Você está na página 1de 18

PENDAHULUAN

Ajaran agama Islam tidak menyulitkan umatnya, malahan tujuan agama

dibentuk adalah bagi memberikan kemudahan serta jalan keluar dari kesulitan yang

dihadapi. Oleh itu, segala perkara yang cenderung kepada mempersulitkan agama itu

adalah tidak dibernarkan kerana hal ini boleh menimbulkan sikap was-was atau

syubhah. Para ulama telah menerangkan dalam perkara ini bahawa was-was itu

timbul adalah kerana keraguan terhadap kebenaran ajaran agama yang dibawa oleh

Nabi ‫ﷺ‬, sehingga mereka merasa perlu ditambah. Yang ke-2 adalah kerana manusia

kurang pemahaman terhadap agama.

Keyakinan dapat diertikan sebagai suatu kepastian terhadap sesuatu

perbuatan, dan keraguan pula hanyalah suatu bimbangan. Dalam kehidupan

seharian, akan berlakunya peristiwa yang dialami oleh umat kerana keraguan dalam

melakukan sesuatu perkara.

Kaedah "Keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan keraguan" ini menunjukkan

kesempurnaan agama Islam. Apabila kita menerapkan kaedah ini, maka kita akan

semakin yakin bahawa Islam adalah merupakan agama yang membawa rahmat bagi

alam semesta kerana kehidupan kita tidak akan pernah terlepas dari meraguan yang

dengannya muncullah was-was yang pada akhirnya akan mengganggu segala

perbuatan termasuklah ibadat seseorang. Akan tetapi, Islam yang merupakan agama

yang syumul dan lengkap telah memberikan jalan keluar kepada umatnya.

‫اليقين ال يزال بالشك‬

1
KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN

Yakin menurut bahasa adalah ketetapan hati dan boleh juga dimaksudkan

dengan sesuatu yang tiada keraguan padanya. Manakala syak pula dari sudut

bahasanya bererti keraguan. Maksudnya adalah keraguan dan kebimbangan

terhadap sesuatu perkara yang mana tidak boleh dikuatkan salah satu dari wahm dan

yakin.

Daripada kaedah ini, kiranya seseorang yang telah meyakini perkara dan

ditetapkan hukum terhadapnya, kemudian ia berlaku syak atau ragu-ragu terhadap

kehilangan yakin tersebut, sama ada telah dihilangkan atau belum hilang, maka

keyakinan yang asal itu tidak dapat dihilangkan atau dihindarkan kecuali dengan ada

keyakinan baru yang dapat menghilangkannya.

Menurut makna kaedah diatas, dapat diertikan bahawa sesuatu perkara yang

diyakini telah berlaku tidak boleh dihilangkan kecuali dengan dalil yang kukuh dan

meyakinkan. Dengan kata lain, ia tidak boleh dihilangkan hanya dengan sebuah

keraguan. Demikian pula sebaliknya, suatu perkara yang diyakini belum berlaku maka

tidak boleh dihukumkan telah berlaku kecuali dengan dalil yang meyakinkan.

KAITAN KAEDAH

Sebenar kaedah asas tersebut dibawa dengan bentuk lafaz yang berbagai-

bagai oleh ulama mujtahid. Apa yang pentingnya pengertian dan maksudnya adalah

sama. Antaranya ialah:

2
Al-Zarkasyi dalam kitabnya al-anthur fi al-Qawa’id membawa dengan lafaz

kaedah:)‫بيقن‬ ‫(ما ثبت بيقين ال يرتقع إال‬, maksudnya: Apa yang ditetapkan dengan
yakin tidak diangkat melainkan dengan yakin. Selain itu, Ibn Abd al-Barr dalam kitab

al-Tamhid membawa dengan lafaz kaedah (‫يقين‬ ‫)اليقين ال يزيله الشك وال يزيله إال‬
maksudnya: Yang yakin tidak diangkat melainkan dengan yakin.

Lafaz kaedah (‫)المحتمل ال يترك األصل التيقن و جوبه بالحديت‬maksudnya


ialah ditinggalkan yang yakin asal wajibnya dengan perkara baru yang diramal atau

diandaikan. Seterusnya, Ibn Abd al-Barr dalam kitab al-Tamhid juga membawa lafaz

kaedah (‫ واليقين مامول علية‬،‫)الشك ال يلتقت إليه‬maksudnya ialah yang syak tidak
dipalingkan kepadanya atau tidakdiambil kira dan yang yakin diamalkanterhadapnya.

Selain itu, al-Khuttabi kitab Mu’alim al-Sunan membawa dengan lafaz kaedah ( ‫الشك‬
‫ )ال يزحم اليقين‬maksudnya ialah syak tidak menghimpit yang yakin.

Kesimpulannya, kaedah-kaedah tersebut membawa maksud segala yang telah

tetap tanpa adanya syak terhadapnya. Hal ini, kerana perkara yakin tidak akan

dihapuskan dengan perkara yang lemah daripadanya. Namun, yakin hanya mungkin

dapat dihapuskan dengan perkara yang sama taraf dengannya atau yang lebih kuat

daripadanya. Terbatal wuduknya atau berhadas dapat diyakini dengan keluar angin

daripada duburnya atau terasa pada deria kulit atau terdengar pada telinganya atau

terhidu baunya melalui hidung.

3
RUMUSAN KAEDAH

Kaedah tersebut dapalah difahami bahawa seseorang itu dikatakantelah

menyakini sesuatu apabila ia berdasarkan bukti iaitu yang mana ia telah ditetapkan

sama ada melalui pancaindera ataupun dalil. Contohnya, seseorang yang merasakan

terbatal wuduknya atau berhadas dapat diyakini dengan keluar angin daripada

duburnya atau terhidu baunya melalui hidung.

Berdasakan kaedah asas tersebut, terbentuk daripadanya banyak masalah dan hukum

furu’. Di mana Imama al-Suyuti menyatakan bahawa hukum yang terbentuk daripada

kaedah tersebut mencapai 3/4 daripada hukum fiqh.

Kesimpulannya, sesuatu yang sudah diyakini maka tidak akan dapat

dihilangkan dengan sesuatu syak atau keraguan. Berdasarkan kaedah tersebut,

sekiranya seseorang itu telah meyakini sesuatu perkara dan ditetapkan hukum

terhadapnya kemudian berlaku syak atau keraguan terhadap kehilangannya,

kemudian berlaku syak atau keraguan terhadap kehilangan yakin tersebut, keyakinan

asal itu masih kekal dan tidak boleh beramal atau berpegang dengan perasaan syak

yang barumendatang. Perkara itu selaras dengan kaedah yang dibawa oleh imam al-

Qarafi dal al-Furuq: (‫)يجزم بعدمه أن كل مشكوك فيه يجعل كالمعدوم الذي‬
Maksudnya: Bahawa setiap yang diragui padanya dijadikan pada taraf seperti tidak

ada yang mana diputuskan dengan baiknya.

4
PERBEZAAN YAKIN, ZANN, SYAK DAN WAHM

Tindak balas daripada akal dapat dikategorikan dengan beberapa peringkat.

Hal ini, dapat dijelaskan menurut pengertian istilah Fiqh dan Usul Fiqh sebagaimana

berikut:

Penjelasan tentang yakin menurut istilah ialah )‫(القين‬yakin menurut

pengertian yang diberikan oleh al-Jawhari dalam al-Sihah bermaksud: Suatu ilmu dan

lenyapnya syak. Seterusnya, yakin menurut pengertian ibn Manzur dalam Lisan al-

‘Arab ialah ilmu dan membuang syak serta hakikat sesuatu perkara dan ia merupakan

sebaik syak. Selain itu, yakin menurut yang diberikan oleh Abu al-Baqa’ dalam al-

Kulliyyah ialah pegangan yang kukuh mantap dan tetap serta menepati kenyataan. Ia

juga merupakan penjelasan tentang ilmu yang tetap teguh dalam hati. Hal ini,

disebabkan ketetapannya berdasarkan sebab tertentu.

Disamping itu, yakin menurut pengertian yang berikan oleh al-Raghib al-

Asfahani dalam al-Mufradat fi Gharib al-Quran ialah tetapkan atau diamnya sesuatu

kefahaman berserta dengan hukum. Yakin merupakan sifat yang lebih tinggi daripada

makrifah. Hal ini, terbuktinya bahawa dikatakan dengan ilmu al-yaqin dan tidak

dikatakan ma’rifah al-yaqin. Ilmu al-yaqin ialah ilmu yang tiada sebarang keraguan

lagi. Ilmu dan yakin ada sedikit perbezaan. Hal ini, memebezakan antara ilmu dengan

yakin adalah ketetapan iaitu ilmu ialah pegangan dan I’tiqad terhadap sesuatu yang

diketahuinya atas dasar kepercayaan. Sedangkan yakin dankeyakinan pula ialah diam,

tenang jiwa serta perasaan juga lapang hati terhadap apa yang diketahui. Selain itu,

5
yakin ialah sesuatu yang pasti dengan berdasarkan kajian dan bukti( ‫اليقين هو ما كان‬

‫)ثابتا بالنطر والدليل‬. Hal ini, seperti yang dimaksudkan dengan yakin ialah sesuatu
yang menjadi tetap melalui penglihatan atau dengan adanya dalil.

Kesimpulannya, yakin ialah keadaan tetap teguh dan tenang tenteram

seseorang itu terhadap hakikat sesuatu dengan erti kata tidak ada sedikitpun

keraguan. Perkara yang berdasarkan keyakinan diterima sebagai dasar hukum fiqh. Ia

dapat dikaitkan dengan lafaz kaedah sebagaimana yang dijelaskan oleh ibn Abd al-

Barr dalam kitab al-Tamhid lagi membawa dengan lafaz kaedah: ( ‫الفراءض ال تجب‬
‫ )إال بيقين‬Maksudnya: kefarduan-kefarduan tidak diwajibkan melainkan dengan yakin.
Selain itu, ia dikaitkan sebagaimana kaedah (‫)األحكام التجب إالبيقين ال شكفيه‬
maksudnya sesuatu hukum itu tidak diwajibkan melainkan dengan yakin yang tidak

syak padanya.

(‫)علية الظن‬ Ghalabah al-Zann menurut pengertian yang dijelaskan oleh al-

Allamah Abu Hilal al-‘Askari ialah penjelasan dan ibarat tentang ketenangan zann,

iaitu pengukuhan terhadap salah satu daripada dua perkara dengan pengukuhan

mutlak dengan membuang bersamanya pihak satu lagi itu. Hal ini, bermaksud

bahawa pihak yang dibuang itu tidak kekal dalam iktibar dan pemerhatian.

Seterusnya, ulama menyatakan hukum ghalabah al-zann berda pada tingkat yang

sama dengan yakin. Apa yang penting hendaklah harus diasaskan hukum fiqh

berdasarkan ghalabah al-zann ketika tidak ada yakin dan selagi ia berasaskan

penelitian dan bukti.

6
Zann menurut pengertian yang diberikan oleh al-Hamawiy dalam Syarh al-

Asybah ialah seseorang yang berada dan berhenti di antara dua perkara yang mana

ia dapat mengukuhkan atau dapat tarjihkan salah antara keduanya. Pihak yang tidak

dikukuhkan itu tidak dapat dibuang dan tetap wujud dalam hati dan perasaan. Hal ini,

juga membawa maksud sangkaan atau sangkaan yang lebih hampir kepada

kebenaran. Namun tidak mencapai tahap keyakinan dan ghalabah al-zann. Keraguan

yang berada pada taraf zann harus dibina hukum dan diterima.

)‫(الشك‬Syak ialah keraguan yang sama kuat atau sama banyak terhadap

sesuatu perkara iaitu keraguan itu tidak dapat ditarjihkan mana satu yang lebih kuat.

Hal ini, bermaksud keraguan atau perasaan berbelah bagi serta sama banyak antara

keyakinan dengan keraguan. Keraguan yang berada taraf syak tidak diterima dalam

hukum fiqh.

(‫ )وهم‬Wahm ialah keraguan yang dialami oleh seseorang yang mana antara
keduanya lebih mirip atau cenderung kepada yang lemah atau tidak kukuh. Hal ini,

wahm merupakan sesuatu bayangan atau lintasan apada hati dan diri seseorang yang

dikira sebagai sangkaan yang meleset atau sangkaan salah terhadap sesuatu perkara.

Keraguan yang berada pada tingkatan wahm juga tidak diterima dalam hukum fiqh.

JENIS-JENIS SYAK

Berdasarkan syak dan keraguan sebagaimana yang dijelaskan dalam

pengertian. Hal ini, menurut pendapat al-Syeikh Abu Hamid al-Isfiraini, syak dapat

7
diklasifikasikan kepada tiga kategori, iaitu keraguan atau syak yang lahir daripada atau

sumber yang haram. Contohnya ialah binatang sembelihan yang didapati dalam

negara yang mana penduduknya bercampur anatara Islam dan Majusi atau Wathani,

binatang sembelihan di negara tersebut tidak halal, hinggalah diyakini manakah

binatang sembelihan orang Islam. Hal ini kerana asalnya daripada yang haram serta

diragui atau syak berkaitan dengan sembelihan yang halal dimakan, kecualilah oleh

orang Islam. Hal ini menunjukkan keadaan yang jelas harus memakannya.

Seterusnya, keraguan terbentuk atau lahir daripada asal atau dasar yang harus.

Contohnya seseorang mendapati air yang berada di dalam sesuatu bekas telah

berubah dan oerubahannya ada dua kemungkinan iaitu kemungkinan ia disebabkan

najis atau disebabkan lama tidak digunakan atau tidak mengalir. Konteks ini, boleh

bersuci dengan menggunakan air tersebut berdasarkan anggapan atau ijtihad

bahawa air itu asalnya adalah suci dan tidak bernajis.

Selain itu, keraguan atau syak yang tidak dapat dipastikan asal atau

sumbernya, samada yang haram atau harus. Contohnya, seseorang yang berurusan

dengan orang yang mana majoriti sumber pendapatannya daripada sumber haram,

namun tidak dapat dipastikan serta tidak dapat dibezakan juga tidak jelas samada

wang atau harta yang diambil daripadanya itu sumberyang haram atau halal.

Lantaran itu, berurusan dengannya adalah harus, namun makruh hukumnya kerana

dibimbangi terjerumuskepada yang haram. Walau bagaimanapun, mereka yang

warak lebih suka mejauhinya dengan alasan bimbang terhadap sumber yang haram.

8
HUKUM FURU’

Seandainya seseorang itu ragu yang mirip kepada syak berkaitan dengan

binatang yang ia sembelih iaitu apakah binatang tersebut masih ada tempoh hidup

yang berterusan iaitu hayah mustaqirrah atau sudah tidak ada. Hukum sembelihan

tersebut adalah haram dimakan. Sekiranya keraguannya itu mirip kepada zann iaitu

lebih kukuh kepada masih ada hayah mautaqirah ia dalam ketegori halal di makan.

Seseorang yang menggunakan barang milik orang lain seandainya mempunyai

syak bahawa pemiliknya merelakan atau tidak, harus menggunakumnya haram ia

menggunakannya. Sekiranya ia zann dan menduga pemiliknya merelakan, hukumnya

adalah harus menggunakannya.

Seseorang yang cukup syarat kemampuan serta ingin menunaikan ibadat haji.

Namun ia syak samada selama atau yidak di perjalanan, tidak wajib hukumnya ia

menunaikan haji tahun tersebut. Sekiranya ia zann selamat di perjalanan, wajib ia

menunaikan haji pada tahun tersebut.

SUMBER ASAL KAEDAH

Sumber pertama, berdasarkan hadith daripada Abu Hurairah: 1

1
Al-Tirmizi, Kitab al-Taharah: Bil 70

9
‫إذا وجد أحدكم في بطنه شيئا فأشكل عليه أخرج منه شيء أم ال فاليحر جن من‬
‫المسجد حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا‬

Mafhumnya ialah apabila seseorang kamu merasakan sesuatu di dalam

perutnya, kemudiannya keraguan dengan sebabnya: Apakah telah keluar sesuatu

daripadanya atau tidak? Jangan sekali-kali ia keluar daripada masjid sehingga ia

mendengar suara atau mencium bau (ia mendapati ada bukti batal wuduknya).

Kedua, hadith riwayat daripada Abu Hurairah Rasulullah SAW: 2

‫إذا كان أحدكم في الصالة فوجد حرك في دبره أحدث أو لم يحدث فأشكل عليه فال‬
‫ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا‬

Mafhumnya ial kamu sedang sembahyang dan ia dapati ada gerakan Sesuatu)

pada duburnya apakah ia telah berhadas atau tidak berhadas serta timbul keraguan

tentangnya. Janganlah ia berhenti (daripada) sembahyang hinggalah mendengar

suara atau mencium bau.

Ketiga, hadith daripada Abu Sa’id al-Khudri:

‫إذا شك أحدكم في صالته فلم يدر كم صلى ثالثا أم أربعا فليطر ح الشك وليبن‬
‫على ما استيقن‬

Mafhumnya ialah apabila seseorang kamu ragu-ragu ketika sembahyangnya, ia

tidak ingat berapa rakaatkah yang telah dilakukannya: Tiga atau empat? Hendaklah ia

ketepikan keraguan tersebut dengan keyakinan dan berpegang dengan apa yang

menyakinkan. Hadith ini membawa maksud jika seseorang itu merasa ragu-ragu di

2
Ahmad, Baqi Musnad al-Mukthirin: Bil 8019

10
dalam mengerjakan sembahyang dan tidak tahu berapa rakaatkah ia telah

sembahyang iaitu apakah ia menghilangkan keraguan itu dan tetapkanlah dengan

apa yang meyakinkan dengan mengira tiga rakaat sahaja. Apa yang dimaksudkan

dengan keyakinan di sini ialah tiga rakaat kerana tiga rakaat itu sebelum empat.

Keempat, hadith daripada Abd al-Rahman bin ‘Auf di mana Baginda bersabda:

‫إذا سها أحدكم في صالته فلم يدر واحدة صلى أوثنتين فليبن على واحدة فإن لم‬
‫يدر ثنتين صلى أو ثالثا فليبن على ثنتين فإن لم يدر ثالثا صلى أو أربعا فليبن‬
‫على ثالث وليسجد سجدتين قبل أن يسلم‬

Mafhumnya ialah sekiranya salah seorang di antara kamu lupa dalam

sembahyang satu atau dua rakaat, hendaklah ia kira satu rakaat. Jika ia tidak yakin dia

telah sembahyang dua atau tiga rakaat, kiranya dua rakaat. Dan jika ia tidak

mengetahui dia telah sembahyang tiga atau empat rakaat, kiranya tiga rakaat dan

hendaklah ia sujud dua kali sebelum salam.

Kesimpulannya, berdasarkan dalil-dalil hadith dan kaedah tersebut di atas dapat

dijelaskan di sini, yang mana segala sesuatudidapati menyakinkan itu sama sekali

tidak dapat diubah atau dirosakkan oleh sesuatu yang meragukan yang muncul

selepasnya. Hal ini, dikecualikan apabila keraguan itu dibina di atas keyakinan. Oleh

itu, segala perbuatan dan tindakan seseorang hendaklahn berdasarkan apa yang

diyakini dan keyakinannya.

3
Al-Nasa'i, Kitab al-Sahw: Bil 1882

11
PENGECUALIAN DARIPADA KAEDAH

Seseorang yang menyapu khuf (‫)خف‬merasa syak apabila tempoh yang

diharuskan masih ada atau telah habis, ia wajib membasuh kakinya iaitu dikira

tempohnya telah tamat. Seterusnya, seseorang syak samada ia menyapu khuf ketika

bermukim atau bermusafir. Ia hendaklah mengira ketika menyapu sewaktu bermukim.

Selain itu, seseorang yang musafir syak samada ia telah sampai di tempat ia

bermukim atau belum. Iatidak boleh mengambil rukhsah seperti sembahyang qasar.

Seseorang musafir yang takbiratul ihram dengan berniat qasar di belakang

imam yang ia tidak mengetahui samada imam tersebut musafir atau bermukim. Ia

tidak boleh qasar sembahyangnya, sebaliknya sembahyang sempurna. Seterusnya,

perempuan istihadah yang tidak dapat membezakan di antara darah istihadah atau

haid ia wajib mandi setiap kali hendak mendirikan sembahyang. Selain itu, seseorang

yang terkena najis apada badan atau pakaiannya, namun ia tidak pasti di bahagian

mana, ia hendaklah membasuh atau mandi seluruh badan.

Seekor kucing kencing dalam air yang mencapai dua qullah, selepas itu

seseorang mendapati air tersebut barubah, tetapi ia tidak pasti samada perubahan itu

disebabkan najis kencing kucing tersebut atau benda lain. Dalam keadaan tersebut,

air itu dikira najis. Seterusnya, seseorang yang bertayamum serta melihat sesuatu

tetapi ia tidak tahu apakah yang ia lihat itu air atau sekadar fatamorgana iaitu wap

ketika hari panas. Tayammumnya terbatal, walaupun yang dilihatnya itu benar-benar

fatamorgana sahaja. Selain itu, seorang pemburu melepaskan anak panah atau

12
tombak yang mengenai sasaran binatang buruan, tetapi binatang tersebut melarikan

diri ke kawasan curam. Kemudian ia menemui binatang tersebut mati dan ia syak

samada binatang itu mati karana senjatanya atau terjatuh dari atas bukit. Binatang

tersebut tidak halal dimakan.

Imam al-Haramain menyatakan, sekiranya seseorang itu syak atau meragui

tentang tamatnya waktu sembahyang jumaat, ia tidak perlu sembahyang jumaat.

Walaupun asalnya masih ada waktu. Seterusnya, sekirannya seseorang yang

berwuduk namun ia syak samada ia telah manyapu kepala atau belum, menurut

pendapat yang lebih tepat wuduknya itu dikira sah. Selain itu, seseorang yang

semnbahyang zohor atau asar serta memberi salam keluar daripada sembahyang,

namun ia syak samada dia telah mendirikan sembahyang tiga atau empat rakaat.

Menurut pendapat yang lebih tepat, sembahyangnya itu tetap sah.

Seseorang yang melihat mani pada tilam atau pakaian yang mana ia seorang

sahaja menggunakannya serta ia tidak mengetahui atau tidak ingat bilakah ia

bermimpi keluar mani. Menurut pendapat yang tepat ia hendaklah mandi walaupun

asalnya tidak ada kewajipan mandi. Selain itu, orang mustahadah dan berpenyakit

dedas yang berwuduk. Namun selepas itu ia terus mendirikan sembahyang dengan

wuduk tersebut, sembahyangnya tidak sah.

Pada dasarnya contoh-contoh di atas menunjukkan kepada ihtiyath (kehati-

hatian) dalam melakukan ibadah, tidak langsung sebagai pengecualian. Mazhab

13
Hanafi mengecualikan daripada kaedah tersebut dengan menyebutkan tujuh contoh.

Manakala, Imam Syafi'i menyebut sebelas contoh.

KAEDAH PECAHAN

Di antara kaedah pecahan yang terbentuk daripada kaedah asas tersebut ada

13 kaedah:

‫األصل بقاء ما كان على ما كان‬

“Asal kekal sesuatu itu mengikut apa yang ada sebelumnya.”

‫القديم يتر ك على قدمه‬

“Apa yang ada semenjak dahulu, dibiarkan atas kedahuluannya.”

‫األصل برأةالذمة‬

“Asalnya seseorang bebas daripada tanggungjawab.”

‫أصل ما أبني عليه اإلقرارأني أعمل اليقين وأطرح الشك والأستعمل الغلبة‬

“Asalnya yang menjadi tumpuan iqrar ialah sesungguhnya saya beramal dengan

keyakinan, menolak keraguan serta tidak mengambil yang berdasarkan kebiasaan

atau dikuasai oleh dugaan.”

‫األصل ألعدم‬
14
“Asal segala sesuatu itu tiada.”

‫ مالم يقم الدليل على خالفه‬،‫ما ثبت بز مان يحكم ببقا ئه‬

“Apa yang ditetapkan berdasarkan masa atau semasa dihukum dengan kekalnya

begitu, selagi tiada dalil menyalahinya.”

‫االصل في كل حادث تتقديره باقرب زمن‬

"Asal sesuatu yang berlaku diambil kira masa yang terdekat."

‫االصل في االبضاع التحريم‬

"Hukum asal dalam masalah sex adalah haram."

‫االصل في الكالم الحقيقة‬

"Hukum asal pada sesuatu ucapan itu dikira maknanya yang hakiki."

‫اذا تعذر الحقيقة يضار الى المجاز‬

"Apabila sesuatu lafaz sukar diertikan secara hakiki, dipindahkan kepada pengertian

majazi."

‫شك أفعل شيأ أم ال فاأل صل أنه لم يفعلمن‬

15
"Sesiapa yang syak adakah ia telah melakukan sesuatu atau belum, dianggap ia

belum melakukannya."

‫تيقن الفعل وشك في القليل أو الكثير حمل على القليل أنه المتقينمن‬

"Sesiapa yakin melakukan sesuatu amalan, namun ragu-ragu tentang sedikit atau

banyaknya, dikira yang sedikit. Kerana ia lebih meyakinkan."

PENUTUP

Keyakinan dan keraguan merupakan dua perkara yang berbeza, bahkan boleh

dikatakan ianya saling berlawanan. Oleh itu, besarnya keyakinan dan keraguan adalah

berdasarkan lemah dan kuatnya tarikan antara satu sama lain.

16
Maka dalil ‘aqli (akal) bagi kaedah keyakinan dan keraguan adalah bahawa

keyakinan lebih kuat daripada keraguan, kerana dalam keyakinan terdapat hukum

qat’i yang meyakinkan. Atas dasar pertimbangan itulah boleh dikatakan bahawa

keyakinan tidak boleh dirosakkan oleh keraguan.

Sebagai hamba Allah yang beriman dan bertaqwa, marilah kita bersama-sama

mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya dengan menjalankan syariat-

Nya. Dan marilah kita hindari hal-hal yang meragukan, sebab hal yang meragukan

hanya akan menjadi penghalang bagi kita untuk menjalankan syariatnya. Dan tetaplah

konsisten dengan pendirian yang meyakinkan hati.

RUJUKAN

Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali@Mat Zin, Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh,

(Kuala Lumpur, Pustaka Salam, Oktober 2000)

17
Jalaluddin Abdurrahman As-Suyuti, Al-Asybah Wan Nadhair Kaedah Fiqh Imam

As-Syafi'i, (Johor, Perniagaan jahabersa, 2013). Diterjemah oleh Abu Ezzat Al-

Mubarak, Sonip Priadi.

Jalaluddin Abdurrahman As-Suyuti, Kaedah-Kaedah Hukum Islam Mazhab

Shafi'i, (Kuala Lumpur, Penerbitan Darul Imam, 1999). Diterjemah oleh Mardhiya

Mukhtar.

Toha Andiko, Ilmu Qawaidh Fiqhiyyah Panduan Praktis dalam Merespons

Problematika Hukum Islam Kontemporer, ( Yogyakarta, Indonesia, Penerbit Teras,

2011).

18

Você também pode gostar