Você está na página 1de 2

Antara golongan yang dikasihi Allah

Manusia yang taat kepada perintah-Nya akan dikasihi oleh Allah s.w.t dan
di antara tanda-tanda orang yang dicintai Allah s.w.t ialah :

 Orang beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t : Sebagaimana maksud


sebuah hadis : “Tiga perkara yang menyebabkan seseorang itu mendapat
kemanisan iman, iaitu kasih kepada Allah dan Rasul melebihi dari kasihnya
kepada orang lain, dan mengasihani sahabatnya semata-mata kerana
Allah, dan membenci untuk kembali kepada kekufuran selepas
diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana ia membenci dirinya
dicampakkan ke dalam neraka.” – Bukhari & Muslim
 Mereka yang memperbanyakkan amalan sunat setelah sempurnakan
amalan fardu seperti solat sunat dan membaca Al-Quran.
 Golongan yang banyak berzikir
 Mereka yang beristiqomah di dalam mengerjakan ibadat : seperti maksud
sebuah hadis Rasulullah s.a.w : “Katakanlah saya beriman kepada Allah
kemudian beristiqomahlah” – Muslim
 Orang-orang yang sabar di dalam menghadapi ujian dan dugaan hidup.
Sebagaimana maksud firman Allah s.w.t : “Sesungguhnya kami akan
menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (terhadap musuh), kelaparan,
kekurangan harta benda dan jiwa serta buah-buahan (hasil tanaman),
sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” – Al-
Baqarah 155
 Orang-orang yang melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar. Maksud
firman Allah s.w.t : “Kami (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik
umat yang dilahirkan untuk umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat
segala perkara yang baik dan melarang daripada segala yang salah (buruk
dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar
iman).” – Ali Imran 110
 Orang-orang yang memperbanyakkan sedekah dan kebajikan,
sebagaimana maksud sepotong hadis : “Apakah amalan yang terbaik di
dalam Islam? Baginda menjawab : ” Berilah makan, sebarkanlah salam
kepada orang yang kamu kenali dan kepada orang yang tidak kamu
kenali.“
 Orang yang belajar atau mendalami ilmu, sebagaimana yang disabdakan
oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Sesiapa yang dikehendaki oleh
Allah kebajikan, akan diberikan kefahaman di dalam agama.” – Muslim
 Orang yang mengharapkan keredaan Allah s.w.t seperti firman-Nya yang
bermaksud : “Sesiapa yang percaya dan berharap kepada pertemua
dengan tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amalan soleh dan
jangannlah dia mempersekutukan di dalam beribadat kepada tuhan
dengan sesiapa pun.” – Al-Kahfi 110.

Você também pode gostar