Você está na página 1de 10

National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)

PENGGUNAAN SUMBER SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN SEJARAH: SATU KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA GURU
OPSYEN SEJARAH DAN GURU BUKAN OPSYEN SEJARAH

M.Kaviza
Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden
Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Penulis Koresponden. Email: kavizakaviza@yahoo.com

Fauziah Abdul Rahim, Ph.D


Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden
Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Nurliyana Bukhari, Ph.D


Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden
Universiti Utara Malaysia, Malaysia

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan sumber sejarah dari segi jenis
sumber sejarah dan cara mendapatkan sumber sejarah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sejarah, di samping untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan skor
min yang signifikan bagi penggunaan sumber sejarah dari segi jenis sumber sejarah dan cara
mendapatkan sumber sejarah antara guru opsyen sejarah dengan guru bukan opsyen sejarah
di sekolah menengah di negeri Perlis. Reka bentuk kajian ini adalah pendekatan penyelidikan
kuantitatif iaitu reka bentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang dibina sendiri
oleh pengkaji yang melibatkan seramai 92 orang guru sejarah yang mengajar di sekolah
menengah harian berdasarkan teknik persampelan rawak mudah. Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa kebanyakan guru sejarah menggunakan sumber peta dan imej dalam
proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. Tambahan pula, buku teks merupakan sumber
rujukan utama bagi mendapatkan maklumat tentang sesuatu peristiwa sejarah yang
diajar.Terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi penggunaan sumber sejarah dari
segi jenis sumber sejarah dan cara mendapatkan sumber sejarah antara guru opsyen sejarah
dengan guru bukan opsyen sejarah. Tinjauan terhadap penggunaan sumber sejarah dapat
membantu guru sejarah mengetahui jenis sumber sejarah dan cara mendapatkan sumber
sejarah tersebut yang boleh dieksploitasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sejarah. Kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan sebagai sumber rujukan guru sejarah
dalam merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran sejarah yang lebih berkesan.

KATA KUNCI: Sumber Sejarah, Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah, Guru Opsyen
Sejarah dan Bukan Opsyen Sejarah

1. PENGENALAN
Mata pelajaran sejarah yang dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013 merupakan salah satu usaha pemartabatan
ilmu sejarah. Sehubungan dengan itu, inovasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran
sejarah perlu dilaksanakan selaras perkembangan sistem pendidikan pada abad ke-
21.Realitinya, ilmu sejarah adalah melibatkan penyiasatan, penyelidikan dan interpretasi
mengenai sumber sejarah (Hazri, Jamil, 2003). Pendidikan sejarah merupakan kajian terhadap
himpunan bahan-bahan peninggalan masa silam yang digunakan oleh ahli sejarah sebagai
bukti bagi membuktikan intrpretasi mereka mengenai masa silam (Hover, Hicks & Dack,

1
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)

2016; Wineburg, 1991). Proses penyelidikan dan usaha mendapatkan maklumat dalam sejarah
adalah berkaitan dengan memahami, menilai, menganalisis dan menginterpretasikan sumber
sejarah yang dijadikan bukti kepada penjelasan yang dibuat tentang perkara masa silam. Oleh
itu, penggunaan sumber sejarah sama ada sumber primer mahupun sumber sekunder seperti
dokumen, imej, fotograf, artifak, lisan dan sebagainya perlu dipratikkan ke dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sejarah (Renuka, 2012). Namun begitu, penggunaan sumber
sejarah di dalam kelas masih terhad (Wineburg, 1991) kerana guru sejarah bergantung
sepenuhnya kepada buku teks (Siti Hawa Abdullah, 2008) yang menyebabkan murid tidak
dapat meneroka atau mengkaji sumber sejarah yang lain bagi meningkatkan pemahaman
mereka terhadap ssuatu peristiwa sejarah dengan mendalam (Cowgill II, 2014; Hynd, 1999;
Newmann, 2001). Penggunaan sumber sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan suatu inovasi dalam pedagogi pengajaran sejarah yang bersifat konvensional
dengan menggunakan buku teks. Dengan kemajuan teknologi dan pendigitalan sumber
sejarah, guru sejarah berupaya untuk mengakses, memuat turun dan menggunakan sumber
sejarah melalui laman web sejarah agar dapat digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sejarah di dalam kelas (Breakstone & Smith, 2013; Brown & Dotson, 2007;
Huistra & Mellink, 2016). Oleh itu, murid berpeluang untuk mengkaji sumber sejarah dengan
membuat interpretasi dan tafsiran sejarah berdasarkan bukti sejarah bagi meningkatkan
pemahaman sejarah disamping dapat meningkatkan proses intelektual murid (Macedo-Rouet,
Braasch, Britt & Rouet, 2013; Merkt, Werner & Wagner, 2017; Reisman, 2012).

2. SOROTAN KAJIAN
Menurut Suntharalingam, (1985) dalam bukunya “Pengenalan Kepada Sejarah” telah
mentakrifkan sumber sejarah sebagai sebuah karya yang menyediakan maklumat atau bukti
yang bersifat asli yang berkaitan dengan sesuatu fakta, kejadian atau siri sesuatu peristiwa
yang berlaku pada masa lalu yang dijadikan bahan kajian oleh ahli sejarah. Terdapat dua jenis
sumber sejarah iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer iaitu merujuk
kepada sumber seperti catatan, laporan, surat, buku harian , dokumen, rekod dan sebagainya
yang bersifat asli yang dapat memberikan maklumat, catatan atau melaporkan mengenai
ssuatu peristiwa yang berlaku (Hazri Jamil, 2003; Library of Congress, 2006;Newmann,
2001). Manakala, sumber sekunder pula dirujuk sebagai sumber yang tidak asli yang
dihasilkan oleh ahli sejarah melalui pengkajian atau penulisan mereka tentang sesuatu
peristiwa sejarah berpandukan kepada sumber primer seperti enskliopedia, majalah, buku
teks, risalah dan sebagainya (Hazri Jamil, 2003; Library of Congress, 2006).

Penggunaan sumber sejarah adalah selaras dengan matlamat dan objektif Mata
Pelajaran Sejarah dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang menekankan
elemen pengetahuan, kemahiran pemikiran sejarah dan nilai dalam komponen disiplin sejarah
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2015). Penggunaan sumber sejarah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sejarah dapat menggalakkan proses berfikir kritis dan
meningkatkan kebolehan intelektual murid kerana ianya melibatkan proses pengumpulan dan
pemeriksaan bukti, penilaian sumber, penganalisaan sumber dan interpretasi sumber sejarah
(Hazri Jamil, 2003; Wineburg, 1991). Hal ini kerana kajian Nokes, (2014) telah membuktikan
bahawa penggunaan sumber sejarah dapat membantu meningkatkan minat belajar sejarah
dalam kalangan murid.Namun begitu, kebanyakan guru sejarah masih menggunakan kaedah
pengajaran konvensional yang menggunakan buku teks sebagai sumber rujukan utama
walaupun hanya segelintir guru sejarah sahaja yang mengintegrasikan penggunaan sumber
sejarah ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah (Norizan Ahmad, 2003;
Renuka, 2012). Tidak dinafikan bahawa penggunaan sumber sejarah masih kurang
dipratikkan oleh guru opsyen sejarah walaupun mereka telah didapati mempunyai kemahiran

2
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)

menganalisis dan mentafsir sejarah melalui kursus-kursus pendidikan sejarah semasa di pusat
pengajian tinggi (Britt & Rouet, 2011; Hover, Hicks & Dack, 2016).

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis sumber sejarah dan rujukan yang
selalu digunakan oleh guru opsyen sejarah dan guru bukan opsyen sejarah semasa proses
pengajaran dan pembelajaran sejarah, di samping untuk menentukan sama ada terdapat
perbezaan yang signifikan antara skor min penggunaan sumber sejarah antara guru opsyen
sejarah dengan guru bukan opsyen sejarah. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah:
1. Mengenal pasti jenis sumber sejarah yang selalu digunakan oleh guru-guru sejarah
2. Mengenal pasti cara mendapatkan sumber sejarah yang selalu digunakan oleh guru-
guru sejarah
3. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi
penggunaan sumber sejarah dari segi jenis sumber sejarah antara guru opsyen sejarah
dengan guru bukan opsyen sejarah
4. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi
penggunaan sumber sejarah dari segi cara untuk mendapatkan sumber sejarah antara
guru opsyen sejarah dengan guru bukan opsyen sejarah

3. METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini adalah kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal
selidik bagi mengenalpasti kekerapan penggunaan sumber sejarah dalam kalangan guru
opsyen sejarah dengan guru bukan opsyen sejarah. Soal selidik yang digunakan dalam kajian
ini adalah dibina sendiri oleh pengkaji. Kajian ini melibatkan dua kumpulan populasi yang
terdiri daripada 58 orang guru opsyen sejarah dan 34 orang guru bukan opsyen sejarah yang
mengajar mata pelajaran sejarah di negeri Perlis. Pemilihan sampel dalam kajian ini dilakukan
dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah berdasarkan data yang diberikan oleh
Unit Sekolah Menengah, Jabatan Pendidikan Negeri yang dikaji.Instrumen soal selidik yang
dibina mengandungi dua bahagian iaitu bahagian demografi guru sejarah dan bahagian
penggunaan sumber sejarah (a) Jenis Sumber Sejarah dan (b) Cara Mendapatkan Sumber
Sejarah dengan menggunakan skala likert lima mata. Soal selidik telah dirintis dan
memperolehi nilai kebolehpercayaan 0.948 iaitu nilai kebolehpercayaan yang sangat baik
berdasarkan interpretasi kebolehpercayaan Nunnally, (1978). Data yang dikumpul dianalisis
dengan menggunakan perisian pengaturcaraan “IBM SPSS Statistics” (Predictive Anaytics
Software) versi 24. Statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu ujian t bagi sampel tak
bersandar digunakan dalam kajian ini.

4. ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN


4.1 Demografi Guru
Sampel kajian ini terdiri daripada 92 orang guru sejarah dari 23 buah sekolah menengah
harian yang dipilih secara rawak mudah di negeri Perlis. Berdasarkan Jadual 1, dalam
kumpulan opsyen sejarah, terdapat seramai 26 orang lelaki dan 32 orang guru perempuan
manakala bagi kumpulan bukan opsyen sejarah pula terdiri daripada 15 orang guru lelaki dan
19 orang guru perempuan. Berdasarkan Jadual 2, dalam kumpulan opsyen sejarah, terdapat 54
orang guru berbangsa Melayu dan empat orang guru berbangsa cina manakala, bagi kumpulan
bukan opsyen sejarah pula, seramai 33 orang guru adalah berbangsa Melayu dan hanya
seorang guru sahaja yang berbangsa cina. Berdasarkan Jadual 3, seramai 24 orang guru
mengajar di sekolah kategori bandar dan 24 orang guru mengajar di sekolah kategori luar
bandar dalam kumpulan opsyen sjarah, manakala hanya empat orang guru mengajar di
sekolah kateogori bandar dan seramai 30 orang guru mengajar di sekolah kategori luar bandar
dalam kumpulan bukan opsyen sejarah.

3
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)

Jadual 1: Bilangan Sampel Kajian Berdasarkan Jantina

Opsyen Sejarah Bukan Opsyen Sejarah


Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
Jantina 26 32 15 19
Jumlah 58 34

Jadual 2: Bilangan Sampel Kajian Berdasarkan Bangsa

Opsyen Sejarah Bukan Opsyen Sejarah


Melayu Cina Melayu Cina
Bangsa 54 4 33 1
Jumlah 58 34

Jadual 3: Bilangan Sampel Kajian Berdasarkan Lokasi Sekolah

Opsyen Sejarah Bukan Opsyen Sejarah


Bandar Luar Bandar Bandar Luar Bandar
Lokasi Sekolah 24 34 4 30
Jumlah 58 34

Bahagian ini membincangkan keputusan kajian berdasarkan empat objektif kajian yang
dinyatakan.

4.2 Objektif Kajian 1


1. Mengenal pasti jenis sumber sejarah yang selalu digunakan oleh guru-guru sejarah
secara keseluruhannya
Berdasarkan Jadual 4, sumber yang selalu digunakan oleh guru sejarah semasa proses
pengajaran dan pembelajaran sejarah secara keseluruhannya ialah peta, imej atau gambar,
lagu, fotograf, biografi tokoh, kartun sejarah, surat khabar, surat, poster dan lukisan atau
catan. Namun begitu, sumber sejarah yang lain seperti data statistik, dokumen kerajaan, video
atau audio, diari, transkrip ucapan dan transkrip temubual pula masih terhad digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran walaupun kebanyakan guru-guru sejarah boleh
memperolehinya dan memuat turun melalui laman web atau arkib digital bagi memudahkan
persediaan dan perancangan pengajaran seperti yang ditunjukkan pada Jadual 1.

4.3 Objektif Kajian 2


2. Mengenal pasti cara mendapatkan sumber sejarah yang selalu digunakan oleh guru-
guru sejarah
Berdasarkan Jadual 5, buku teks, buku rujukan dan laman web yang selalu digunakan oleh
guru sejarah sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran sejarah. Hal ini mendapati bahawa
kebanyakan guru bergantung sepenuhnya kepada maklumat yang terdapat di dalam buku teks
tanpa menggalakkan murid untuk meneroka sumber sejarah yang lain yang bertujuan untuk
menjana pemikiran sejarah. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa terdapat juga guru-guru
sejarah mendapatkan sumber sejarah melalui blog sejarah, portal pendidikan, seminar sejarah,
majalah sejarah, perpustakaan negara atau negeri, muzium negara atau negeri dan sebagainya.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan guru tahu sumber rujukan yang sesuai yang
boleh digunakan untuk mendapatkan sumber-sumber sejarah walaupun bilangan aksesnya
masih kurang dalam kalangan guru-guru sejarah.

4
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)

Jadual 4: Jenis Sumber Sejarah Yang Selalu Digunakan oleh Guru-guru Sejarah

Jenis Sumber Kekerapan


Sejarah Tidak pernah Jarang-jarang Kadang-kadang Kerap kali Selalu
menggunakan menggunakan menggunakan menggunakan menggunakan
Peta 2 6 26 30 28
Imej / Gambar - 2 32 32 26
Lagu 10 22 30 18 12
Fotograf 16 20 26 18 12
Biografi tokoh 10 24 28 18 12
Kartun sejarah 8 24 28 22 10
Surat khabar 6 28 30 20 8
Surat 30 26 22 6 8
Poster 10 18 30 26 8
Lukisan / catan 20 26 22 16 8
Jurnal 30 30 16 12 4
Manuskrip 38 22 20 8 4
Poskad 28 26 34 - 4
Novel 14 32 30 12 4
Data statistik 22 20 30 18 2
Dokumen kerajaan 48 20 14 8 2
Video / audio 76 2 6 6 2
Diari 44 22 24 2 -
Transkrip ucapan 28 26 30 8 -
Transkrip temubual 30 24 30 8 -

Jadual 5: Cara Mendapatkan Sumber SejarahYang Selalu Digunakan oleh Guru-guru Sejarah

Cara Mendapatkan Sumber Kekerapan


Sejarah Tidak pernah Jarang-jarang Kadang-kadang Kerap kali Selalu
menggunakan menggunakan menggunakan menggunakan menggunakan
Buku teks sejarah - - - 16 76
Buku rujukan 2 2 4 22 62
Laman web 4 8 12 36 32
Blog sejarah 8 10 20 36 18
Portal pendidikan 4 12 26 34 16
Seminar sejarah 18 8 22 32 12
Majalah sejarah 28 18 26 12 8
Perpustakaan negara / negeri 22 30 20 12 8
Muzium negara / negeri 34 30 14 8 6
Arkib negara digital 40 24 14 10 4
Galeri sejarah 18 20 34 16 4
Portal sejarah digital 36 20 20 12 4
Prosiding sejarah 40 26 20 2 4
Media Sosial 88 - - 2 2
Arkib Negara 38 28 20 6 -

4.4 Objektif Kajian 3


3. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi
penggunaan sumber sejarah dari segi jenis sumber sejarah antara guru opsyen sejarah
dengan guru bukan opsyen sejarah

Bagi menjawab objektif kajian keempat, ujian-t bagi sampel tak bersandar telah digunakan
untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan skor min penggunaan sumber sejarah
antara guru opsyen sejarah dengan guru bukan opsyen sejarah dengan membentukpersoalan
kajian ketiga dan hipotesis nul 1 iaitu:
5
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)

PK3: Adakah terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi penggunaan sumber sejarah
dari segi jenis sumber sejarah antara guru opsyen sejarah dengan guru bukan opsyen sejarah?

Ho1: Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi penggunaan sumber sejarah
dari segi jenis sumber sejarah antara guru opsyen sejarah dengan guru bukan opsyen
sejarah.

Berdasarkan Jadual 6, skor min penggunaan sumber sejarah dari segi jenis sumber
sejarah dalam kalangan guru opsyen sejarah (N= 58) ialah 2.750 dengan nilai sisihan piawai
0.736 manakalan skor min bagi penggunaan sumber sejarah dari segi jenis sumber sejarah
dalam kalangan guru bukan opsyen sejarah (N=34) ialah 2.303 dengan nilai sisihan piawai
0.776. Hal ini menunjukkan bahawa perbezaan skor min penggunaan sumber sejarah dari
segi jenis sumber sejarah bagi guru opsyen sejarah adalah lebih tinggi daripada guru bukan
opsyen sejarah.

Jadual 6: Skor Min Penggunaan Sumber Sejarah dari segi Jenis Sumber SejarahAntara Guru
Opsyen Sejarah dengan Guru Bukan Opsyen Sejarah

Guru Opsyen Sejarah Guru Bukan Opsyen Sejarah


N 58 34
Min 2.750 2.303
Sisihan piawai 0.736 0.776

Jadual 7: Ujian-t Sampel Tak Bersandar Bagi Perbezaan Skor Min Penggunaan Sumber
Sejarah dari segi Jenis Sumber Sejarah Guru Opsyen Sejarah dan Guru
Bukan Opsyen Sejarah

Ujian-t bagi persamaan min


Ujian Levene’s t df p Perbezaan Min 99% selang
min ralat keyakinan bagi
Piawai perbezaan
F Sig. Bawah atas
Perbezaan 0.000 0.995 2.755 90 0.007 0.4471 0.1623 0.125 0.769
Skor Min

Keputusan ujian Levene’s pada Jadual 7 menunjukkan bahawa tidak terdapat


perbezaan yang signifikan kerana nilai F = 0.000 dan p = 0.995. Seterusnya ujian signifikan
bagi perbezaan skor min penggunaan sumber sejarah dari segi jenis sumber sejarah antara
guru opsyen sejarah dan guru bukan opsyen sejarah pula menunjukkan bahawa nilai t (90) =
2.755 iaitu pada aras signifikan yang telah ditetapkan adalah p<.05 (2 tailed), nilai p = 0.007
dengan perbezaan min = 0.4471. Hal ini menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan yang
signifikan dalam perbezaan skor min penggunaan sumber sejarah dari segi jenis sumber
sejarah di antara guru opsyen sejarah dan guru bukan opsyen sejarah. Selain itu, kesan saiz
perbezaan skor min antara kedua-dua kumpulan guru ini adalah 0.59 iaitu kesan antara
sederhana dengan nilai sisihan piawai 6 peratus berdasarkan interpretasi saiz kesan Cohen’s
(d). Justeru itu, Ho1 ditolak. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa terdapat perbezaan skor
min yang signifikan bagi penggunaan sumber sejarah dari segi jenis sumber sejarah antara
guru opsyen sejarah berbanding dengan guru bukan opsyen sejarah, di samping kesan saiz
perbezaan skor min bagi penggunaan sumber sejarah dari segi jenis sumber sejarah antara
kedua-dua kumpulan tersebut adalah sederhana.

6
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)

4.5 Objektif Kajian 4


4. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi kemahiran
menggunakan sumber sejarah antara guru opsyen sejarah dengan guru bukan opsyen
sejarah

Bagi menjawab objektif kajian keempat, ujian-t bagi sampel tak bersandar telah digunakan
untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan skor min penggunaan sumber sejarah dari
segi cara mendapatkan sumber sejarah antara guru opsyen sejarah dengan guru bukan opsyen
sejarah dengan membentuk persoalan kajian keempat dan hipotesis nul 2 iaitu:

PK4: Adakah terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi penggunaan sumber sejarah
dari segi cara mendapatkan sumber sejarah antara guru opsyen sejarah dengan guru bukan
opsyen sejarah?

Ho2: Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagipenggunaan sumber sejarah
dari segi cara mendapatkan sumber sejarah antara guru opsyen sejarah dengan guru
bukan opsyen sejarah.

Berdasarkan Jadual 8, skor min penggunaan sumber sejarah dari segi cara
mendapatkan sumber sejarah dalam kalangan guru opsyen sejarah (N= 58) ialah 3.000 dengan
nilai sisihan piawai 0.629 manakala skor min bagi penggunaan sumber sejarah dari segi cara
mendapatkan sumber sejarahdalam kalangan guru bukan opsyen sejarah (N=34) ialah 2.537
dengan nilai sisihan piawai 0.807. Hal ini menunjukkan bahawa perbezaan skor min
penggunaan sumber sejarah dari segi cara mendapatkan sumber sejarah bagi guru opsyen
sejarah adalah lebih tinggi daripada guru bukan opsyen sejarah.

Jadual 8: Skor Min Penggunaan Sumber Sejarah dari segi Cara Mendapatkan Sumber Sejarah
Antara Guru Opsyen Sejarah dengan Guru Bukan Opsyen Sejarah

Guru Opsyen Sejarah Guru Bukan Opsyen Sejarah


N 58 34
Min 3.000 2.537
Sisihan piawai 0.629 0.807

Keputusan ujian Levene’s pada Jadual 9 menunjukkan bahawa tidak terdapat


perbezaan yang signifikan kerana nilai F = 4.438 dan p = 0.380. Seterusnya ujian signifikan
bagi perbezaan skor min penggunaan sumber sejarah dari segi cara mendapatkan antara guru
opsyen sejarah dan guru bukan opsyen sejarah menunjukkan bahawa nilai t (90) = 3.062 iaitu
pada aras signifikan yang telah ditetapkan adalah p<.05 (2 tailed), nilai p = 0.003 dengan
perbezaan min = 0.462. Hal ini menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan yang signifikan
dalam perbezaan skor min penggunaan sumber sejarah dari segi cara mendapatkan sumber
sejarah di antara guru opsyen sejarah dan guru bukan opsyen sejarah. Selain itu, kesan saiz
perbezaan skor min antara kedua-dua kumpulan guru ini adalah 0.63 iaitu kesan antara
sederhana dengan nilai sisihan piawai 6 peratus berdasarkan interpretasi saiz kesan Cohen’s
(d). Justeru itu, Ho2 ditolak. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa terdapat perbezaan skor
min yang signifikan bagipenggunaan sumber sejarah dari segi cara mendapatkan sumber
sejarah antara guru opsyen sejarah berbanding dengan guru bukan opsyen sejarah, di samping
kesan saiz perbezaan skor min bagi penggunaan sumber sejarah dari segi cara mendapatkan
sumber sejarah antara kedua-dua kumpulan tersebut adalah sederhana

7
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)

Jadual 9: Ujian-t Sampel Tak Bersandar Bagi Perbezaan Skor Min Penggunaan Sumber
Sejarah dari segi Cara Mendapatkan Sumber Sejarah Untuk Guru Opsyen Sejarah
dan Guru Bukan Opsyen Sejarah

Ujian-t bagi persamaan min


Ujian Levene’s t df p Perbezaan Min 99% selang
min ralat keyakinan bagi
Piawai perbezaan
F Sig. Bawah atas
Perbezaan 4.438 0.380 3.062 90 0.003 0.463 0.151 0.163 0.763
Skor Min

5. PERBINCANGAN KAJIAN
Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa penggunaan sumber sejarah dalam
kalangan guru sejarah adalah kurang seperti data statistik, video, audio, diari dan sebagainya.
Kebanyakan guru kerap menggunakan sumber peta dan imej yang boleh diperolehi dalam
buku teks. Dapatan ini selaras dengan kajian (Brown & Dotson, 2007; Cowgill II, 2014; Fry
& Ensminger, 2008) yang menyatakan penggunaan imej dapat meningkatkan pemahaman
sejarah dalam kalangan murid. Kekurangan penggunaan sumber sejarah tersebut mempunyai
kaitan dengan kebergantungan yang tinggi kepada maklumat yang terdapat di dalam buku
teks dan buku rujukan. Dapatan ini selaras dengan (Reisman & Fogo; 2016; Langan, 2015)
yang menjelaskan bahawa kebergantungan yang tinggi terhadap penggunaan buku teks tidak
dapat menggalakkan murid untuk membuat interpretasi sejarah berdasarkan bukti sejarah
(Bolick & McGlinn, 2004; Reisman, 2012).

Walaupun guru sejarah pernah diberikan kursus berkaitan dengan pelaksanaan kaedah
pengajaran dan pembelajaran sejarah yang pelbagai dan menarik selaras dengan pembelajaran
abad ke-21, namun kursus dan latihan yang lebih komprehensif perlu diberikan dengan
menekankan pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan penggunaan
sumber sejarah bagi memastikan matlamat pendidikan sejarah dapat direalisasikan (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2015). Oleh itu, pelbagai kemahiran menggunakan sumber sejarah
dalam proses pengajaran dan pebelajaran perlu diberikan kepada para guru sejarah iaitu dari
segi mengenalpasti dan memilih sumber sejarah yang sesuai dengan tahap kemampuan murid
(Macedo-Rouet, Braasch, Britt & Rouet, 2013; Wiley & Voss, 1999). Di samping itu,
penggunaan sumber sejarah antara guru opsyen sejarah dan guru bukan opsyen sejarah adalah
berbeza. Hal ini kerana guru opsyen sejarah mempunyai pengetahuan dan kemahiran
menggunakan sumber sejarah yang diperolehi semasa mengikuti kursus pendidikan sejarah
pada peringkat pengajian tinggi (Britt & Rouet, 2011). Dapatan ini selaras dengan kajian
Hover, Hicks & Dack, (2016) yang menunjukkan bahawa tahap kemahiran dan pengetahuan
guru merupakan salah satu domain dalam yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan
sesuatu kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (Renuka & Siti Hawa Abdullah,
2012; Zhao, Pugh, Sheldon & Byers, 2002).

6. KESIMPULAN
Tidak dinafikan bahawa penggunaan sumber sejarah berpotensi dilaksanakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sejarah. Justeru itu, guru-guru sejarah perlu dilengkapkan
dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan jenis-jenis sumber sejarah yang boleh
digunakan sebagai bahan pengajaran di dalam kelas, di samping menyediakan senarai rujukan
berkaitan dengan akses sumber sejarah yang boleh digunakan bagi membantu meringankan
beban guru untuk mencari sumber sejarah yang relevan dan sesuai bagi setiap topik
pengajaran sejarah selaras dengan sukatan pelajaran sejarah dalam kurikulum KSSM (Pusat

8
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)

Perkembangan Kurikulum, 2015). Pihak sekolah juga perlu menggalakkan para guru sejarah
untuk membuat inovasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran sejarah sedia ada bagi
memastikan murid dapat menghayati, memahami dan menguasai ilmu sejarah dengan lebih
mendalam.

RUJUKAN
Breakstone, J., & Smith, M. (2013). Using Library of Congress Primary Sources for
assessment. The TPS Journal, 1(3), 1-8.

Britt, M.A., & Rouet, J.F. (2011). Research Challenges in the use of multiple documents.
International Design Journal, 19(1), 62-68.

Brown, C.A., & Dotson, K. (2007). A Case Study Using Digital Primary Source Documents.
TechTrends, 51(3), 30-37.

Cowgill II, D.A. (2014). Using the Library of Congress to create DBQ’s and Book Backdrops

Fry, M.L., & Ensminger, D.C. (2008). Integration of Digital Primary Sources. pp 441- 448

Hover, S.V., Hicks, D., & Dack, H. (2016). From Source to Evidence? Teachers’ Use of
Historical Sources in Their Classrooms. The Social studies, 107(6), 209-217.

Huistra, H., & Mellink, B. (2016). Phrasing history: Selecting sources in digital repositories.
Historical methods, 49(4), 220-229.

Hynd, C.R. (1999). Teaching students to think critically using multiple texts in history.
Journal of Adolescent & Adult Literacy, 42(6), 428-436.

Langan, E. (2015). Using Multiple-Perspective Primary Sources to Enhance Pre-service


Teachers’ Understandings. Teacher Education and Practice, 28(4), 617-626.

Macedo-Rouet, M., Braasch, J.L.G., Britt, M.A & Rouet, J.F. (2013). Teaching Fourth and
Fifth Graders to Evaluate Information Sources During Text Comprehension.
Cognition and Instruction, 31(2), 204-226, 204-226.

Merkt, M., Werner, M., & Wagner, W. (2017). Historical thinking skills and mastery of
multiple documents tasks. Learning and Individual Differences, 54, 135-146.

Newmann, M. (2001). Primary Sources in Perspective. Journal Educations and Students with
Library of Congress Resources.

Nunnally, J.C. (1978). Psychometrie Theory (2nd Ed). New York: McGraw Hill.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2015) Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Satu. Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Reisman, A. (2012). The “Document-Based Lesson”: Bringing Disciplinary inquiry into high
school history classrooms with adolescent struggling readers. Journal of Curriculum
Studies, 44(2), 233-264.

9
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)

Reisman, A., & Fogo, B. (2016). Contributions of Educative document based curricular
materials to quality of historical instruction. Teaching and Teacher Education, 59,
191-202.

Renuka Ramakrishnan & Siti Hawa Abdullah. (2012). Penggunaan Sumber Digital Sejarah
Dalam Kalangan Guru Sejarah. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan, The Zon
Regency by the Sea Johor Bharu, 7-9 Oktober 2012.

Suntharalingam. (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican & Sons (M).
Sdn Bhd.

Wiley, J., & Voss, J.F. (1999). Constructing Arguments From Multiple Sources: Tasks That
Promote Understanding and Not Just Memory for Text. Journal of Educational
Psychology, 91(2), 301-311.

Wineburg, S.S. (1991). On the Reading of Historical Texts: Notes on the Breach between
School and Academy. American Educational Research Journal, 28(3), 495-519.

Zhao, Y., Pugh, K., Sheldon, S., & Byers, J.L. (2002). Conditions for Classroom Technology
Innovations. Teachers College Record, 104(3), 482-515.

BIBLIOGRAFI PENULIS-PENULIS
M.KAVIZA berasal dari Padang Besar, Perlis dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan
Pendidikan (Sejarah) dari Universiti Sains Malaysia dan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pentadbiran Pendidikan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau sedang melanjutkan
pengajian pada peringkat Doktor Falsafah (Pendidikan Sejarah) di Universiti Utara Malaysia.
Kini, beliau sedang bertugas sebagai guru sejarah di SMK Padang Besar Utara, Perlis.

FAUZIAH ABDUL RAHIM berasal dari Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda TESL dari Universiti Putra Malaysia, Ijazah Sarjana
Pengajian Bahasa dari Universiti Lancaster, Ijazah Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya
dan Ijazah Doktor Falsafah (Psikologi Pendidikan) dari Universiti Nottingham. Bidang
pengkhususan beliau adalah Mediated Learning. Kini, beliau sedang bertugas sebagai
Profesor Madya di Universiti Utara Malaysia.

NURLIYANA BUKHARI berasal dari Alor Setar, Kedah dan berkelulusan Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) dari Universiti Utara Malaysia, Ijazah Sarjana
Pengukuran dan Penilaian dari Universiti Miami dan Ijazah Doktor Falsafah (Pengukuran
Pendidikan) dari Universiti North Carolina, Greensboro. Bidang pengkhususan beliau adalah
Pengujian, Penilaian dan Pengukuran Pendidikan. Kini, beliau bertugas sebagai Pensyarah
Kanan di Universiti Utara Malaysia.

10

Você também pode gostar