Você está na página 1de 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG DUNGUN

MINIT MESYUARAT UNIT PPDa BIL 3/2018

Tarikh : 1 Ogos 2018

Masa :1.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Seberang Dungun

Pengerusi : Puan Hanidah binti Omar

Kehadiran (Bilangan) :11 orang guru

1. Sir Mohd Maulud bin Hashim


2. Puan Hanidah binti Omar
3. Puan Fauziah binti Talib
4. Puan Mashitah Wahidah binti Hazaki
5. Puan Rosidah binti Mohd Zin
6. Puan Nurul Akmal binti Ismail
7. Encik Mohd Hanif bin Hj. Mohd
8. Puan Nor Sapura binti Basir
9. Puan Normala binti Abd Aziz
10. Puan Rabiah bin Ab Ghani
11. Puan Aniza binti Awang

Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan berterima kasih kepada semua ahli jawatankuasa
yang hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Unit Pendidikan Pencegahan Dadah kali ketiga
tahun 2018.

1.2 Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua AJK di atas kerjasama yang
telah diberikan dalam menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang sehingga bulan
Julai untuk tahun 2018.
2. Pengesahan Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat telah disahkan atas cadangan Puan Normala binti Aziz dan disokong oleh
Puan Aniza binti Awang.

3. Laporan Aktiviti tahun 2018

3.1 Program 5 Minit Anti Dadah dan Anti Rokok yang ditambahbaik

3.1.1 Program 5 minit Anti Dadah dan Anti Rokok telah ditambahbaik bagi
meningkatkan impak penyampaian maklumat bahaya dadah dan rokok
kepada murid. Pada waktu perhimpunan pagi setiap hari Ahad minggu ganjil,
guru bertugas akan menyampaikan 3 minit info mengenai dadah dan rokok
mengikut jadual yang telah disediakan oleh Penyelaras PPDa iaitu Puan
Fauziah binti Talib.

Tindakan : Makluman

3.1.2 Sesi penyampaian maklumat bahaya dadah dan rokok ini juga turut didakan
pada waktu rehat iaitu pada setiap hari isnin minggu pertama setiap bulan.
Soalan kuiz juga disediakan selepas sesi penerangan. Hadiah berupa alat
tulis disediakan untuk murid yang dapat menjawab soalan yang diberikan
dengan betul.

Tindakan : Makluman

3.2 Minggu PPDa

3.2.1 Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat sekolah telah


diadakan pada 21 Oktober hingga 24 Oktober 2018. Tarikh ini dipilih kerana
bersempena Program Pasca UPSR.

Tindakan : Makluman
3.2.2 Antara Pengisian minggu PPDa adalah:

 Pertandingan mewarna tahap 1 dan Pra Sekolah


 Pertandingan melukis poster tahap 2
 Pameran Anti Dadah
 Ceramah Anti Dadah
 Pertandingan mencipta logo tahap 2
 Tayangan Video
 Kuiz Spontan selepas waktu rehat
Tindakan : AJK PPDa

3.2.3 Laporan minggu PPDa akan disediakan oleh setiausaha, Puan Mashitah
Wahidah binti Hazaki.

Tindakan : Setiausaha

4. Papan Kenyataan PPDa

4.1 Papan kenyataan Program PPDa telah dikemaskini dengan kerjasama guru – guru
AJK PPDa. Carta organisasi, misi dan visi mengikut tahun semasa telah ditampal
pada papan kenyataan. Poster – poster berkaitan juga turut diletakkan pada papan
kenyataan bagi menjadikan sudut Program PPDa satu sudut yang bermaklumat.

Tindakan : Makluman

5. Pengurusan fail PPDa

5.1 Semua fail berkaitan dengan Program PPDa juga telah dikemaskini mengikut tahun
semasa. Ini adalah sebagai persediaan bagi pemantauan Unit Pelaksanaan Proram
PPDa PPD Dungun yang dijadualkan pada bulan September.

5.2 Semua rekod serta data murid, laporan aktiviti, minit mesyuarat serta perancangan
tahunan telah disediakan dan dimasukkan ke dalam fail PPDa yang berkaitan.

Tindakan : Makluman
6. Hal-hal Lain

6.1 Program Sifar Dadah telah dijalankan oleh guru PJK dalam Waktu Pendidikan
Kesihatan. Menerusi program ini,

6.2 Pengerusi berharap agar program PPDa akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik
pada masa akan datang.

Penutup

Mesyuarat Jawatankuasa Unit Pendidikan Pencegahan Dadah kali kedua ditangguhkan jam 2.30
petang dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi kepada semua yang hadir.

Disediakan oleh,

…………………………………

(MASHITAH WAHIDAH BINTI HAZAKI)

Setiausaha,
Unit PPDa,
SK Seberang Dungun.

Você também pode gostar