancang.

Você também pode gostar