Você está na página 1de 1

Antara langkah-kawalan bagi mengawal penyakit yang disebabkan oleh virus HIV dan juga

Hepatitis B adalah seperti berikut:


1. Pengendalian jarum suntikan secara selamat.
Langkah berhati-hati perlulah dilaksanakan bertujuan mengelak sebarang bentuk kecederaan yang
disebabkan oleh jarum suntikan. Jangan sesekali membengkokkan, mematahkan dan juga menutup
semula (recap) jarum suntikan yang telah digunakan dengan tangan tanpa sebarang perlindungan
dan hendaklah disimpan di dalam bekas tahan tusukan sebelum melupuskannya.

2. Kerap kali membasuh tangan


Tangan dan juga permukaan kulit yang tercemar dengan darah perlulah dibasuh dengan bahan
antiseptik serta-merta setelah selesai sahaja melakukan aktiviti atau prosedur yang melibatkan
darah.

3. Prosedur pembersihan tumpahan darah dan perlupusan peralatan.


Kawasan tumpahan darah dan juga pakaian yang dicemari dengan darah mestilah dibersihkan
serta-merta dengan menggunakan bahan kimia germicide yang sesuai. Manakala peralatan pakai
buang yang digunakan mestilah dimasukkan terus kedalam beg plastik yang telah dilabelkan dan
diikat dengan kuat sebelum dihantar ke tempat perlupusan.

4. Peralatan perlindungan diri.


Penggunaan dan juga pemakaian peralatan perlindunagn hendaklah dipraktikan bagi tujuan
perlindungan terdedah dengan darah yang tercemar disamping mengamalkan pembersihan diri
iaitu mandi dengan kadar segera setelah selesai melakukan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan darah

5. Pengambilan vaksin.
Pengambilan vaksin jenis Recombivax HB, Comvax dan Engerix-B berupaya menghasilan
antibodi bagi melawan virus hepatitis jika memasuki tubuh badan manusia.

Disediakan oleh
Mazlan Hussin
BOSHM OUM Penang

Você também pode gostar