Você está na página 1de 1

PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Maksud kognitif adalah berkaitan rapat dengan kognisi,iaitu aktiviti atau proses memperolehi
ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Justeru itu, perkembangan kognitif kanak-
kanak adalah berkaitan rapat dengan perkembangan otaknya serta interaksi sosial,khasnya
dengan rakan sebaya yang lebih berpengalaman. Dengan perkataan lain,perkembangan
kognitif kanak-kanak adalah bergantung kepada perkembangan otak dan sensori-motor
(fizikal) serta interaksi dengan orang yang lebih berpengalaman,iaitu perkembangan sosial.
Tambahan pula, perkembangan kognitif juga tidak dapat dipisahkan daripada kemahiran
berfikir, sesuatu proses pemikiran berlandaskan pengendalian metakognisi.

Pada Peringkat Praoperasi iaitu 2-7 tahun, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa
serta symbol untuk menggambarkan sesuatu konsep.Apabila mencapai umur 4 tahun,kanak-
kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya,perkembangan
kognitifnya kian menjadi pesat.

Pemikiran kanak-kanak dalam peringkat ini adalah egosentrik. Mereka menganggap


pengalaman dan pandangan orang orang lain adalah serupa dengannya.Mereka percaya
semua objek mempunyai jiwa,oleh itu mereka tidak boleh membezakan angan-angan dengan
kenyataan. Mereka hanya boleh memikir secara transduktif,iaitu,daripada contoh khusus
kepada contoh khusus sahaja. Namun demikian,mereka tidak boleh memikir secara deduktif
(daripada umum kepada contoh khusus ) dan secara induktif (daripada contoh khusus kepada
umum). Pada akhir peringkat ini,mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong
kepercayaan mereka,boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep
pengabdian bilangan.

Você também pode gostar