Você está na página 1de 2

ANALISA SOALAN SEJARAH P3 2013-2015U

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB


ANALISA BAHAGIAN A
SOALAN STPM PENGGAL 3/2013
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1. Jelaskan peranan raja-raja Melayu sebelum tahun 1874.
2. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu biarpun singkat telah meninggalkan pelbagai
kesan tehadap aspek politik, sosial dan ekonomi di Tanah Melayu. Berikan ulasan anda
tentang pernyataan tersebut.
3. Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia dalam Persidangan
Negara-Negara Islam (OIC)
SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN PENGGAL 3/2013 U
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1. Kegiatan ekonomi di Tanah Melayu sebelum campur tangan British lebih bersifat sara
diri. Walau bagaimanapun, terdapat juga kegiatan ekonomi lain yang diusahakan.
Bincangkan.
2. Analisiskan sebab-sebab berlakunya penentangan terhadap penjajah British oleh
pemimpin tempatan di Perak padaabad ke-19 dan di Terengganu pada awal abad ke-
20.
3. Bincangkan usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan bagi mewujudkan
pembangunan sosial melalui pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun
1970-an
SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 3/2014
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1. Bincangkan peranan undang-undang adat dalam mengekalkan keharmonian
masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.
2. “ Selain daripada beberapa faktor yang lain, masalah kewangan Pahang dikatakan
mempengaruhi British untuk menubuhkan Neger-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun
1896.” Bincangkan pernyataan tersebut.
3. Bincangkan dasar pendidikan di Malaysia dari tahun 1956 hingga tahun 1979.
SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 3/2014 U
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1. Terangkan susun lapis masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum tahun 1874.
2. Bincangkan faktor-faktor yang menyekat penguasaan British di Johor sehingga tahun
1914.
3. Analisiskan rancangan pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan
Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963.
SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 3/2015
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1.Huraikan prinsip umum Undang-Undang Tubuh Johor dalam mengekalkan kestabilan
sosiopolitik di Johor pada abad ke-19
2.Jelaskan reaksi penduduk tempatan di Sarawak terhadap British pada tahun 1946.
3.Terangkan langkah-langkah yang dimabil oleh kerajaan Malaysia untuk mencapai
matlamat Dasar Perindustrian Negara dari tahun1980-an hingga tahun 2000.
SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 3/2015U
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1.Terangkan bentuk dan pelaksanaan adat Perpatih dan adat Temenggung di Tanah
Melayu. [20]
2.Bincangkan perjuangan Kesatuan Melayu Muda dalam gerakan nasionalisme di
Tanah Melayu dari tahun 1938 hingga tahun 1942. [20]
3.Nilaikan sumbangan Tun Razak bin Dato’ Hussein dalam pembangunan ekonomi di
Malaysia hingga tahun 1974.
ANALISA BAHAGIAN B
Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara 3/2013
4. Bincangkan ciri-ciri ekonomi tradisional di Vietnam sebelum berlakunya perluasan
kuasa Perancis.
5. Analisiskan faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan kesedaran nasionalisme di
Indonesia pada abad ke-19.
6. Nilaikan dasar luar Filipina dari tahun 1945 hingga tahun 1963.
Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara 3/2013 U
4. Bincangkan peranan raja dalam sistem pemerintahan beraja yang diamalkan di
Thailand pada abad ke-19.
5. Bincangkan perkembangan dasar pendidikan Belanda di Indonesia pada abad ke-19.
6. Huraikan bentuk pemerintahan sistem republik di Filipina pada abad ke-20.
Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara 3/2014
4. Bincangkan struktur sosial masyarakat di Vietnam sebelum campur tangan Barat.
5. “Penjajahan Belanda di Indonesia pada abad ke-19 telah mengakibatkan transformasi
ekonomi berlaku di negara itu.” Bincangkan pernyataan tersebut.
6. Nilaikan sumbangan Phibun Songkram terhadap perkembangan nasionalisme di
Thailand dari tahun 1938 hingga tahun 1944.
Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara 3/2014 U
4. Jelaskan sistem pembesar di Thailand sebelum kedatangan kuasa Barat.
5. “Pendudukan Jepun dari tahun 1941 sehingga tahun 1945 di Indonesia telah
mempengaruhi perkembangan gerakan nasionalisme di Indonesia.” Jelaskan.
6. Bincangkan penglibatan Filipina dalam organisasi antarabangsa selepas Perang
Dunia Kedua
Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara 3/2015
4.Perihalkan peranan raja Vietnam dalam aspek politik, ekonomi dan sosial sebelum
penjajahan Perancis.
5.Huraikan kesan campur tangan British terhadap pentadbiran tempatan di Myanmar
pada abad ke-19 hingga abad ke-12.
6.Huraikan bentuk pemerintahan raja berperlembagaan yang diamalkan di Thailand
pada abad ke-20.
Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara 3/2015 U
4.Terangkan pengkomersialan ekonomi pertanian di Indonesia pada abad ke-19. [20]
5.Terangkan pekembangan Yong Men Buddha Association [YMBA] dalam
perkembangan nasionalisme di Myanmar. [20m]
6.Bincangkan penglibatan Thailand dalam South East Asia Teat Oganisation [SEATO]
[20]