Você está na página 1de 3

4.2.2 Kompenen Rekabentuk.

Terdapat beberapa aspek yang akan dinilai iaitu:

a) Kejelasan Matlamat

matlamat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Penerangan Negeri Sabah adalah jelas dan difahamu oleh setiap jabatan
dan unit-unit di dalam organisasi ini kerana matlamat yang ditetapkan yang seiring dengan cabaran pada masa kini.

b) Struktur Tugas

Bagi memastikan struktur tugas pekerja dalam keadaan yang baik, setiap pekerja di Jabatan Penerangan diberikan
manual prosedur kerja dan fail meja masing-masing yang akan memudahkan pembahagiab kerja kepada pekerja.
Selain itu, bagi memastikan struktur tugas ini berjalan lancar, pada setiap minggu ketua di setiap jabatab akan
melakukan satu tugasan lain pada sepanjang minggu
berkenaan.............................................................................................................................

c) Komposisi Kumpulan

Penyelarasan kerja mengikut demografi di Jabatan Penerangan Negeri Sabah akan dilaksanakan sebaik mungkin.
Namun begitu terdapat beberapa keadaan mengakibatkan penyelarasan kerja mengikut demografi tidak
dilaksanakan. Hal demikian dengan pelaksanaan aktiviti atau kerja yang baru dirancang.

d) Fungsi Kumpulan

e) Norma Kumpulan

Jabatan menekankan kepada kakitangan untuk mewujudkan perasaan ikhlas dan menangani konflik dalam staf ,
perasaan san semangat kerja berpasukan mesti diterapkan dalam diri setiap staf.

4.2.3 Output
Pada tahap ini, diagnosis dilakukan bagi melihat keselarasan dan kesepakatan setiap jabatan, unit atau kumpulan
dalam menyelesaikan sebarang masalah dalam organisasi. Di Jabatan Penerangan, keselerasan dan kesepakatan ini
dapat dilihat ketika berlangsungnya mesyuarat
…................................................................................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................................................................................
...

4.3 Peringkat Individu

4.3.1 input
Dalam persekitaran organisasi di Jabatan Penerangan, Aspek sistem sumber manusia memainkan peranan yang
penting terutama dalam aspek pemilihan pekerja yang berkelayakan dan memberi latihan dan pembangunan. Hal ini
kerana kebanyakan pekerja di organisasi adalah mereka yang masih muda dan kurang dalam pengalaman kerja.

4.3.2 Kompenen reka bentuk


aspek-aspek yang akan dikaji dalam melakukan perubahan dan penambahbaikan dalam Jabatab ialah seperti berikut:

a) Kemahiran
bagi memastikan individu tersebut mempu menghasilkan kerja yang berkualiti, setiap individu haruslah mempunyai
kepelbagaian kemahiran. Dari aspek Jabatab itu sendiri, setiap kakitangan mempunyai kemahiran dalam melakukan
kerja, terutama dalam kemahiran berkomunikasi dan menggunakan alat-alat elektronik. Tetapi terdapat juga pekerja
yang kurang mempunyai kemahiran dalam melaksanakan tugas-tugas tertentu.

b) Identiti kerja
Setiap individu di jabtab merasakan tanggungjawab terhadap kerja adalah penting dan ianya memberi kesan terhadap
organisasi ini kerana setiap individu merasakan tugasan yang diberikan adalah satu amanah dan ianya harus
disempurnakan dengan sebaik yang mungkin.

c) Signifikan kerja

Setiap individu yang bekarja di Jabatan Penerangan Negeri Sabah merasakan pekerjaan yang dilakukan itu sangat
penting serta memberikan impak kepada orang lain. Selain itu, mereka juga beranggapan bahawa tugas yang
diberikan tersebut mempunyai kaitan antara satu unit dengan unit yang lain. Jesteru, ia mungkin boleh memberikan
kesan yang negatif kepada organisasi. Sekiranya tugas tersebut tidak dilaksanakan dengan baik.

d) Maklum balas terhadap prestasi

Di Jabatan Penerangan Negeri Sabah, penilaian prestasi diukur berdasarkan pemerhatian dan penilaian mengikut
kumpulan perkhidmatan dan kumpulan pentadbiran. Setiap individu pekerja mengetahui tentang penilaian terhadap
prestasi sebaliknya mereka tidak dimaklumkan tentang penilaian prestasi tersebut. Sebagai contoh, bagi jawatan
Setiausaha Pejbat, penilaian prestasi dibuat ole majikan mereka sahaja ini berbeza dengan Pembantu Tadbir
(Perkeranian dan Operasi) mereka dinilai oleh Pegawai Tadbir selaku Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan juga Ketua
Jabatan bagi setiap jabatan masing-masing selaku Penilai Kedua (PPK).

e) Autonomi

bagi aspek autonomi, setiap individu pekerja hanya diberikan kebebasan kerja dalam bidang dan ruang lingkup kerja
mereka sahaja. Bagi hal-hal di luar bidang kuasa mereka, setiap individu dimestikan untuk merujuk dan mendapat
pengesahan daripada ketua jabatan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan dan kesilapan dalam melaksa] tugas
diberi.

f) Pengukuran sistem

sistem pengukuran di jabatan Penerangan negeri Sabah adalah berasaskan kepada penilaian prestasi dan peperiksaan
perkhidmatan yang dijalankan. Hasil penilaian tersebut tidak dimaklumkan kepada pekerja sebalinya pihak jabatan
menyediakan ganjaran-ganjaran tertentu bagi menghargai dan memberikan dorongan terhadap usaha yang telah
dilakukan oleh pekerja seperti Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC).

4.3.3 Output
Keberkesanan individu bergantung kepada elemen di peringkat organisasi bagi kes di Jabatan Penerangan Negeri
Sabah, aspek pengurusan sumber manusia merupakan aspek yang penting. Ini kerana pekerja akan berpuas hati
sekiranya mereka dimaklumkan mengenai pencapaian prestasi kerjayanya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa
masalah yang wujud di peringkat individu iaitu;

a) Tiada kamahiran
kakitangan tidak dapat melaksanakan tugas dengan cekap kerana pekerja kekurangan dari segi kemahiran dalam
melaksanakansesuatu tugasan menyebabkan pekerja terpaksa merujuk sesuatu tugasan dengan pihak atasan sebelum
melaksanakan tugasan mereka ini melaambatkan sesuatu proses keja. Sebagai contoh, Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi) tidak mempunyai kemahiran terpaksa merujuk kepada Penolong Pentadbir terlebih dahulu
disebabkan kurang kemahiran terutamanya melibatkan aspek kewangan.

b) Pengalaman dan latar belakang pendidikan yang berbeza-beza

selain itu, kakitangan jabatan Penerangan negeri Sabah mempunyai pengalaman dan latar belakang penidikan yang
berbeza ini menyebabkan wujud masalah dari segi pembahagian tugas terutamanya melibatkan kakitangan sokongan
bahagian pentadbir. Selain itu, kakitangan juga mempunyai pengalaman yang berbeza dalam setiap jabatan.

c) Tiada komitmen dalam melaksanakan tugasan


tidak komited dalam melaksanakan tugas antaranya adalah disebabkan oleh persekitaran yang tidak kemas, rakan
sejawat yang tidak kemas, rakan sejawat yang tidak bekerjasama dan ketua yang tidak menghargai staf
bawahannya.sikap sesetengah staf yang bertindak suka menangguh-nangguh kerja dan tidak bersungguh-sungguh
dalam melaksanakan tugas akan menjadikan dia tidak ikhlas untuk bekerja. Ini akan menyebabkan dia tidak merasai
keseronokan untuk bekerja.d

Você também pode gostar