Você está na página 1de 3

SJK(C) Hua Min, Sungai Karangan,

09410 Padang Serai, Kedah Darul Aman.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN, RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)


& PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA
BIL : 2 TAHUN 2018
Tarikh : 19 April 2018
Hari : Khamis
Masa : 2.00 petang
Tempat : Perpustakaan

KEHADIRAN :
1. Pn. Kwong Poh Sew Guru Besar
2. Pn. Law Gaik Hong Guru Penolong Kanan Pentadbiran
3. Cik Soo Fong Han Guru Penolong Kanan HEM
4. En. Koey Beng Seng Guru Penolong Kanan Kokurikulum
5. Pn. Tew Cai Ling Penyelaras Kantin, RMT dan PS1M
6. Pn. Foo Ai Kim AJK
7. Pn. Lim King Ling AJK
8. Pn. Tan Ying Ling AJK
9. En. Lee Kiat Long AJK
10. En. Ong Pang Shen AJK
11. Cik Teoh Joo Joo AJK
12. Cik Yeoh Boon Hui AJK
13. Pn. Farihah AJK
14. En. Mohd Shamwen AJK
15. Pn. Lim Siew Gaik Pengusaha kantin

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir pada hari
ini .
1.2 Pengerusi menyatakan tujuan mesyuarat dijalankan bagi membincangkan perkara yang
berkaitan dengan kantin, RMT dan Program Susu 1 Malaysia

1
1.3 Pengerusi memberikan ucapan penghargaan kepada semua ahli diatas kerjasama yang
diberikan dalam pengurusan dan pelaksanaan kantin, RMT dan Program Susu 1Malaysia.
Makluman : Semua ahli
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pn.Lim Kim Ling mencadangkan agar minit mesyuarat Kantin, Rancangan Makanan
Tambahan dan Program Susu 1 Malaysia Bil 1 Tahun 2018 disahkan tanpa sebarang
pindaan.

2.2 En. Lee Kiat Long menyokong cadangan supaya minit mesyuarat disahkan.

2.3 Penerimaan cadangan di atas adalah sebulat suara tanpa sebarang bantahan.
Tindakan : Makluman
3.0 PERKARA BERBANGKIT

Tiada Tindakan : Makluman


4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN
4.1 KANTIN
4.1.1 PK Hem menyatakan bahawa sewa kantin yang diberi oleh penyelaras
mestilah menepati masa untuk membayar pada setiap bulan awal.
Tindakan : Penyelaras kantin

4.1.2 Tahap pemarkahan laporan kendiri kantin setakat ini adalah pada aras baik.
Tindakan : Makluman

4.1.3 Murid-murid tidak membuang bungkusan makanan sendiri seperti plastik-


plastik. Oleh itu, PK Hem mengingati murid-murid di perhimpunanan supaya
sentiasa membuang bungkusan makanan sendiri selepas makan.
Tindakan : Makluman
4.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
4.2.1 Penyelaras RMT menyatakan bahawa jumlah murid RMT terkini ialah seramai
15 orang.
Tindakan : Makluman
4.2.2 RMT Tahun 1 bermula pada 1 Februari 2018 dan hanya seorang murid Tahun
1 lulus menerima bantuan RMT tahun 2018.
Senarai nama adalah seperti di bawah:
1. Jevanthan A/L Muniandy
Tindakan : Makluman

2
4.2.3 Penyelaras RMT juga menyatakan bahawa pemilihan menu terkini adalah
berdasarkan buku pengurusan yang dibekalkan oleh KPM.
Tindakan : Makluman

4.2.4 Penyelaras RMT menyatakan bahawa laporan berkenaan RMT setakat ini
berada dalam keadaan baik.
Tindakan : Makluman

4.2.5 Beliau juga mengingatkan agar guru RMT yang bertugas mengisi buku
kehadiran dan buku laporan yang disediakan.
Tindakan : Guru RMT
4.3 Program Susu 1 Malaysia
4.3.1 Pengerusi menyatakan bahawa setakat ini belum ada sebarang maklumat
berkenaan Program Susu 1 Malaysia.
Tindakan : Makluman

5.0 HAL - HAL LAIN


5.1.1 Penyelaras RMT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru
RMT kerana memberi kerjasama yang baik dalam pengurusan RMT.

6.0 PENUTUP/UCAPAN PENANGGUHAN


6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan
mengharapkan agar semua AJK dapat memberi kerjasama yang baik bagi melancarkan
pengurusan kantin, RMT dan Program Susu 1 Malaysia.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh: Disahkan oleh:

______________ ______________ ______________


(TEW CAI LING) ( SOO FONG HAN) (KWONG POH SEW)
Setiausaha Jawatankuasa PK Hem Guru Besar
Kantin, RMT dan
Program Susu 1 Malaysia

Você também pode gostar