Você está na página 1de 11

BAB 13 Kebarangkalian Mudah

13.1 Kebarangkalian Eksperimen


Kebarangkalian ialah ukuran kemungkinan berlakunya suatu peristiwa, dinyatakan sama ada dalam bentuk pecahan
atau peratusan.

Kebarangkalian eksperimen bagi suatu peristiwa =

13.2 Kebarangkalian Teori yang Melibatkan Kesudahan Sama Boleh Jadi


13.2.1 Ruang sampel, S
Ruang sampel adalah satu set mengandungi semua kesudahan yang mungkin bagi satu eksperimen.
Contoh 1: Tentukan ruang sampel, S
a) Melambung duit syiling
…………………………………………………………………………
b) melambung buah dadu
…………………………………………………………………………
c) satu huruf dipilih daripada perkataan ‘HITUNG’
…………………………………………………………………………
d) satu nombor ganjil antara 20 dan 30 dipilih secara rawak.
…………………………………………………………………………

Contoh 2:
Satu huruf dipilih secara rawak daripada perkataan SEMPURNA. Senaraikan kesudahan yang mingkin dan tulis unsur
dalam ruang sampel bagi eksperimen ini. Nyatakan bilangan unsur dalam ruang sampel.

Contoh 3:
Satu nombor dipilih secara rawak daripada nombor perdana 20 hingga 40. Senaraikan kesudahan yang mungkin dan
tulis unsur dalam ruang sampel bagi eksperimen ini. Nyatakan bilangan unsur dalam ruang sampel.

Contoh 4:
Sebuah koperasi sekolah menjual pensel jenama P manakala pemadam yang dijual berwarna merah, hijau, biru dan
kuning. Kamal ingin membeli sebatang pensel dan satu pemadam dari koperasi tersebut. Dengan bantuan gambar
rajah pokok, senaraikan kesudahan yang mungkin dan tulis unsur dalam ruang sampel pasangan barang yang boleh
dibeli oleh Kamal. Nyatakan bilangan pasangan tersebut.

Contoh 5:
Kotak P mengandungi kad berlabel huruf C. Kotak Q mengandungi kad berlabel huruf A, B, D dan F. Sekeping kad dari
kotak A dan sekeping kad dari kotak B diambil secara rawak.
Senaraikan ruang sampel bagi eksperimen ini. Nyatakan bilangan pasangan tersebut.
Peristiwa suatu Eksperimen
Peristiwa ialah set kesudahan yang memenuhi syarat tertentu bagi suatu ruang sampel dan merupakan subset
bagi ruang sampel.
Contoh 6:
Sekeping kad telah dipilih secara rawak dari sebuah kotak yang mengandungi kad bernombor 1 hingga 9. Tentukan
sama ada peristiwa berikut mungkin berlaku atau tidak mungkin berlaku.
(i) Nombor lebih besar daripada 5.
(ii) Faktor bagi 15
(iii) Nombor dengan dua digit

Contoh 7:
Dalam satu acara sukaneka, peserta perlu mengambil sekeping kad secara rawak dari balang yang mengandungi kad
bertulis huruf K, A, S, U, T. Senaraikan unsur dalam ruang sampel bagi peristiwa memilih
(a) Huruf konsonan
(b) Huruf vokal

Contoh 8:
Balang A mengandungi kad berlabel huruf I. Balang B mengandungi kad berlabel huruf I, K, A dan N. Sekeping kad
dari balang A dan sekeping kad dari balang B diambil secara rawak.
(a) Senaraikan unsur dalam ruang sampel.
(b) Senaraikan unsur dalam ruang sampel yang memperoleh
(i) Pasangan huruf yang sama, X
(ii) Sekurang-kurangnya satu huruf konsonan, Y

13.2.2 Kebarangkalian suatu Peristiwa


Bagi suatu ruang sample, S, kebarangkalian suatu peristiwa A berlaku ialah
𝐵𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑠𝑢𝑑𝑎ℎ𝑎𝑛 𝐴 𝑛(𝐴)
𝑃(𝐴) = =
𝐵𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑠𝑢𝑑𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑆 𝑛(𝑆)
𝐵𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑝𝑒𝑟𝑖𝑠𝑡𝑖𝑤𝑎 𝐴 𝑏𝑒𝑟𝑙𝑎𝑘𝑢
𝑃(𝐴) =
𝐵𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑐𝑢𝑏𝑎𝑎𝑛

Contoh: Hitung kebarangkalian suatu peristiwa


a) Satu huruf dipilih secara rawak daripada perkataan b) 30 kupon bernombor siri 121 hingga 150 dimasukkan
ASSOCIATIONS. Cari kebarangkalian ke dalam sebuah kotak. Satu kupon dipilih secara rawak
i) memilih huruf S, daripada kotak itu. Cari kebarangkalian mendapat kupon
yang bertanda dengan satu gandaan 7.
ii) memilih satu huruf vokal.
c) Sebiji epal diambil dari sebuah kotak yang d) Satu bag mengandungi 25 biji epal merah dan
mengandungi 35 biji epal hijau dan 25 biji epal merah. sebilangan epal hijau. Kebarangkalian satu biji epal
Hitung kebarangkalian epal berwarna hijau dipilih. merah dipilih ialah 5/8. Cari bilangan epal hijau dalam
bag.

e) Satu bag mengandungi 27 batang pen biru dan f) Sebuah kilang mempunyai 21 pekerja lelaki dan
beberapa batang pen hitam. Kebarangkalian satu pen sebilangan pekerja wanita. Kebarangkalian seporang
biru dipilih ialah ¾. Cari bilangan pen yang terdapat pekerja lelaki dipilih ialah 3/8. Cari bilangan pekerja
dalam bag. dalam kilang.

g) Satu bag mengandungi 24 pen merah dan sebilangan h) Satu bag mengandungi 18 pen merah jambu dan
pen hijau. Kebarangkalian memilih sebatang pen merah sebilangan pen biru. Kebarangkalian sebatang pen biru
ialah 3/7, cari bilangan pen dalam bag. dipilih ialah 2/3. Cari bilangan pen biru dalam bag.

Latihan Pengukuhan:
Soalan Jawapan
1) Sebuah kilang mempunyai 42 orang pekerja di mana 16
orang daripadanya ialah wanita.
Cari kebarangkalian
i) seorang pekerja wanita dipilih
ii) seorang pekerja lelaki dipilih
iii) Jika 6 orang lagi pekerja wanita menyertai kilang itu dan
seorang pekerja dipilih secara rawak daripada kilang itu,
nyatakan kebarangkalian memilih seorang pekerja wanita.

2) Sebuah peti sejuk mengandungi 64 kotak ais krim yang


berperisa coklat, vanilla dan magga. Sebanyak 27 daripada
ais krim itu berperisa vanilla. Jika sekotak ais krim dipilih
secara rawak, kebarangkalian memilih sekotak ais krim yang
berperisa manga ialah 3/8. Cari bilangan kotak ais krim yang
berperisa coklat dalam peti sejuk.

3) Satu kad dipilih secara rawak daripada kotak yang


mengandungi kad bertanda huruf PLEASURE.
i) Cari kebarangkalian kad yang dikeluarkan bertanda huruf
vocal.
ii) Beberapa keping kad yang bertanda Z dimasukkan ke
dalam kotak itu. Jika sekeping kad dipilih secara rawak,
kebarangkalian memilih sekeping kad yang bertanda huruf Z
ialah 1/5. Cari bilangan kad yang bertanda huruf Z.
13.3 Kebarangkalian Peristiwa Pelengkap
Peristiwa pelengkap bagi peristiwa A ialah set yang mengandungi semua kesudahan dalam ruang sampel yang bukan
kesudahan A dan ditulis sebagai A’.
Kebarangkalian peristiwa pelengkap bagi peristiwa A ialah P(A’) = 1 – P(A).

A
A’

Contoh:
1. Sebuah dadu dilambung. Cari kebarangkalian 2. Satu nombor dipilih secara rawak daripada set
memperoleh {𝑥: 1 ≤ 𝑥 ≤ 50, 𝑥 𝑖𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑖𝑛𝑡𝑒𝑔𝑒𝑟}. Cari kebarangkalian
a) nombor gandaan 3 memilih
b) nombor bukan gandaan 3 a) satu nombor yang mengandungi digit 3,
b) satu nombor yang tidak mengandungi digit 3.

3. Kebarangkalian satu bus ekspress akan lewat ialah 4. Kebarangkalian Ali menang dalam satu pertandingan
1/15, cari kebarangkalian bus ekspress tidak akan lewat. ialah 3/5. Apakah kebarangkalian Ali tidak dapat
menang dalam pertandingan tersebut?

5. Sebuah bag mengandungi 80 biji bola di mana 16 6. Satu nombor dipilih secara rawak daripada set
daripadanya berwarna merah. Sebiji bola dipilih secara {𝑥: 51 ≤ 𝑥 ≤ 100, 𝑥 𝑖𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑖𝑛𝑡𝑒𝑔𝑒𝑟}. Cari kebarangkalian
rawak daripada beg itu, cari kebarangkalian bola yang memilih satu nombor yang bukan nombor perdana.
dipilih itu tidak berwarna merah.

7. Sebuah beg mengandungi 24 biji butang merah dan x 8. Sebuah kotak mengandungi sejumlah 100 klip kertas
biji butang hitam. Sebiji butang dipilih secara rawak dari merah dan klip kertas kuning. Kebarangkalian satu klip
beg itu. Diberi bahwa kebarangkalian memilih sebiji kertas merah dipilih secara rawa ialah 3/5. Hitung:
butang merah ialah 2/3. Cari (i) Kebarangkalian satu klip kertas kuning dipilih
(i) Kebarangkalian sebiji butang hitam dipilih

(ii) Bilangan klip kertas kuning


(ii) nilai x.
9. Sebuah kotak mengandungi 18 buah buku Sains dan 10. Sebuah laci mengandungi sampul surat merah,
beberapa buah buku Matematik. Sebuah buku dipilih perang dan putih. 12 keping daripada sampul surat itu
secara rawak dari kotak itu. Kebarangkalian sebuah ialah sampul surat merah. Jika Fatimah memilih
buku Matematik dipilih dari kotak itu ialah ¼. sekeping sampul surat secara rawak dari laci itu,
kebarangkalian mendapat sekepinng sampul surat
(i) Apakah kebarangkalian bahawa bukan buku merah ialah 1/6. Kebarangkalian mendapat sekeping
Matematik dipilih? sampul surat perang ialah ¼. Cari
(i) kebarangkalian mendapat sekeping sampul surat
putih,

(ii) Berapa buah buku yang ada dalam kotak itu?


(ii) jumlah bilangan sampul surat dalam laci itu.

11. Sebuah kotak menyejuk mengandungi beberapa 12. Sebuah beg mengandungi sejumlah 63 biji bola
jenis kotak minuman A, B dan C. Jumlah bilangan kotak merah, bola hijau dan bola biru. Kebarangkalian sebiji
minuman ialah 72. Kebarangkalian satu kotak minuman bola merah dan bola hijau dipilih masing-masing ialah
jenis A dan jenis B dipilih ialah 3/8 dan ½. Hitung: 1/3 dan 2/9. Hitung:
(i) Kebarangkalian satu kotak minuman jenis C dipilih (i) Kebarangkalian sebiji bola biru dipilih

(ii) Bilangan kotak minuman jenis C (ii) Bilangan bola biru

7.4 Kebarangkalian Peristiwa Bergabung


 Kebarangkalian peristiwa bergabung A atau B is A  B.
P(A or B) = P(A  B)
=
n( A  B )
n( S )
 Kebarangkalian peristiwa bergabung A dan B is A B.
P(A and B) = P(A  B)
=
n( A  B )
n( S )

Contoh:
1. Rajah 10 menunjukkan tiga kad nombor di dalam kotak P dan dua kad huruf di dalam kotak Q.

Rajah 10
Satu kad dipilih secara rawak daripada kotak P dan kemudian satu kad pula dipilih secara rawak daripada kotak Q.
Dengan menyenaraikan sampel bagi semua kesudahanyang mungkin, cari kebarangkalian
a) satu kad nombor genap dan kad berlabel Y dipilih,
b) satu kad nombor gandaan 3 atau kad berlabel R dipilih.
[5 markah]
Jawapan:
Latihan 1:
1. PNG13K2BAS10 Rajah 10 menunjukkan dua buah cakera berputar. Cakera K dibahagikan kepada empat sektor
yang sama besar dan cakera L dibahagikan kepada tiga sektor yang sama besar. Petunjuk-petunjuk pada pusat
cakera itu diputarkan serentak sehingga mereka akan berhenti secara serentak pada mana-mana satu sektor.

Rajah 10
a) Senaraikan ruang sampel.
b) Senaraikan semua kesudahan peristiwa yang mungkin dan cari kebarangkalian bagi
i) kedua-dua petunjuk berhenti pada nombor,
ii) satu petunjuk berhenti pada nombor dan satu petunjuk berhenti pada huruf.
[6 markah]
Jawapan:

2. TRG12S1T5Q11 Rajah 11.1 menunjukkan dua kotak R dan S. Kotak R mengandungi dua kad berlabel dengan huruf
dan kotak S mengandungi tiga kad berlabel dengan nombor.

Rajah 11.1
Dua keping kad dipilih secara rawak, satu kad daripada kotal R dan satu kad lagi daripada kotak S.
a) Lengkapkan Rajah 11.2 di ruang jawapan.
b) Dengan menyenaraikan semua kesudahan peristiwa yang mungkin dalam ruang sampel, cari kebarangkalian
bahawa
i) satu kad yang berlabel dengan huruf B dan satu kad yang berlabel dengan nombor genap dipilih.
ii) satu kad yang berlabel dengan huruf B atau satu kad yang berlabel dengan nombor genap dipilih.
[5 markah]
Jawapan:
3. PPTTRG12K2BAS10 Rajah 10 menunjukkan tiga kad nombor di dalam kotak R dan tiga kad huruf di dalam kotak S.

Rajah 10
Satu kad dipilih secara rawak daripada kotak R dan kemudian satu kad lagi dipilih secara rawak daripada kotak S.
a) Ruang jawapan menunjukkan kesudahan peristiwa yang mungkin yang tidak lengkap. Lengkapkan kesudahan
peristiwa yang mungkin.
b) Dengan menyenaraikan semua kesudahan peristiwa yang mungkin dalam ruang sampel, cari kebarangkalian
bahawa
i) satu kad yang berlabel dengan nombor genap dan satu kad yang berlabel dengan huruf Z dipilih.
ii) satu kad nombor ganjil atau satu kad yang berlabel Y dipilih.
[5 markah]

4. TRG11K2BAS10 Puan Alya mahu membawa dua pasu bunga ros daripada tamannya ke sekolah. Dia mempunyai
dua pasu bunga ros kuning(Y) dan sepasu ros merah®. Pertama, dia memilih secara rawak satu pasu dan meletaknya
dalam kereta. Kemudian dia memilih pula pasu kedua secara rawak.
Rajah 10 menunjukkan rajah pokok bagi kesudahan peristiwa yang mungkin.
Rajah 10
a) Senaraikan semua kesudahan yang mungkin bagi peristiwa itu.

b) Seterusnya, cari kebarangkalian bahawa


i) pasu pertama adalah bunga ros merah,
ii) kedua-dua pasu adalah sama warna atau pasu pertama adalah bunga ros merah.
[5 markah]
Jawapan:

5. PRK12K2BAS8 Rajah 8 menunjukkan tiga keping kad berlabel di dalam kotak J dan empat keping kad berlabel di
dalam kotak K.

Rajah 8
Sekeping kad dipilih secara rawak dari setiap kotak.
a) senaraikan ruang sampel.
b) Dengan menggunakan semua kesudahan peristiwa yang mungkin, cari kebarangkalian bahawa
i) kad dilabel dengan ‘P’ dan sekeping kad dilabel dengan nombor ganjil dipilih,
ii) kad dilabel dengan ‘F’ atau sekeping kad dilabel dengan nombor perdana dipilih.
[6 markah]
Jawapan:

Latihan 2:
1. Rajah 10 menunjukkan lima kad yang berlabel dengan huruf.
Rajah 10
Kesemua kad ini dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Dua kad dipilih secara rawak, satu persatu tanpa dikembalikan.
a) Senaraikan ruang sample.
b) Senaraikan semua kesudahan peristiwa yang mungkin dan cari kebarangkalian bagi peristiwa tersebut bahawa
i) kedua-dua kad berlabel dengan huruf vokal,
ii) kad berlabel M atau kad berlabel S dipilih.
[6 markah]
Jawapan:

2. MRSM13K2BAS10 Rajah 10 menunjukkan lima kad yang berlabel dengan huruf.

Rajah 10
Kesemua kad ini dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Sekeping kad dikeluarkan secara rawak dari kotak itu dan
hurufnya dicatat. Kemudian, kad itu dimasukkan semula ke dalam kotak sebelum kad yang kedua dikeluarkan secara
rawak.
a) Senaraikan ruang sampel.
b) Dengan menyenaraikan sampel bagi semua kesudahan, cari kebarangkalian bahawa
i) kad pertama ialah huruf R dan kad kedua ialah huruf vokal,
ii) kedua-dua kad dengan huruf yang sama.
[5 markah]

Jawapan:

3. KLT10K2BAS9 Kad berhuruf dan bernombor seperti yang ditunjukkan di bawah diletakkan dalam satu kotak. Dua
kad dipilih secara rawak daripada kotak itu, satu demi satu, tanpa pengembalian.
Rajah 9
a) Senaraikan ruang sampel.
b) Senaraikan semua kesudahan peristiwa dan cari kebarangkalian bahawa
i) kad-kad itu menunjukkan satu vokal dan satu nombor 4,
ii) sekurang-kurangnya satu kad menunjukkan konsonan atau nombor 3.
[5 markah]
Jawapan:

4. JHR10K2BAS9 Rajah 9 menunjukkan lima kad berlabel yang dimasukkan ke dalam sebuah kotak.

Rajah 9
Dua kad dipilih secara rawak daripada kotak itu, satu demi satu, tanpa pengembalian.
a) Senaraikan ruang sampel,
b) Senaraikan semua kesudahan peristiwa dan cari kebarangkalian bahawa
i) kedua-dua kad dilabel dengan huruf,
ii) kad pertama dilabel dengan nombor ganjil atau kad kedua dilabel dengan huruf konsonan.
[6 markah]
Jawapan:

5. PPTT5TRG11K2BAS10 Rajah 10.1 menunjukkan enam keping kad yang dilabelkan dengan huruf dan nombor
dimasukkan ke dalam sebuah kotak.
Rajah 10.1
Dua kad dipilih secara rawak daripada kotak itu.
a) Rajah 10.2 di ruang jawapan menunjukkan kesudahan peristiwa yang mungkin, yang tidak lengkap.
Lengkapkan kesudahan peristiwa yang mungkin di Rajah 10.2.
b) Seterusnya, cari kebarangkalian
i) kedua-duanya adalah nombor
ii) kad yang pertama ialah nombor dan kad kedua ialah huruf.
[5 markah]

Jawapan:

6. KLT11K2BAS8 Rajah 8 menunjukkan tiga kad berlabel nombor dalam kotak P dan tiga kad berlabel huruf dalam
kotak Q.

Rajah 8
Sekeping kad dipilih secara rawak daripada kotak P dan kemudian satu kad lagi dipilih secara rawak daripada kotak Q.
a) Senarai semua kesudahan yang mungkin ruang sampel itu.
b) Dengan menyenaraikan semua kesudahan peristiwa yang mungkin, cari kebarangkalian bahawa dua keeping kad
yang dipilih adalah berlabel
i) satu nombor ganjil dan sat vokal,
ii) nombor 2 atau satu konsonan.
[5 markah]
Jawapan:

Você também pode gostar