Você está na página 1de 3

Malaysia Baru : Asabiyyah bagi Menjamin Kestabilan Malaysia

Setelah 61 tahun kemerdekaan dengan kemakmuran dan kedaulatan yang telah Malaysia
kecapi, kini Malaysia sedang memasuki satu fasa baharu perubahan ‘social fabric’ dengan
kemunculan arus post modernism dan ‘identity politics’ yang sedang membentuk arah tuju baharu
Malaysia dan sedang menguji ketahanan identiti nasional bangsa Melayu dan Malaysia secara
keseluruhannya. Juga, era globalisasi ini memberikan banyak cabaran dalam memperkukuh kesatuan
kaum, hubungan keluarga dan hubungan sosial manusia dengan kehadiran teknologi yang semakin
melunturkan hubungan kekeluargaan dan masyarakat terutama masyarakat Islam Melayu dengan
petunjuk pelbagai kebejatan sosial dikalangan pemuda Melayu.

Teori Asabiyyah Memperkukuh Negara

Teori asabiyyah yang diperkenalkan oleh seorang pemikir Islam iaitu Ibn Khaldun memainkan
peranan penting bagi memperjelas hala tuju dan pembinaan negara yang kukuh. Asabiyyah sering
kali dikonontasi sebagai satu perkataan yang keji dan negative didalam minda masyarakat
sehinggakan menafikan terus sifat asabiyyah dalam pembinaan negara. Perlu dijelaskan bahawa
asabiyyah merupakan satu sifat semula jadi yang wujud dalam manusia dan masyarakat.

Asabiyyah yang dibawa oleh ibn khaldun merupakan asabiyyah yang dibawa dalam kerangka
Islam berbeza dengan kerangka asabiyyah jahiliyyah iaitu membantu ahli keluarga, kaum secara
membuta dengan melindungi mereka ketika mereka melakukan kezaliman. Asabiyyah yang dibawa
ibn khaldun mempunyai erti kata yang lebih luas dan fundamental kukuh bagi pembinaan negara.

Asabiyyah bukanlah boleh secara mudahnya disebut sebagai perasaan melampau perkauman
atau kekitaan. Ini jelas sekali tidak menepati maksud assabiyah ibn khaldun. Bahkan mendefinisikan
asabbiyah secara simplistik sebagai sikap perkauman yang melampau atau sifat yang buruk adalah
satu kesilapan besar dalam memahami hakikat sebenar asabiyyah yang dimaksudkan ibnu khaldun.
Juga asabiyyah bukan bermakna menindas kaum lain serta mencabul hak mereka.

Asabiyyah yang dibawa ibn khaldun bererti satu perasaan kekitaan, satu perasaan kecintaan
hubungan disebabkan kekeluargaan, pertalian darah atau pertalian perkauman, Frank Rosenthal
menterjemahkan asabiyyah sebagai ‘social cohesion’ dan lebih tepat asabiyyah boleh disebut sebagai
satu pengikat yang mengikat keluarga, kaum, masyarakat yang akhirnya membawa kepada
pembinaan satu negara kemudiannya tamadun yang maju. Asabiyyah ini penting bagi menyusun
sturktur kehidupan secara beroganisasi yang mengelakkan dari berlaku ketidak aturan dalam
masyarakat.

Asabiyyah ini jika dianalisis secara induktif pula boleh dibahagi kepada empat peringkat
dalam pembinaan negara yang kukuh dan makmur. Malah menurut Ibn Khaldun, bangsa yang
mempunyai asabiyyah yang lewah akan ‘ditawan’ oleh bangsa yang mempunyai asabiyyah yang kuat.
Peringkat pertama asabiyyah yang paling lemah didalam negara, adalah hubungan hasil kenegeraan
iaitu kerana hidup didalam satu negara yang sama. Asabiyyah ini merupakan pengikat sosial yang
paling rapuh dan mudah digoyahkan. Asabiyyah peringkat kedua pula adalah hubungan pertalian
darah dimana hubungan ini merupakan satu sifat semula jadi dalam setiap manusia yang mengikat
hubungan ibu dan anak, suami dan isteri, adik beradik dan sebagainya.
Peringkat ketiga adalah hubungan diasaskan oleh bangsa. Hubungan ini seringkali disalah
ertikan sebagai menidakkan hubungan terhadap bangsa lain. Ini adalah salah satu bentuk idea yang
cuba diserapkan semenjak zaman kolonialisasi bagi meruntuhkan perpaduan bangsa. Perpaduan
bangsa menurut konsep Ibn Khaldun adalah satu bentuk hubungan yang utuh dan menjadi tapak
kepada tertubuh tamadun maju. Tanpa hubungan ini, kuasa sosial negara akan runtuh dan berlaku
ketidakstabilan dalam sesebuah negara dan akhirnya menuju kepada keruntuhan peradaban.
Peringkat keempat asabiyyah adalah berasaskan agama dan bangsa. Asabiyyah agama perlu di ikat
dengan asabiyyah bangsa kerana kedua-duanya memerlukan satu sama lain dan ketidakseimbangan
diantara keduanya akan menjatuhkan sesebuah tamadun atau negara.

Keempat peringkat asabiyyah ini merupakan ‘positive asabiyyah’ yang perlu dijadikan
pemangkin kepada pembentukan negara. Mengiktiraf bahawa wujud asabiyyah ini adalah langkah
pertama mengenal pasti langkah terbaik bagi mengurus negara pelbagai bangsa. Langkah seterusnya
adalah membentuk ‘social-organisation’ berdasarkan kesemua asabiyyah ini tanpa menjadikan
negara sebagai ‘melting pot’ kerana boleh mencetuskan barah dalam jangka masa panjang.

Aplikasi di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai jenis bangsa.
Memasuki era milenial ini, Malaysia menghadapi cabaran ketahanan dari segi rupa bentuk sosial
negara dan asas agama dalam negara. Pasca PRU-14 ini menunjukkan indikasi bahawa populism dan
‘identity politics’ golongan minoriti semakin mendapat tempat didalam rupa bentuk sosial negara.
Malah usaha kerajaan sebelum ini yang cuba menjadikan Malaysia sebagai ‘melting pot’ adalah satu
usaha yang semakin merenggangkan hubungan masyarakat Malaysia yang telah terbina semenjak
sebelum penjajahan kolonial lagi.

Kerajaan Malaysia sepatutnya memahami struktur sosial masyarakat Malaysia yang telah
diasas berasaskan ideniti Melayu Islam yang masih menjadi majoriti komposisi masyarakat Malaysia
kini. Memperkukuh identiti masyarakat Melayu Islam merupakan instrumen penting dalam
menjamin masa depan Malaysia. Juga, kerajaan perlu mengkukuhkan identiti masyarakat Cina dan
India dengan pendidikan yang berteraskan semangat toleransi dengan menjadikan penerimaan
masyarakat Melayu terhadap penduduk dari luar sebagai warganegara dengan mengorbankan
perkara tertentu sebagai contoh kepada semangat toleransi diantara bangsa.

‘Identity politics’ golongan minoriti seperti LGBT, golongan kiri (liberal dan sebagainya) dan
DAP telah menolak dan memarakkan golongan majoriti Melayu dalam kembali kepada perpaduan
dan mengenal ideniti Melayu. Sifat asabiyyah dikalangan melayu kini kembali wujud setelah lama di
lalaikan dengan materialism dan kemewahan. Walaupun pada permukaannya ini kelihatan sebagai
satu perkara yang baik, namun dalam jangka masa panjang, akan wujud ultra-Melayu, ultra-Cina yang
boleh bertindak meruntuhkan perpaduan yang telah kita kecapi selama ini kerana asabiyyah ini tidak
dibina diatas perkara yang betul dan dibina diatas semangat kebencian yang salah. Asabiyyah yang
perlu dibina adalah asabiyyah kekitaan berdasarkan sifat sayang akan bangsa dan agama juga diatas
sifat bencikan kejahatan dan kebatilan.

Kerajaan Malaysia perlu memainkan peranan dalam menjaga Islam dan Melayu kerana
tindak tanduk kerajaan yang sering mengangkat golongan minoriti akan menolak kesatu sudut
dimana kerajaan akan hilang kawalan terhadap kuasa dan akan berlaku kekacauan yang bakal
merosakkan Malaysia. Kerajaan perlu mengiktiraf asabiyyah bangsa dan tidak melakukan segregasi
terhadap golongan majoriti di Malaysia yang menyebabkan perpecahan di dalam Malaysia. Kerajaan
perlu membina Malaysia berdasarkan identiti Melayu Islam yang telah tersemat didalam sejarah
tanah air ini yang menjamin kemakmuran masyarakat di Malaysia.

Muhamad Amirul Asyraf bin Ahmad Kamal Zulkhairi

Pegawai Kajian, Zaaba Institute of Leadership

Você também pode gostar