Você está na página 1de 15

AMALI 1: DAYA DAN GERAKAN ( HALAJU DAN PECUTAN )

TEORI:
Kinematik ialah suatu bahagian dalam mekanik berkenaan dengan perihal
gerakan jasad-jasad tanpa merujuk kepada sesuatu yang menyebabkan gerakan itu.
Kinematik mengkaji kedudukan suatu jasad di dalam ruang sebagai fungsi masa.
Sesaran adalah kuantiti vektor yang merujuk kepada jarak terdekat objek yang
bergerak dari titik permulaan kepada titik terakhir. Halaju adalah kuantiti vektor merujuk
kepada kadar perubahan sesaran objek berkenaan. Pecutan ialah kuantiti vektor yang
didefinisikan sebagai kadar perubahan halaju. Nilai pecutan wujud jika ada perubahan
pada halaju sesuatu objek.
Kebiasaanya, kita menggunakan pelbagai jenis simbol-simbol ataupun abjad-
abjad untuk mewakili sesebuah kuantiti dalam sesuatu persamaan. Contohnya, secara
umum kita menggunakan:
u= halaju awal
v= halaju akhir
a= pecutan
Persamaan untuk pecutan ialah:
𝐯−𝐮
𝐚= 𝐭

1
(B) Menentukan hubungan antara pecutan dengan jisim.
INFERENS:
Halaju troli bergantung kepada jisim troli.

HIPOTESIS:
Semakin bertambah jisim troli, semakin bertambah pecutan troli.

TUJUAN EKSPERIMEN:
Menyiasat hubungan antara pecutan dan ketinggian troli.

BAHAN:
Pita detik, pita selefon.
RADAS:
Landasan, troli, blok kayu, jangka masa detik, bekalan kuasa a.u.

PEMBOLEH UBAH:
Dimanipulasikan: Ketinggian troli, h
Bergerak balas: Halaju troli
Dimalarkan: Ketinggian landasan, cm

1
1
PROSEDUR:
1. Bahan dan radas disusun seperti rajah di atas.
2. Landasan dicondongkan untuk membenarkan troli meluncur dengan baik.
3. Pita detik dilekatkan pada troli dan melalui jangka masa detik.
5. Jangka masa detik dihidupkan dan troli ditarik menuruni landasan.
6. Pita detik yang diperoleh dipotong kepada keratin-keratan 10 detik.
7. Eksperimen diulangi dengan bilangan troli 2 dan 3 seperti dalam langkah 1-6.
8. Pemerhatian direkodkan di dalam sebuah jadual.

SUSUNAN RADAS:

1
PENGIRAAN:
𝑣−𝑢
(a) Pecutan 𝑎1 = 𝑡
19−8
= 0.2𝑠

= 55 𝑚𝑠 −2

𝑣−𝑢
Pecutan 𝑎2 = 𝑡
21−4
= 0.2𝑠

= 85 𝑚𝑠 −2

𝑣−𝑢
Pecutan 𝑎3 = 𝑡
30−3
= 0.2𝑠

= 135 𝑚𝑠 −2

PENJADUALAN DATA:

Jisim troli, m Pecutan, a


( bilangan troli ) (𝒎𝒔−𝟐 )

1 55

2 85

3 135

1
ANALISIS DATA:

Pecutan, a Pecutan, a

O Jisim troli, m O 1
𝑚

KESIMPULAN:
Pecutan sesuatu objek berkurang apabila jisim bertambah. Pecutan satu objek
berkadar songsang dengan jisim apabila daya yang dikenakan dimalarkan.

1
A) Menentukan halaju dengan ketinggian troli

INFERENS:
Halaju troli bergantung kepada ketinggian troli.

HIPOTESIS:
Semakin bertambah ketinggian troli, semakin bertambah halaju troli.

TUJUAN EKSPERIMEN:
Menyiasat hubungan antara halaju dan ketinggian troli.

BAHAN DAN RADAS:


Landasan, troli, blok kayu.

PEMBOLEH UBAH:
Dimanipulasikan: Ketinggian troli, h
Bergerak balas: Halaju troli
Dimalarkan: Ketinggian landasan, cm

PROSEDUR:
1. Troli diletakkan pada satu bongkah kayu dari permukaan meja. Ketinggian, h diukur
dengan menggunakan pembaris meter.
2. Troli dilepaskan menuruni landasan.
3. Eksperimen diulangi dengan menggunakan 2 dan 3 bongkah kayu yang bersama
saiz.
4. Pemerhatian direkodkan.

1
1
PENJADUALAN DATA:

KETINGGIAN BONGKAH (CM) HALAJU

Semakin bertambah
10

15

ANALISIS DATA:

Halaju, 𝑚𝑠 −1

Ketinggian troli, cm

KESIMPULAN:
Semakin bertambah ketinggian sesebuah objek, semakin bertambah halajunya.

1
SOALAN:
1. Huraikan pergerakan bagi corak pita detik yang ditunjukkan di bawah.

(a) Jarak antara titik semakin bertambah. Halaju bertambah, objek tersebut memecut.
(b) Jarak antara titik semakin berkurang. Halaju berkurang, objek itu menyahpecut.
(c) Objek tersebut berpecut, kemudian menyahpecut pada akhirnya.

2. Hukum Newton Pertama adalah berkaitan dengan inersia. Suatu objek yang
mempunyai jisim lebih besar, lebih tinggi inersianya. Cadangkan bagaimana anda
menolak suatu bongkah yang berjisim 150kg dengan mengurangkan kesan
inersianya.
Mengikat bongkah tersebut dengan ketat pada kenderaan. Dengan ini dapat
mencegah barangan itu daripada terjatuh dari kenderaan atau terhumban ke hadapan
apabila kenderaan pengangkutan mula bergerak atau berhenti secara tiba-tiba.

3. Huraikan ciri-ciri keselamatan kenderaan untuk mengurangkan kesan negatif inersia.


Tali pinggang keledar mengikat pemandu dan penumpang pada kerusi dan
mengelakkan mereka daripada terhumban ke hadapan secara tiba-tiba. Selain itu,
sistem beg udara yang terpasang pada bahagian hadapan pemandu mengembang
secara automatik apabila berlaku perlanggaran. Hal ini dapat mencegah pemandu
daripada terhantuk ke bahagian hadapan kereta.

1
(C) Menentukan jenis permukaan dan daya geseran.
INFERENS:
Daya geseran troli bergantung kepada jenis permukaan yang dilalui.
HIPOTESIS:
Semakin kasar permukaan yang dilalui, semakin besar daya geseran troli.
TUJUAN EKSPERIMEN:
Untuk menentukan hubungan antara jenis permukaan dan daya geseran.
BAHAN DAN RADAS:
Landasan, troli, blok kayu, karpet, pembaris kayu.
PEMBOLEH UBAH:
Dimanipulasikan: Jenis permukaan
Bergerak balas: Daya geseran troli dengan permukaan
Dimalarkan: Jisim troli

SUSUNAN RADAS:

PROSEDUR:
1. Troli diletakkan pada satu bongkah kayu dari permukaan meja.
2. Troli dilepaskan menuruni landasan.
3. Jarak antara troli dan blok kayu direkodkan.
4. Eksperimen diulangi dengan meletakkan karpet kasar pada permukaan meja
bersama dengan blok kayu.
5. Pemerhatian direkodkan.

1
KEPUTUSAN:
Penjadualan data

JENIS PERMUKAAN JARAK ANTARA BLOK KAYU


DENGAN TROLI (cm)

Licin 27

Kasar (dengan karpet) 5.7

ANALISIS DATA:
Daya geseran, F

Jarak antara blok kayu dengan troli, cm

KESIMPULAN:
Daya geseran sesuatu objek bertambah apabila permukaan yang dilaluinya semakin
kasar. Hipotesis adalah benar.

1
(D) Menentukan hubungan antara jisim dengan inersia.
INFERENS:
Inersia troli bergantung kepada jisimnya.
HIPOTESIS:
Semakin besar jisim troli, semakin besar inersianya.
TUJUAN EKSPERIMEN:
Untuk menentukan hubungan antara jisim dengan inersia.
BAHAN DAN RADAS:
Landasan, troli, blok kayu, bongkah kayu.
PEMBOLEH UBAH:
Dimanipulasikan: Jisim troli
Bergerak balas: Bilangan troli
Dimalarkan: Ketinggian bongkah kayu

SUSUNAN RADAS:

PROSEDUR:
1. Troli diletakkan pada satu bongkah kayu dari permukaan meja.
2. Troli dilepaskan menuruni landasan.
3. Jarak antara troli dan blok kayu direkodkan.
4. Eksperimen diulangi dengan menambah bilangan 2 buah troli.
5. Pemerhatian direkodkan.

1
KEPUTUSAN:
Penjadualan data

BILANGAN TROLI JARAK ANTARA BLOK KAYU


DENGAN TROLI, cm

1 11.8

2 27

ANALISIS DATA:
Jarak antara blok kayu dengan troli, cm

Bilangan troli

KESIMPULAN:
Inersia suatu objek bertambah dengan jisim. Hipotesis adalah benar.

1
1

Você também pode gostar