mempunyai akhlak yang terpuji dan keindahan dalam akhlak nya. Sahabat-sahabat nabi juga , telah tidak pernah menafikan bahawa nabi mempunyai akhlak yang baik malah orang-orang kafir juga tidak menafikan hal tersebut. Oleh hal yang sedemikian,kita sebagai umat nabi Muhammad haruslah menjadikan akhlak nabi sebagai tauladan yang dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, saya sebagai seorang pelajar, haruslah menjadikan akhlak nabi sebagai panduan dalam kehidupan. Contohnya, nabi Muhammad S.A.W merupakan seorang yang suka menolong. Allah pernah berfirman dan bermaksud bahawa: “dan hendaklah kamu bertolong-menolong untuk kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa(maksiat) dan pencerobohan.dan bertakwalah kepada allah,kerana sesungguhnya allah maha berat azab-nya(bagi sesiapa yang melanggar perintah-nya” (al-ma’idah [5]:2) Bagaimana saya ingin mempratikkan sikap tolong menolong ketika saya masih bergelar seorang mahasiswa? Sebagai seorang pelajar,saya haruslah menolong rakan-rakan saya khususnya dalam bidang pelajaran. Sebagai contoh, apabila kawan saya tidak faham apa yang penyarah ajar dalam kelas,saya boleh membantunya untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar oleh pensyarah. Tolong menolong bukanlah hanya harus, dalam bentuk tenaga dan wang,malah,memberi tunjuk ajar dalam pelajaran juga termasuk dalam perbuatan tolong- menolong. Abdu daud bersumber dari jabir ada disebutkan dan bermaksud: “ Rasulullah berjalan dibelakang,baginda menuntut orang yang lemah ,memboncengkan, serta menyeru untuk membantu mereka”. (Hadis riwayat Abu Daud) Nabi muhammad juga mempunyai akhlak yang terpuji iaitu rasulullah merupakan seorang yang murah hati dan dermawan. Sifat yang baik ini allah telah terapkan dalam setiap jiwa hambanya. Kalau dalam jiwa nafsunya kuat muthmainnah,semestiya kedermawanan dan murah hatinya akan tumbuh dengan suburnya. Didalam dunia ini, tiada seorang, yang paling kaya dengan sifat dermawannya kecuali Nabi Muhammad S.A.W. Sejak kecil lagi,baginda telah dididik supaya menjadi seorang yang murah hati. Nabi Muhammad juga kaya dengan akhlak sifat siddiq iaitu sifat benar dalam semua perkara. Disebabkan itulah semua umat haruslah mengikuti akhlak rasululah dalam bersifat benar. Dengan adanya sifat benar dalam diri kita, sudah pasti agama islam akan dipandang dengan megah oleh agama lain dan sudh pasti ramai yang terikut dengan akhlak yang baik yang dilakukan oleh orang islam. Nabi tidak pernah berbohong dalam percakapan. Oleh disebabkan itu, kita tidak seharusnya melakukan dosa secara “free” dengan bercakap bogonh dan memungkiri janji. Kerana imam bukhari dan muslim telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah RadiyaLlahu’anhu bahawa Rasulullah pernah bersabda dan bermaksud : “Tanda munafiq, itu ada tiga:apabila dia bercakap dia bohong,apabila dia berjanji,dia ingkari,dan apabila dia diamahkan,dia khianat.”. dan rasulullah telah memberikan berita kegembiraan kepada umat islam iaitu menjadikan amanah itu jalan kemenangan ke syurga.Ahmad Ibnu Habban dan Al-Hakim meriwayatkan daripada ‘Ubadah bin As-Samit Radiyallahu’anhu,bahawasanya Nabi telah bersabda dan bermaksud: “berilah kamu jaminan enam perkara kepada daku,akan aku jamin pula bagi kamu syurga iaitu hendaklah kamu tunaikan janji apabila berjanji,dan hendaklah kamu tunaikan amanahbapabila diamanahkan”. Saya menghuraikan serba sedikit tentang akhlak Rasulullah kerana ingin berkongsikan jepada anda semua tentang kemuliaan akhlak rasulullah yang boleh dijadikan tauldan kepada semua umat.